Rabu, 15 Jun 2011

KERJA-KERJA TETULANG

TAJUK: KERJA-KERJA TETULANG

TUJUAN:
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya dapat melakukan kerja-kerja tetulang untuk bangunan dua tingkat termasuk memotong, membengkok, mengikat dan menempat tetulang pada posisinya dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan.

MENGENAL JENIS-JENIS TETULANG

a. Jenis-jenis keluli bar
b. Ukuran garis pusat keluli bar
c. Intisari pelajaran
d. Banyak keluli dalam kiraan tan
e. Berat keluli dalam kilogram pada tiap-tiap satu meter panjang.

MEMBENGKOK BESI TETULANG

a. Sebab-sebab tetulang digunakan dan dibentuk
b. Mengenal, menyelenggara dan menjaga alat-alat berkaitan dengan kerja-kerja tetulang
c. Alat-alat yang lazimnya digunakan dalam kerja-kerja tetulang
d. Membuat jadual bentuk
e. Borang jadual bentuk
f. Kaedah membuat bangku kerja
g. Petua untuk mendapatkan cangkuk dan bengkok
h. Intisari pelajaran
i. Mana-mana keluli bar yang telah dibentuk

MENGENAL JENIS-JENIS IKATAN

a. Alat-alat dan jenis-jenis ikatan
b. Intisari pelajaran

MENEMPAT BESI TETULANG

a. Jenis-jenis bahan dan cara menempat blok perenggang
b. Jadual jarak penempatan antara acuan dengan tetulang
1. Perenggang untuk alang
2. Perenggang untuk lantai
3. Perenggang untuk tiang
c. Intisari pelajaran

SEBAB-SEBAB TETULANG DIGUNAKAN DAN DIBENTUK / BENGKOK

Pendahaluan :

Sektor bangunan di dalam industri binaan memerlukan perbelanjaan yang besar.
Untuk mengurangkan kos perbelanjaan ahli-ahli iktisas membuat perancangan yang positif bagi menjayakan perlaksanakan projek berjalan dengan lancar, terutama dalam memilih atau menggunakan bahan-bahan binaan.

Tetulang adalah suatu bahan yang penting kepada bangunan kerana ia sebagai rangka yang akan menguatkan bangunan tersebut.




Tujuan

Konkrit kuat daya mampatan (compressive strength) tetapi lemah daya tegangan (tensile strength), selain daripada daya mampatan dan tegangan, daya ricih (shear stress) juga berlaku pada bahagian-bahagian bangunan (lihat rajah i)

Keluli Bar Untuk Tetulang (Reinforcement)

Semua jenis keluli bar yang akan digunakan untuk tetulang hendaklah bebas dari karat, minyak, cat, lumpur, tanah atau bahan-bahan yang boleh menghalang kekuatan konkrit pada keluli bar.


Jenis-jenis Keluli Bar

1. Mild Steel Bar / Plain Round Bar (Keluli bar lembut)

Bentuknya bulat dan licin bersimbolkan huruf R. Jenis ini mempunyai saiz dan simbol yang tetap (non standard) bersimbolkan huruf M,MS MR

2. High Yield bar / High tensile bar / Deformed Bar (Keluli Bar Keras/Bunga) - Kod BS 4449

Bentuknya bulat, bulat empat segi bersimbolkan Y. Jenis ini juga mempunyai saiz dan simbol yang tidak tetap (non standard) bersimbolkan huruf-huruf dan tanda berikut; H, HY, HT. Bentuk empat segi dikenali dengan (Square Twisted). Kedua-dua bar ini dicacatkan (bergerutu/Bunga) bagi menyediakan lekatan yang lebih baik dan pegangan yang kemas.


3. Welded Steel Fabric Reinforcement (British Reinforcement Concrete / British Rool Coil (BRC)

Bentuk berjejaring empat segi tepat atau empat segi bujur dalam kepingan. Ia juga disediakan dalam bentuk bergulung kepingan. BRC ini dibuat daripada keluli yang berukuran garispusat 2.5mm hingga 120mm. Panjang kepingan tersebut ialah 4.8 m dan lebarnya 2.4 m. BRC ini dibuat daripada keluli yang sama ukuran garispusat berlainan ukuran garis pusat. BRC juga terdapat jenis yang berbunga/keras ( bersaiz dan simbol A 8, A10 dan lain-lain).


Ukuran Garispusat Keluli Bar

Ukuran yang tetap (Standard)
6,.8,10,12,16, 20, 25, 32, 40 dan 50mm

Ukuran yang tidak tetap (Non Standard)
2, 3, 4, 5 dan 7mm

Ukuran Panjang.
12.19 m (40 ‘) – yang tetap /standard

Untuk menahan tindakan atau tekanan daya-daya tersebut keluli bar digunakan sebagai tetulang atau rangka kepada bahagian-bahagian bangunan tersebut, ini kerana keluli bar mempunyai sifat-sifat yang tertentu seperti berikut :

1. Keluli bar kuat menahan daya tegangan (lihat rajah ii)

2. Boleh menahan berlakunya retak ricih (shear crack) keluli Bend Up Bar dan Stirrup digunakan (lihat rajah iii)

3. Memberi cengkamam yang kuat diantara konkrit dan tetulang rangka serta persamaaan sifat-sifat (charactistic) dalam proses pengembangan dan pengecutan (expansion dan contraction).

4. Mengurangkan kos perbelanjaan atau isipadu (economical).

5. Mengurangkan bilangan penggunaan tiang pada suatu bukaan (span) yang lebar atau luas.

6. Keluli bar tidak mudah terbuka atau kiat (twisted) ketika berada dalam konkrit yang terkena suhu tinggi, contohnya apabila berlaku kebakaran.


SEBAB-SEBAB TETULANG DIBENTUK

Tetulang yang digunakan di dalam bahagia-bahagian bangunan direkabentuk oleh Jurutera bangunan. Tujuan dibentuk tetulang ini diantaranya untuk menyesuaikan dengan rupa bentuk bangunan supaya dapat mengawal kekuatan pada rangka bangunan.

Bentuk-bentuk yang direka ini boleh memberi kesan pada kualiti pembinaan bangunan tersebut.

Mengenal, Menjaga Dan Menyelenggara Alat-Alat Berkaitan Dengan Membengkok Besi Tetulang.

Sebelum kerja-kerja tetulang dilakukan, terlebih dahulu alat-alat kelengkapan ketukangan disediakan supaya menyenangkan kerja-kerja penyelenggaraan.

PENYELENGGARAAN

Alat-alat ketukangan ini hendaklah digunakan dengan betul dan bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan.

Alat-alat perkakas mestilah dijaga dengan baik. Pastikan;

1. Berada ditempat yang sesuai, kemas dan selamat.

2. Alat-alat yang rosak diasingkan serta dibaiki.

3. Alat-alat ini mestilah dibersihkan serta diminyakkan selepas digunakan.

4. Alat-alat tidak bersepah untuk menjaga keselamatannya dan pekerja.


BANGKU KERJA (Workbench)

PENGENALAN

Kerja-kerja membentuk keluli bar untuk digunakan sebagai tetulang atau rangka pada bangunan, terlebih dahulu dipastikan kerja-kerja pemasangan pin di atas bangku kerja dengan mengikut peraturan yang ditentukan.

Kedudukan Bangku Kerja

Bangku kerja untuk membentuk keluli bar hendaklah diletakan pada tempat yang sesuai bagi memudahkabn kerja-kerja pembentukan dan mengikat tetulang. Kebiasaannya bangku kerja ditempatkan di bawah bangsal sementara untuk untuk mengelakkan bangku kerja daripada segala kerosakan. Selain daripada itu kerja-kerja membentuk tetulang dan mengikat juga boleh dijalankan di dalam kawasan yang lapang atau pada kawasan yang berkeadaan cuaca panas.

Bangku Kerja

Bangku kerja biasanya dibuat dengan menggunakan kayu 6m x 200mm x 100mm. Tiang dan tapaknya dibuat dengan menggunakan kayu berukuran 100mm x 50mm sebanyak tiga komponen dan diletakan dengan jarak 300 mm dari kedua-dua hujung bangku kerja; Bahagian tiang tapak serta komponen yang satu lagi diletakan di tengah-tengah diantara kedua-dua tiang tersebut. (lihat rajah Bangku Kerja)

Cara-cara Memasang Pin Di atas Bangku Kerja

Keluli bar yang dibentuk dengan tangan (Hand power) biasanya berukuran garispusat (diameter) dari 6mm hingga 16mm. Terdapat dua ukuran pin yang digunakan bagi mendapatklan bentuk bengkok dan cangkuk keluli bar.


Pin Lompang (Former Pin / Mandrel)

Pin lompang digunakan bagi mendapatlkan bengkok dan cangkuk yang dikehendaki dengan bentuk yang betul. Kedudukan pin lompang hendaklah diletakan ke bahagian tepi sebelah dalam selari di atas garisan lurus yang menyentuh bahagian tepi sebelah luar pin penahan. Kedudukan diantara kedua pin tersebut mestilah berkeadaan sudut tepat 90˚ (lihat rajah kedudukan pin). Ukuran garispusat pin lompang mestilah ditambah 2mm daripada ukuran sebenar keluli bar yang hendak dibentuk. Ini adalah bertujuan bagi mendapakan kesenangan bekerja dan mendapatkan sudut yang tepat serta bulatan cangkuk yang elok


Pin Penahan (Back Stop Pin)

Pin penahan digunakan sebagai panahan keluli bar dan juga memberi ketetapan ketika kerja-kerja membentuk dijalankan. Ukuran pin penahan adalah berpandukan kepada ukuran garispusat keluli bar yang hendak dibentuk. Jarak diantara pin penahan pertama dengan pin lompang mestilah besar garispusat keluli bar serta campur dengan 2 mm untuk memudahkan kerja-kerja bengkokan. Kedudukan pin lompang dan pin penahan mestilah selari (digariskan 90˚) dengan permukaan tepi bahagian luar pin penahan pertama ke permukaan tepi bahagian dalam pin lompang (lihat rajah kedudukan pin lompang dan pin penahan).




PETUA-PETUA UNTUK MENDAPAT CANGKUK DAN BENGKOK KELULI BAR

Di dalam kerja-kerja tetulang terdapat berbagai-bagai bentuk seperti cangkuk dan bengkok untuk tujuan tertentu. Bagi mendapat cangkuk dan bengkok pada keluli bar adalah perlu mengetahui petua-petua membentuk mengikut ukuran dan jenis-jenis keluli bar.


Petua-petua Untuk Mendapatkan Ukuran

Ukuran diberi hendaklah mengikut sukatan dari luar ke luar kecuali bagi link dan stirrup (besi pencekak), ukuran yang mustahak ialah dibahagian dalam yang mana diikatkan kedudukannya kepada keluli bar utama (main bar). Penerangan lengkap menggunakan cangkuk dan bengkok keluli bar boleh didapati dari BS 1478: 1967.

Ukuran jejari bahagian dalam cangkuk atau bengkok bagi keluli bar lembut hendaklah dua kali ukuran garis pusat keluli bar itu kecuali ukuran garispusat bar yang besar adalah ditentukan. Bahagian yang lurus selepas cangkuk dan bengkok itu hendaklah panjang sedikit iaitu tidak kurang daripada empat kali ukuran garis pusat keluli bar itu kecuali garispusat bar yang besar adalah ditentukan. Perkara ini sangat mustahak dijaga seperti mengurangkan kelajuan membengkok atau menambahkan jejari pembengkokan.


Petua Memotong dan Membengkok Keluli Bar

Memotong keluli bar biasanya diberi tambahan beberapa millimeter atau panjang sedikit daripada dikehendaki ( + 5mm ). Tambahan ini hendaklah ditentukan kepada cangkuk dan bengkok tetapi tidak dibenarkan melebihi ukuran panjang keluli bar yang dikehendaki. Dalam perkara ini, sekiranya keluli bar itu dibuat cangkuk atau bengkok dikedua-dua hujung mestilah ditanda panjangnya dari tengah keluli bar ke tiap-tiap hujung. Keluli bar yang hanya mempunyai satu cangkuk dihujung hendaklah ditanda dari hujung yang lurus ke cangkuk dengan itu sebarang perbezaan dilebihkan pada bahagian cangkuk.

Ukuran keluli bar boleh diubah bila ianya “creep” (keluli bergerak ke hadapan). Keluli bar yang pertama hendaklah ditanda mengikut ukuran yang dikehendaki dan diperiksa setelah dibengkok. Ukuran yang seterusnya hendaklah diukur sama dengan yang pertama tadi sebagaiman perubahan yang telah dibuat.


ALAT-ALAT UNTUK MENGIKAT KELULI BAR

PENGENALAN

Tujuan uatama tetulang diikat ialah untuk menentukan keluli bar terletak pada tempat yang betul dan tidak berubah kedudukannya sebelum dan semasa konkrit dituang.

Cara yang iasa mengikat tetulang ialah dengan cara menggunakan dawai yang berukuran (gauge) S.W.G 16-18. Alat yang biasa digunakan untuk mengikat ialah seperti berikut :

a. Spring Loaded Puller
b. Spring Clips
c. Eng Cutting Nips.


a. Spring Loaded Puller

Dawai yang dugunakan untuk mengikat jenis ini kebiasaanya telah disediaskan lubang dikedua-duan hujungnya. Penyangkuk pada ‘puller’ di masukkan di dalam lubang tersebut. Apabila puller ditarik, penyangkuk tadi akan berpusing dan memberikan ikatan yang lebih kukuh.

b. Spring Clips or Stabil Binders

Mengikat keluli bar cara ini biasanya dilakukan untuk kerja-kerja pre-cast dan pressed konkrit kerana tidak menggunakan apa-apa perkakas pengikat. ‘ Spring Clips’ disediakan mengikut ukuran garis pusat keluli yang akan diikat. Keburukannya mengikat cara ini terutamanya pada keluli bar jenis bulat (Mild Steel Bar) kerana mudah berubah kedudukannya bila konkrit dituang.


c. End Cutting Nips or Tower Pincer

Cara ini lebih baik dan ekonomi. Untuk menguatkan ikatan pusing dan tekan dengan mata ragum (nips) pada keluli bar untuk mengukuhkan ikatan .


JENIS-JENIS IKATAN

Terdapat beberapa jenis ikatan untuk mengikat keluli bar

1.SLASH
Jenis ikatan yang paling senang dipraktikan. Ikatan jenis ini digunakan untuk ikatan memenuh dikeluli bar tembok (Wall) dan lantai (Floor slab)


2.RING SLASH
Ikatan jenis ini digunakan pada keluli bar untuk mengelakkan daripada tergelincir pada bahagian menegak dan melintang.

3. HAIR PIN
Sejenis ikatan yang kuat. Digunakan sebagai ikatan pengikat keluli keluli bar sebelum ikatan pemenuh dilakukan. Ikatan ini digunakan sekiranya ikatan jenis slash tidak sesuai untuk diikat. Kebiasaannya digunakan untuk keluli bar tiang (column) dan alang (beam)

4. RING HAIR PIN
Ikatan ini digunakan pada tiang dan alang untuk mengelakan daripada tergelincir sebagaimana juga dengan ikatan ring slash.

5. SPLICE
Ikatan ini digunakan untuk mengikat dua keluli bar yang disambung. Kebiasaannya digunakan pada bahagian selisih keluli bar. Ikatan mestilah dibuat dua peringkat dikedua hujung selisih. Sekiranya garispusat keluli bar lebih besar, hendaklah ditambah ikatan dibahagian tengah selisih.

6. CROWN
Sejenis ikatan yang paling kuat. Ikatan ini digunakan pada tiang, alang, tembok dan lantai serta pada keluli bar yang mudah berubah kedudukannya.



JENIS-JENIS BAHAN DAN CARA MENEMPATKAN BLOK PERENGGANG

Pengenalan :

Blok Perenggang ialah satu bahan yang dugunakan untuk menentukan kedudukan keluli bar utama dengan permukaankonkrit. Blok perenggang juga disebut concrete cover, bar support atau concrete spacer. Blok perenggang boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan jenis. Jika tidak menggunakan blok perenggang dalam kerja-kerja tetulang dan konkrit boleh mengakibatkan kualiti kerja yang tidak baik dan akan mengakibatkan faktor ketidaktahanan atau kekukuhan.

JENIS-JENIS BLOK PERENGGANG

Blok Perenggang Mortar/Konkrit

Blok perenggang jenis ini merupakan suatu bahan yang biasa digunakan kerana ;
a. Mudak disediakan
b. Ekonomi
c. Kukuh


Nisbah bancuhan:

Bancuhan untuk blok perenggang konkrit mestilah mengikut nisbah bancuhan yang ditetapkan atau mengiku piawaian (spesifikasi) pada pelan bangunan atau projek.

Contoh ;
a. Konkrit Tetulang asas, nisbah bancuhan 1:3:6
b. Konkrit Tetulang tiang, nisbah bancuhan 1:2:4

Bancuhan untuk blok perenggang mortar mestilah kadar 1:2 dengan kandungan air yang mencukupi. Ketebalan blok perenggang mortar dibuat mengikut jarak yang ditetapkan. Ianya dilekatkan bersama-sama dawai bersaiz SWG no.16018. Dawai yang digunakan mestilah cukup panjang dan tidak mudah berkarat. Kegunaan dawai ini adalah sebagai pengikat kepada keluli bar utama. Perenggang jenis ini adalah lebih praktikal. Saiz blok perenggang ini adalah 50mm x 50mm x 25mm (tebal tertakluk kepada spesifikasi)


Blok Perenggang Plastik

Jenis blok perenggang ini biasa didapati pada projek-projek pembinaan yang besar. Blok perenggang ini lebih kukuh kerana dapat menahan daripada patah dan melenur. Ia diperolehi dengan berbagai-bahagai bentuk dan saiz mengikut jenis dan tempat kerja yang dijalankan.


Perenggang Keluli Bar

Jenis ini kurang digunakan kerana tidak ekonomi dan susah untuk menjalankan penyediaanya. Kebiasaanya jenis ini diletakan pada keluli bar utama yang besar serta jarak perenggangnya tebal seperti pada bahagian tapak asas yang panjang, lantai dan dinding.

Lain-lain Jenis

Asbestos
Logam
Kayu
Batu Baur (aggregate)

Cara-cara Menempatkan Blok Perenggang

Blok Perenggang boleh ditempatkan dengan beberapa cara berikut

1. Kedudukan yang berselang seli
2. Jarak tiap-tiap satu lebih kurang 900mm
3. Ditempatkan sebelum,, semasa atau selepas keluli bar diletakan.
4. Ikatan diantara keluli bar utama dan blok perenggang mestilah kukuh.
5. Menentukan saiz blok perenggang (plastic) sama dengan saiz keluli bar yang digunakan.


Tujuan Blok Perenggang

1. Menentukan jarak kedudukan tetulang denmgan permukaan konkrit.
2. Mengelakkan keluli bar rdarimelentur
3. Meneglakan keluli bar terkeluar daripada permukaan konkrit.
4. Sebagai penahan kepada tetulang supaya tidak bergerak atau berubah tempat semasa mencurah dan memadat konkrit

16 ulasan:

  1. salam , dimana boleh sy dptkn table utk setiap berat tetulang ?

    BalasPadam
  2. boleh tahu x....cara2 untuk mengira besi tetulang?

    BalasPadam
  3. Pengiraan untuk tetulang selunya ia dibuat menggunakan borang pengiraan besi...
    Formula paling mudah dan cepat tuan boleh menggunakan kaedah ini..

    saiz diameter besi contoh y12 > 12x12/162(Formula utk mendapatkan berat besi dlm 1m panjang)

    Y12 = 12 X 12 / 162 = 0.888KG/M

    0.888Kg/m x 12m (panjang besi selalunya 12m shj)
    =10.656Kg @ 10.66kg/batang
    untuk kita tahu dalam 1 tan besi y ada berapa batang kita kena ambik balik berat dalam 1 btang besi tadi...

    1 ton = 1000kg
    1000kg / 10.66KG/btng
    =93.81/btng @ 94 batng

    (Semua jenis besi tuan boleh menggunakan kaedah pengiraan ini, tuan cuma tengok diapunya saiz diameter besi sahaja.. Untuk makluman tuan besi Y dan besi R beratnya sama ...)

    BalasPadam
  4. Untuk pertanyaan Didi Chann....
    Kalau ikut kaedah yang biasa kita gunakan ialah
    kita potong semua jenis besi dalam 1 m panjang dan timbang kita dapat jawapannya dalam KG.

    Dibawah ini saya serta
    Saiz keluli dalam kilogram pada tiap2 satu meter

    6(dia)=0.222kg, 8(dia)=0.395kg, 10(dia)=0.616kg, 12(dia)=0.888kg, 16(dia)=1.579kg, 20(dia)=2.466kg, 25(dia)=3.854kg, 32(dia)=6.313kg, 40(dia)=9.864kg, 50(dia)=15.413kg

    (Saiz besi yang saya nyatakan diatas ialah saiz yang selalu diginakan ditapak bina)

    untuk memudahkan kita mengingat, saya syor didi gunakan formula 162 (semua saiz besi kita boleh gunakan formula yang sama) =contoh 12 x 12 / 162 = 0.888kg.
    =besi lembut dan besi keras beratnya sama.

    BalasPadam
  5. apakan ujian yang sesuai dijalankan untuk konkrit bertetulang gentian bagi membandingkannya konkrit bertetulang 'BRC'? Ujian itu mestilah membandingkan dari segi kekuatan dan kesesuainnya.

    BalasPadam
  6. sebuah lantai direkabentuk menggunakan besi y16 dgn jarak 175mm.berapa jarak yg sesuai utk ganti besi y16 kpd y12?bagaimana pengiraan tersebut?

    BalasPadam
  7. sy nk bertanye apekah perbezaan antara besi Y dengn T

    BalasPadam
  8. besi Y adalah besi hight tensile, R adalah mild steel. Kekuatannya tak sama. Y=460N/mm2 R=250N/mm2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam negara kita, besi T dan Y same, tapi klu dkat overseas, T dan Y berbeza mengikut kkuantan..

      Padam
  9. Saya nak tanya ,selepas potong besi y macamana nak cari ukuran untuk lapping(ditindih) ?

    BalasPadam
  10. Pertanyaan:

    sekeping plat empat segi berukuran L=1m x W=1m,
    macam mn nk kira beratnya tuan?

    BalasPadam
  11. Assalam.. nk tanye mcm mana pengiraan utk tukar size besi utk slab.. cth dari y10 kpd y16..

    BalasPadam
  12. ada formula untuk kira besi slab ka...dalam format excell
    BOLEH PINJAM

    BalasPadam
  13. contoh...utk tukar saiz besi beam...katakan top rebar....ada 3 btg y10....nk tukar ke y12....kira keluasan keratan rentas y10 x 3btg = L1 mm2, lps tu kira keluasan keratan rentas y12 plak, katakn L2 mm2....bahagi L1 dgn L2 L1/L2 = X (jumlah btg utk Y12 dlm bundaran terhampir)....jarak...antara btg Y12, samarata....wallahualam....

    BalasPadam