Halaman

Sabtu, 9 Mei 2015

KURSUS TAMBAH BIDANG & MATA CCD ANJURAN CIDB

TAWARAN KURSUS KEPADA KONTRAKTOR, BAKAL KONTRAKTOR, LEPASAN PUSAT PENGAJIAN, DAN PARA BELIA & BELIAWANIS YANG BERMINAT DIDALAM BIDANG PEMBINAAN.
KATEGORI PEMBINAAN BANGUNAN.(B)

BIDANG PENGKHUSUSAN :-


B01
IBS: Sistem konkrit pasang siap
Pembinaan bangunan dan loji yang menggunakan komponen konkrit pasang siap seperti tiang, rasuk, lantai papak, dinding pratuang, panel ringan dan kompenen 3D (balconi, tangga, `toilets pod’ dan `lift chambers’)

Kursus yang ditawarkan
1)Pasang Panel konkrit (setting out, leveling, pasang) ( 40 Mata ccd )


B02
IBS: Sistem kerangka keluli
Pembinaan Bangunan dan loji yang menggunakan struktur keluli samada `hot-rolled’ atau `cold-rolled’ seperti rasuk keluli, tiang keluli, kekuda bumbung keluli dan `portal frame’. ( 40 Mata ccd )

Kursus yang ditawarkan
1)Memasang kekuda bumbung menggunakan kerangka keluli ( 40 Mata ccd )


B04
Kerja-kerja am bangunan
Kerja-kerja Am bangunan, bangunan Rangka Konkrit bertulang, kerja-kerja pembinaan tidak termasuk struktur rangka konkrit bertulang ( 40 Mata ccd )

Kursus yang ditawarkan
1)Bricklaying ( 40 Mata ccd )
2)Bar Bender ( 40 Mata ccd )
3)Konkrit ( 40 Mata ccd )
4)Formwork ( 40 Mata ccd )



B07
Hiasan dalaman
Hiasan dalaman, termasuk panel siling, sesekat `built-in fitmens’, kerja-kerja lantai yang dinaikkan

Kursus yang ditawarkan
1)      Plaster siling ( 40 Mata ccd )
2)      Wall paper ( 40 Mata ccd )
3)      Partition (Gypsum Board) ( 40 Mata ccd )


B08
Pemasangan bahan kalis air
Pemasangan bahan kalis air untuk `basement, bumbung, tembok dan sebagainya

Kursus yang ditawarkan
1)       Pemasangan bahan kalis air untuk `basement, bumbung, tembok dan sebagainya ( 40 Mata ccd)
Sijil mata CCD shj.


B09
Lanskap
Mengadakan kemudahan landskap termasuk penanaman pokok dan rumput.

Kursus yang ditawarkan
1)Hardscape (Bangku Taman, simen fero) ( 40 Mata ccd )
2)Softscape (Tanaman Bunga) ( 40 Mata ccd )


B10
Pemasangan paip air dalaman
Pemasangan, membaiki dan menyelengara paip air dalam bangunan. ( 40 Mata ccd )

Kursus yang ditawarkan
1)      A1 pemasangan paip dalaman (Meter sampai tangki) ( 40 Mata ccd )
2)      A2 paip luaran ( 40 Mata ccd )


B12
Kerja alamunium/keluli dan kaca
Kerja-kerja aluminium/keluli dan kaca.

Kursus yang ditawarkan
1)     Kerja-kerja aluminium/keluli dan kaca. ( 40 Mata ccd )


B13
Pemasangan jubin dan kerja lepaan
Pemasangan jubin dan kerja lepaan

Kursus yang ditawarkan
1)      Penjubinan (40 mata ccd)
2)      Perlepaan (40 mata ccd)


B14
Kerja-kerja cat
Kerja-kerja cat.

Kursus yang ditawarkan
1)     Kerja-kerja cat. ( 40 Mata ccd )


B15
Pemasangan bumbung dan `cladding logam’
Pemasangan bumbung dan clading logam.

Kursus yang ditawarkan
1)      Pemasangan bumbung dan clading logam. ( 40 Mata ccd )


B22
IBS:Sistem blok
Pembinaan bangunan dan loji yang menggunakan sistem blok seperti `interlocking concrete masonory unit’ (CMU), konkrit blok ringan dan sebagainya.

Kursus yang ditawarkan
1)      Lightwet blok (40 Mata ccd)


B24
Kerja penyenggaraan bangunan
Kerja-kerja penyenggaraan bangunan, sistem kebersihan dan sebagainya.

Kursus yang ditawarkan

1)       Building Operation Maintenance (B.O.M) ( 40 Mata ccd )

PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR ASING

1.0 Perakuan Pendaftaran Sementara

Semua kontraktor asing tidak dibenarkan menyertai apa-apa tender samada atas pelawaan pelanggan atau melalui iklan tanpa memperolehi Perakuan Pendaftaran sementara dari CIDB.

Perakuan Pendaftaran sementara hanya dikeluarkan kepada kontraktotr asing bagi tender yang akan disertai sahaja

1.1 Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan untuk mendapatkan pendaftaran sementara untuk kontraktor asing adalah seperti berikut:

a) Melengkapkan borang R2/95.

b) Fee proses RM50.00.

c) Iklan tender./surat jemputan daripada ’klien’.

d) Maklumat pengalaman syarikat.

e) Maklumat kewangan syarikat.

f) Maklumat personel syarikat.


1.2 Syarat Perakuan Pendaftaran Sementara

Perakuan Pendaftaran sementara adalah kebenaran untuk menyertai tender bagi projek yang dinyatakan di dalan Perakuan Pendaftaran sementara sahaja.

Tempoh sah Perakuan Pendaftaran Sementara adalah sehingga tarikh tutup atau tarikh tutup lanjutan bagi tender tertentu sahaja.

Perakuan ini tidak boleh digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja permbinaan. Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing apabila pemohon berjaya dengan bidaan mereka.


1.3 Fee Perakuan Pendaftaran Sementara

Fee Perakuan Pendaftaran sementara adalah mengikut fee pendaftaran kontraktor asing (Lamplran 6). Fee pendaftaran hendaklah dijelaskan kepada CIDB seperti ditetapkan di dalam surat kelulusan permohonan. Fee tersebut hendaklah dijelaskan sebelum Perakuan sementara dikeluarkan.


2.0 Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing

Semua kontraktor asing tidak dibenarkan menjalankan atau mengakujanji untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan tanpa memperolehi Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing.


KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR 29

2.1 Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan untuk mendapatkan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing. adalah seperti berikut:

a) Melengkapkan borang R3/95,

b) Surat Tawaran Kerja rasmi.


2.2 Syarat Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing

Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing adalah kebenaran untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek yang dinyatakan di dalan Perakuan Pendaftaran kontraktor asing sahaja.

Tempoh sah laku Perakuan Pendaftaran kontraktor usahasama/ konsortium adalah seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran kerja yang dikemukakan (dari Tarikh Mula Kerja hingga tarikh luput Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period)).

Jika terdapat sesuatu sebab dimana tarikh penyiapan projek dilanjutkan, pihak kontraktor hendaklah memohon kepada CIDB dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh luput Perakuan Pendaftaran bagi tujuan melanjutkan tempoh sah laku Perakuan tersebut.


2.3 Fee Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing

Fee pendaftaran kontraktor asing adalah seperti di dalam jadual fee pendaftaran kontraktor asing (rujuk lampiran 6).

Fee proses dan fee pendaftaran hendaklah dijelaskan semasa permohonan dibuat.


2.4 Masa Prosesan

Jika permohonan lengkap dan teratur, pemohon akan dimaklumkan keputusan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penyerahan permohonan.

PERMOHONAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR ANTARABANGSA

1.0 Permohonan

Firma atau syarikat tempatan atau syarikat yang diperbadankan di Malaysia atau firma atau syarikat sedia ada yang terlibat dalam aktiviti pembinaan boleh memohon pendaftaran dengan menggunakan borang CIDB R5/95 (Pin. 1/99) beserta fee proses sebanyak RM30.00


2.0 Syarat Permohonan

2.1 Pendaftaran Syarikat

a) Pemohon hendaklah berdaftar dengan pihak berkuasa pendaftaran syarikat atau yang berkaitan mengenai operasi perniagaannya sebelum permohonan mereka layak dipertimbangkan oleh CIDB.

b) Pemohon hendaklah berdaftar dengan CIDB bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun.

2.2 Kemampuan dan Keupayaan Syarikat

a) Telah menunjukkan bukti bahawa telah menyiapkan sekurang kurang satu projek samada di dalam atau di luar negara dalam bidang yang berkaitan.

b) Mempunyai persijilan ISO 9001: 2008.

c) Status Pengkelasan adalah aktif.


3.0 Dokumen Sokongan

a) Salinan Perakuan Pendaftaran CIDB.

b) Form of Annual Return of A Company Having Share Capital.

c) Salinan Sijil ISO 9001:2008.

d) Surat tawaran atau apa-apa surat kontrak untuk kerja pembinaan yang telah siap dilaksanakan samada di dalam Negara atau di luar Negara.

e) Addendum (permohonan antarabangsa).


4.0 Fee Pendaftaran

Apabila diluluskan dan dimaklumkan oleh CIDB, permohonan yang berjaya hendaklah membayar fee pendaftaran berjumlah RM100.00 dan membawa bersama Perakuan Pendaftaran asal sebelum Perakuan Pendaftaran yang baru dikeluarkan.


5.0 Tempoh Pendaftaran

Perakuan Pendaftaran adalah sah sama dengan tempoh Perakuan Pendaftaran tempatan sedia ada kecuali dibatal, digantung atau ditarik balik terdahulu oleh CIDB.

PENDAFTARAN UNTUK SYARIKAT KONSORTIUM ATAU USAHASAMA

Syarikat-syarikat kontraktor usahasama/konsortium yang telah dilantik untuk melaksanakan sesuatu projek pembinaan perlu berdaftar dengan CIDB. Pendaftaran ini adalah atas dasar projek dan ianya sah hanya untuk kontraktor ini melaksanakan projek seperti yang tertera di dalam Perakuan Pendaftaran tersebut sahaja.


1.0 Pendaftaran Kontraktor Usahasama/Konsortium.

Secara amnya, terdapat dua (2) jenis pendaftaran kontraktor usahasama /konsortium dengan CIDB iaitu:-

(i) Kontraktor usahasama / konsortium Tempatan.

(ii) Kontraktor usahasama / konsortium Kontraktor Asing.

Jenis pendaftaran adalah ditentukan melalui analisa dokumen perjanjian usahasama/konsortium tersebut.


2.0 Kontraktor Usahasama/Konsortium Tempatan

Pendaftaran ini melibatkan usahasama/konsortium yang mempunyai perjanjian untuk menyiapkan sesuatu projek dimana kontraktor tempatan mempunyai equiti 100% ataupun sekurang-kurangnya 70% dari keseluruhan projek.


2.1 Kriteria Pendaftaran

Kontraktor Usahasama/konsortium perlulah memenuhi kriteria berikut:-

(i) Projek

Mempunyai surat lantikan/surat setuju-terima untuk melaksanakan satu-satu projek.

(ii) Pendaftaran Sebagai Kontraktor (Setiap Rakan Kongsi)

Mempunyai sekurang-kurangnya satu rakan usahasama/ konsortium yang mempunyai Perakuan Pendaftaran yang masih sah.

(iii) Gred Berdaftar

Sekurang-kurangnya salah seorang dari rakan kongsi adalah terdiri dari kontraktor yang berdaftar di bawah gred yang sama dengan nilai projek yang akan dilaksanakan.


2.2. Syarat Permohonan

Syarat permohonan pendaftaran usahasama/konsortium tempatan adalah seperti berikut:-

(i) Melengkapkan borang permohonan baru R1/95.

26 KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR

(ii) Membayar fee proses RM 50.00.

(iii) Mengemukakan dokumen perjanjian usahasama/konsortium (MOU).

(iv) Mengemukakan surat tawaran kerja rasmi yang lengkap.

(v) Menyertakan bersama salinan Perakuan Pendaftaran sebagai kontraktor bagi rakan kongsi yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan di tapak.


2.3. Fee Pendaftaran

Fee pendaftaran hendaklah dijelaskan kepada CIDB setelah permohonan diluluskan, rujuk lampiran 6.

3.0 Usahasama Kontraktor Tempatan dan Kontraktor Asing

Pendaftaran ini melibatkan usahasama di antara kontraktor tempatan dan kontraktor asing yang mempunyai perjanjian dimana kontraktor asing membuat kerja melebihi 30% dari keseluruhan projek usahasama tersebut. Pendaftarannya adalah sama seperti pendaftaran kontraktor asing. (rujuk pendaftaran kontraktor asing)

Jumaat, 8 Mei 2015

KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR DENGAN CIDB MALAYSIA

PENGENALAN

a) Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994. Seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan atau menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan tanpa didaftarkan sebagai kontraktor berdaftar dengan LPIPM adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

b) Kontraktor yang memohon untuk didaftarkan dinasihatkan untuk membaca terma Keperluan dan Prosedur Pendaftaran dengan teliti sebelum mengemukakan borang-borang permohonan.


1.0 TAKRIF

Industri Pembinaan ertinya industri berkenaan dengan kerja-kerja pembinaan;

Kerja-kerja Pembinaan ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan

a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;

b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan dan talian kabel, terusan atau padang terbang;

c) apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai;

d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau

e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembetung, akueduk, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan,

dan termasuklah apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, meletakkan batu asas, pemulihan dan melanskap tapak;

Kontraktor ertinya seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan;

Kontraktor tempatan bermaksud syarikat yang diperbadankan di Malaysia serta mempunyai pegangan ekuiti tempatan sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus (70 %). Ekuiti asing dari kalangan rakyat dari negara-negara ASEAN adalah dibenarkan tetapi tidak melebihi lima puluh satu peratus (51 %) dari jumlah modal berbayar atau modal terkumpul.

Kontraktor Asing bermaksud syarikat yang diperbadankan di Malaysia atau di luar negara serta mempunyai pegangan ekuiti rakyat asing sebanyak tiga puluh satu peratus (31 %) dan ke atas.

Kakitangan yang digajikan adalah pekerja yang diambil bekerja oleh sesebuah syarikat serta dibuktikan dengan salinan Penyata Caruman / Jadual Caruman KWSP (Borang A) /Jadual Caruman SOCSO terkini dengan salinan resit bayaran caruman berkenaan.

Ijazah/diploma yang diiktiraf adalah ijazah/diploma samada dalam atau luar negara serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau Lembaga Akreditasi Negara.

Pegawai pengurusan utama (PPU) samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah atau pengarah.

Personel teknikal boleh terdiri dari mana-mana individu samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah atau kakitangan yang digajikan sepenuh masa dan dibayar caruman KWSP.

Kontraktor Usahasama adalah Syarikat usahasama yang tidak diperbadankan di Malaysia yang telah dianugerahkan sesuatu projek pembinaan. Satu atau kesemua daripada syarikat usahasama tersebut telah berdaftar secara individu dengan CIDB.

Kontraktor Antarabangsa adalah Kontraktor tempatan yang telah berdaftar dengan CIDB dan akan melaksanakan / telah melaksanakan kerja pembinaan di luar negara.


2.0 TERMA PENDAFTARAN

2.1 Tatacara Permohonan

Semua permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor hendaklah menggunakan borang-borang yang telah ditetapkan. Permohonan hendaklah dibuat oleh Pegawai Pengurusan Utama (PPU) atau wakil PPU yang diberi kuasa secara bertulis.

Borang permohonan boleh diperolehi secara belian terus di mana-mana pejabat CIDB Negeri dan Cawangan seperti alamat di (lampiran 1), dengan harga RM5.00 senaskah dan tambahan RM1.00 (caj pos sekiranya melalui pos). Borang permohonan juga boleh diperolehi secara dimuaturun melalui laman web rasmi CIDB (http://www.cidb.gov.my/).

Pemohon hendaklah memastikan borang permohonan mereka diisi dengan lengkap bersama-sama dengan dokumen sokongan yang telah disahkan. Borang permohonan yang telah lengkap boleh diserah/pos di mana-mana pejabat ClDB Negeri dan Cawangan yang berdekatan.

Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak/tidak diterima.


2.2 Skop Pendaftaran

Terdapat tiga (3) Kategori Pendaftaran iaitu:

(i) Pembinaan Kejuruteraan Awam

(ii) Pembinaan Bangunan dan

(iii) Mekanikal dan Elektrikal

Kategori ini dikelaskan mengikut pelbagai kumpulan pengkhususan (rujuk lampiran 2a.)
Terdapat tujuh (7) gred bagi setiap kategori dan pengkhususan (rujuk lampiran 2a, 2b dan 2c)
Pengkhususan tertentu

Pemohon yang memohon pengkhususan seperti di lampiran 2d perlu memenuhi keperluan seperti yang ditetapkan.

Pada amnya pemohon yang memohon pendaftaran hendaklah memenuhi mana-mana undang-undang atau peraturan bertulis yang melibatkan aktiviti yang akan dilaksanakan jika beliau didaftarkan.


2.3 Fee Prosesan

Semua permohonan hendaklah diserahkan bersama fee proses yang berkaitan. Jumlah fee yang perlu dibayar seperti di lampiran 6.

Pembayaran tunai hanya boleh dilakukan di kaunter CIDB sahaja. Pembayaran boleh juga dibuat melalui wang pos, jaminan bank atau deraf bank atas nama “Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia”. Pembayaran menggunakan cek syarikat atau cek peribadi tidak diterima. Semua fee yang dibayar tidak akan dikembalikan. CIDB boleh meminda amaun fee tanpa memberi sebarang notis.


2.4 Penyerahan Borang Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat oleh PPU atau orang yang diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh Syarikat, firma perseorangan, perkongsian, persatuan dan koperasi di mana wajar.
Borang Permohonan yang disertai dengan fee prosesan berkaitan hendaklah diserahkan di mana-mana alamat CIDB seperti di lampiran 1.

Pemohon digalakkan untuk menyerahkan sendiri permohonan untuk memastikan permohonan mereka adalah lengkap.

Pemprosesan akan dibuat hanya berdasarkan maklumat yang dikemukakan di dalam borang permohonan. Pemohon adalah digalakkan mengemukakan terus surat perakuan klien / perunding bagi projek-projek yang telah dilaksanakan dan hendaklah diserahkan bersama-sama borang permohonan di dalam sampul bertanda ‘SULIT’.

Semasa memproses permohonan, pihak CIDB mungkin merasakan perlu untuk mendapatkan rujukan dari pihak Bank atau Klien / Perunding professional yang mengawasi projek-projek pemohon. Apa-apa bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak bank atau perunding professional ke atas CIDB berhubung dengan pertanyaan yang dibuat hendaklah ditanggung oleh pemohon.


2.5 Pengesahan Dokumen

Semua dokumen sokongan yang dikemukakan bersama borang permohonan Perakuan Pendaftaran kontraktor hendaklah disahkan oleh:-

(i) Agensi pengeluar dokumen berkaitan, atau

(ii) Orang yang diberi kuasa (Pengarah Syarikat, Pemilik Perniagaan,
Setiausaha Syarikat)

Pemohon hendaklah merujuk lampiran 7(i), 7(ii) dan 7 (iii) untuk menentukan dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan mengikut operasi perniagaan semasa permohonan dibuat.


2.6 Masa Prosesan

Dalam keadaan biasa, jika permohonan adalah lengkap dan teratur, pemohon akan dimaklumkan mengenai keputusan tidak lebih empat belas hari (14) dari tarikh penjanaan nombor permohonan.


2.7 Pemakluman Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon samada melalui serahan tangan di kaunter pejabat CIDB atau melalui pos. Surat keputusan permohonan juga boleh diperolehi/ambil di kaunter CIDB oleh pemilik/pengarah ataupun wakil yang diberi surat kuasa. Keputusan permohonan pendaftaran kontraktor seperti berikut;-


2.7.1 Lulus

Surat kelulusan yang dikeluarkan kepada pemohon adalah bagi memaklumkan bahawa pihak CIDB telah mempertimbangkan dan memberi kelulusan seperti yang dinyatakan dalam surat. Pemohon diingatkan agar menyemak kelulusan dan terma sebelum membuat pembayaran untuk pengeluaran Perakuan Pendaftaran.


2.7.2 Lulus Bersyarat

Surat kelulusan yang dikeluarkan kepada pemohon adalah bagi memaklumkan bahawa pihak CIDB telah mempertimbangkan dan memberi kelulusan bersyarat di mana pemohon perlu mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat. Pemohon diingatkan agar menyemak kelulusan dan terma sebelum membuat pembayaran untuk pengeluaran Perakuan Pendaftaran.


2.7.3 Gagal

Surat penolakan yang dikeluarkan kepada pemohon adalah bagi memaklumkan bahawa pihak CIDB tidak dapat mempertimbangkan permohonan yang telah dikemukakan kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pemohon boleh membuat rayuan di atas penolakan tersebut jika syarat-syarat yang diperlukan dapat dipenuhi dan dikemukakan semula kepada CIDB bagi tujuan memproses semula permohonan.


2.8 Fee Bayaran Pendaftaran

Fee proses pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum permohonan Perakuan Pendaftaran kontraktor dapat dipertimbangkan. Kadar fee proses dan pembayaran adalah seperti di lampiran 6.

Fee Pendaftaran akan dimaklumkan melalui surat kelulusan permohonan dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan.

Kelulusan permohonan Perakuan Pendaftaran kontraktor akan terbatal dengan sendirinya tanpa sebarang notis sekiranya fee pendaftaran gagal dijelaskan dalam tempoh tersebut.

Surat kelulusan permohonan Perakuan Pendaftaran tidak boleh dianggap sebagai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor melainkan fee pendaftaran telah dijelaskan.

Pembayaran boleh dibuat melalui wang pos, jaminan bank atau deraf bank atas nama “Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia”. Pembayaran dalam bentuk tunai hanya boleh dilakukan di kaunter CIDB sahaja, manakala pembayaran menggunakan cek syarikat atau cek peribadi tidak diterima.


2.9 Perakuan Pendaftaran

Pemohon yang berjaya akan didaftarkan dalam gred, kategori serta pengkhususan yang bersesuaian dan akan diberikan Perakuan Pendaftaran yang berkenaan. Sila rujuk lampiran 2a, 2b dan 2c untuk gred, kategori dan pengkhususan.



3.0 KELAYAKAN PENDAFTARAN

Pemohon mestilah memenuhi keperluan pendaftaran sebelum mereka boleh diambil kira untuk didaftar. Keperluan pendaftaran ialah seperti dinyatakan di bawah.


3.1 Status Dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan

3.1.1 Pendaftaran Syarikat

Pemohon hendaklah mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia, sebelum mereka boleh dipertimbangkan untuk berdaftar dengan CIDB. Keperluan pendaftaran adalah seperti dinyatakan di bawah:-

(i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pendaftaran Perniagaan/Pendaftaran Syarikat)

(ii) Pendaftar Koperasi/Persatuan

(iii) Lesen Perdagangan – Borang 1 (negeri Sarawak)

(iv) Lesen Perniagaan - Borang B (negeri Sabah)

Aktiviti atau operasi firma/syarikat/koperasi/persatuan dan seumpamanya hendaklah melibatkan kerja-kerja pembinaan yang dinyatakan di dalam;

(i) Daftar Syarikat (Memorandum & Articles of Association)/

(ii) Daftar Perniagaan (Borang A)

(iii) Undang-Undang Kecil Koperasi/Persatuan

(iv) Borang 1 (negeri Sarawak)

(v) Borang B (negeri Sabah)


3.2 Kelayakan Pemohon

Permohonan untuk berdaftar sebagai kontraktor binaan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Pengurusan Utama (PPU). PPU hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang pembinaan atau lulus Kursus Pengurusan Bisnes dan mana-mana kursus dalam bidang pakar/ tred (mengikut pengkhususan yang dipohon).

Sekiranya PPU tidak mempunyai kelayakan, PPU boleh menamakan wakil yang akan bertindak sebagai PPU. PPU atau pegawai yang dilantik untuk mewakili PPU adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa perkara bersabit dengan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan.
PPU hendaklah berdaftar dengan CIDB dan memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah.


3.3 Kelayakan Kewangan

Pemohon hendaklah memiliki dan mengekalkan punca kewangan yang mencukupi sepanjang tempoh pendaftaran mereka. Had minima kewangan yang perlu dimiliki oleh pemohon adalah seperti di lampiran 3.


3.3.1 Penilaian Keupayaan Kewangan

Keupayaan Kewangan pemohon akan dinilai berdasarkan kepada dokumen yang dikemukakan serta jenis syarikat/operasi.


3.3.1.1 Syarikat Sendirian Berhad/Berhad.

Keupayaan kewangan pemohon akan dinilai dari jumlah modal berbayar syarikat tersebut.


3.3.1.2 Firma Milik Tunggal/Perkongsian

Untuk pemohon ini, kewangan adalah dinilai dari segi nilai modal bersih (net capital worth) yang dikira berdasarkan salah satu atau semua daripada berikut;

(i) Akaun Semasa

Penyata Akaun Semasa bank pemohon untuk tiga bulan terkini.

(ii) Simpanan Tetap

Simpanan tetap yang dimaksudkan ialah yang tidak dicagarkan pada mana-mana bank atau institusi kewangan serta belum luput tempoh matangnya.

(iii) Kemudahan Overdraft

Amaun kemudahan overdraf (OD) yang dinikmati oleh pemohon (memerlukan pengesahan OD dari bank dan penyata 3 bulan terkini akaun OD tersebut).


(iv) Akaun Simpanan

Termasuklah akaun simpanan, saham ASB, sijil Simpanan Premium BSN, akaun Tabung Haji yang terkini (semua atau salah satu).


3.3.1.3 Koperasi /Persatuan atau Seumpamanya

Kewangan bagi pemohon ini akan dinilai dari modal syer anggota. Dokumen rujukan adalah akaun audit terkini.


3.4 Kelayakan Teknikal

Personel Teknikal hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia yang memiliki pengalaman dan pengetahuan (diiktiraf oleh CIDB) melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

Personel Teknikal hendaklah memenuhi keperluan seperti di lampiran 3.

Personel teknikal hendaklah tidak terikat secara profesional atau digaji oleh mana-mana pihak selain dari pemohon.

Personel teknikal hendaklah berdaftar dengan CIDB dan memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah.



3.5 Keperluan Tambahan

Pemohon hendaklah memenuhi/mematuhi lain-lain terma dan syarat pengeluaran Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang dikeluarkan oleh CIDB dari masa ke semasa.

3.5.1 Kursus Integriti Untuk Kontraktor Binaan

Semua kontraktor baru yang telah berdaftar dengan CIDB diwajibkan menghadiri Kursus Integriti Untuk Kontraktor Binaan (1 hari) dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh Perakuan Pendaftaran kontraktor dikeluarkan. Selepas tamat kursus peserta akan diberi sijil kehadiran kursus.
Kursus Integriti Untuk Kontraktor Binaan adalah wajib dihadiri oleh Pegawai Pengurusan Utama (PPU) seperti berikut:-

a) Pemilik Perniagaan,

b) Ahli Lembaga Pengarah,

c) Pengarah, atau

d) Wakil Pegawai Pengurusan Utama (WPPU).

Permohonan pembaharuan Perakuan Pendaftaran bagi kali pertama hendaklah disertakan dengan Sijil Kehadiran Kursus Integriti. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan pembaharuan Perakuan Pendaftaran tidak dapat dipertimbangkan.



Pendaftaran

Salinan akuan berkanun atau Laporan Polis mengenai kehilangan / kerosakan Perakuan Pendaftaran kontraktror asal dan bayaran sebanyak RM100.00 hendaklah dikemukakan sebelum Perakuan baru dikeluarkan sebagai menggantikan Perakuan Pendaftaran kontraktror yang hilang / rosak.


3.7 Salinan Perakuan Pendaftaran

Kontraktor yang memerlukan salinan Perakuan Pendaftaran perlu mengemukakan surat permohonan daripada syarikat kepada CIDB beserta dengan bayaran sebanyak RM20.00 sesalinan. Walau bagaimanapun, surat permohonan daripada syarikat tidak diperlukan sekiranya PPU atau wakil PPU yang dilantik berurusan terus di kaunter CIDB.


3.8 Status Pengkelasan Pendaftaran Kontraktor

Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan maklumat projek yang dilaksanakan sepanjang tempoh Perakuan Pendaftaran kontraktor sebelumnya untuk penentuan status/kelas.

CIDB mempunyai hak untuk menentukan pengkelasan kontraktor berdasarkan kepada maklumat yang dikemukakan. Pengkelasan Perakuan Pendaftaran kontraktor adalah seperti berikut:

a) Aktif : Kontraktor tempatan yang mempunyai projek sepanjang tempoh pendaftaran mereka berkuatkuasa. Kontraktor ini adalah terdiri dari mereka yang berpengalaman dan serius dalam bidang pembinaan.

b) Separa Aktif : Kontraktor yang tidak dianugerahkan sebarang projek sepanjang tempoh pendaftaran mereka berkuatkuasa tetapi aktif dalam menyertai tender.

c) Dorman : Kontraktor yang tidak dianugerah sebarang projek sepanjang tempoh pendaftaran mereka berkuatkuasa dan tidak menyertai sebarang tender.

d) Baru : Kontraktor yang baru berdaftar.

Perubahan pengkelasan Perakuan Pendaftaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat pihak kontraktor dapat mengemukakan bukti kerja/tender (yang telah disahkan) dan membawa bersama Perakuan Pendaftaran asal CIDB di mana-mana pejabat CIDB Negeri/Cawangan. Setiap perubahan/penggantian Perakuan Pendaftaran baru tidak akan dikenakan bayaran.


3.9 Pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Permohonan untuk membatalkan Perakuan Pendaftaran kontraktor hanya boleh dipohon oleh pemegang Perakuan Pendaftaran. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan daripada syarikat kepada CIDB. Bagi syarikat yang mempunyai lebih dari seorang pemegang Perakuan Pendaftaran, kebenaran bertulis dari semua pemegang adalah diperlukan.

Perakuan Pendaftaran yang masih belum tamat tempoh sah laku perlu dikembalikan kepada CIDB sekiranya syarikat berhasrat untuk membatalkan Perakuan Pendaftaran tersebut.

Syarikat yang membatalkan Perakuan Pendaftaran tidak boleh mengaktifkan semula (mendapatkan Perakuan Pendaftaran) dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh pembatalan dilakukan.



4.0 SYARAT-SYARAT UMUM


a) Perakuan Pendaftaran Kontraktor adalah hak CIDB. Pihak CIDB boleh membatal, menarikbalik atau menggantung Perakuan Pendaftaran kontraktor yang dikeluarkan. Pemegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor hendaklah memulangkan Perakuan Pendaftaran tersebut apabila diarah untuk berbuat demikian.

b) Pemegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran kontraktor, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya serta undang-undang bertulis yang lain pada sepanjang masa Perakuan Pendaftaran tersebut dipegang.

c) Semua kontraktor dikehendaki untuk mematuhi arahan/pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB dari masa ke semasa samada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana arahan/pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web atau apa-apa media/kaedah yang difikirkan wajar akan disifatkan telah diterima oleh pihak kontraktor.

Semua maklumat/dokumen yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat-maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.

d) Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan butir-butir maklumat yang diperlukan oleh CIDB atau mendapatkan Perakuan Pendaftaran yang telah diluluskan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh surat arahan/surat kelulusan dikeluarkan. Kegagalan berbuat demikian akan dianggap bahawa pemohon tidak berminat untuk meneruskan usaha bagi mendapatkan Perakuan Pendaftaran kontraktor yang dipohon dan permohonan tersebut akan terbatal dengan sendirinya tanpa sebarang notis. Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru sekiranya ingin mendapatkan Perakuan Pendaftaran kontraktor setelah permohonan sebelumnya terbatal.



5.0 PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN ATAU PENARIKAN SEMULA PERAKUAN PENDAFTARAN


a) CIDB boleh atas daya usahanya sendiri atau berdasarkan aduan yang telah ditentusahkan daripada mana-mana pihak, menggantung atau membatal atau menarik semula Perakuan Pendaftaran mana-mana kontraktor yang telah melakukan apa-apa kesalahan seperti yang tersenarai di perenggan (b).


b) Mana-mana sebab di bawah ini boleh menyebabkan Perakuan Pendaftaran kontraktor digantung, atau ditarik balik:

(i) pemegang Perakuan telah dihukum sebagai bankrupt; atau

(ii) petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor telah diserahkan; atau

(iii) pemegang Perakuan gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau peraturan-peraturan pendaftaran; atau

(iv) pemegang Perakuan telah memperoleh Perakuan dengan membuat perakuan atau penyataan palsu secara bertulis atau sebaliknya; atau

(v) pemegang Perakuan meninggalkan kerja pembinaan yang sedang dijalankan; atau

(vi) pemegang Perakuan didapati bersalah oleh mahkamah atau mana-mana badan penyiasat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis kerana cuai dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan; atau

(vii) pemegang Perakuan telah melanggar atau gagal mematuhi; atau telah membantu pelanggaran mana-mana terma, syarat-syarat atau batasan yang dikenakan oleh CIDB.

c) Pendaftaran mana-mana kontraktor akan terbatal secara automatik dalam kes-kes berikut:

(i) Apabila pendaftarannya dengan Pendaftar Perniagaan telah tamat, kecuali kontraktor menyerahkan salinan Perakuan pembaharuan dengan Pendaftar Perniagaan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tamat Perakuan Pendaftaran Perniagaan.

(ii) Bagi kontraktor yang pendaftarannya dengan Suruhanjaya Tenaga telah tamat kecuali kontraktor menyerahkan salinan Perakuan pembaharuan dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tamat pendaftaran.

(iii) Apabila seorang kontraktor yang menjalankan operasi secara milik tunggal meninggal dunia kecuali waris atau walinya memohon kebenaran dari CIDB, dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kematian, di mana dengan kelulusan CIDB, pendaftarannya boleh diteruskan sehingga kerja-kerja semasa yang sedang dilaksanakan siap.

(iv) Apabila rakan kongsi kontraktor yang beroperasi secara perkongsian meninggal dunia atau berpecah kongsi kecuali rakan kongsi yang masih hidup atau tinggal memohon kebenaran CIDB dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh kematian atau pemecahan, di mana dengan kelulusan CIDB, pendaftaran kontraktor dibenarkan sehingga kerja semasa siap atau tamat pendaftarannya yang mana lebih awal.

d) Sebelum CIDB membatalkan, menggantung atau menarik balik Perakuan Pendaftaran mana-mana kontraktor, CIDB hendaklah:

(i) Menghantar notis bertulis mengenai aduan terhadap kontraktor; dan

(ii) Memberi kontraktor berkenaan peluang mengemukakan penjelasan secara bertulis;
kecuali bagi kes-kes yang dinyatakan dalam (c) di atas.

e) Kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan, digantung atau ditarik balik tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana tender baru atau meneruskan mana-mana kerja pembinaan.

f) Pihak CIDB boleh dalam keadaan tertentu membenarkan kontraktor yang Perakuan Pendaftarannya telah dibatalkan untuk menyiapkan kerja semasanya.



6.0 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR BERDAFTAR

6.1 Syarat-Syarat Pendaftaran

6.1.1 Syarat Am

a) Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan tidak boleh dipindah milik.

b) CIDB mempunyai hak mengkaji semula gred pendaftaran kontraktor dari masa ke semasa.


6.1.2 Tanggungjawab dan Obligasi Kontraktor

a) Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (”AKTA”), peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya dan apa-apa terma, syarat-syarat atau sekatan yang dikenakan oleh CIDB dari masa ke semasa.

b) Kontraktor tidak boleh menyertai mana-mana tender atau melaksanakan apa-apa kerja pembinaan selepas habis tempoh Perakuan sehingga ianya diperbaharui.

c) Kontraktor tidak boleh mengakujanji untuk membina apa-apa projek pembinaan yang melebihi nilai kerja pembinaan yang dinyatakan di bawah gred pendaftaranya dan tidak boleh melaksanakan apa-apa projek pembinaan di luar kategori pendaftaranya.

d) Kontraktor hendaklah mengemukakan maklumat mengenai apa-apa kerja pembinaan atau kontrak dalam tempoh satu bulan selepas diaward.

e) Kontraktor hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh CIDB dari masa ke semasa.

f) Kontraktor hendaklah mempamerkan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh CIDB atau salinan Perakuan Pendaftaran yang diperakui oleh CIDB di tempat perniagaannya.

g) Kontraktor hendaklah mempamerkan nombor pendaftaran atas papan tanda di setiap tapak pembinaannya.

h) Kontraktor hendaklah memohon untuk memperbaharui pendaftaran dalam tempoh enam puluh hari sebelum tarikh tamat tempoh yang dinyatakan dalam Perakuan itu. Permohonan yang diterima oleh CIDB kurang dari 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh Perakuan Pendaftaran akan dikenakan denda sebanyak RM200.00 kerana lewat memperbaharui Perakuan Pendaftaran.

i ) Kontraktor hendaklah memenuhi prinsip-prinsip Kod Etika Kontraktor yang diterbitkan oleh CIDB.


Ahad, 8 Mac 2015

PERMOHONAN PELAN & PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA

MENGURUS, MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI RUMAH UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA UNTUK MEMILIKI RUMAH IDAMAN.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Perjanjian Jual Beli
-Salinan Layak Menduduki Bangunan (CF)
-Salinan Pembayaran Cukai Tanah Yerkini
-Salinan Pembayaran Cukai Pintu Terkini
-Pelan Kelulusan (Sekiranya ada)
-Salinan Slip Gaji Terkini 3 Bulan (Disahkan Oleh Ketua Jabatan)
-Salinan Penyata Bank Persendirian 6 Bulan
-EA Form
-Salinan Arahan Potongan Gaji Daripada Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan (BPPK) Pinjaman
 Pertama
-Salinan Baucer Bayaran Bagi Pinjaman Perumahan Yang Pertama Yang Telah Diluluskan.
-Surat Iringan Asal Jabatan
-Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen (Jika Slip Ada Potongan KWSP)


Design / Rekabentuk / Bahan ikut kemahuan pelanggan.
Kami Mengalu-alukan Pertanyaan Atau Segala Permasaalahan Berkaitan Pengurusan, Pembinaan Atau Aspek Teknikal, Pihak Kami Sedia Membantu..



Kepuasan dan kepentingan Pelanggan Amat Diutamakan.

Sila Hubungi :

Ammos Ampire (Com. No :002204320-K)
No. 28-1, Jalan Zapin H/K U5
Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, Selangor

Mohd Azaman Bin Saidin (013-2620888)
Mustakim Bin Ismail (016-4432003)
Mohd Amosdin Bin Mohd Nor (011-23058755)