Ahad, 15 Jun 2014

KONTRAK KOS

ØKontrak untuk Binaan Bangunan ada pelbagai kaedah yang selalu digunapakai oleh kontraktor untuk menentukan kos Binaan seperti :
l1) Harga Pukal (Lump Sump)
l2) Senarai Kuantiti (Bill Of Quantities)
l3) Kontrak Kos Campur (Cost Plus Fee)
l4) Sebut Harga 
 
HARGA PUKAL 
 
¡Merupakan kontrak yang berdasarkan kepada lukisan spesifikasi manakala kuantiti bukan sebahagian daripada kontrak. Tawaran harga kontrak adalah berdasarkan jumlah harga pukal. Kontrak ini mempunyai pelbagai implikasi samaada kontraktor mendapat keuntungan yang banyak atau kerugian yang tidak dijangka. Tiada kos tambahan diperuntukan sekiranya berlaku kerja-kerja yang tidak dijangka. Kontraktor akan dibekalkan dengan lukisan spesifikasi dan maklumat penting oleh majikan. Kontraktor perlu menyediakan senarai bahan dan membuat penganggaran sendiri yang lengkap berdasarkan lukisan spesifikasi serta syarat-syarat kontrak 
 
¡Implikasi kontrak jenis ini kepada kontraktor dalam merancang pengurusan tapak adalah seperti berikut:-
 
§Kontraktor perlu menyaring (Taking Off) sendiri keperluan sumber sesuatu kerja di tapak.
§
§Kuantiti sesuatu bahan yang disaring mungkin bersifat semasa, sekiranya kontraktor ingin membuat pesanan pukal semua saringan kuantiti bagi bahan yang sama perlu dimuktamadkan
 
 
 
 
SENARAI KUANTITI (BILL OF QUANTITIES)

¡Kontrak berdasarkan senarai kuantiti adalah jenis kontrak dokumen yang mengandungi satu bahagian senarai bahan yang memperincikan butiran item kerja yang disaring dari lukisan, disusun mengikut elemen bagunan atau tred. Kontraktor perlu menghargakan sesuatu kerja degan kadar harga yang sesuai tampa perlu mengukur sendiri kuantiti dari lukisan. Terdapat dua jenis kuantiti iaitu :
 
§Tetap
Ia adalah perihal senarai kuantiti yang mengandungi kuantiti sesuatu item yang  tetap
§
§
§Sementara (Provisional)
§Kuantiti dalam senarai bahan yang dinyatakan sementara akan diukur semula setelah sesuatu kerja disiapkan bagi mendapatkan kuantiti muktamad.
 
¡Implikasi penggunaan kontrak jenis ini kepada pengurusan tapak adalah :- 
 
§Memudahkan kontraktor untuk merancang kerja-kerja ditapak kerana kuantiti  bahan sesuatu item  telah disediakan.
§
§Bagi keperluan jentera dan mesin, kontraktor perlu juga mengenalpastinya melalui lukisan.
 
 
KONTRAKTOR KOS CAMPUR (COST PLUS FEE)

¡Dalam kontrak ini, kontraktor dibayar semula kos sebenar bahan dan buruh serta dicampur dengan bayaran caj/yuran dan keuntungan . Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan, manakala wang kos prima merupakan kos yang melibatkan perkara-perkara seperti kos bahan, kos perkerja dan kos peralatan/jentera.
¡
¡Kos pengurusan dan keuntungan dipersetujui terlebih dahulu dalam bentuk peratus tambahan keatas tiga kos yang yang telah disebutkan. Sistem kontrak ini sesuai untuk projek yang rumit dengan skop kerja yang sukar ditentukan dan perlu disiapkan dengan segera. Peratus keuntungan akan bertambah sekiranya majikan berpuashati dengan mutu kerja dan masa penyiapan kerja.
 
 
 
¡Implikasi penggunaan kontrak jenis ini kepada pengurusan tapak adalah :-
 
§Kontraktor perlu sentiasa bersedia untuk menjalankan kerja-kerja sekiranya dilantik.
§
§Masa Menyiapkan kerja perlu dipercepatkan jadi kontraktor perlu merancang semua keperluan kerja seperti penghantaran bahan binaan, pengawalan pekerja dan penggunaan mesin dan jentera dapat dioptimumkan. 
 
SEBUT HARGA
¡Ianya merupakan kontrak yang melibatkan persetujuan menyerahkan kerja kepada kontraktor oleh majikan menggunakan dokumen ringkas. Satu set dokumen kontrak hendaklah ditanda tangani oleh kedua-dua pihak dan salinan asal disimpan oleh pelanggan. Biasanya kontrak ini digunakan bagi kerja-kerja yang memerlukan penyiapan segera dan kontigensi. 
 
¡Implikasi penggunaan kontrak jenis ini kepada pengurusan tapak adalah :-
 
§
§Kontrak perlu sentiasa bersedia untuk menjalankan kerja sekiranya dilantik.
§
§Masa penyiapan kerja perlu dipercepatkan jadi kontraktor perlu merancang semua keperluan kerja seperti penghantaran bahan binaan, pengawalan pekerja dan penggunaan mesin dan jentera dapat dioptimumkan. 
 
 
 
 
 

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum en.Azman.sy nak tanya skit berkenaan 'sebut harga @ quotation'. Ada tak cara untuk buat sebutharga yang mudah bagi kerja² mengecat railing besi dikawasan parking terbuka? Apakah terma yang perlu dilengkapkan oleh kontraktor sebelum penyerahan dokumen sebut harga tersebut.maaf saya budak baru belajar

    BalasPadam