Isnin, 16 Jun 2014

KADAR HARGA

MENGIRA KADARHARGA

¡       Menyaring kuantiti – ia merupakan satu proses pengukuran kuantiti setiap kerja mengikut unit-unit ditentukan sebagaimana dalam Standard Method Measurement (SMM) dan Civil Engineering Standard Method Of measurement (CESMM). Penyaringan kuantiti mengikut piawai yang digariskan akan memudahkan semua pihak yang terlibat bagi tujuan menentukan kuantiti, membuat pecahan item seterusnya membuat susunan yang mudah difahami dan praktikal sama ada dalam bentuk elemen bangunan, tred atau aktiviti pembinaan. Ia juga bertujuan untuk menyemak kuantiti bagi menentukan kuantiti sebenar.


MENGANALISIS KADAR HARGA

¡       Ia merupakan satu proses mengira kadar harga bagi satu unit item, kemudian membuat perbandingan dengan kadar harga sedia-ada bagi menentukan kemunasabahannya. Penganalisaan kadar Harga mengambil kira kos bahan ditambah dengan pembaziran, kos upah buruh mengikut angkatapnya, kos sewa jentera dan mesin juga dalam angkatapnya dan akhirnya kesemua kos sumber di atas ditambah dengan peratusan untung kasar dan kos pengurusan. Kesemua jumlah Kos ini dipanggil Kadar Harga bagi satu unit item kerja. 
 
¡       Adalah menjadi amalan yang baik untuk kontraktor menganalisis kadar harga setiap kali membuat anggaran projek dan tender. Lokasi lazimnya mempengaruhi kadar harga sebagai contoh kadar harga kawasan Kuala Lumpur berbeza dengan kadar harga di Kota Baru.


MEMUKTAMADKAN JUMLAH HARGA TENDER

Memuktamadkan Jumlah Harga Tender merupakan satu proses menjumlahkan kesemua kos bagi kerja Awalan, Kos Pembinaan, Wang Peruntukan Sementara dan Wang Kos Prima dan lain-lain kos yang tersenarai dalam Ringkasan Tender. Jumlah ini juga akan dimasukkan ke dalam Borang Tender dan ianya Muktamad.

 Jumlah Harga Tender yang muktamad akan menjadi asas kepada kontrak di antara kontraktor dan pemilik. Sekiranya berlaku kesilapan tadi perlu diselaraskan mengikut Jumlah Harga Tender. Ianya perlu dibuat sebelum kontrak ditandatangani.

Kos Anggaran Untuk Binaan Rumah
Harga pembinaan sesebuah rumah dalam kaki persegi bergantung kepada harga pasaran atau harga dikawasan tempat anda. Kebiasaannya untuk binaan  rumah baru anggaran kos sekaki minima Rm 80 (di kampung) dan rm 120 (di bandar) tidak termasuk kos dekorasi dalaman rumah dan perabut (interior design + furniture), kos mendapatkan keluasan pelan rumah banglo dan perlantikan konsultan terlibat dalam proses mendapatkan kelulusan hingga pembinaan selesai

Harga sekaki persegi bergantung kepada faktor berikut

-Lokasi rumah banglo di bina (di kampung atau di bandar)

 -Keluasan Rumah, Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian rumah
.                                                                          
 -Rupa Bentuk Permukaan Tanah (Rata,Cerun,Hutan dll)

-Rekebentuk pelan dan fesad atau tapak (4 tapak )serta rekabentuk bumbungnya

-Kontraktor yang di pilih berdasarkan pengalaman, kepakaran dan hasil kualiti binaan banglo dibina



ANGGARAN HARGA BERDASARKAN KELUASAN LANTAI BINAAN.

Ø     RM 80 -RM 100/KP  -  KUALITI DAN KEMASAN KURANG                                           MEWAH

Ø     RM 110 -RM 150/KP - KUALITI DAN KEMASAN                                                  SEDERHANA MEWAH

Ø     RM 160 -RM 200/KP - KUALITI DAN KEMASAN MEWAH


Ø     RM 210 /KP KE ATAS - KUALITI DAN KEMASAN PALING                                             MEWAH