Halaman

Khamis, 14 Januari 2010

Acuan Konkrit

ACUAN KONKRIT


Fungsi Bahagian-Bahagian Acuan

Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit, terdapat dua kumpulan acuan yang lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. Acuan untuk konkrit tuang di situ selain daripada senang dibuka, tumpuan kepada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya hendaklah diperhatikan.


Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk itu cukup kuat.



Bahan-bahan Yang digunakan Untuk Acuan

Acuan boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan. Bahan yang biasa digunakan ialah :

1. Papan dan papan lapis
2. Logam - keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya
3. Kaca gentian dan plastik gentian


Papan Dan Papan Lapis

Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat acuan. Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit, manakala kayu yang basah akan mengecut menjadikan perubahan saiz dan bentuk konkrit. Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku.

Logam

Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan berulang kali. Kepingan logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat.

Kaca Gentian dan Plastik Gentian

Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk tersendiri.


Pembinaan Acuan

Acuan yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut :

Kualiti

Darisegi kekukuhan, kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti acuan. Acuan mestilah dibuat kukuh dan kuat supaya berupaya menahan beban yang akan ditanggung seperti beban bancuhan konkrit, tetulang, pekerja, alatan yang digunakan dan juga getaran yang dilakukan untuk memadatkan konkrit. Kedudukannya mestilah tepat dan stabil. Dimensinya hendaklah mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Selain daripada itu, rekabentuk acuan hendaklah mengandungi kemudahan untuk menanggalkannya supaya tidak mengganggu kedudukan konkrit apabila membuka acuan.

Keselamatan

Keselamatan mestilah dititikberatkan kepada pekerja, struktur dan alatan yang digunakan. Ia hendaklah dimulakan dari peringkat perancangan dan pengurusan. Rekaannya mestilah mematuhi pada undang-undang, pembinaannya dikawal dengan rapi dan penyeliaan dijalankan dari masa ke semasa.

Ekonomi

Kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan acuan. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati dan seboleh-bolehnya dapat digunakan berulangkali. Begitu juga pertimbangan harus diberi kepada cara pembinaan, jenis acuan dan kemahiran pekerja sedia ada.


Jangkamasa Minimun Untuk Menanggalkan Acuan


Bil Bahagian Acuan Jangkamasa

1.Tepi rasuk, tiang dan tembok =(2-6 hari)

2.Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)=(7-14 hari)

3.Papan tepi (yang dibebankan)=(Tidak kurang 7 hari)

4.Papan bawah ( yang dibebankan)=(28 hari)


* Sebarang beban tidak boleh dibebankan sebelum 28 hari

9 ulasan:

  1. En Azaman,

    Maklumat yang sangat berguna. Adakah En Azaman turut memberi latihan kepada orang awam. Saya ingin mencuba bidang membuat precast concrete tetapi tidak mempunyai kemahiran.

    BalasPadam
  2. Untuk maklumat Ikarina, Akedemi Binaan Malaysia (ABM)CIDB ada menganjurkan kursus binaan 'WET SKILL', kursus2 dijalankan secara percuma mengikut kelayakan yang ditetapkan..kalau nak tahu lebih lanjut lawat laman WEB CIDB...ABM

    BalasPadam
  3. salam en azaman.. sy berminat dgn penulisan oleh en.. blh encik tulis mengenai cara pembinaan dinding iaitu yang meliputi pembinaan tiang dan ikatan batu bata.. sy berminat untuk mengenainya..

    BalasPadam
  4. Salam. Saya bukanlah pakar dalam sistem ibs dan berlatar belakang kejuruteraan. Tetapi saya baru 5 tahun terlibat dalam industri ni sebagai pembekal acuan logam 'precast' dan 'in situ cast'. Pengalaman bekerja bersama2 kontraktor ibs professional dan pengeluar produk 'precast' singaporean company based telah menarik minat saya mendalami ilmu teknologi daripada pembuatan acuan logam (costing,fabricating) hingga kepada kerja2 setup dan 'casting'. Terus terang saya hanya sebagai pemerhati dalam kerja2 pemasangan konkrit tuang dahulu dan konkrit tuang disitu. Dengan suka citanya saya sedia berkongsi dengan bakal usahawan ibs bumiputera akan datang mengenai kawalan kos membuat acuan (rekabentuk,ketahanan,pengulangan,ubahsuai),teknik membuat acuan dan cara kerja. Selain itu, saya juga mempunyai sedikit pglmn menjalankan kerja2 'casting' . Pandangan saya mengenai sistem ibs ini adalah ia adalah satu prospek perniagaan yg menguntungkan bg bumiputera selain penglibatan yg dilihat dimonopoli masa kini. Sebagai contoh negara jiran kita Singapura telah 100% menggunakan sistem ibs dalam projek perumahan awam dan projek2 kerajaan. Malah pembangun swasta disingapura juga telah mengikut jejak langkah tersebut. Walaupun saya masih baru dlm bidang ini tetapi peluang berurusan dgn syrkt2 'pre-caster' dari singapura seperti econ,contech,excel,starson,ces,dragages dan syrkt malaysia spt uem builder/construction,oka,unibase dan spc byk memberi manfaat kepada saya. Saya masih bekerja disyrkt lama dan boleh dihubungi melalui no tel : 0125559499 emel : rhairul@yahoo.com/rizal@floodlitesb.com.my .

    BalasPadam
  5. maklumat yang sangat berguan . terima kasih En.Azman :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum. Berapa hari untuk buka acyan footing

    BalasPadam
  7. Maf apa maksud konkrit tuang di situ

    BalasPadam
  8. Terima kasih cikgu penerangan yang jelas saya Iskandar JBB SIRI 1/16
    saya sedang membuat kerja2 ubah suai rumah bahagian dapur 6x20 bumbung slap nak letak tangki air di atas.

    BalasPadam
  9. saya ingin berbagi dengan Anda semua tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari perusahaan pinjaman yang sangat baik dan jujur ​​​​yang terdaftar di Amerika Serikat, karena saya melamar sebagai pinjaman awal, saya butuh beberapa dokumen untuk memenuhi persyaratan mereka tetapi insya Allah saya lulus dan bekerja dengan lancar sebagai pengusaha. hubungi whatsapp: +18632310632 / pedroloanss@gmail.com untuk semua jenis bantuan keuangan seperti pinjaman dan fasilitas investasi.

    BalasPadam