Rabu, 4 Januari 2012

KERJA-KERJA SAMBUNGAN DAN BAIKPULIH

PENGENALAN
Kerja Pembaikan dijalankan untuk menangani masalah kegagalan dan kecacatan terhadap kemudahan dan peralatan bangunan yang meliputi ketidaksesuaian kaedah dan bahan-bahanyang digunakan dalam pembinaan. Maka, wajar perkhidmatan ditumpukan pada peringkat awal setelah pembinaan selesai. Pembaikan segera dapat mengurangkan keperluan penyenggaraan yang lebih kerap pada kemudian hari. Kerja pembaikan dilaksanakan berdasarkan kepada aduan dan laporan pengguna atau pemilik berkenaan kerosakan komponen-komponen bangunan seperti pam tandas, lampu, pendingin udara dan sebagainya yang menjejaskan keselesaan pelbagai pihak.

Setiap bahan, komponen dan peralatan bagi sesebuah bangunan mempunyai tahap dan kadar kerosakan yang berbeza yang dipengaruhi oleh kualiti, persekitaran, dan kekerapan penggunaannya. Oleh itu, kerja penggantian digunakan bagi memastikan setiap item-item ini yang berada pada tahap kritikal digantikan apabila tindakan pembaikan tidak dapat dibuat. Pemeriksaan berjadual perlu dilakukan berterusan terhadap setiap item yang direkodkan bertujuan mengenalpasti kegagalan dan kerosakan. Penggantian dapat mengelakkan kesan buruk terhadap prestasi dan fungsi bangunan. Di antara item yang perlu diperhatikan terdiri daripada aspek struktur, mekanikal, sistem elektrik dan sistem air yang merupakan nadi utama kepada bangunan-bangunan.

Perlindungan melibatkan kerja-kerja yang bertujuan untuk mengawal fungsi, prestasi termasuk penampilan sesebuah bangunan. Perlindungan perlu diberikan sepanjang hayat bangunan terbabit kerana bangunan sentiasa terdedah kepada kerosakan dan kecacatan yang disebabkan oleh faktor seperti cuaca, kekerapan penggunaan dan lain-lain. Perlindungan dapat mencegah sebarang kecacatan dan kerosakan yang lebih serius di masa hadapan. Ia dapat menjamin ketahanan setiap komponen sepanjang penggunaannya. Contohnya, tindakannya ialah mengecat pada permukaan luar bangunan untuk mengawal reaksi cuaca dan serangan kulat atau fungsi.

DEFINISI STRUKTUR BANGUNAN

ASAS
Asas ialah unsur bangunan yang dibina khusus untuk menangung keseluruhan berat bangunan( beban mati dan beban dikenakan) dan memindahkan beban tersebut kepada tanah.Pada kebiasaanya,asas dibina dengan kedalaman satu hingga satu setenggah meter daripada aras permukaan tanah.

LANTAI
Lantai adalah permukaan yang rata untuk menanggung beban penghuni,perabut,alatan dan kadang-kadang dinding dalam.Mengikut undang-undang kecil bangunan,lantai merupakan permukaan mana-mana tingkat bangunan termasuk rasuk,papan,batu,konkrit,besi atau apa-apa bahan yang ada kaitan dengan atau menjadi sebahagian daripada permukaan tersebut.

DINDING
Dinding merupakan satu struktur yang biasanya dalam keadaan pugak.Tujuan dinding dibina adalah untuk melindungi bangunan atau bertindak sebagai pembahagi kepada ruang-ruang atau bilik-bilik.

TANGGA
Tangga ialah bahagian laluan masuk atau penghubung antara lantai dalam sesebuah bangunan.Sesuatu binaan tangga mengandungi beberapa tingkat atau anak tangga yang di gunakan untuk kemudahan turun naik dari satu tingkat bangunan.Ia sama ada dibina dalam satu larian terus atau mengandungi beberapa pelantar.Oleh itu tangga boleh dibina samada dalam satu larian yang lurus atau membelok.Tiap-tiap anak tangga mengandungi bahagian yang mengufuk iaitu tempat untuk berpijak dan bahagian pugak yang menutupi ruang di antara jejak-jejak.

BUMBUNG
Bumbung merupakan elemen bangunan yang paling atas.Fungsi bumbung adalah untuk melindungi bangunan daripada hujan,panas,dan angin.Ada kalanya bumbung berfungsi sebagai melepaskan cahaya matahari ke dalam bangunan.Ia juga dibina supaya haba tidak meresap keluar terlalu banyak melaluinya.Selain itu ada kalanya bumbung boleh menambahkan kecantikan pada bangunan.

SENARAI JENIS KECACATAN PADA BANGUNAN
 Kelembapan
 Kecacatan cat
 Keretakan
 Karat dan reput

Definisi kelembapan
Kelebapan sering berlaku pada tembok,lantai dan siling dalam bangunan.Sifat ini mengakibatkan permukaan tembok dan siling itu bertompok-tompok basah dan lantai sentiasa lembab.Keadaan seperti ini menimbulkan suasana dalam bangunan tersebut kurang sihat.

Kesan-kesan jika berlaku kelembapan
Kelembapan akan menimbulkan banyak masalah terhadap sesebuah bangunan dan juga kepada penghuninya.Kesan-kesan yang berikut sering berlaku antara kesan-kesan yang sering berlaku adalah:

a) Bahagian-bahagian buatan besi berkarat
b) Lepa pada tembok dan siling berperoi dan tanggal
c) Kemasan lantai tidak lekat pada dasarnya
d) Bahagian-bahagian buatan kayu menjadi reput
e) Cat mengelupas dan tanggal
f) Permukaan bata berlumut
g) Pemasangan dawai letrik menjadi rosak
h) Suasana kurang sihat untuk kediaman

Cara-cara mengatasi

Kelembapan dapat di cegah yang tertentu semasa merancang dan membina bangunan tersebut. Beberapa factor yang di ambil kira semasa merancang bangunan ialah cuaca tempatan,kedudukan bangunan,reka bentuk bangunan dan penyeliaan rapi semasa kerja pembinaan di jalankan. Tindakan-tindakan yang lazim di ambilkan pada bangunan di Malaysia dan Negara-negara tropical ialah mengunakan lapisan kalis lembab secara mendatar atau menegak pada tempat-tempat yang tertentu dalam tembok,lantai dan bumbung di mana kemungkinan besar kelembapan akan berlaku. Selain dari lapisan kalis lembab,kelembapan boleh di cegah dengan mengadakan lumrah hujan di bawah ambang tingkat atau ambang pintu untuk menghalang air hujan daripada mengalir masuk.

Definisi Kecacatan cat
Lapisan cat memerlukan penyenggaraan yang tetap dan berterusan untuk menjaga permukaanya supaya sentiasa baik. Penjagaan yang di perlukan adalah dengan mencuci permukaan untuk mengeluarkan habuk dan kotoran bagi memanjangkan hayat cat. Di samping itu,lapisan permukaan dan lapisan yang lain juga perlu di tambah.

Kecacatan cat adalah bahan moden yang di perbuat daripada bahan-bahan terbaik perlu di periksa dengan teliti sebelum digunakan supaya kemungkinan berlakunya kegagalan pada bahan-bahan tersebut dapat di minimumkan. Pembuat juga mengeluarkan arahan tentang cara-cara mengunakan bahan tersebut dan ini perlu di ikuti. Walaubagaimanapun kecacatan mungkin juga berlaku dalam pelbagai keadaan disebabkan oleh pelbagai punca seprti mutu kerja yang rendah dalam menyediakan permukaan dan meletakan bahan-bahan. Punca-punca yang lain adalah kurang pengetahuan tentang bahan,yang menyebabkan kesilapan pemasangan di tempat yang tidak sepatutnya. Ada juga kemungkinan lapisan bahan tidak melekat ke permukaan di sebabkan keadaan yang lembap

Kecacatan yang disebabkan oleh punca-punca bagi sesuatu lapisan cat

1. Mengelembung (blistering)
Permukaan cat menjadi menggelembung apabila kelembapan terperangkap di bawah lapisan cat. Kelembapan yang terperangkap akan menolak lapisan cat menjadi gelembung-gelembung kecil. Ini akan menghalang lapisan tersebut melekat pada permukaan dasar. Lapisan cat yang yang mengalami kerosakan seperti ini perlu di buang dan di gantikan dengan cat yang baru. Apa yang penting ialah punca kelembapan di hindarkan terlebih dahulu.

2. Penjujuhan (bleeding)
Ini merupakan penyebaran bahan berwarna seperti bitumen,kreosot,enapan dammar dan lain-lain lagi yang di gunakan pada permukaan dasar. Kecacatan yang terjadi perlu di buang. Bahan pengalis stypic knotting atau cat asas aluminium perlu di letakan terlebih dahulu sebelum lapisan cat baru di sapu untuk mengelakan kesan penyebaran warna tersebut.

3. Berkapur (chalking)
Permukaan cat menjadi debu atau bertepung disebabkan oleh pendedahan luaran. Cat berkapur perlu di keluarkan dan permukaan dasar di basuh untuk mendapatkan permukaan yang baik. Permukaan dasar kemudianya di kaliskan dan di sapu dengan cat baru.

4. Cissing
Cissing ialah keretakan halus di permukaan lapisan pengemas di sebabkan perbezaan tegangan,permukaan keadaan ini berlaku apabila lapisan asas di sapu di atas lapisan permukaan yang berminyak atau bergris. Lapisan pengemas yang di letakan di atas lapisan asas yang berminyak juga akan memberikan kesan yang sama.

5. Keperoian
Keperoian merupakan pembentukan hablur-hablur putih di permukaan cat atau di bawah lapisan cat. Hablur ini terbentuk hasil pemeluwapan larutan garam daripada struktur batu bata. Keperoian ini mencacatkan rupa cat dan merosakan lapisan cat. Keperoian yang berlaku hendaklah di bersihkan,di biarkan kering untuk beberapa ketika untuk melihat perkembangannya. Jika kesannya sudah hilang,cat yang baru boleh di sapukan.

Definisi keretakan
Retak pada permukaan atau peda sambungan tembok merupakan kecacatan yang paling lazim di alami dalam pembinaan tembok bata dan konkrit. Keretakan berpunca daripada beberapa kemungkinan seperti :

1. Pengecutan dan pengembangan yang berlaku pada tembok kerana cuaca berubah.

2. Mendapan berlaku kerana beban binaan yang berlebihan atau kegagalan asasnya.

3. Kekurangan dalam rekabentuk seperti besi tetulang yang tidak mencukupi dan sebagainya.

4. Kesilapan dalam kerja dan pengawalan seperti bata tidak dibasahkan sebelum di ikat, pengawetan tidak dilakukan, bancuhan mortar tidak mengikut nisbah yang ditentukan dan sebagainya.

5. Bahan-bahan yang bermutu seperti pasir mengandungi kelodak berlebihan dan sebagainya.

Kerosakan dan kemusnahan pada konktit bertetulang
Struktur konkrit bertetulang memerlukan penyenggaraan minimum walaupun ianya mempunyai ketahanlasakan yang tinggi berbanding bahan binaan yang lain. Ini disebabkan oleh konkrit tersebut akan mengalami kerosakan seperti keretakan atau kemusnahan disebabkan oleh beban berlebihan atau keadaan persekitaran. Bagi memastikan kaedah pembaikan yang sesuai dijalankan, beberapa proses perlu dibuat dengan teliti mengikut langkah-langkah seperti berikut :

(i) Pemeriksaan awal di tapak bangunan.
(ii) Penyiasatan dan ujian makmal terhadap sampel dijalankan.
(iii) Menganalisa dan membuat kesimpulan tentang jenis kerosakan.
(iv) Menentukan kaedah pembaikian serta kosnya.
(v) Kerja-kerja pembaikan dilakukan.
(vi) Kerja-kerja pemantauan terhadap pembaikian kerosakan dijalankan.

Sebelum menilai tahap kerosakan yang dialami oleh konkrit dan kaedah untuk membaikinya, maka kerja-kerja pemeriksaan dan penyiasatan bagi menentukan punca kerosakan tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu. Contoh kes seperti kebakaran, kerosakan konkrit jenis ini boleh dilihat dengan nyata. Walaubagaimanapun kerosakan yang lain memerlukan penyiasatan dan ujian-ujian tertentu bagi menentukan punca kerosakannya. Tidak semua kerosakan berlaku secara tiba-tiba, sebagai contohnya pemendapan yang berlaku pada asas bangunan atau lebihan beban, keretakannya berlaku dengan mengambil masa yang panjang. Kemusnahan yang dialami oleh konkrit pula mengambil masa yang lama setelah binaan siap. Berdasarkan pengalaman, kemusnahan konkrit ini agak sukar dikenalpasti puncanya. Pembaikian ke atasnya biasanya memerlukan kerja-kerja pembaikian semula memandangkan kesukaran mengenalpasti punca sebenar berlakunya kemusnahan konkrit.

Keretakan pada konkrit

Kerosakan atau kemusnahan konkrit boleh dikatakan berlaku apabila keretakan mula kelihatan. Dengan itu penyiasatan terhadap jenis atau corak keretakan akan memberikan petanda awal untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan konkrit itu berlaku. Perlu diingatkan rekabentuk konkrit bertetulang adalah bedasarkan kepada keratan keretakan dan kebanyakan kes bagi keretakan halus atau ’crazing’ yang tidak melibatkan kes pengaratan keluli atau tindakbalas alkali-aggregat ianya tidak berbahaya dan tidak perlu dibaiki.
Keretakan berlaku apabila daya tegangan melebihi kekuatan tegangan pada waktu ianya berlaku. Beberapa keretakan berlaku sebaik sahaja konkrit dituang iaitu konkrit pada tahap plastik. Jika keretakan pada tahap plastik ini termasuk pengecutan awal suhu menjadi lebar ianya akan menyebabkan pengaratan keluli berlaku kerana terdedah dengan persekitaran. Keretakan konkrit pada tahap ’hardened’ pula disebabkan oleh beban yang berlebihan, pergerakan asas bangunan,
kebakaran ataupun konkrit yang terdedah kepada persekitaran yang teruk.
Klasifikasi retak
Semasa siasatan dijalankan terhadap kerosakan struktur konkrit, keretakan selalunya diklasifikasikan mengikut keadaan semulajadi, arah dan lebar keretakan seperti berikut :

(i) Klasifikasi Retak berdasarkan Arah iaitu ’longitudinal
cracks’,’transverse cracks’, ’diagonal cracks’ atau ’random cracks’.

(ii) Klasifikasi Retak berdasarkan Lebar iaitu ’hairline cracks (0.1mm), ’fine cracks (0.1mm – 1mm), ’medium cracks’(1mm – 2mm) dan ’wide cracks’ (> 2mm). Keretakan yang tidak aktif ialah keretakan di mana lebarnya tidak berubah. Keretakan ini dibaiki dengan menggunakan bahan yang ’rigid’. Manakala keretakan yang aktif pula diistilahkan sebagai keretakan di mana lebarnya berubah-ubah kerana pertambahan atau pengurangan beban dan apabila perubahan suhu berlaku. Bahan untuk membaiki keretakan ini hendaklah dari jenis ’flexible’ keran ia dapat membenarkan pergerakan keretakan tersebut. Keretakan menjadi lebih aktif apabila lebarnya semakin bertambah dengan masa terutama keretakan ini disebabkan oleh berlakunya pengaratan keluli atau pergerakan asas bangunan. Kerja-kerja pembaikan keretakan aktif ini hendaklah didahului dengan mengenalpasti punca sebenarnya, jika tidak keretakan masih juga berlaku selepas pembaikian dilakukan. Arah keretakan juga memain peranan yang penting bagi mengetahui atau memilih kaedah pembaikian yang sesuai. ’Longitudinal cracks’, mendedahkan tetulang keluli kepada pencemaran dari persekitar bagi membolehkan proses pengaratan berlaku. ’Transverse cracks’ yang berlaku mungkin serius mungkin tidak, ianya bergantung kepada lebar keretakan, lokasi atau kawasan yang terdedah kepada persekitaran. ’Diagonal cracks’ adalah berpunca dari kegagalan ricih dan keretakannya terjadi secara tiba-tiba. ’Randoms cracks’ biasanya tidak berbahaya melainkan keretakannya disebabkan oleh kebakaran atau kemusnahan oleh tindakan kimia di dalam konkrit.

Pemantauan terhadap keretakan

Keretakan biasanya tidak berbahaya kecuali disebabkan oleh pengaratan keluli. Jika keretakan halus yang berlaku, kerja-kerja pembaikian tidak perlu disegerakan. Kerja-kerja pemantauan sangat-sangat diperlukan terutamanya bagi keretakan pada asas bangunan. Pergerakan keretakan boleh dikesan dengan menggunakan alat ’glass tell-tales’. Keretakan yang disebabkan oleh struktur lemah atau tekanan suhu menunjukkan perubahan yang ketara dan memerlukan pemantauan yang teliti terhadap keretakannya. Jika struktur konkrit mengalami kemusnahan yang teruk, pemantauan terhadap keretakan akan memberikan peringatan bahawa kerja-kerja pembaikian hendaklah dijalankan dengan segera. Kaedah alternatif untuk mengukur lebar keretakan ialah dengan menggunakan alat ’demountable mechanical gauge (Demec)’. Kesan terhadap tindakan suhu dan perubahan cuaca adalah diambilkira.

KERJA-KERJA SAMBUNGAN BANGUNAN
A. KEHENDAK MAJLIS PERBANDARAN DAN BY LAW

1. Simpanan Jalan - Rujuk Jabatan Perancang Negeri atau Majlis Perbandaran

Jarak Building Line/ Roof Projection Line

Pembinaan

1. 20'-0"
Apabila berhadapan dan bersisian dengan Jalan 40'-0" kecuali rumah kos rendah

2. 10'-0"
Jarak dari dinding ke perenggan lot

3. 6'-6"
Roof Projection ke Perenggan lot

4. 4'-0"
Binaan terbuka, terrace, porch, berhadapan dan persisian Jalan 40'-0" (temporary structure)

5. 2'-0"
Binaan terbuka, terrace, open shed dibelakang dan persisian Jalan 20'-0" atau 15'-0" (temporary structure)

6. 15'-0"
Antara sebuah rumah dengan rumah yang lain biasanya rumah-rumah kampung

7. Tiada Jarak Simpanan Tambahan di rumah terrace dibenarkan hingga ke back dan side lane


Catatan:

Hendaklah menyediakan Exause Fan di belakang jikalau tambahan kitchen yang tidak memindahkan bath/w.c

 Mengadakan vent pipe di setiap Toilet


B.KANDUNGAN PELAN

1.Floor Plan
Ukuran skil 1/8" - 1'-0" mencatat ukuran-ukuran dengan tepat, dotted line bagi bahagian-bahagian untuk kerja-kerja demolished, deleted arched , existing structure

Tunjukkan ; Floor Trap dan 2" Drop di Bath Room dan Toilet

P.C vent pipe di W.C

Septic Tank, Super Septic, Waste Sump, Manhole, Conc. Drain dan P.C Slab Conc.

Jenis lantai di tiap-tiap bahagian dimestikan mosaic di lantai W/C dan Bath Room

Garisan Section contoh Section A-A. B-B

Menamakan bahagian contohnya Bed Room, Living dan lain-lain.

Kitchen, sink discharged ke waste sump

Jenis dinding, tiang, tingkap, pintu dan railing.

Spesification / Notes.

2.Elevation

Front, Rear Side Elevation (Left & Right)

Tambahan belakang cuma tunjuk Section dan Rear Elevation.

Tunjukkan Vent Pipe, Gutter, jarak dari Roof Eve ke perenggan lot jikalau dinding bangunan ke perenggan lot kurang dari 10'-0"

3.Cross Section:

Bagi bangunan baru sekurang-kurangnya 2 section
Tambahan : 1 Section
Ukuran Ketinggian; Ceiling Level, Floor Level, Ground Level
Tunjukkan ; Water Tank, Kecuraman Bumbung (Degree of Pitch)
Roof Constructrion ; Saiz Rafter, Purlin, Battern, Strut, Wall Plate Tie Beam
Jenis bumbung; Tiles , Asbestos, Zink dan Metal
 Jenis Ceiling; Asbestos, Solf Board dan Plaster Ceiling

4.Site Plan

Skala yang digunakan ialah 1/2 chain = 1 inci
Menunjukan jarak bangunan dengan perenggan
Jarak tengah jalan ke banguan
Garisan Bangunan (Building line)
Lebar jalan sediada, depan, belakang dan tepi
Luas bangunan lebar dan panjang
Jarak Septic Tank tidak kurang dari 40'-0" dari jalan depan.
Menunjuk Parit, Septic Tank, Manhole, Pagar Culvert, Drive way
Mencatat nombor rumah sediada yang hampir nombor-nombor berdekatan.
North Point Arrow. Lot no. Geran No. Mukim, Daerah dan Skil yang digunakan
Proposed Arrow

5.Key Plan :

Skala yang digunakan 2-4 Chain = 1 inci
Bisanya diambil dari sheet pejabat ukur
Nombor-nombor lot berdekatan
Nombor tiang TNB dan Telekom
Jarak dari Pusat Bandar
North Point Arrow dan Skill yang digunakan
Proposed Arrow

6.Location Plan

Skill yang biasa ialah 8 chain= 1 inci
Menunjukan Bandar atau Pekan-pekan, Nama Jalan/Lorong, Land Mark, Sungai dan Rail way
North Point Arrow dan Skill
Proposed Arrow

7.Septic Tank, Super Septic Tank, Manhole Detail Plan

Mengikut Standard Majlis dan tambahan saiz yang dicadangkan

8.Diagramatic Plumbing Plan

Menunjukkan pemasangan paip-paip air dan water tank di dalam bangunan


C.MEWARNA PELAN

1.Bangunan Baru

a.Merah :Keratan Dinding Bata, Mosaic, Bumbung Genting, Boundary Lot dan Proposed Lot

b.Hijau : Lantai Konkrit, Hardcore, Foundation, Bumbung Asbestos

c.Brown : Pintu Kayu, Frame kayu, Fascia Board, Roof Construction (kayu)

d.Biru : Cermin, Parit , Deleted

e.Purple : Bumbung atau dinding Sink, Metal, Pintu Besi, Grills, Tiang Besi, Pagar Besi, Water Tank, G.I Sink

2.Bangunan Tambahan

a.Merah : Semua Bahagian Tambahan

b.Biru : Bahagian untuk demolished

3.Pelan R.C

Hendaklah dilukis oleh Jurutera yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran / Dewan Bandaraya. 4 Set Plan hendaklah di masukkan bersama-sama Bayaran Perkhidmatan.

BAGAIMANAKAH MENDAPATKAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN

Permohonan-permohonan mendapatkan kelulusan pelan bangunan rumah sesebuah atau tambahan / pindaan

Tujuan

Untuk kawalan pembangunan dan perancangan yang teratur di sekitar Majlis Perbandaran bagi jangkamasa panjang. Semua binaan hendaklah mendapat kelulusan majlis. Ia perlu bagi memastikan :

 Penyeragaman sebarang kerja pembinaan atau Tambahan/Ubahsuai bagi pemilik-pemilik bangunan di kawasan Majlis Perbandaran.

ADAKAH ANDA LAYAK MEMOHON ?

Ya, sekiranya anda

 Mempunyai tanah milik sendiri (nama anda tercatat dalam geran tanah berkenaan)

Jika nama anda belum dimasukan ke dalam geran tanah, dokumen perjanjian jualbeli yang disahkan oleh pengamal undang-undang boleh diterima

Syarat nyata tanah adalah bangunan (pemilik tunggal) atau pertanian (milik bersama)

Menyewa tanah orang lain hendaklah mendapat perjanjian persetujuan yang sah dari tuan tanah

Andainya tanah adalah milik bersama, maka persetujuan dari kesemua pemilik hendaklah diperolehi.



BAGAIMANA MEMOHON

Sekiranya anda bercadang membina sebuah rumah pelan, cadangan hendaklah disediakan oleh :

Arkitek berdaftar
atau
Pelukis Pelan Yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran
(Senarai pelukis pelan boleh diperolehi di Majlis Perbandaran)
Had Bangunan tidak melebihi 2 tingkat dan tidak melebihi 300 meter persegi keluasan lantai
Arkitek atau Pelukis Pelan Bangunan Berdaftar ini hendaklah dipilih dan dilantik sendiri oleh pemilik dan akan berurusan dengan Majlis Perbandaran bagi pihak pemilik



APAKAH DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI

Permohonan boleh dibuat dengan datang sendiri ke Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran serta mengemukakan Borang A yang diisi lengkap beserta kiraan yuran pelan dan dokumen-dokumen seperti berikut :-

Bagi Cadangan Bangunan Baru / Tambahan Dan Pindaan

Salinan resit bayaran Cukai Taksiran terkini

1 salinan geran tanah (atau apa-apa bukti hak milik)

4 set pelan bangunan yang lengkap ditandatangani serta dilipat satu persatu kepada saiz A4 ( 1 set dibuat di atas linen dan 3 set di atas kertas) kesemuanya hendaklah diwarnakan.

Surat persetujuan pemilik bersama tanah dan disahkan oleh pengawal undang-undang, Penghulu atau Pesuruhjaya sumpah.
Mengikut akta 133, Akta Jalan, Parit & Bangunan Di bawah seksyen 42 (1), Kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Majlis Perbandaran hendaklah didapati untuk meletakkan bahan-bahan binaan bangunan.

Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan anda didakwa di bawah seksyen42 (3) yang membawa denda tidak lebihRM 1 000.00 dan denda tambahan tidak lebih dari RM 100.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas 24 jam menerima notis secara bertulis dari Pihak Penguasa Tempatan Majlis Perbandaran, untuk membuang bahan-bahan itu.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tambahan Haram?

Mengikut Akta 133, Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 di bawah seksyen 70 Sub- Sek(16)

Yang dimaksudkan dengan bangunan, tambahan dan pindaan haram ialah sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan tanpa mendapat kelulusan secara bertulis dari Majlis Perbandaran

Kegagalan mematuhi syarat boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 10 000.00 dan denda tambahan sebanyak RM 250.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan. Ia adalah mengikut Seksyen 70 (13) Undang-Undang Malaysia Akta Jalan, Parit dan Bangunan Akta 133


BAGAIMANAKAH BAYARAN PELAN DIKIRA?

Berdasarkan keluasan lantai

Berdasarkan bilangan pemasangan alat kebersihan seperti tandas, basin, sink dan lain-lain.

Contoh kiraan :

Bagi cadangan bangunan baru

Encik Ali bercadang membina sebuah rumah banglo 2 tingkat dengan keluasan lantai 204 meter persegi

Tingkat Kiraan Luas Kadar Jumlah
(PxL) Meter
Persegi


Bawah 12 x 9 108 RM 7.00 RM 84
Bagi 9 meter persegi
(min RM 70.00)

Atas 12 x 8 96 RM 6.00 Rm 64.00
Bagi 9 meter persegi
(min RM 60.00)

A. Jumlah kecil = RM 65.00

B. Bayaran Pemeriksaan sistem Kebersihan = RM 25.00
Jumlah Yuran Pelan Dikenakan = A + B
= RM 90.00

DI MANAKAH PERMOHONAN DISERAHKAN?

Borang yang telah siap diisi beserta dengan kiraan yuran pelan dan dokumen lengkap boleh diserahkan terus ke Jabatan Pelan Bangunan, Majlis Perbandaran.

ANGGARAN KOS

PENGENALAN

Pada lazimnya cara yang biasa digunakan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan Berkanun juga pihak-pihak firma untuk membina satu-satu bangunan ialah dengan memanggil tawaran.

Maka patut dinyatakan di sini iaitu sebelum pemborong memasuki satu-satu tawaran beberapa perkara patut diambil perhatian terlebih dahulu.

a.Pemborong mungkin sedang mempunyai banyak kerja-kerja kontrak di dalam tangan yang masih lagi dalam pelaksanaan. Oleh kerana ini, segala tumpuan, wang dan tenaga buruh telahpun ditumpukan didalam projek-projek ini. Maka sekiranya pemborong ini ingin juga memasuki tawaran lain, besar kemungkinan yang beliau akan gagal sekiranya tawaran itu berjaya.

b.Tenaga buruh di tempat projek itu hendak dilaksanakan patut dikaji samada senang diperolehi atau perlu dibawa tenaga buruh dari tempat lain. Ini adalah perlu kerana faktor-faktor ini akan melibatkan perbelanjaan dan harga tawaran pemborong.

c.Bahan yang hendak dan patut digunakan di dalam tawaran ini hendaklah dikaji samada mudah diperolehi dan berapa harganya.

d.Lawatan ke cadangan tapak bina perlu dilakukan supaya dapat mengkaji masalah-masalah di tapak bina kelak.

Jadi setelah mengkaji perkara-perkara yang tersebut di atas, barulah pemborong boleh membuat keputusan samada ingin menyertai tawaran-tawaran tertentu.

Pada dasarnya, harga satu-satu bangunan itu adalah terkandung beberapa faktor iaitu :
a.Harga buruh
b.Harga bahan-bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran
c.Harga alat dan perkakas
d.Insuran
e.Harga pengurusan oleh pemborong
f.Keuntungan oleh pemborong

Perlu diingatkan iaitu tiada dua bangunan mempunyai sama harga pembinaannya walaupun rupa, rajah dan bentuk bangunan itu serupa. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang tersebut di atas. Juga faktor-faktor seperti pembezaan tempat kerja, kenaikan harga dan lain-lain juga akan menyebabkan tiada dua bangunan dan lain-lain juga akan menyebabkan tiada dua bangunan yang serupa mempunyai harga pembinaan yang serupa.


CARA-CARA MEMBUAT ANGGARAN
Terdapat lima cara yang masih digunakan utnuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan.

1.Isipadu Bangunan (Cubic Content)
2.Luas Lantai Bangunan (Floor Area)
3.Penilaian Unit (Unit Valuation)
4.Kuantiti Nilaian Hampir (Approximate Quantities)
5.Senarai Kuantiti (Bill Of Quantities)


ISIPADU BANGUNAN (CUBIC CONTENT)
Ini adalah cara yang paling kasar untuk membuat anggaran ke atas sesebuah banguan itu bagi mendapatkan jumlah harga bangunan tersebut. Cara untuk mendapat isipadu bangunan tersebut adalah dengan mendaraf panjang, lebar dan tinggi bangunan itu. Tetapi sebelum itu hendaklah dikaji dengan teliti faktor-faktor seperti berikut :


Ukuran panjang bangunan dan lebar bangunan sesebuah bangunan itu hendaklah diukur di antara permukaan luar seperti di Rajah 1 iaitu PANJANG X LEBAR.
Faktor-faktor penting yang mesti diambil perhatian apabila mencari ukuran tinggi sesebuah bangunan itu apabila membuat anggaran dengan cara isipadu.

a.Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung curam (pitch roof), seperti di Rajah 2, maka jumlah tingginya bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas (top of foundation) hingga ke paras siling dan ditambah separuh tinggi tegak bumbung (vertical height), lihat Rajah 2.

b.Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung atau atap rata (flat roof), seperti di Rajah 3, maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas hingga ke paras permukaan bumbung ditambah 610 mm tinggi.

Setelah mendapat ukuran panjang, lebar dan tinggi bangunan itu, maka isipadu bangunan itu boleh didapati dengan mendarafkan ketiga-tiga ukuran ini.

Misalnya :
Panjang bangunan= 20 m
Lebar bangunan = 10 m
Tinggi bangunan = 5 m

Jadi isipadu bangunan = panjang x lebar x tinggi
20 x 10 x 5
1000 m³

Berdasarkan daripada harga 1 m³ sesebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk, harga bagi 1000 m³ bangunan seperti di atas = RM 200.00 x 1000 = RM 200 000.00

LUAS LANTAI BANGUNAN (FLOOR AREA)
Satu lagi cara untuk mendapatkan anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan itu ialah dengan menggunakan cara luas lantai bangunan tersebut. Sebagaimana yang diketahui, luas ialah panjang daraf lebar. Oleh yang demikian, sama juga caranya untuk mendapatkan luas sesebuah bangunan itu dengan mendarafkan ukuran panjang bangunan dengan lebar bangunan. Ukuran panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya.


Contohnya : 20 m x 10 m
200 m²

Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut terlebih dahulu hendaklah diketahui harga satu meter persegi bangunan yang lain, dimana cara pembinaan dan rekabentuk bangunan itu sama seperti bangunan yang hendak dianggarkan. Ini hanya boleh diketahui melalui pengalaman-pengalaman yang lalu. Katakan dari pengalaman di masa lalu harga bagi satu meter persegi sesebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk yang sama ialah RM 1500.00 . maka harga anggaran bagi bangunan yang luasnya 200 meter persegi ialah RM 1500.00 x 200 m² = RM 300 000.00

Selain daripada harga luas lantai bangunan itu, harga beberapa perkara lain hendaklah juga ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut. Perkara-perkara tersebut ialah seperti kerja-kerja parit luar bangunan, pagar, jalan, lanskap dan lain-lain kerja luar bangunan. Jadi harga bagi tiap-tiap perkara yang disebut itu hendaklah dicampurkan dengan harga luas bangunan tersebut untuk mendapatkan harga keseluruhan bagi kerja-kerja pembinaan tersebut.

PENILAIAN UNIT (UNIT VALUATION)
Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah bangunan.

Contoh kelengkapan-kelengkapan tersebut ialah :
Jika sesebuah sekolah itu pernah dinilaikan sebanyak RM 1 000 000.00 dan boleh menampung 1000 orang murid, maka harga untuk menempatkan satu meja murid bagi sekolah tersebut ialah sebanyak RM 1 000 000.00 ÷ 1000 = RM 1000.00. Maka nilaian ini boleh digunakan untuk mendapatkan nilai anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan sekolah yang lain bagi yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk.

Cara ini juga boleh digunakan untuk membina sesebuah hospital dengan mengira atau menghitung jumlah katil-katil pesakit, membina sesebuah pawagam dengan mengira banyaknya tempat duduk penonton dan lain-lain lagi yang boleh dikira berdasarkan kiraan penilaian unit.

KUANTITI NILAIAN HAMPIR (APPROXIMATE QUANTITIES)
Cara ini adalah yang paling baik atau yang hampir tepat dari kaedah-kaedah yang terdahulu untuk mencari nilaian secara kasar. Dengan cara ini bahan-bahan kerja dikeluarkan dengan secara kasar dari lukisan-lukisan dan dinilaikan harga-harga mengikut bahan-bahan yang tertentu. Cara-cara ini untuk mengeluarkan bahan-bahan kerja dan memberi harga-harga ke atasnya adalah seperti berikut ;

a.Kerja mengorek parit tidak melebihi 1.5 m dalam – dihargakan bagi satu meter padu

b.Konkrit di dalam asas bangunan termasuk kayu dan papan penyokong dan juga keluli penguat dihargakan bagi satu meter padu.

c.Konkrit untuk lantai tanah (ground floor concrete) termasuk lapisan asas (hardcore) dan hiasan lantai (floor finish) – dihargakan bagi satu meter persegi.

d.Konkrit untuk lantai atas (upper floor) termasuk kayu dan papan penyokong, keluli dan hiasan lantai- dihargakan bagi satu meter persegi.

e.Dinding bata termasuk lepa dan dicat pada kedua-dua permukaan – dihargakan bagi satu meter persegi

f.Kayu-kayu untuk atap atau bumbung dan siling dihargakan bagi satu meter padu

g.Penutup bumbung (roof covering) termasuk kayu beroti (battern)- dihargakan bagi satu meter persegi.

h.Tingkap dan pintu termasuk barang-barang besi (iron mongery), gelas, bingkai (frame) dan cat – dihargakan tiap-tiap satu meter mengikut saiznya.

i.Pertukangan kayu (joinery fitting) seperti almari, papan rak (shelves) dan lain-lain- dihargakan ttiap-tiap satu yang cukup

j.Pemasangan paip (sanitary fitting) termasuk harga paip pada tiap-tiap perkakas (fitting)

k.Pemasangan alat-alat lektrik – dihargakan bagi tiap-tiap satu point

l.Pengaliran najis (soil drainage ) termasuk harga paip, penggalian parit dan lapisan konkrit di bawah – dihargakan bagi satu meter panjang (meter run)

m.Kerja-kerja luar seperti menanam rumput-rumput (turfing) dan memagar (fencing) dan lain-lain

Jadi bahan-bahan yang telah dikeluarkan dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan mengikut ukuran-ukuran di dalam unit-unit yang tertentu dan jumlah harga bahan-bahan ini menjadi harga anggaran secara kasar ke atas projek tersebut.

SENARAI KUANTITI (BILL OF QUANTITIES)
Membuat anggaran dengan cara ini adalah yang paling baik dan tepat. Senarai-senarai bahan ini disediakan oleh Jurukur Bahan yang mahir dan mengeluarkan segala bahan-bahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan tersebut dalam dalam bentuk bilangan di bawah pecahan-pecahan tajuk yang tertentu. Si pemborong hanya dikehendaki mengisi ruangan harga-harga yang disediakan pada tiap-tiap senarai bahan yang telah dikumpulkan jumlah ukurannya, kemudian didarafkan bilangan bahan-bahan dengan harga-harga yang telah diisi untuk mendapatkan jumlah harga tawaran yang sebenarnya.


HARGA UNIT (UNIT RATES)

Pada dasarnya tiap-tiap harga unit termasuk harga-harga seperti berikut :

a.Buruh
b.Harga bahan-bahan
c.Penggunaan jentera atau peralatan
d.Keuntungan

Tetapi tidak kesemua empat-empat faktor yang tersebut yang mesti digunakan untuk mendapat harga unit. Kadangkala, Cuma faktor-faktor seperti buruh dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan seperti mencari harga unit bagi satu-satu penggalian dengan tangan. Cuma faktor-faktor seperti buruh, bahan-bahan dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan untuk menerap batu-bata.

a.BURUH
Bayaran harga buruh ialah upahan kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, seseorang pemborong memberi bayaran kepada pekerjanya atau dipanggil upah. Bayaran atau upah buruh ini berbeza dari segi pembayarannya menikut kemahiran seseorang pekerja itu. Misalnya :

Tukang (craftsman or mason)
Orang yang mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan dalam dalam pelbagai segi pertukangan seperti pertukangan kayu (carpentry), tukang menerap bata (bricklayer), tukang memasang paip (plumber) dan lain-lain lagi. Mereka dibayar upah diantara RM 40.00 hingga RM 80.00 dalam satu hari 8 jam bekerja. Tetapi bayaran ini berubah dari masa ke semasa.

Buruh biasa (labourer)
Orang yang separuh mahir atau tidak mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan seperti pembancuh simen, orang yang mengangkat batu-bata, simen atai besi dan lain-lain. Seseorang buruh biasanya dibayar lebih RM 30.00 sehari bagi 8 jam bekerja.

Kepala kerja (foreman)
Orang yang ditugaskan untuk mengendalikan atau menyelia kerja-kerja di tapak pembinaan bagi pihak pemborong. Semua bayaran baginya selalunya diperuntukan didalam jumlah pengurusan syarikat pemborong yang berkenaan.


Angkatap buruh (labour constant)
Angkatap buruh ertinya masa yang diambil oleh seseorang buruh untuk menyiapkan sesuatu kerja. Angkatap buruh ini adalah satu faktor yang tidak boleh ditetapkan dengan tepat tetapi hanya didapati dengan hanya mencari hitungan panjang masa selepas membuat beberapa kajian. Misalnya si Ali boleh menggali satu meter padu tanah dalam masa 2 jam, tetapi si Abu boleh juga boleh membuat kerja yang sama dalam masa 1 ½ jam. Ini bermakna sesuatu pekerjaan itu tidak boleh disiapkan atau dikendalikan pekerja-pekerja dalam dalam masa yang sama atau tertentu. Oleh yang demikian seseorang pemborong boleh mendapat keuntungan lebih jika sekiranya ia menggunakan tenaga si Abu. Sebab bayaran untuk si Abu (boleh bekerja 1 ½ jam ) adalah kurang daripada bayaran si Ali.

b.KADAR HARGA BAHAN-BAHAN
Faktor-faktor seperti berikut hendaklah diberi perhatian di dalam menentukan harga bahan-bahan :
i. Harga asal bahan-bahan (nett cost if materials)
ii. Bayaran pengangkutan (delivery charge)
iii. Harga menyimpan (storage cost)
iv. Pembaziran (waste)

Harga asal bahan-bahan didapati berubah dari satu masa ke semasa dan juga berubah dari tempat ke satu tempat. Oleh kerana itu, apabila membuat anggaran hendaklah menggunakan harga pasaran semasa dalam peredaran pada ketika itu. Harga pasaran bahan-bahan ini boleh didapati dari pekedai-pekedai, majalah-majalah dan lain-lain.

c.PENGGUNAAN PERALATAN
Apabila menjalankan sesuatu projek pembangunan besar, kebanyakkan pemborong-pemborong menggunakan alat-alat yang bersangkutandengan pekerjaan tersebut. Alat-alat tersebut yang digunakan terbahagi kepada dua jenis iaitu :

i.Alat-alat yang tidak berjentera
ii.Alat-alat yang berjentera

Untuk menggunakan alat-alat dan perkakas yang tersebut di atas, pemborong-pemborong hendaklah mengadakan wang yang cukup unutk membeli atau menyewa alat-alat dan perkakas-perkakas tersebut. Oleh yang demikian modal untuk membeli atau menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semula untuk mendapatakan kos modal yang telah digunakan. Cara untuk mendapatkan balik wang modal bagi membeli alat-alat tersebut ialah dengan menganalisa harga penggunaan alat-alat iaitu bagi sejam sehari dan juga upah buruh yang mengendalikan alat-alat tersebut. Jadi untuk menganalisa harga penggunaan alat-alat jentera ini bagi sejam sehari perlulah diambil perhatian beberapa faktor penting termasuk :

i.Harga untuk menyewa atau kejatuhan harga bagi alat-alat jentrera yang digunakan (cost of hire or depreciation)

ii.Harga untuk membaiki kerosakan alat-alat jentera yang digunakan (cost of repair)

iii.Kehilangan faedah atau bunga ke atas wang modal untuk menyewa alat jentera tersebut, jika sekiranya wang modal itu disimpan di dalam bank (loss of bank interest)

iv.Penggunaan minyak (petrol / diesel & minyak enjin) dan juga air bagi alat hentera tersebut.

v.Bayaran untuk pemandu dan buruh-buruh yang mengendalikan alat jentera tersebut dan juga harga pengendalian yang berkaitan.


KEUNTUNGAN (PROFIT)
Setelah dikira tiap-tiap harga unit untuk bahan-bahan, buruh-buruh dan peralatan, hendaklah juga difikirkan tentang keuntungan yang berpatutan. Keuntungan ini dikira dengan menggunakan peratus (percentage) ke atas jumlah kegunaan bahan-bahan dan upah buruh. Keuntungan yang ditambah ini dipanggil keuntungan kasar (gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk :

i. Keuntungan bersih (nett profit)

ii.Harga pengurusan syarikat pemborong

Apa yang dikatakan harga pengurusan syarikat pemborong ialah bayaran-bayaran atau gaji yang perlu dibayar kepada kakitangan yang menguruskan atau menyeliakan syarikat tersebut. Harga pengurusan keuntungan kasar (gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk :

a.Gaji dan perbelanjaan pengarah syarikat

b.Bayran yang dikenakan oleh bank ke atas over draf dan kehilangan faedah.

c.Sewa pejabat, gaji setiausaha, alat-alat pejabat, telefon, insuran, bayaran bil-bil dan sebagainya.

d.Cukai-cukai

e.Kejatuhan nilai atau harga semua alat-alat jentera yang sejajar

f.Elaun-elaun kereta, pengangkutan, perjalanan dan sebagainya.

g.Perkara-perkara am dan penyeliaan oleh kakitangan, agen tapak bina dan kepala (foremen)

Nilai peratus ke atas bayaran yang tersebut di atas boleh didapati dengan dibahagikan jumlah wang masuk (turnover) atau wang pembalikan bagi hitungan panjang untuk setahun, dengan jumlah harga pengurusan. Misalnya:

Wang masuk atau wang pembalikan untuk setahun katakan RM 1 juta. Harga pengurusan, katakan RM 50 ribu.

Jadi nilaian peratus = Harga pengurusan Wang masuk
= RM 50.000.00 X 100
RM 1,000,000.00
= 5%

Oleh yang demikian, sekiranya pemborong di dalam membuat anggaran kerja inginkan keuntungan bersih sebanyak 5%, maka pemborong mestilah menambah 5% lagi ke atas 5% ini untuk pengurusan dan peralatan menjadikan keuntungan kasar sebanyak 10%.

MESIN (MACHINE)

KEGUNAAN MESIN
Pada masa ini boleh dikatakan semua projek-projek pembinaan bangunan dan kejuruteraan menggunakan mesin supaya langkah-langkah untuk membina dapat dijalankan dengan lancar dan cepat. Tetapi sebelum seseorang pemborong itu membeli atau menyewa alat-alat jentera atau mesin ini, ia hendaklah mengambil perhatian atau menimbang beberapa faktor yang penting seperti:

1.Kerja-kerja yang ada di dalam tangan, untuk pengguna alat-alat jentera ini mestilah mencukupi.

2.Mesin-mesin yang digunakan hendaklah dikendalikan di bawah jagaan orang yang cekap dan mengetahui serba serbi tentang penggunaan mesin itu.

3.Dengan menggunakan sesuatu mesin itu boleh mendatangkan garisan keuntungan yang besar kepada si Pemborong dan tidak sebaliknya.

MUATAN MESIN
Sebelum membuat anggaran atau taksiran ke atas mesin yang hendak digunakan, pemborong hendaklah terlebih dahulu mengetahui sejauh mana muatan atau kemampuan sesebuah mesin itu boleh membuat sesuatu pekerjaan dalam masa yang ditentukan. Misalnya, jika sesebuah mesin itu tidak boleh membuat kerja dan hasil pekerjaan itu tidak memuaskan pada masa yang ditentukan maka tidak ada gunanya menyewa mesin tersebut. Unit pengukuran (unit of measurement) ke atas mesin-mesin atau alat-alat jentera adalah seperti berikut:

a.Pengorek atau mesin

b.Lori

c.Pembuang tanah (dumper)

d.Terak (truck)
Ukuran muatannya berdasarkan isi padu. Misalnya sebuah lori boleh membawa 4 m
padu bahan (seperti pasir dan tanah)




MESIN PENGGAUL KONKRIT

Muatannya diukur dari segi tongnya atau dramnya (drum) sebelum digaul dan selepas digaul.
Contohnya: Menggunakan mesin konkrit 7/5

Angka pertama (iaitu 7) menunjukkan kuantiti atau banyaknya bahan-bahan konkrit, yang diisi ke dalam tong atau dram mesin itu sebelum digaul dan angka kedua (iaitu 5) menunjukkan kuantiti konkrit yang boleh didapati selepas digaul. Ini bermakna 7m padu bahan-bahan konkrit sebelum digaul dan 5m padu konkrit selepas digaul. Jenis-jenis mesin konkrit yang boleh didapati selain dari 7/5 ialah 10/7 dan 14/10. Keterangan-keterangan berikut sangatlah perlu diambil perhatian sebelum menganalisis harga penggunaan mesin-mesin:

a.Harga asal mesin

b.Faedah ke atas modal

c.Umur mesin itu dari segi ekonominya (iaitu semasa mesin itu boleh digunakan)

d.Harga untuk membaiki kerosakan semasa umurnya

e.Harga untuk mengangkut mesin itu ke tapak binaan semasa umurnya.

f.Bilangan masa bagi mesin itu bekerja dalam

g.Penggunaan minyak petrol dan minyak hitam

h.Gaji untuk pemandu mesin dan buruh yang mengendalikan mesin

i.Muatan mesin.

Kos modal (capital Cost)

Kos kendalian (Operating Cost)

CONTOH

MENGANALISA HARGA MESIN PENGOREK (DRAINAGE) DENGAN MUATAN 0.4 M PADU.

A.Cara-cara bagaimana menganalisis harga sejam ke atas mesin pengorek (drainage) iaitu kos modal (capital cost)
Harga asal mesin pengorek, katakan faedah di atas modal selama 5 tahun sebanyak = RM60.000
5% setahun = 5 x 5% = 25 x RM60,000.00 100 = RM15,000.00

Membaiki kerosakan mesin selama 5 tahun (1/10 dari harga asal) = 1/20 x RM60,000.00 = RM6,000.00

Mengangkut mesin ke tapak binaan selam 5 tahun (1/20 dari harga asal) = 1/20 x RM60,000.00 = RM3,000.00

Jumlah harga bagi 5 tahun = RM84,000.00
Harga (kos modal) mesin untuk 1 tahun = RM84,000.00
5
= RM16,800.00

Hitung panjang mesin pengorek boleh bekerja dalam setahun, katakan = 150 hari
Dalam sehari mesin pengorek boleh bekerja 8 jam. Dalam setahun mesin boleh bekerja selama (8 x 150 jam) = 1,200 jam
Dalam masa 1,200 jam (1 tahun) harga mesin pengorek (iaitu kos modal) = RM16,800.00
Dalam masa 1 jam harga mesin pengorek = RM16,800.00 1,200 = RM14.00
Jadi kos modal harga mesin pengorek dalam masa 1 jam = RM14.00 sejam


B. Menganalisis harga buruh ke atas mesin bagi sejam iaitu kos kendalian bagi 8 jam sehari.

Drebar bagi 9 jam (1 jam sehari ditambah untuk menjaga dan memelihara mesin) dibayar RM4.40 sejam = 9 x RM4.40 = RM39.60

Buruh bagi 8 jam bekerja sehari dibayar RM2.75 sejam = 8 x RM2.75 = RM22.00
36.41 minyak diesel digunakan sehari dan harganya, katakan RM0.29 seliter = 36.4 x 0.29 = RM10.56
1.7 liter minyak hitam digunakan sehari dan harganya, katakan RM2.82 seliter = 1.7 x RM2.82 = RM4.79
0.5 kg minyak geris (grease) sehari katakan RM2.20 se kg = 0.5 x RM2.20 = RM1.10
Kos (harga) untuk mengendalikan mesin sehari (8 jam) = RM78.05
Kos untuk mengendalikan mesin sejam (kos Kendalian) = RM78.05
8= RM9.76
Jumlah bagi kos modal & kos kendalian untuk sejam = RM14.00 +RM9.76
= RM23.76


C.Hasil pengeluaran mesin (out-put)

Cara-cara untuk mendapatkan harga mengorek tanah yang jumlahnya besar (bulk excavation) dan parit (trench)

1)Mengorak jumlah tanah yang besar (bulk excavation) ialah 19 meter padu bagi sejam

2)Mengorek parit (trench) ialah 11 meter padu sejam.

a)Harga semester padu bagi mengorek jumlah tanah yang besar:
Kos (harga) untuk mengendalikan mesin sehari (8 jam) = RM23.76
19= RM1.25
Ditambah keuntungan kasar
10% = 10 x RM1.25
100 = RM0.13
Harga mengorek 1 meter jumlah tanah yang besar = RM1.58

b)Harga mengorek parit:
Mengorek 11 meter padu parit bagi sejam = RM23.76
Mengorek 1 meter padu parit =RM23.76
11= RM2.16
Ditambah keuntungan kasar
10% = 10 x RM2.16
100 = RM0.22
Harga mengorek 1 meter padu parit = RM2.38


Peringatan
Cara-cara untuk menganalisis harga-harga penggunaan mesin yang diterangkan di atas dan sebelumnya tidak termasuk penggunaan mesin-mesin yang terpakai (second hand value) pada penghujung tahun yang kelima (5 tahun). Jikalau dipertimbangkan juga mesin-mesin yang terpakai maka kos modal akan berkurangan dan oleh sebab itu harga se ela pau mengorek pun akan juga berkurangan.

Had umur mesin-mesin yang berguna (useful life of machine)
a. Pengorek (excavator) = 5 tahun
b. Penggaul konkrit (concrete mixer) = 5 tahun
c. Lori dan lori pembuang (dumper) = 3 tahun


BERBAGAI-BAGAI-BAGAI JENIS PENGELUARAN MESIN-MESIN

A.MESIN PENGGAUL KONKRIT (CONCRETE MIXER)
Jenis (m³) Bil. Buruh yang mengendalikan mesin iaitu mengukur & mengisi bahan-bahan Hitung panjang konkrit digaul sejam (m³) Minyak petrol digunakan sehari (liter) Minyak hitam digunakan sehari (liter)
5/3 1/2 1 drebar + 2 orang buruh. 1.15 9.1 0.3
7/5 1 drebar + 4 orang buruh. 2 13.7 0.5
10/7 1 drebar + 4 orang buruh. 3.4 4 0.6
14/10 1 drebar + 6 orang buruh. 3.8 16 0.6


B.ALAT JENTERA PENGOREK – PENYODOK (SHOVEL ATAU DRAGLINE)
Jenis (m³) Hitung panjang pengeluaran kerja dalam m padu sejam Minyak diesel untuk sejam (liter) Minyak pelicir untuk seminggu (liter)

C.TRAK DAN LORI
Jenis Muatan dalam kiraan m padu Minyak diesel atau petrol untuk sejam (liter) Minyak pelicin untuk seminggu (liter)
2m ton lori 1.2 4.6 0.6
1.5m ton lori (dumper) 1.2 4.6 0.9
3m ton lori 1.7 4.6 0.9
2.3 m ton lori (dumper) 1.7 6 1
5m ton lori 2.5 5.7 1.1


UKUR KIRA BAHAN (TAKING OFF)

Ada 3 borang/Format :

 Format/Borang Diamensa (Borang Ukuran)
 Formart/Borang Abstrak
 Format/Borang Billing

Borang Diamensa
Borang Diamensa dilengkapi dengan

1.Tajuk : Contoh : PEMBINAAN SURAU TAMAN NURI, SHAH ALAM, SELANGOR
2.Nombor muka surat
3.No rujukan pelan di penjuru atas : contoh 007/02/2011
4.Tarikh
5.Nama Pengira
6.Nama Penyemak

Dalam borang diamensa ada empat ruang iaitu :

1.Ruang satu : Ruang pendaraf / ruang penambah
Kerana terdapat benda yang sama : contoh 10/ , 2/
Jika ada titik . = + (dot) . Contoh : jika .4/ = benda itu ada 5

2.Ruang dua = ruang ukuran iaitu dalam kiraan panjang, persegi dan kiraan padu

3.Ruang tiga = ruang jumlah pengiraan/ ruang kuantiti iaitu hasil daripada ruang satu dan ruang dua

4.Ruang empat = ruang penerangan/ spesifikasi ringkas (description form).
Ruang ini memberi tahu penerangan mengenai :
Kerja
Bancuhan konkrit
Ukuran
Rajah ringkas
Ruang penutup


Borang Abstrak
Fungsi : Proses pengasingan dan mengumpul iaitu hasil daripada Borang Diamensa
Tujuan : Memudahkan proses pemindahan, pengukuran ke dalam Format Billing
Borang Abstrak ada tiga ruang iaitu :
1.Ruang kiraan/jumlah
2.Ruang penolakan ( mestilah menggunakan pen berdakwat merah)
3.Ruang muka surat

Borang Billing (Draft Bill Paper)

Borang Billing adalah satu proses pengumpulan semua jenis bahan-bahan kerja yang dilakukan mengikut jenis-jenis kerja .
Harga Unit Adalah Termasuk :
 Harga Bahan-bahan
 Harga Buruh
 Harga Penggunaan Jentera dan Peralatan
 Keuntungan (%)