TAJUK: KERJA-KERJA TETULANG
TUJUAN:
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya dapat melakukan kerja-kerja tetulang untuk bangunan dua tingkat termasuk memotong, membengkok, mengikat dan menempat tetulang pada posisinya dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
MENGENAL JENIS-JENIS TETULANG
a. Jenis-jenis keluli bar
b. Ukuran garis pusat keluli bar
c. Intisari pelajaran
d. Banyak keluli dalam kiraan tan
e. Berat keluli dalam kilogram pada tiap-tiap satu meter panjang.
MEMBENGKOK BESI TETULANG
a. Sebab-sebab tetulang digunakan dan dibentuk
b. Mengenal, menyelenggara dan menjaga alat-alat berkaitan dengan kerja-kerja tetulang
c. Alat-alat yang lazimnya digunakan dalam kerja-kerja tetulang
d. Membuat jadual bentuk
e. Borang jadual bentuk
f. Kaedah membuat bangku kerja
g. Petua untuk mendapatkan cangkuk dan bengkok
h. Intisari pelajaran
i. Mana-mana keluli bar yang telah dibentuk
MENGENAL JENIS-JENIS IKATAN
a. Alat-alat dan jenis-jenis ikatan
b. Intisari pelajaran
MENEMPAT BESI TETULANG
a. Jenis-jenis bahan dan cara menempat blok perenggang
b. Jadual jarak penempatan antara acuan dengan tetulang
1. Perenggang untuk alang
2. Perenggang untuk lantai
3. Perenggang untuk tiang
c. Intisari pelajaran
SEBAB-SEBAB TETULANG DIGUNAKAN DAN DIBENTUK / BENGKOK
Pendahaluan :
Sektor bangunan di dalam industri binaan memerlukan perbelanjaan yang besar.
Untuk mengurangkan kos perbelanjaan ahli-ahli iktisas membuat perancangan yang positif bagi menjayakan perlaksanakan projek berjalan dengan lancar, terutama dalam memilih atau menggunakan bahan-bahan binaan.
Tetulang adalah suatu bahan yang penting kepada bangunan kerana ia sebagai rangka yang akan menguatkan bangunan tersebut.
Tujuan
Konkrit kuat daya mampatan (compressive strength) tetapi lemah daya tegangan (tensile strength), selain daripada daya mampatan dan tegangan, daya ricih (shear stress) juga berlaku pada bahagian-bahagian bangunan (lihat rajah i)
Keluli Bar Untuk Tetulang (Reinforcement)
Semua jenis keluli bar yang akan digunakan untuk tetulang hendaklah bebas dari karat, minyak, cat, lumpur, tanah atau bahan-bahan yang boleh menghalang kekuatan konkrit pada keluli bar.
Jenis-jenis Keluli Bar
1. Mild Steel Bar / Plain Round Bar (Keluli bar lembut)
Bentuknya bulat dan licin bersimbolkan huruf R. Jenis ini mempunyai saiz dan simbol yang tetap (non standard) bersimbolkan huruf M,MS MR
2. High Yield bar / High tensile bar / Deformed Bar (Keluli Bar Keras/Bunga) - Kod BS 4449
Bentuknya bulat, bulat empat segi bersimbolkan Y. Jenis ini juga mempunyai saiz dan simbol yang tidak tetap (non standard) bersimbolkan huruf-huruf dan tanda berikut; H, HY, HT. Bentuk empat segi dikenali dengan (Square Twisted). Kedua-dua bar ini dicacatkan (bergerutu/Bunga) bagi menyediakan lekatan yang lebih baik dan pegangan yang kemas.
3. Welded Steel Fabric Reinforcement (British Reinforcement Concrete / British Rool Coil (BRC)
Bentuk berjejaring empat segi tepat atau empat segi bujur dalam kepingan. Ia juga disediakan dalam bentuk bergulung kepingan. BRC ini dibuat daripada keluli yang berukuran garispusat 2.5mm hingga 120mm. Panjang kepingan tersebut ialah 4.8 m dan lebarnya 2.4 m. BRC ini dibuat daripada keluli yang sama ukuran garispusat berlainan ukuran garis pusat. BRC juga terdapat jenis yang berbunga/keras ( bersaiz dan simbol A 8, A10 dan lain-lain).
Ukuran Garispusat Keluli Bar
Ukuran yang tetap (Standard)
6,.8,10,12,16, 20, 25, 32, 40 dan 50mm
Ukuran yang tidak tetap (Non Standard)
2, 3, 4, 5 dan 7mm
Ukuran Panjang.
12.19 m (40 ‘) – yang tetap /standard
Untuk menahan tindakan atau tekanan daya-daya tersebut keluli bar digunakan sebagai tetulang atau rangka kepada bahagian-bahagian bangunan tersebut, ini kerana keluli bar mempunyai sifat-sifat yang tertentu seperti berikut :
1. Keluli bar kuat menahan daya tegangan (lihat rajah ii)
2. Boleh menahan berlakunya retak ricih (shear crack) keluli Bend Up Bar dan Stirrup digunakan (lihat rajah iii)
3. Memberi cengkamam yang kuat diantara konkrit dan tetulang rangka serta persamaaan sifat-sifat (charactistic) dalam proses pengembangan dan pengecutan (expansion dan contraction).
4. Mengurangkan kos perbelanjaan atau isipadu (economical).
5. Mengurangkan bilangan penggunaan tiang pada suatu bukaan (span) yang lebar atau luas.
6. Keluli bar tidak mudah terbuka atau kiat (twisted) ketika berada dalam konkrit yang terkena suhu tinggi, contohnya apabila berlaku kebakaran.
SEBAB-SEBAB TETULANG DIBENTUK
Tetulang yang digunakan di dalam bahagia-bahagian bangunan direkabentuk oleh Jurutera bangunan. Tujuan dibentuk tetulang ini diantaranya untuk menyesuaikan dengan rupa bentuk bangunan supaya dapat mengawal kekuatan pada rangka bangunan.
Bentuk-bentuk yang direka ini boleh memberi kesan pada kualiti pembinaan bangunan tersebut.
Mengenal, Menjaga Dan Menyelenggara Alat-Alat Berkaitan Dengan Membengkok Besi Tetulang.
Sebelum kerja-kerja tetulang dilakukan, terlebih dahulu alat-alat kelengkapan ketukangan disediakan supaya menyenangkan kerja-kerja penyelenggaraan.
PENYELENGGARAAN
Alat-alat ketukangan ini hendaklah digunakan dengan betul dan bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan.
Alat-alat perkakas mestilah dijaga dengan baik. Pastikan;
1. Berada ditempat yang sesuai, kemas dan selamat.
2. Alat-alat yang rosak diasingkan serta dibaiki.
3. Alat-alat ini mestilah dibersihkan serta diminyakkan selepas digunakan.
4. Alat-alat tidak bersepah untuk menjaga keselamatannya dan pekerja.
BANGKU KERJA (Workbench)
PENGENALAN
Kerja-kerja membentuk keluli bar untuk digunakan sebagai tetulang atau rangka pada bangunan, terlebih dahulu dipastikan kerja-kerja pemasangan pin di atas bangku kerja dengan mengikut peraturan yang ditentukan.
Kedudukan Bangku Kerja
Bangku kerja untuk membentuk keluli bar hendaklah diletakan pada tempat yang sesuai bagi memudahkabn kerja-kerja pembentukan dan mengikat tetulang. Kebiasaannya bangku kerja ditempatkan di bawah bangsal sementara untuk untuk mengelakkan bangku kerja daripada segala kerosakan. Selain daripada itu kerja-kerja membentuk tetulang dan mengikat juga boleh dijalankan di dalam kawasan yang lapang atau pada kawasan yang berkeadaan cuaca panas.
Bangku Kerja
Bangku kerja biasanya dibuat dengan menggunakan kayu 6m x 200mm x 100mm. Tiang dan tapaknya dibuat dengan menggunakan kayu berukuran 100mm x 50mm sebanyak tiga komponen dan diletakan dengan jarak 300 mm dari kedua-dua hujung bangku kerja; Bahagian tiang tapak serta komponen yang satu lagi diletakan di tengah-tengah diantara kedua-dua tiang tersebut. (lihat rajah Bangku Kerja)
Cara-cara Memasang Pin Di atas Bangku Kerja
Keluli bar yang dibentuk dengan tangan (Hand power) biasanya berukuran garispusat (diameter) dari 6mm hingga 16mm. Terdapat dua ukuran pin yang digunakan bagi mendapatklan bentuk bengkok dan cangkuk keluli bar.
Pin Lompang (Former Pin / Mandrel)
Pin lompang digunakan bagi mendapatlkan bengkok dan cangkuk yang dikehendaki dengan bentuk yang betul. Kedudukan pin lompang hendaklah diletakan ke bahagian tepi sebelah dalam selari di atas garisan lurus yang menyentuh bahagian tepi sebelah luar pin penahan. Kedudukan diantara kedua pin tersebut mestilah berkeadaan sudut tepat 90˚ (lihat rajah kedudukan pin). Ukuran garispusat pin lompang mestilah ditambah 2mm daripada ukuran sebenar keluli bar yang hendak dibentuk. Ini adalah bertujuan bagi mendapakan kesenangan bekerja dan mendapatkan sudut yang tepat serta bulatan cangkuk yang elok
Pin Penahan (Back Stop Pin)
Pin penahan digunakan sebagai panahan keluli bar dan juga memberi ketetapan ketika kerja-kerja membentuk dijalankan. Ukuran pin penahan adalah berpandukan kepada ukuran garispusat keluli bar yang hendak dibentuk. Jarak diantara pin penahan pertama dengan pin lompang mestilah besar garispusat keluli bar serta campur dengan 2 mm untuk memudahkan kerja-kerja bengkokan. Kedudukan pin lompang dan pin penahan mestilah selari (digariskan 90˚) dengan permukaan tepi bahagian luar pin penahan pertama ke permukaan tepi bahagian dalam pin lompang (lihat rajah kedudukan pin lompang dan pin penahan).
PETUA-PETUA UNTUK MENDAPAT CANGKUK DAN BENGKOK KELULI BAR
Di dalam kerja-kerja tetulang terdapat berbagai-bagai bentuk seperti cangkuk dan bengkok untuk tujuan tertentu. Bagi mendapat cangkuk dan bengkok pada keluli bar adalah perlu mengetahui petua-petua membentuk mengikut ukuran dan jenis-jenis keluli bar.
Petua-petua Untuk Mendapatkan Ukuran
Ukuran diberi hendaklah mengikut sukatan dari luar ke luar kecuali bagi link dan stirrup (besi pencekak), ukuran yang mustahak ialah dibahagian dalam yang mana diikatkan kedudukannya kepada keluli bar utama (main bar). Penerangan lengkap menggunakan cangkuk dan bengkok keluli bar boleh didapati dari BS 1478: 1967.
Ukuran jejari bahagian dalam cangkuk atau bengkok bagi keluli bar lembut hendaklah dua kali ukuran garis pusat keluli bar itu kecuali ukuran garispusat bar yang besar adalah ditentukan. Bahagian yang lurus selepas cangkuk dan bengkok itu hendaklah panjang sedikit iaitu tidak kurang daripada empat kali ukuran garis pusat keluli bar itu kecuali garispusat bar yang besar adalah ditentukan. Perkara ini sangat mustahak dijaga seperti mengurangkan kelajuan membengkok atau menambahkan jejari pembengkokan.
Petua Memotong dan Membengkok Keluli Bar
Memotong keluli bar biasanya diberi tambahan beberapa millimeter atau panjang sedikit daripada dikehendaki ( + 5mm ). Tambahan ini hendaklah ditentukan kepada cangkuk dan bengkok tetapi tidak dibenarkan melebihi ukuran panjang keluli bar yang dikehendaki. Dalam perkara ini, sekiranya keluli bar itu dibuat cangkuk atau bengkok dikedua-dua hujung mestilah ditanda panjangnya dari tengah keluli bar ke tiap-tiap hujung. Keluli bar yang hanya mempunyai satu cangkuk dihujung hendaklah ditanda dari hujung yang lurus ke cangkuk dengan itu sebarang perbezaan dilebihkan pada bahagian cangkuk.
Ukuran keluli bar boleh diubah bila ianya “creep” (keluli bergerak ke hadapan). Keluli bar yang pertama hendaklah ditanda mengikut ukuran yang dikehendaki dan diperiksa setelah dibengkok. Ukuran yang seterusnya hendaklah diukur sama dengan yang pertama tadi sebagaiman perubahan yang telah dibuat.
ALAT-ALAT UNTUK MENGIKAT KELULI BAR
PENGENALAN
Tujuan uatama tetulang diikat ialah untuk menentukan keluli bar terletak pada tempat yang betul dan tidak berubah kedudukannya sebelum dan semasa konkrit dituang.
Cara yang iasa mengikat tetulang ialah dengan cara menggunakan dawai yang berukuran (gauge) S.W.G 16-18. Alat yang biasa digunakan untuk mengikat ialah seperti berikut :
a. Spring Loaded Puller
b. Spring Clips
c. Eng Cutting Nips.
a. Spring Loaded Puller
Dawai yang dugunakan untuk mengikat jenis ini kebiasaanya telah disediaskan lubang dikedua-duan hujungnya. Penyangkuk pada ‘puller’ di masukkan di dalam lubang tersebut. Apabila puller ditarik, penyangkuk tadi akan berpusing dan memberikan ikatan yang lebih kukuh.
b. Spring Clips or Stabil Binders
Mengikat keluli bar cara ini biasanya dilakukan untuk kerja-kerja pre-cast dan pressed konkrit kerana tidak menggunakan apa-apa perkakas pengikat. ‘ Spring Clips’ disediakan mengikut ukuran garis pusat keluli yang akan diikat. Keburukannya mengikat cara ini terutamanya pada keluli bar jenis bulat (Mild Steel Bar) kerana mudah berubah kedudukannya bila konkrit dituang.
c. End Cutting Nips or Tower Pincer
Cara ini lebih baik dan ekonomi. Untuk menguatkan ikatan pusing dan tekan dengan mata ragum (nips) pada keluli bar untuk mengukuhkan ikatan .
JENIS-JENIS IKATAN
Terdapat beberapa jenis ikatan untuk mengikat keluli bar
1.SLASH
Jenis ikatan yang paling senang dipraktikan. Ikatan jenis ini digunakan untuk ikatan memenuh dikeluli bar tembok (Wall) dan lantai (Floor slab)
2.RING SLASH
Ikatan jenis ini digunakan pada keluli bar untuk mengelakkan daripada tergelincir pada bahagian menegak dan melintang.
3. HAIR PIN
Sejenis ikatan yang kuat. Digunakan sebagai ikatan pengikat keluli keluli bar sebelum ikatan pemenuh dilakukan. Ikatan ini digunakan sekiranya ikatan jenis slash tidak sesuai untuk diikat. Kebiasaannya digunakan untuk keluli bar tiang (column) dan alang (beam)
4. RING HAIR PIN
Ikatan ini digunakan pada tiang dan alang untuk mengelakan daripada tergelincir sebagaimana juga dengan ikatan ring slash.
5. SPLICE
Ikatan ini digunakan untuk mengikat dua keluli bar yang disambung. Kebiasaannya digunakan pada bahagian selisih keluli bar. Ikatan mestilah dibuat dua peringkat dikedua hujung selisih. Sekiranya garispusat keluli bar lebih besar, hendaklah ditambah ikatan dibahagian tengah selisih.
6. CROWN
Sejenis ikatan yang paling kuat. Ikatan ini digunakan pada tiang, alang, tembok dan lantai serta pada keluli bar yang mudah berubah kedudukannya.
JENIS-JENIS BAHAN DAN CARA MENEMPATKAN BLOK PERENGGANG
Pengenalan :
Blok Perenggang ialah satu bahan yang dugunakan untuk menentukan kedudukan keluli bar utama dengan permukaankonkrit. Blok perenggang juga disebut concrete cover, bar support atau concrete spacer. Blok perenggang boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan jenis. Jika tidak menggunakan blok perenggang dalam kerja-kerja tetulang dan konkrit boleh mengakibatkan kualiti kerja yang tidak baik dan akan mengakibatkan faktor ketidaktahanan atau kekukuhan.
JENIS-JENIS BLOK PERENGGANG
Blok Perenggang Mortar/Konkrit
Blok perenggang jenis ini merupakan suatu bahan yang biasa digunakan kerana ;
a. Mudak disediakan
b. Ekonomi
c. Kukuh
Nisbah bancuhan:
Bancuhan untuk blok perenggang konkrit mestilah mengikut nisbah bancuhan yang ditetapkan atau mengiku piawaian (spesifikasi) pada pelan bangunan atau projek.
Contoh ;
a. Konkrit Tetulang asas, nisbah bancuhan 1:3:6
b. Konkrit Tetulang tiang, nisbah bancuhan 1:2:4
Bancuhan untuk blok perenggang mortar mestilah kadar 1:2 dengan kandungan air yang mencukupi. Ketebalan blok perenggang mortar dibuat mengikut jarak yang ditetapkan. Ianya dilekatkan bersama-sama dawai bersaiz SWG no.16018. Dawai yang digunakan mestilah cukup panjang dan tidak mudah berkarat. Kegunaan dawai ini adalah sebagai pengikat kepada keluli bar utama. Perenggang jenis ini adalah lebih praktikal. Saiz blok perenggang ini adalah 50mm x 50mm x 25mm (tebal tertakluk kepada spesifikasi)
Blok Perenggang Plastik
Jenis blok perenggang ini biasa didapati pada projek-projek pembinaan yang besar. Blok perenggang ini lebih kukuh kerana dapat menahan daripada patah dan melenur. Ia diperolehi dengan berbagai-bahagai bentuk dan saiz mengikut jenis dan tempat kerja yang dijalankan.
Perenggang Keluli Bar
Jenis ini kurang digunakan kerana tidak ekonomi dan susah untuk menjalankan penyediaanya. Kebiasaanya jenis ini diletakan pada keluli bar utama yang besar serta jarak perenggangnya tebal seperti pada bahagian tapak asas yang panjang, lantai dan dinding.
Lain-lain Jenis
Asbestos
Logam
Kayu
Batu Baur (aggregate)
Cara-cara Menempatkan Blok Perenggang
Blok Perenggang boleh ditempatkan dengan beberapa cara berikut
1. Kedudukan yang berselang seli
2. Jarak tiap-tiap satu lebih kurang 900mm
3. Ditempatkan sebelum,, semasa atau selepas keluli bar diletakan.
4. Ikatan diantara keluli bar utama dan blok perenggang mestilah kukuh.
5. Menentukan saiz blok perenggang (plastic) sama dengan saiz keluli bar yang digunakan.
Tujuan Blok Perenggang
1. Menentukan jarak kedudukan tetulang denmgan permukaan konkrit.
2. Mengelakkan keluli bar rdarimelentur
3. Meneglakan keluli bar terkeluar daripada permukaan konkrit.
4. Sebagai penahan kepada tetulang supaya tidak bergerak atau berubah tempat semasa mencurah dan memadat konkrit
salam , dimana boleh sy dptkn table utk setiap berat tetulang ?
BalasPadamDEKAT BUKU RUJUKAN UTM SEMUA TABLE DIDALAM BUKU ITU MENGIKUT (BS)
PadamDEKAT BUKU RUJUKAN UTM SEMUA TABLE DIDALAM BUKU ITU MENGIKUT (BS)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamboleh tahu x....cara2 untuk mengira besi tetulang?
BalasPadamPengiraan untuk tetulang selunya ia dibuat menggunakan borang pengiraan besi...
BalasPadamFormula paling mudah dan cepat tuan boleh menggunakan kaedah ini..
saiz diameter besi contoh y12 > 12x12/162(Formula utk mendapatkan berat besi dlm 1m panjang)
Y12 = 12 X 12 / 162 = 0.888KG/M
0.888Kg/m x 12m (panjang besi selalunya 12m shj)
=10.656Kg @ 10.66kg/batang
untuk kita tahu dalam 1 tan besi y ada berapa batang kita kena ambik balik berat dalam 1 btang besi tadi...
1 ton = 1000kg
1000kg / 10.66KG/btng
=93.81/btng @ 94 batng
(Semua jenis besi tuan boleh menggunakan kaedah pengiraan ini, tuan cuma tengok diapunya saiz diameter besi sahaja.. Untuk makluman tuan besi Y dan besi R beratnya sama ...)
Untuk pertanyaan Didi Chann....
BalasPadamKalau ikut kaedah yang biasa kita gunakan ialah
kita potong semua jenis besi dalam 1 m panjang dan timbang kita dapat jawapannya dalam KG.
Dibawah ini saya serta
Saiz keluli dalam kilogram pada tiap2 satu meter
6(dia)=0.222kg, 8(dia)=0.395kg, 10(dia)=0.616kg, 12(dia)=0.888kg, 16(dia)=1.579kg, 20(dia)=2.466kg, 25(dia)=3.854kg, 32(dia)=6.313kg, 40(dia)=9.864kg, 50(dia)=15.413kg
(Saiz besi yang saya nyatakan diatas ialah saiz yang selalu diginakan ditapak bina)
untuk memudahkan kita mengingat, saya syor didi gunakan formula 162 (semua saiz besi kita boleh gunakan formula yang sama) =contoh 12 x 12 / 162 = 0.888kg.
=besi lembut dan besi keras beratnya sama.
Betul ke mcm ni?
PadamDia - 12 x Panjg - 12 / 162
Nak tanya 162 tu apa ya
Padamapakan ujian yang sesuai dijalankan untuk konkrit bertetulang gentian bagi membandingkannya konkrit bertetulang 'BRC'? Ujian itu mestilah membandingkan dari segi kekuatan dan kesesuainnya.
BalasPadamsebuah lantai direkabentuk menggunakan besi y16 dgn jarak 175mm.berapa jarak yg sesuai utk ganti besi y16 kpd y12?bagaimana pengiraan tersebut?
BalasPadamsy nk bertanye apekah perbezaan antara besi Y dengn T
BalasPadambesi Y adalah besi hight tensile, R adalah mild steel. Kekuatannya tak sama. Y=460N/mm2 R=250N/mm2
BalasPadamBesi R dengan T sama ke
Padamrasa nya Y sme dgn T..
PadamDalam negara kita, besi T dan Y same, tapi klu dkat overseas, T dan Y berbeza mengikut kkuantan..
Padambesi t sebagai round bar. y pula deformed bar. komposisi besi berlainan. y bar direka untuk high tensile jadi permukaaan besi tersebut "deformed" untuk cengkaman lebih.
PadamSaya nak tanya ,selepas potong besi y macamana nak cari ukuran untuk lapping(ditindih) ?
BalasPadamFormula bg lapping, biasanya ditunjuk dlm drawing. Kalau takde, biase di site guna 45x diameter besi
PadamPertanyaan:
BalasPadamsekeping plat empat segi berukuran L=1m x W=1m,
macam mn nk kira beratnya tuan?
Assalam.. nk tanye mcm mana pengiraan utk tukar size besi utk slab.. cth dari y10 kpd y16..
BalasPadamada formula untuk kira besi slab ka...dalam format excell
BalasPadamBOLEH PINJAM
contoh...utk tukar saiz besi beam...katakan top rebar....ada 3 btg y10....nk tukar ke y12....kira keluasan keratan rentas y10 x 3btg = L1 mm2, lps tu kira keluasan keratan rentas y12 plak, katakn L2 mm2....bahagi L1 dgn L2 L1/L2 = X (jumlah btg utk Y12 dlm bundaran terhampir)....jarak...antara btg Y12, samarata....wallahualam....
BalasPadamapakah perbezaa besi cq dab bs.. ada data utk kekuatan tak
BalasPadamSalam Tuan,
BalasPadamApakah standard size BRC untuk floor slab (resident area)? A8 ke tuan?
assalam..sya nk tye mcm mna cra pengiraan brc?adakh sme dgn reinforcmnt bar?
BalasPadamassalam..sya nk tye mcm mna cra pengiraan brc?adakh sme dgn reinforcmnt bar?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSy beli y 12 CQ.diameter mcm y10 Bs.bila tnya kedai dia ckp mmg y12 CQ lebih kecil diameter nya berbanding y12 bs.mohon pencerahan.
BalasPadamSy beli y 12 CQ.diameter mcm y10 Bs.bila tnya kedai dia ckp mmg y12 CQ lebih kecil diameter nya berbanding y12 bs.mohon pencerahan.
BalasPadamkalau nak buat kabinet dapur, berapa saiz besi bar yang sesuai dan berapa jarak setiap batang besi tu?
BalasPadamjom jenguk sini
Y12 okla utk table top tuh
BalasPadamY12 okla utk table top tuh
BalasPadamtq info.. harap bertemu tuan lagi di cidb
BalasPadamsaya memerlukan pencerahan mengenai BRC . mohon bantuan encik
BalasPadamPencerahan mcm mana tu? Saiz ka spec..
Padamsalam. kira besi y12 ialah 12x12/162=?
BalasPadamboleh saya tau 162 tersebut itu ape?
162 formula untul kira berat besi
PadamMinta pencerahan beza BRC Dan BMC beserta saiz
BalasPadamberapa ukuran panjang beam,? perlu bt penambahan tiang
BalasPadam(st column)..tujuan untuk menambah tiang itu kekuatan beam,dan memudahkan kerja ikatan bata (brickworks)
salam, saya nak tanya. dalam satu m3 reinforced concrete ada berapa %/kg besi (say Y16)?
BalasPadamtolong berikan alat alat untuk kerja tetulang boleh??
BalasPadamMacam mana nk kira kuantiti besi dalam beam?
BalasPadamAs salam ,.. adakah keluli tetulang dan konkrit tetulang dua bnda yang sama atau berbeza.. terima kasih
BalasPadam162 formula untul kira berat besi mcm tak ngam je dengan saiz besi selain Y12..boleh pakai ke formula 162 ni?
BalasPadamkerja tertulang lantai
BalasPadamapa itu besi bmc a8? name full untuk besi bmc a8
BalasPadamBolehkah besi y12 cq buat tiang untuk pemasangan slap yg berkeluasan 55p x 30L
BalasPadamKekuatan y12 cq bolehkah menampung berat slap itu?
Bagaimana cara pengiraan keluli bengkok.. Mohon penjelasan
BalasPadamapa maksud kerja2 lantai kongkrit gred 30 Y10-200 ( top & bottom )
PadamGrade 30 adalah gred kongkrit..y-10 dengan jarak 200mm centre to centre - contoh panjang lantai 1meter bersamaan 1000mm jadi jumlah yg digunakan adalah 1000mm bahagi 200mm c/c jadilah 5 batang besi Y10 untuk jarak itu..lebar juga dibahagikan dengan angka yg sama 200 c/c maka dapatlah berapa besi kena letak..jumlah besi kalilah dengan panjang lantai..darab akhir dengan 0.61 sebagai faktor y10 dapatlah berapa berat besi tersebut..sekian
PadamBagaimana saya nk tahu kekuatan keluli
BalasPadamBagaimana saya nk tahu kekuatan keluli
BalasPadamBagaimana saya nk tahu kekuatan keluli
BalasPadamApa 3 faktor utama yang dititikberatkan semasa pemeriksaan tetulang dilabelkan?
BalasPadamEn azamansaidin, boleh tak attach kan gambar utk jenis ikatan
BalasPadamSalam,ramai di sini bertanya soalan rekabentuk struktur konkrit bertetulang. Sukacita disini saya menawarkan diri untuk menjawab soalan tuan puan. Ada sebarang soalan?
BalasPadamSalam, Tuan Azhar. Struktur konkrit bertelulang ni akan guna jika nak buat slab tingkat 1 kan? Berapa saiz standard besi yg digunakan dan berapa jatak anatara besi2 ini ya Tuan?
Padam6darab1300 berapa
BalasPadamSaya mencari kamus binaan bangunan
BalasPadambagaimanakah cara membengkok tetulang dan apa alat yang digunakan untuk membengkok tetulang?
BalasPadam(lihat rajah i), (lihat rajah ii)....mana rajahnya?
BalasPadamHi,boleh saya tahu fungsi besi tetulang pada ambang
BalasPadamBoleh saya tahu , apakah langkah langkah penyediaan besi tetulang
BalasPadamhelo, boleh tunjukkan cara kasar mengira berat besi berpandukan keluasan perkaki...terima kasih
BalasPadamBahan untuk keraja tertualng
BalasPadamSalam , nak tanya : alat atau mesin yang digunakan untuk membengkok dan mengikat tetulang?
BalasPadamAssalamualaikum,saya nak tahu cara mengangkat komponen tetulang
BalasPadamsaya ingin berbagi dengan Anda semua tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari perusahaan pinjaman yang sangat baik dan jujur yang terdaftar di Amerika Serikat, karena saya melamar sebagai pinjaman awal, saya butuh beberapa dokumen untuk memenuhi persyaratan mereka tetapi insya Allah saya lulus dan bekerja dengan lancar sebagai pengusaha. hubungi whatsapp: +18632310632 / pedroloanss@gmail.com untuk semua jenis bantuan keuangan seperti pinjaman dan fasilitas investasi.
BalasPadamsaya nak tanya kalau lebar 64 feet dan panjang 13 feet dan mempunyai muatan 30 tan berapa footing nya dan berapa beam yang dipasangkan..siapa boleh jawab tolong ye...
BalasPadamNk tahu peringkat penyediaan tetulang
BalasPadam