NOTA LENGKAP APA ITU TANGGA
Tangga adalah sebahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar.
Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:
2. Ruang bukaan bagi tangga yang dibina
3. Ukuran naik dan curam yang dikehendaki
4. Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.
Jenis tangga
Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :
1. Tangga larian lurus
2. Tangga suku pusingan
3. Tangga separuh pusingan
4. Tangga geometri
Tangga larian lurus
Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Untuk tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa di daki. Penggunaan tangga lurus memberikan rupa bentuk yang paling mudah dan murah dalam pembinaan tangga.
Tangga suku pusingan
Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 900 (sukupusingan) di pertengahannya. Penggunaan tangga suku amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan