TAJUK: SIMEN
TUJUAN:
PENERANGAN
1.Simen merupakan bahan komponen yang utama dalam proses membuat mortar. Terdapat pelbagai jenis simen yang digunakan di tapak-tapak pembinaan mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Kebiasannya dibekalkan dalam bag-bag yang beratnya tidak melebi 50 kg bagi kemudahan pengangkutan.
2.Simen diperbuat daripada tanah liat dan batu kapur dan diadunkan mengikut kadar yang tertentu. Simen biasanya digunakan untuk kerja-kerja konkrit, menerap bata, lepaan dan lain-lain.
3.Proses pembekuan dan pengerasan simen adalah hasil dari pembentukan sebatian kimia yang kompleks terjadi sebaik sahaja ianya dicampurkan. Proses ini dipanggil hadrasi (hydration)
Jenis-Jenis Simen
1.Simen Portland Biasa – dihasilkan dengan proses pembakaran yang terkawal. Bahan tanah liat dan kapur yang menjalani proses pembakaran itu akan menjadi hangus. Campuran bahan gypsum dibuat mengikut nisbah tertentu utuk mengawal masa bekunya. Simen jenis ini begitu meluas digunakan untuk membuat motar dan konkrit.
2.Simen Portland Cepat Keras – Dibuat lebih halus dari simen-simen yang lain untuk mendapatkan kekuatan yang maksimum dan akan cepat mengeras dalam cuaca yang sejuk serta lembap. Sesuai untuk kegunaan di kawasan yang basah serta berair.
3.Simen Penghalang Sulfat – lebih praktikal digunakan di kawasan yang berair dan mengandungi garam atau asid sulfuric untuk menjamin kekuatan konkrit yang akan digunakan kerana ia menghalang tindakan sulfat.
4.Simen Warna – Digunakan dalam kerja-kerja hiasan pada sambungan bata, permukakan lantai, lepaan tembok dan kegunaan lain yang difikirkan sesuai. Hendaklah disimpan berasingan dari simen-simen yang lain untuk mengelak dari percampuran warna. Ia terdiri dari pelbagai warna seperti coklat, putih, hitam, hijau, biru, kuning dan sebagainya.
5.Simen Alumina Tinggi – diperbuat dari hasil campuran kapur dan bahan galian yang megandungi galian aluminium melalui proses pembekuan yang lambat dan ia lebih keas dari simen cepat keras. Sesuai untuk kawasan yang banyak sulfat tetapi ianya tidak sesuai pada tempat yang panas dan perlu dibasahkan selama 24 jam untuk mendapatkan mutu konkrit yang baik.
6.Simen Rendah Haba – Konkrit yang menggunakan simen jenis ini akan mengeluarkan wap panas secara perlahan-lahan dan dapat mengurangkan keretakan yang berlaku pada sesuatu ketika pada pembinaan empangan dan tembok penahan.
7.Simen Hidrophobik – mempunyai sifat yang kurang menyerap air. ia digunakan di tempat tempat yang basah dan lembap, dan selalunya dibancuh dengan menggunakan mesin supaya campurannya baik dan sebati.
8.Jenis-jenis simen yang lain termasuk
a.Wall crete – untuk membuat lepa.
b.Simen ceramic /Adhesive( simen pelekat ) untuk memasang jubin, 'garden stone',genting dan lain-lain kerja yang sesuai,
c.Pada masa sekarang terdapat juga simen untuk membuat konkrit ringan (light weight concrete)
Cara Menyimpan Simen
Simen ialah bahan yang mudah keras, jika bercampur dengan air. Oleh itu bahan-bahan tersebsut perlu diberi penjagaan yang baik sebelum ia digunakan atau selepas digunakan terutamanya semasa berada di tapak bina. Bagi projek yang kecil, simen-simen tidaklah perlu disimpan di dalam stor yang besar. Memadailah disimpan ditempat yang lapang berpandukan kaedah berikut:
1.Sediakan papan lapik dan pastikan ia kering.
2.Jarak papan lapik dengan paras tanah hendaklah ditinggikan
sekurang-kurangnya 150 - 230mm bagi mengelak kelembapan atau basah.
3.Jarak 300 mm daripada dinding gudang.
4.Susun beg simen rapat-rapat.
5.Beg simen hendaklah disusun tidak melebihi 12 lapisan untuk memudahkan kerja menyusun dan mengambil simen semasa kerja dijalankan.
6.Bahagian tepi disusun rendah dari yang ditengah.
7.Pastikan simen-simen digunakan dengan segera bagi projek kecil untuk mengelakkan kerosakan.
8.Jika tempat simpanan tidak berbumbung, simen-simen mestilah ditutup dengan kain plastic.
Ujian Bagi Simen
Ada terdapat beberapa kaedah untuk menguji simen.
1.Dirasa dengan tangan – simen yang baik dan boleh digunakan, bebentuk serbuk dan tidak berketul-ketul.
2.Lebih tepat – dibancuh dengan air hingga pekat. Dilepekkan diatas cermin dan dirata dengan sudip. Kemudian ianya direndam di dalam air selama 24 jam. Sekiranya simen itu retak dan tidak mengeras, keputusannya simen itu tidak sesuai digunakan.
Halaman
▼
Ahad, 17 Januari 2010
Pasir
TAJUK: PASIR
TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh kenalpasti bahan untuk membancuh mortar dengan menggunakan peralatan serta boleh menerap batu-bata dan lain-lain kerja yang bekaitan menurut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan perkakas dan peralatan yang betul supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian dan standard yang diperlukan.
PENERANGAN
Pasir dikelaskan sebagai pasir lombong atau pasir sugai. Jangan gunakan pasir laut kerana ia akan mengeluarkan kekat (scum) diatas permukaan dinding.
Pasir Lombong
1.Adalah pasir yang digali dari lombong. Pasir ini banyak digunakan dan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pasir halus dan pasir kasar.
a.Pasir halus – mengandungi sedikit tanah adalah sesuai untuk mengikat bata apabila dibancuhkan dengan pasir dari sungai dan simen. Bancuhan ini menghasilkan mortar yang berplastik dan mudah melekat.
b.Pasir kasar tidak sesuai digunakan untuk membancuh mortar. Ia lebih sesuai digunakan dalam kerja konkrit dan membuat bongkah.
2.Mutu pasir lombong boleh dipertingkatkan dengan membersihkan kandungan tanahnya dengan air.
Pasir sungai
1.mutunya baik jika tidak mengandungi kekotoran. Bancuhan mortar atau konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah susah dikerjakan. Oleh itu, sejenis bahan yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer) kadang-kadang digunakan untuk menambahkan kesenangan kerja dalam kerja-kerja bagi mortar atau konkrit itu.
2.Jika bahan ini tidak digunakan, bancuhan mortar akan memerlukan lebih banyak simen untuk mendapatkan kesenangan kerja yang sama.
Pasir pantai laut
1.Pasir yang didapati dari pantai laut aalah tidak sesuai digunakan kerana pasir ini mengandungi garam yang akan menyebabkan keadaan peroi pada peermukaan bangunan yang menggunakannya.
Ujian bagi Pasir
Kekotoran dalam pasir akan mempengaruhi kekuatan konkrit atau mortar yang menggunakannya. Oleh itu, dua jenis ujian hendaklah dilakukan iaitu:
a.Ujian keladak – untuk menentukan jumlah kandungan Lumpur dan bahan-bahan asing.
b.Ujian warna – untuk menentukan ada atau tidak bahan-bahan kimia yang merbahaya dalam pasir itu.
Ujian keladak
1.Ujian ini adalah untuk menyiasat kehadiran bahan-bahan asing yang halus seperti Lumpur. Keladak dan sebagainya dalam kandungan pasir.
2.Ujian ini dilakukan dengan menggunakan satu botol biasa seperti botol jem. Pasir yang hendak diuji itu dimasukkan sebanyak 50 mm ke dalam botol. Kemudian diisikan air besih sehingga ¾ penuh dan botol itu digoncangkan selama satu minit.
3.selepas digoncang, botol tersebut dibiarkan selama satu jam untuk membolehkan kandungan keladak mendap menjadi satu lapisan yang terasing di atas pasir. Tebal lapisan ini diukur. Jika lapisan keladak itu melebihi 3 mm bermakna pasir yang diuji itu terlampau kotor.
4.pasir ini adalah tidak sesuai untuk bancuhan konkrit dan perlu dibesihkan sebelum digunakan.
Ujian warna
1.Ujian warna ini dilakukan untuk menyiasat kehadiran bahan kimia yang merosakkan pasir. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan satu botol 500 ml yang bertanda dengan ukuran.
2.Isikan botol ini sehingga 200 ml dengan pasir yang hendak diuji itu. Masukkan larutan 3% soda api dan botol itu ditutup dengan penutup getah.
3.Selepas larutan natrium hidroksida dicampurkan dengan pasir, botol itu digoncang dan dibiarkan selama 24 jam. Warna coklat atau warna gelap menunjukkan pasir itu mengandungi bahan-bahan kimia yang mungkin merosakkan.
4.pasir itu tidak sesuai digunakan kecuali selepas dibersihkan dengasn air.

Khamis, 14 Januari 2010
Cerucuk
CERUCUK
TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja penggalian, cerucuk, memasang penahan tanah, penyemburan racun anti serangga dan kerja-kerja kepala cerucuk dengan menggunakan perkakas dan pealatan suapaya hasil kerja menepati dan spesifikasi yang ditetapkan.
PENERANGAN
Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dn keupayaan tanggungnya tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Alah satu daripada caranya ialah menggunakn cerocok. Cerocok digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya alas tiang ataupun rakit. Cerocok ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
1.Cerocok Tanggung (Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oelh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok Dan bahan yang digunakan.
2.Cerocok Geseran (Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerocok ini ditnggung oleh daya gesean diantar atanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerocok.Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.
Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan kepada :
i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile.
ii.Cerucuk anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile, Pipe Pile, Concrete spun pile dan lain-lain lagi
iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile )
Contohnya Reinforcement Concrete pile.
Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :
i.Cerucuk Bakau
Saiz 3” atau 5” bulat
Beban yang dibenarkan 3/2 – 1 tan
Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.
ii.Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timebr Pile )
Saiz 5” x 5”, 6” x 6”
Jenis kayu : kempas & keruing
Beban yang dibenarkan 8-15 tan
iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile )
Saiz 12” x 12”, 14” x 14”, 15” x 15”
Beban yang dibenarkan 42– 65 tan
iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu
Saiz 10” x 10”, 12” x 12”, 14” x 14”, 16” x 16”
Beban yang dibenarkan 45 –110
v.Cerucuk keluli H
Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12” x 12”
Beban yang dibenarkan 50 – 150
vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile )
Saiz 18” – 160” bulat
Beban 60 – 1000 tan.
Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut:
•Kayu – kayu bakaru atau kayu lain yang terawet
•Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang)
Tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya)
•Rencam (composite) – kayu atau keluli (bahagian atas)
Konkrit (bahagian atas)
•Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan
2.Kerja Cerucuk Di Tapakbina
Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didrikan.
Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapakbina sebelum ini, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama
3.Cerucuk Kayu
Kayu bakau Dan kayu dari jenis kempas yang telah diawet adalah diantara bahan yang digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk. Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil Dan tidak mempunyai bebanan yang tinggi. Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya berukiuran 75mm hingga 125mm..
4.Cerucuk Konkrit bertetulang
Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai ukuran 200 x 200 hingga 400 x 400 mm.
5.Cerucuk Keluli
Terdiri dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk kepingan. Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang mahal. Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm.
6.Kumpulan Cerucuk
Penentuan kepupayaan cerucuk menanggug Dan menyebar bebanan dari superstruktur banyak begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan permukaannya Dan semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin kesetabilan yang sempurna, cerucuk-cerucuk digunakan secara berkelompok atau berkumpulan Dan ia begitu berkait rapat dengan bebanan yang dikenakan ke atasnya. Untuk itu, pada permukaan atas cerucuk, dibina pula tetopi cerucuk berulang Dan memindahkan bebanan tiang ke kepala cerucuk.
1.Bar Splicing / Butt Welding - Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30 kali saiz besi tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan. Besi tetulang yang baru kemudian disambung kepada yang lama dengan splicing, links yang baru dipasang balik dengan jaraknya separuh dari jarak links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula dan dikonkritkan dengan konkrit bancuhan yang sama. Jika besi baru hendak disambung dengan ‘butt welding’, jarak konkrit yang perlu dipecahkan adalah 12”. Di dalam kaedah ini, ketegakan besi perlu diperhatikan.
2.Dowel berjoint / Plate Welding - Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan disediakan dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada di cerucuk permulaan. Kepingan besi lembut dari kedua-dua cerucuk kemudian dilekatkan dengan fillet di sekeliling.
3.Kepala cerucuk - Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di dalam JKR adalah :
i)Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut
ii)Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan keras
iii)Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu

Acuan Konkrit
ACUAN KONKRIT
Fungsi Bahagian-Bahagian Acuan
Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit, terdapat dua kumpulan acuan yang lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. Acuan untuk konkrit tuang di situ selain daripada senang dibuka, tumpuan kepada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya hendaklah diperhatikan.
Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk itu cukup kuat.
Bahan-bahan Yang digunakan Untuk Acuan
Acuan boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan. Bahan yang biasa digunakan ialah :
1. Papan dan papan lapis
2. Logam - keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya
3. Kaca gentian dan plastik gentian
Papan Dan Papan Lapis
Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat acuan. Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit, manakala kayu yang basah akan mengecut menjadikan perubahan saiz dan bentuk konkrit. Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku.
Logam
Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan berulang kali. Kepingan logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat.
Kaca Gentian dan Plastik Gentian
Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk tersendiri.
Pembinaan Acuan
Acuan yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut :
Kualiti
Darisegi kekukuhan, kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti acuan. Acuan mestilah dibuat kukuh dan kuat supaya berupaya menahan beban yang akan ditanggung seperti beban bancuhan konkrit, tetulang, pekerja, alatan yang digunakan dan juga getaran yang dilakukan untuk memadatkan konkrit. Kedudukannya mestilah tepat dan stabil. Dimensinya hendaklah mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Selain daripada itu, rekabentuk acuan hendaklah mengandungi kemudahan untuk menanggalkannya supaya tidak mengganggu kedudukan konkrit apabila membuka acuan.
Keselamatan
Keselamatan mestilah dititikberatkan kepada pekerja, struktur dan alatan yang digunakan. Ia hendaklah dimulakan dari peringkat perancangan dan pengurusan. Rekaannya mestilah mematuhi pada undang-undang, pembinaannya dikawal dengan rapi dan penyeliaan dijalankan dari masa ke semasa.
Ekonomi
Kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan acuan. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati dan seboleh-bolehnya dapat digunakan berulangkali. Begitu juga pertimbangan harus diberi kepada cara pembinaan, jenis acuan dan kemahiran pekerja sedia ada.
Jangkamasa Minimun Untuk Menanggalkan Acuan
Bil Bahagian Acuan Jangkamasa
1.Tepi rasuk, tiang dan tembok =(2-6 hari)
2.Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)=(7-14 hari)
3.Papan tepi (yang dibebankan)=(Tidak kurang 7 hari)
4.Papan bawah ( yang dibebankan)=(28 hari)
* Sebarang beban tidak boleh dibebankan sebelum 28 hari

PAKAIAN KESELAMATAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih/pekerja tentang pentingnya keselamatan diamalkan di tempat kerja. Dengan maklumat dan pengetahuan yang diberikan akan membolehkan pelatih/pekerja menilai dan jenjangkakan akan kemalangan yang mungkin berlaku yang berkemungkinan akan melibatkan nyawa atau kecederaan.
PENERANGAN
1.‘UTAMAKAN KESELAMATAN’. Inilah sikap yang mesti diamalkan setiap masa sebagai asas tindakan-tindakan yang akan diambil mengelakkan sebarang kemalangan di dalam bengkel dan tempat kerja seperti:
a.Kecederaan pekerja yang berkenaan.
b.Kecederaan kepada orang lain.
c.Kerosakan mesin-mesin, alat-alat dan bahan-bahan di dalam bengkel yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kerugian.
2.Kebanyakan kemalangan dalam bengkel boleh dielakkan sekiranya langkah-langkah pengawasan diambil terlebih dahulu untuk mengadakan suasana dan juga teknik atau cara-cara bekerja yang selamat.
3.Perkara-perkara penting yang mesti dipastikan bagi mengadakan suasana bekerja yang selamat adalah seperti berikut:
•Keselamatan individu
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah tidak selamat. Kasut atau but keselamatan yang bahagian hadapannya diperbuat dari keluli adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki. Capal atau sandal tidak seharusnya digunakan.
•Perlindungan mata
Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada mata. Maka cermin mata, cermn mata keselamatan (goggle) atau pelindung muka hendaklah
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah tidak selamat. Kasut atau but keselamatan yang bahagian
4.Perimustahaknya berpakaian sempurna.
a.Pakaian yang paling sesuai ialah ‘overall’ atau pakaian tukang dandang (boiler’s suit). Kenakan semua butang dan lengan baju panjang hendaklah digulung keparas atas siku.
b.Jangan memakai jam tangan atau cincin.
c.Pakai alat perlindungan mata (goggles) jika menggunakan mesin.
d.Pakai kasut yang selamat.
e.Pakai topi keselamatan (safety helmet)

Rabu, 13 Januari 2010
Painting Works
TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelajar bagi memahami dan mengenalpasti bahan-bahan dan peralatan termasuk menyediakan permukaan untuk kerja-kerja mengecat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan teknik yang betul supaya hasil kerja mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan
PENERANGAN:
Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan meupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukann pada sesebuah bangunan berdasar kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya. Secara am, kebanyakan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat yang terdiri daripada:
a.Cat minyak
b.Cat air
c.Cat distemper
d.Cat kegunaan khas.
e.Kemasan bagi pembinaan kayu pula selain cat, bahan-bahan seperti Sylek, Sempang, Lilin, Lekar plastic dan lekar selulos juga digunakan.
CAT
1.Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalamm perusahan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu bata dan lain-lain lagi.
2.Fungsi cat ialah:
a.Melindungi bahan-bahan perusahan seperti yang tersebut di atas daripada keosakan-kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya.
b.Mencantikkannya pemandangannya.
c.Memudahkan proses pembersihan permukannya.
3.Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi.
4.Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner). Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan.
5.Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentine dan spirit putih.
6.Mutu cat sentaisa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan lain.
7.Jenis-jenis cat yang digunakan ialah:
a.Cat minyak
1)Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengiksidaan.
2)Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan:
a)Lapisan asas – mengandungi cecari minyak l9nsed dan plumbum merah sebagai pewarna.
b)Lapisan alas – mengandungi mnyak linseed, plumbum putih dan minyak pengering yang bermutu.
c)Lapisan kemasan – mengandungi minyak varnish, pewarna dan pelarut yang sesuai sepeprti turpentine.
3)Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah beus dan alat penyembur.
b.Cat air atau cat emulsi:
1)Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air uanuk mencairkannya semasa digunakan.
2)Jenis cat emulisi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat.
3)Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus. Digelek dengan penggelek ataupun disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.
c.Cat Distemper:
1)Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih.
2)Jenis ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadangkala digunakan pada tembok bata dan tembok konkrit.
d.Cat Kegunaan khas:
1)Banyak jenis cat dihasilkan untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:
a)Cat aluminium:
Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering.
Cat ini digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam sepeprti paip air, kekuda besi dan sebagainya.
b)Cat bitumen:
Cat ini mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen dan ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat sepeprti besi.
Ia Cuma digunakan pada tempt yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan.
Cat ini berharga murah.
c)Cat kalis kulat:
Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat terkandung dalm cat ini.
Kegunaanya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.
d)Cat tahan api:
Cat ini mengandungi ammonium fosft.
Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan terhahdap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahan pembinaan.
e.Syelek:
1)Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Sylek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama ‘lac bugs’ yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tengara.
2)Resin syelek larut di dalam alcohol – ‘methylated spirit’. Sylek digunakan untuk mengilat kayu. Cara mengilat kayu dengan syelek dinamakan ‘French polishing’.
3)Syelek boleh juga digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alcohol untuk digunakan, ataupun secara bancuh siap.
4)Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau cina. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.
f.Sampang:
1)Sejenis varnish minyak yang mengandungi resin asli (congo, manila, kauri) atau resin tiruan (phenolics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dengan pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur.
2)Sampang khas digunakan pada kayu, proses pengeringannya mengambil masa selama 12 hingga 24 jam. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air. oleh sebab itu, sesuai digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.
g.Kemasan lilin:
1)Ada tiga jenis lilin iaitu::
a)Lilin keras (carnauba dan ceresine)
b)Sederhana (lilin lebah)
c)Lembut (paraflin)
2)Kemasan lilin dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dimasukkan ke dalam ira kayu. Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut.
3)Jika warna diperlukan, pewarna di larutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacaukan serbuk pewarna dalam cecair lilin.
4)Segala kerja hendaklah dibuat jauh daripada api, oleh sebab turpentine digunakan sebagai pelarut dan turpentine ini sangat mudah membakar
h.Lekar plastic:
1)Lekar ini mengandungi resin yang terdiri daripada ‘polyurethane’ alkyd, urea dan lain-lain lagi yang akan mengeras melalui tindak balas kimia dengan bahan pengeras (catalyst).
2)Ada beberapa jenis lekar plastic berupa lutinar, berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan untuk kemasan dalam dan luar.
3)Lekar ini setelah disapu atau disembur mengering dengan cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak dan bersifat merintang bahan kimia,. pelarut api dan sebagainya.
i.Lekar:
1)Lekar yang biaanya digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose). Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering.
2)Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.
KEGUNAAN KEMASAN
Pemilihan jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mendapat mutu kemasan yang memuaskan di samping menjimatkan kosnya. Tiap-tiap jenis kemasan mempunyai cirri-ciri yang tersendiri dan Cuma sesuai digunakan untuk jenis-jenis bahan yang tertentu. Jadual yang berikut memberi sebahagian bahan-bahan yang biasa digunakan dan jenis kemasan yang sesuai kepadanya.
JENIS BAHAN JENIS KEMASAN YANG SESUAI
Kayu Cat minyak
Syelek
Sampang
Lekar
Lilin
Lekar plalstik
Keluli Cat minyak
Cat bitumen
Lekar
Lepa simen/gipsum Cat distemper
Cat air/cat emulsi
Cat minyak
CARA MENGECAT
Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut:
a.Persediaan Permukaan – Ini merupakan langkah utama untuk menjamin kejayaan mengecat. Persediaan ini menentukan permukaan yang akan dicat itu licin, besih, kering dan stabil.
b.Bancuhan cat – Kebanyakan cat yang telah lama disimpan mestilah dikacau dengan betul sebelum boleh digunakan. Perhatian hendaklah diambil untuk mengeluarkan lapisan atas yang telah keras sebelum dikacau supaya bahagian yang telah keras tidak bercampur dengan cat. Jika cat itu kotor, ia boleh ditapis dengan kain nipis.
c.Melarut - Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah disapu atau disembur.
d.Keadaan yang sesuai untuk mengecat – Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak berabuk.
e.Mengecat lapisan asas – Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina satu lapisan yang kuat untuk menerima lapisan-lapisan selanjutnya.
f.Penutup – Lubang paku, retak dan tanda-tanda lain hendaklah ditutup selepas cat lapisan asas kerana lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahan-bahan penutup (putty)
g.Mengecat lapisan alas – Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan kemasan.
h.Mengecat lapisan kemasan atau lapisan penghabisan – Memberi lapisan yang berkilat dan licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar, manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurang pemantulan cahaya. Kerja mengecat bleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
1)Disapu dengan berus.
2)Menggunakan penggelek atau rola
3)Dengan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin, tekanan udara, tangki atau bekas sembur dan hos getah.
MENGECAT PERMUKAAN KONKRIT, LEPA DAN BATA
Permukaan konkrit dan lepa bersifat alkali apabila baru dibuat kerana kandungan simen atau kapur di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali ini akan bertindak balas dengan cat dan menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan pengeringannya melalui sejatan mengambil masa yang agak lama. Oleh sebab itu, mencapai kemasan cat yang bermutu, keadaan-keadaan yang berikut mestilah di atasi.
a.Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepa yang berliang, terutamanya penyerapan yang tiak sekata – Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat satu lapisan cat asas dengan menggunakan cat distemper ataupun cat emulsi di cairkan dengan air.
b.Permukaan yang tidak rata – Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak dan lekuk-lekuk ditampalkan dengan lepa.
c.Tumbuhan kulat dan sebagainya – Kejaidan seperti ini mungkin disebabkan oleh kelembapan yang berterusan. Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca kelembapannya, mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan permukaan tembok dengan cara membasuh menggunakan racun kulat, dan tembok tersebut dibiarkan sehingga kering sebelum dict semula.
d.Pemeluwapan – Pemeluwapan berlaku pada permukaan tembok yang keas dan tidak menyerap. Permukaan tembok boleh dibasuh dengan larutan asid cair ataupun larutan campuran 5 bahagian turpentine dengan 1 bahagian minyak linseed. Kesimpulannya, keadaan permukaan yang sempurna untuk mengecat ialah: kering, stabil, besih tanpa cemaran gris, minyak dan habuk.
KEMASAN BAHAN LUTSINAR
Proses mengemas permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut langkah-langkah berikut.
a.Persedian Permukaan – Pembersihan permukaan merupakan satu langkah yang penting yang mesti dilakukan dengan sempurna. Pada dasarnya, permukaan mestilah bersih, licin, tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin boleh dihilangkah d engan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh dibuang dengan kertas pasir ataupun diketam dan ditutup dengan dempul atau kayu plastic.
b.Rawatan pada permukaan – Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan paa permukaan kayu mengikut jenis kayu dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya, langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:
1)Pelunturan (bleaching) – Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika perlu untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok bekas glu, karat dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis yang khas untuk kegunaan pada kayu.
a)Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair kedua ialah hydrogen peroksida pekat.
b)Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua sebelum kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam,kemudian digosok dengan kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.
2)Pelumuran (staining) – Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan arna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya. Pelumur yang digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur minyak.
3)Penutup – Utuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu dengan dempul supaya menghasilkann permukaan yang rata di samping mengurangkan resapan bahan kemasan paa kayu.
4)Mengenaskan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar – Kaedah kemasan berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan lutsinar terdiri draipada syelek, lilin, sempang, lekar selulus dan lekar plastic. Tiap-tiap jenis bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun menyembur. Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan bebeapa lapisan yang tipis. Tiap-tiap lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh dikemaskan.
KESELAMATAN
Lagkah-langkah keselamatan harus diambil semasa melakukan kerja kemasan kerana kebanyakan bahan-bahan kemaan bersifatmudah terbakar dan beracun. Perkara-perkara yang berikut harus diambil perhatian:
a.Bahan-bahan seperti cat, turpentine, spirit, lekar dan lain-lain lagi mestilah disimpan ditempat yang jauh dari punca api.
b.Apabila bekerja dengan bahan-bahan tersebut, pastikan jauh dari punca api.
c.Di dalam kawasan kerja dilarang merokok.
d.Tempat kerja mesti mempuyai pengaliran udara yang baik sebab banyak terdapat wasap dari bahan-bahan kemasan beracun.
e.Jika bekerja di dalam kawasan yang tertutup, kesan buruk mungkin berlaku kepada pekerja.
f.Jangan sengaja menghisap wasap bahan-bahan kemasan.

Pembinaan kerja-kerja Tetulang Bata
TUJUAN PENERANGAN
Sekiranya kekuatan diperlukan dalam pembinaan sesebuah dinding atau tiang batu-bata adalah lebih kukuh dinding atau tiang itu didirikan dengan meletakkan tetulang (reinforced)
Peranan tetulang dalam kerja-kerja batu-bata:
Mengelakkan dari berlakunya ketegangan (tension) dan keretakan kepada dinding atau tiang.
Mengelakkan tapak asas batu-bata dari patah atau tergelincir kebawah apabila tapak asas tersebut dibuat di atas tanah yang tidak sama keupayaan (bearing capacity).
Membantu untuk membina dinding batu bata sebagai alang (beam) di atas pembukaan “opening”.

Untuk membina dinding penahan menggunakan batu-bata untuk lantai yang tidak berapa luas, tetulang akan memberi kesan yang memuaskan apabila digunakan.
Dinding dan tiang batu bata bertetulang memberi kekuatan yang berlipatganda daripada yang tidak bertetulang. Oleh yang demikian luas kawasan lantai dapat diperbesarkan dan juga dinding atau tiang batu-bata dapat dikecilkan . Ia juga murah, tahan lama dan senang mengerjakannya.
Jenis-jenis dan pemasangan tetulang pada kerja-kerja batu-bata:
Mild Steel Bar:
Sejenis tetulang yang berkesan sekali, baik untuk kerja-kerja melintang dan menegak. Pada dinding melintang ia dipasang pada tiap-tiap empat lapisan atau tiap-tiap satu kaki tinggi. Ini hanya digunakan pada dinding yang tebalnya 9 inci atau lebih
Expended Metal Mesh / Exmet / Wire-mesh:
Dinding batu-bata juga boleh ditambah kekuatan dengan menggukan exmet / expended metal mesh iaitu dipasang pada tiap-tiap 4 lapisan. Ia dibekalkan dalam bentuk bergulung 83m (78 ela) panjang atau dalam bentuk bungkusan 5m (4.7 ela) dengan 3 ukuran yang tertentu iaitu 65mm untuk dinding 102.5mm, 178mm untuk dinding 215mm dan 250mm hingga 305mm untuk dinding yang lebih tebal. Untuk mengelakkan dari berlakunya karat, ia disapu dengan minyak.
Hoop Iron:
Hoop iron ialah kepingan besi leper dan nipis berukuran 25mm x 2mm. Cara pemasangannya adalah sama dengan memasang mild steel bar untuk tetulang melintang. Pada tempat-tempat yang memerlukan sambungan hendak dibuat dengan baik iaitu sama ada secara “single hook joint” atau “double hook joint.
Patent Reinforcement:
“Patent reinforcement” ialah kepingan logam leper nipis terdapat dalam bentuk kepingan melintang dan menegak. Kepingan logam yang menegak ini tingginya kurang dari tebal batu-bata dan jaraknya 225mm termasuk sambungan yang mana ia di paterikan kepada kepingan melintang. Biasanya digunakan pada pembukaan (opening). Patent reinforcement ini dilebihkan dari luas pembukaan bagi memperolehi kekuatan.

Construct Hollow Block
PENERANGAN
Blok konkrit ialah blok-blok konkrit tuangan yang dibuat samada berlubang ataupun padu dan digunakan dalam pembinaan bangunan.
Kegunaan blok berongga / berlubang:
Blok berongga / berlubang digunakan dengan meluas dalam binaan bangunan kerana harganya murah dan tahan lama.
-Ianya mudah dicat, dibersihkan dan juga memerlukan perbelanjaan yang sedikit. Membuat binaan dengan blok berongga / berlubang lebih cepat dari bahan lain seperti bata dan sebagainya kerana saiznya lebih besar.
-Blok berongga/ berlubang juga boleh digunakan sebagai bahan sokong kepada tembok bata, genting dan juga batu
-Blok konkrit berongga / berlubang ini mengandungi dua atau tiga lubang yang tembus. Bahagian yang padu adalah 56% hingga 75% dari keseluruhan isipadu konkrit.
-Saiznya yang terdapat pada blok ini ialah 405mm panjang, 75mm -105mm tebal dengan 230mm tingginya
Ciri-ciri dan kandungan blok konkrit :
Tahan lama:
Kebolehan blok untuk menahan beban dan penggunaanya
-Kekuatan
Blok ini boleh menerima beban yang berat, Blok dengan kekuatan yang berbeda boleh digunakan di tempat tempat yang berbeda dalam bangunan.
-Tahan Api
Ujian – ujian yang dijalankan menunjukkan blok konkrit berlubang dapat menahan api dan suhu yang tinggi.
-Rintangan Suara Dan Penyerapan Suara
Blok berlubang merintangi suara dari menembusi. Blok yang berat dan lebih tumpat lebih merintangi suara dari yang lebih ringan dan kurang tumpat
Bentuk – bentuk blok konkrit berlubang / berongga:
Bentuk blok konkrit berongga / berlubang dibuat supaya dapat disesuaikan dengan kehendak akitek dan pembinaannya moden.

Pemasangan Lapisan Kalis Lembab dalam kerja-kerja bata
PENERANGAN
Perlu diketahui kedudukan lapisan kalis lembab adalah dalam keadaan melintang dan menegak dan kadangkala terdapat juga disetengah-setengan tempat dimana lapisan kalis lembab tersebut perlu dibengkokkan atau dibentuk. Oleh itu bahan tersebut mestilah :-
Tidak ditembusi air (kelembapan)
Tidak mudah reput atau rosak
Mudah dibentuk
Tempat-tempat yang biasa mengalami kemasukan air kepada bangunan bangunan ialah :
Dari bawah tanah, meresap masuk kedinding atau tiang
Pada tempat tiap-tiap penutup cavity wall.
Pada bahagian atas dinding atau tiang yang terdedah
Pada lantai yang dibuat di atas tanah
Pada ambang bawah tingkap
Pada tepi dinding – contohnya pada dinding penahan tanah atau dinding yang dibina bawah dari paras tanah (basement)
Pada bahagian-bahagian ini mestilah dipasang lapisan kalis lembab yang sesuai supaya dapat memberi kesan yang memuaskan :
Bagi mengelakkan kemasukan atau penyerapan air ke dalam dinding atau tiang dari bawah tanah, bahan kalis lembab yang sesuai ialah seperti bituminous felt, slates dan sheet lead, bahan-bahan lain seperti engineering brick , veetrifield stoneware blocks juga boleh digunakan. Bahan-bahan lapisan kalis lembab ini hendaklah dipasang 150mm atau dilapisan kedua (dinding batu bata) dari paras bumi.
Pada tiap-tiap penutup cavity wall perlu ditutup, walaupun kemungkinan air meresap ke dalam dinding melalui tepi dinding adalah kurang kerana dinding tersebut mempunyai dua lapisan. Tetapi lapisan kalis lembab dibahagian bawah dinding perlu juga dipasang. Pada penutup dinding cavity perlu juga ditutup dengan lapisan kalis lembab kerana bahagian ini menyambung antara dinding luar dengan dinding dalam . Penutup ini biasanya terdapat pada penghujung dinding dan juga pintu.
Pada bahagian atas dinding atau tiang yang terdedah kepada hujan contohnya dinding “parapet” biasanya dibuat coping bagi melancarkan perjalanan air dan mengelakkan air hujan terus masuk ke dinding. Tetapi adalah tidak memadai dengan coping sahaja, sebaliknya hendaklah dipasang dengan lapisan kalis lembab dibahagian bawah coping tersebut.
Biasanya lantai konkrit yang dibuat di atas tanah akan menghadapi penyerapan terus dari tanah. Adalah menjadi masalah bagi menghalang penyerapan tersebut kerana penyerapan ini akan lebih cepat dan lebih tinggi jika terdapat makin halus atau semakin banyak liang-liang seni dalam konkrit. Untuk mengelakkannya hendaklah meletakkan “hardcore” di bawah konkrit, Pada konkrit tersebut juga perlu dipasang dengan lapisan kalis lembab melintang.
Pada ambang bawah tingkap yang dibuat daripada konkrit atau kayu, pada penyambungannya akan menyebabkan penyerapan air kedalam dinding melaluinya. Pada bahagian ini perlu dipasang dengan lapisan kalis lembab. Penghujung ambang ini hendaklah dilekokkan ( throathed ) supaya mengelakkan air mengalir terus kedinding.
Pada tepi dinding contohnya pada dinding penahan tanah (retaining wall) atau dinding yang dibina bawah dari paras tanah (basement) perlu di pasang dengan lapisan kalis lembab menegak dan juga melintang pada lantainya . Lapisan kalis lembab ini boleh dipasang sama ada ditengah dinding atau diluar dinding . Bahan yang sesuai ialah bituminous felt dan juga mastio asphalt.

MORTAR
PENYEDIAAN MORTAR
OBJEKTIF PENCAPAIAN:
Sedia mortar untuk kerja-kerja batu-bata, sebagai seorang pekerja binaan khasnya penerap batu bata dan pekerja batu amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, jenis-jenis dan kadar bancuhannya bersesuaian dengan sesuatu kerja yang hendak dibuat
TUJUAN PENERANGAN
Mortar adalah bahan yang penting dalam kerja-kerja pembinaan yang menggunakan batu bata ataupun blok. Ianya bertujuan bagi mengikat ataupun bahan pelekat yang mesti diketahui oleh seorang pekerja binaan. Oleh itu sebagai seorang pekerja binaan ianya amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, sifat, jenis dan kadar bancuhan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat
PENERANGAN :
Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dengan pasir pada kadar tertentu. Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan kerja-kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan.
Sifat-sifat mortar yang baik:
Mempunyai kekuatan yang cukup berpadan dengan kerja yang hendak dibuat.
Senang mengerjakannya (workability)
Memberi ikatan yang baik antara mortar dengan batu atau blok
Tahan dari sebarang cuaca dan sebarang tindakan kimia
Jenis-jenis mortar yang biasa digunakan :
Mortar simen
Mortar Kapur
Mortar compo
Mortar warna
Mortar kalis air
Mortar Simen:
Hasil campuran antara simen dan pasir dengan kadar 1:3 atau 1:4. Kadar ca,puran ini boleh diubah mengikut jenis kerjayamh dikehendaki. Mortar simen hendaklah dibancuh berpadan dengan kerja yang hendak dibuat supaya tidak berlebih dan membazir kerana mortar yang keras tidak sesuai digunakan lagi.
Simen dan pasir hendaklah digaul dalam keadaan kering, kemudian air ditiangkan perlahan-lahan dan digaul sehingga sebati. Banyak air diagak dengan melihat mortar iaitu tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.
Mortar Kapur:
Apabila batu kapur , gaumpalan kapur atau kapur tohor (quick lime) hendaklah digunakan untuk membuat mortar ia mestilah direndam didalam air sebelum digunakan supaya menjadi seperti susu pekat. Kapur yang cair ini dacampurkan terus dengan pasir bagi menghasilkan mortar. Adalah menjadi masalah untuk menyukat kandungan kapur yang akan digunakan, biasanya ia dilihat pada warna mortar tersebut. Mortar ini dibiarkan selama 7 hari-10 hari sebelum digunakan
Mortar Compo:
Mortar compo adalah campuran simen, kapur dan pasir dengan nisbah bancuhan 1 bahagian simen, 1 bahagian kapur dan 6 bahagian pasir (1:1:6), atau 1 bahagian simen, 2 bahagian kapur dan 9 bahagian pasir (1:2:9), nisbah campuran ini boleh diubahkan mengikut kekuatan atau jenis kerja yang dikehendaki. Mortar ini dudah digunakan semasa melepa datau diratakan berbanding dengan hanya mortar simen sahaja. Ia juga cepat keras
Mortar Warna:
Mortar warna boleh dibuat dengan cara mencampurkan bahan pewarna (pigment) kepada mortar simen. Bahan pewarna boleh didapati dalam bentuk tepung yang kering dan terdapat dalam berbagai-bagai warna. Pemilihan warna ini adalah bergantung pada tempat yang hendak digunakan. Contohnya warna yang terang untuk mendapatkan suasana yang cerah
Mortar Kalis Air:
Mortar kalis air ini ialah dari mortar jenis biasa juga tetapi ia dicampurkan dengan bahan-bahan kalis air yang mana dijual dalam keadaan tepung, keping dan cair. Tujuannya ialah untuk memenuhi lubang-lubang halus pada mortar bagi mengelakkan air meresap masuk kedalam dinding bangunan. Bahan kalis air sesuai juga digunakan dengan disapukan terus pada dinding.
Kadar campuran bahan kalis air :
Keadaan tepung
Kadar campuran yang sesuai ialah 1 bahagian simen dan 2 @ 4 bahagian pasir bercampur dengan 2% hingga 5% bahan kalis air.
Keadaan keping:
Kadarnya ialah 1 bahagian kepingan bahan kalis air, 10 bahagian air dikacau sehingga sebati yang mana simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering sebelum larutan tadi dicampur dan digaulkan
Keadaan cecair:
Kadar campuran yang biasa 1 litre bahan kalis air kepada setiap 15 litre air. Simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering. Dicampur dengan larutan tadi dan digaulkan sehingga sebati dan sesuai digunakan.