Halaman

Isnin, 16 April 2012

SISTEM PEMBETUNGAN

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelajar bagi memahami dan mengenal, menamakan pelbagai jenis system kebersihan Dan lain-lain kerja yang berkaitan menurut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan perkakas, peralatan serta bahan yang betul supaya hasil kerja menepati piawaian dan standard yang ditetapkan

PENERANGAN:
1. Objektif utama dalam system pembetungan ialah membolehkan pembuangan kumbahan jelalui satu system sambugan paip yang besih dan cekap.
2. Sistem pembetungan dalam konteks pembinaan moden tediri daripada dua jenis yang utama iaitu:
a. Sistem pembetungan awam
b. System pembetungan tangki najis.
a. Sistem pembetungan awam – Merupakan satu system paip utama pembetungan yang ditanam di dalam tanah selaria dengan jalan raya. Paip-paip ini disambungkan kepada loji pembersih pembetungan tempat kumbahan diproses menjadi baja. Pembinaan Dan penyenggaraan system pembetungan awam melibatkan pebelanjaan yang tinggi.
b. Sistem pembetungan tangki najis
1) bagi tempat yang tidak mempunyai kemudahan pembetungan awam. Pembuangan kumbahan dilakukan dengan menggunakan tangki najis secara berasingan atau berkumpulan. Dalam merancang kawasan perumahan yang baru, khasnya yang melibatkan bilangan unit rumah yang banyak, adalah digalakkan mengadakan tangki najis berkumpulan.
2) Sistem ini meliputi sambungan paip betung daripada rumah-rumah ke tangki najis utama. Prinsipnya hamper sama dengan pembetungan awam, kecuali ia adalah ‘sistem tertutup’ yang khas untuk kawasan perumahan berkenaan sahaja. System ini biasanya dibawah jagaan Dan penyenggaraan pihak berkuasa tempatan (PBT)
3) Tangki najis berasingan ialah hak tuan punya rumah. Biasanya ia dibina dibelakang rumah Dan saiznya adalah mengikut blangan penghuni rumah tersebut.

Jenis paip betung
1. Didapati pelbagai jenis paip betung yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berlainan. Diantaranya ialah seperti berikut.
a. Paip tembikar bergerlis
b. Paip besi tuangan
c. paip plastic (PVC)
2. Tiap-tiap jenis paip ini dibuat khas untuk digunakan dalam keadaan dan di tempat yang tertentu. Contohnya paip tembikar digunakan didalam tanah untuk menyalurkan kumbahan manakala paip besi tuangan sesuai digunakan sebagai paip tegak diatas tanah untuk menyalurkan kumbahan dari rumah ke bawah tanah.
3. Paip Betung boleh didapati dalam pelbagai bentuk, iaitu lurus, melengkung, bercabang Dan menirus. Permukaan dalam bagi semua paip mestilah licin dan tidak retak supaya pengaliran air tidak teganggu setelah ia dipasang

Paip tembikar bergerlis
1. Paip ini diperbuat daripada tanah liat dalam pelbagai bentuk seperti yang dikehendaki. Tanah liat yang telah dibentuk hendaklah dikeringkan sebelum dibakar dalam tanur. Pada permukaan dalam dan luar paip ini diberikan lapisan bergerlis supaya ia licin. Ia mempunyai satu hujung yang bersoket dan hujung yang satu lagi berbentuk spigot. Paip yang tidak bersoket juga boleh didapati. Diameter dalam paip biasa berbeza-beza dari 75mm hingga 900mm. panjang paip tidak termasuk soketnya, adalah juga berbeza dari 0.3 hingga 1.2 meter. Paip yang berdiameter dalam 100mm Dan 150mm adalah sesuai digunakan untuk pembetungan rumah kediaman.

2. Sambungan paip ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara mengikut jenis bahannya.
a. Bagi paip bersoket sambungannya dibuat dengan mortar simen Dan gasket, atau kumai polyester Dan gelang getah.
b. Bagi paip yang tidak bersoket, sambungannya dibuat dengan cara menyambung sarung (sleeve) Dan gelang getah.
3. Sambungan mortar simen adalah sejenis sambungan tradisi yang telah lama digunakan untuk menyambungkan paip-paip tembikar. Kadar bancuhan mortar yang sesuai ialah 1:3 Dan seringkali ditambah 2% bahan kalis air.
4. Kaedah menyambungkan paip ini ialah dengan memasukkan bahagian spigot paip ke dalam soket paip. Pastikan kedua-dua paip itu bertemu dengan rapat. Gasket (tali guni) dimasukkan ke dalam bancuhan simen terlebih dahulu dililit pada paip itu dua atau tiga kali Dan ditekan masuk dengan satu alat besi. Kemudian, mortar simen dimasukkan ke dalam sambungan sepenuhnya Dan disiapkan tirus Dan licinkan dengan sudip. Tujuan menggunakan gasket ialah untuk mencegah mortar daripada masuk ke dalam paip Dan menempatkan paip itu supaya selari. Sekiranya gasket tidak digunakan ia boleh mengakibatkan mortar terkeluar dari sambugan. Ini boleh menjejaskan keselarian kedua-dua paip, spigot Dan soket.





5. Sambungan kumai polyester Dan gelang getah adalah sejenis sambungan yang barua ditemui. Untuk menjamin sambungan soket Dan spigot itu selari, kumai polyester (sejenis plastic) dimasukkan ke dalam soket Dan spigot itu. Kemudian satu gelang geah diletakkan pada spigot Dan ditekan masuk ke dalam soket semasa paip dipasang. Gelang getah itu menjamin sambungan yang kedap air.
6. sambungan sarung Dan gelang getah digunakan untuk menyambung paip-paip yang tidak beRsoket. Sarung ini diperbuat d aripada polipropilena (sejenis plastic) Dan mempunyai lurah di dalamnya. Untuk ditempatkan gelang getah yang berbentuk khas. Kaedah menyambung paip ialah dengan menekan hujung kedua-dua paip ke dalam sarung tersebut.

Paip Besi Tuangan
1. Paip jenis ini diperbuat daripada besi tuangan. Permukaannya dicat hitam dengan sejenis minyak bitumen untuk menentang karat berlaku pada paip tersebut. Paip besi tuangan sesuai digunakan sebagai paip tegak betung bagi bangunan bertingkat atau pemasangan paip-paip yang tidak ditanam di dalam tanah. Panjangnya berbeza-beza dari 0.9m hingga 2.74 m Dan diameternya dari 50mm hingga 230mm. paip melengkung berjajarian juga dibuat untuk kegunaan pada cabang atau persmpangan yang mempunyai darjah kelengkungan yang berlainan.
2. Sambungan bagi paip besi dilakukan dengan menggunakan plumbum cecair Dan gasket. Gasket yang telah dimasukkan ke dalam cecair tar terlebih dahulu dililit pada hujung spigot Dan ditekan masuk ke dalam soket. Tujuan gasket ialah mengelakkan plumbum cecair terkeluar dari sambungan. Kemuaian plumbum cecair dituang masuk ke dalam soket Dan diratakan.

1 ulasan:

  1. Apa akan jadi bila VCP pipe tidak di sambung dengan sempurna? Sila baca blog ini untuk jawapan nya: www.seweragescam.com

    BalasPadam