Halaman

Ahad, 17 Januari 2010

Pasir

TAJUK: PASIR

TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh kenalpasti bahan untuk membancuh mortar dengan menggunakan peralatan serta boleh menerap batu-bata dan lain-lain kerja yang bekaitan menurut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan perkakas dan peralatan yang betul supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian dan standard yang diperlukan.

PENERANGAN
Pasir dikelaskan sebagai pasir lombong atau pasir sugai. Jangan gunakan pasir laut kerana ia akan mengeluarkan kekat (scum) diatas permukaan dinding.


Pasir Lombong

1.Adalah pasir yang digali dari lombong. Pasir ini banyak digunakan dan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pasir halus dan pasir kasar.

a.Pasir halus – mengandungi sedikit tanah adalah sesuai untuk mengikat bata apabila dibancuhkan dengan pasir dari sungai dan simen. Bancuhan ini menghasilkan mortar yang berplastik dan mudah melekat.

b.Pasir kasar tidak sesuai digunakan untuk membancuh mortar. Ia lebih sesuai digunakan dalam kerja konkrit dan membuat bongkah.

2.Mutu pasir lombong boleh dipertingkatkan dengan membersihkan kandungan tanahnya dengan air.


Pasir sungai

1.mutunya baik jika tidak mengandungi kekotoran. Bancuhan mortar atau konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah susah dikerjakan. Oleh itu, sejenis bahan yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer) kadang-kadang digunakan untuk menambahkan kesenangan kerja dalam kerja-kerja bagi mortar atau konkrit itu.

2.Jika bahan ini tidak digunakan, bancuhan mortar akan memerlukan lebih banyak simen untuk mendapatkan kesenangan kerja yang sama.


Pasir pantai laut

1.Pasir yang didapati dari pantai laut aalah tidak sesuai digunakan kerana pasir ini mengandungi garam yang akan menyebabkan keadaan peroi pada peermukaan bangunan yang menggunakannya.


Ujian bagi Pasir

Kekotoran dalam pasir akan mempengaruhi kekuatan konkrit atau mortar yang menggunakannya. Oleh itu, dua jenis ujian hendaklah dilakukan iaitu:

a.Ujian keladak – untuk menentukan jumlah kandungan Lumpur dan bahan-bahan asing.

b.Ujian warna – untuk menentukan ada atau tidak bahan-bahan kimia yang merbahaya dalam pasir itu.


Ujian keladak

1.Ujian ini adalah untuk menyiasat kehadiran bahan-bahan asing yang halus seperti Lumpur. Keladak dan sebagainya dalam kandungan pasir.

2.Ujian ini dilakukan dengan menggunakan satu botol biasa seperti botol jem. Pasir yang hendak diuji itu dimasukkan sebanyak 50 mm ke dalam botol. Kemudian diisikan air besih sehingga ¾ penuh dan botol itu digoncangkan selama satu minit.

3.selepas digoncang, botol tersebut dibiarkan selama satu jam untuk membolehkan kandungan keladak mendap menjadi satu lapisan yang terasing di atas pasir. Tebal lapisan ini diukur. Jika lapisan keladak itu melebihi 3 mm bermakna pasir yang diuji itu terlampau kotor.
4.pasir ini adalah tidak sesuai untuk bancuhan konkrit dan perlu dibesihkan sebelum digunakan.


Ujian warna

1.Ujian warna ini dilakukan untuk menyiasat kehadiran bahan kimia yang merosakkan pasir. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan satu botol 500 ml yang bertanda dengan ukuran.

2.Isikan botol ini sehingga 200 ml dengan pasir yang hendak diuji itu. Masukkan larutan 3% soda api dan botol itu ditutup dengan penutup getah.

3.Selepas larutan natrium hidroksida dicampurkan dengan pasir, botol itu digoncang dan dibiarkan selama 24 jam. Warna coklat atau warna gelap menunjukkan pasir itu mengandungi bahan-bahan kimia yang mungkin merosakkan.

4.pasir itu tidak sesuai digunakan kecuali selepas dibersihkan dengasn air.

2 ulasan:

  1. Untuk pAsir plaster mcm mana cara utk test

    BalasPadam
  2. Saya terima 1 load lorry pasir.supplier cakap pasir lombong.
    Tetapi semua warna putih.
    Silk content 6percent.
    Adakah boleh digunakan untuk kerja konkrit?G50 dan G50-untuk precast concrete work.mohon pencerahan

    BalasPadam