Rabu, 22 Mei 2024

KAD HIJAU CIDB (Green Card)



Kad Hijau CIDB 

Kad hijau CIDB card adalah akuan sah bagi melayakkan individu yang berdaftar dengan CIDB terlibat dalam industri binaan di Malaysia
•Berdasarkan Akta 520, setiap Personel Binaan yang terlibat dalam melakukan kerja-kerja pembinaan di tapak pembinaan wajib mendaftar dan memiliki kad hijau personel binaan cidb di mana mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM5000 sekirannya gagal mengemukakan kad perakuan pendaftaran personel binaan masing-masing ketika berada di tapak pembinaan. Bagi Personel Binaan yang dimaksudkan adalah termasuk –
1.Pekerja binaan am
2.Pekerja binaan separa mahir
3.Pekerja binaan mahir
4.Penyelia tapak binaan
5.Pengurus projek binaan dan
6.Mana-mana pekerja lain dalam industry pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Kelebihan Kad Hijau CIDB
•Personel Binaan yang memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayaranya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Konsep pelan perlindungan ini sejajar dengan dasar kerajaan Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyanyang. Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan yang mencapai umur genap 16 tahun sehingga 70 tahun. Dan masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia. Untuk memenuhi syarat-syarat bagi melayakkan personel binaan untuk mendapatkan tuntutan dan perlindungan ini, status kad hijau mereka mestilah aktif ketika berada di kawasan tapak pembinaan.


Gambar Menunjukkan para peserta sedang mengikuti kelas (Green Card) 8 jam (1 hari)

Contoh kad Hijau daripada CIDB



Syarat-syarat tuntutan manfaat perlindungan

•Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak CIDB kepada pemegang kad hijau untuk tuntutan manfaat perlindungan, antaranya :
1.Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1/v.01 dengan lengkap.
2.Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
3.Kejadian/ kemalangan berlaku semasa Kad Pendaftaran Personel Binaan masih sahlaku dan umur dari 16 tahun sehingga 70 tahun.
4.Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan melanggar mana-mana peruntukan perundangan Negara atau mana-mana Negara


•Untuk bantuan mengenai kad hijau personel CIDB juga boleh menghubungi Kami di CIDB2u sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kelulusan aktif dalam sistem.

Selasa, 21 Mei 2024

TANGGA (STAIRCASE)

 

NOTA LENGKAP APA ITU TANGGA
 
Tangga adalah sebahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar.
 
Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:
1. Kegunaan tangga
2. Ruang bukaan bagi tangga yang dibina
3. Ukuran naik dan curam yang dikehendaki
4. Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.
 
Jenis tangga
Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :
1. Tangga larian lurus
2. Tangga suku pusingan
3. Tangga separuh pusingan
4. Tangga geometri
 
Tangga larian lurus
Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Untuk tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa di daki. Penggunaan tangga lurus memberikan rupa bentuk yang paling mudah dan murah dalam pembinaan tangga.
 
Tangga suku pusingan
Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 900 (sukupusingan) di pertengahannya. Penggunaan tangga suku amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.
 
 
Mungkin imej ‎1 orang dan ‎teks yang berkata '‎155 cm 7trappetrinn Opptrinn 155cm:7 :7=22,1cm Inntrinn 63 m-44.2cm=18.8cm =18.8cm cm cm- -44.2 cm= En bratt og krevende trapp 131,6 cm 155 155cm cm 8 trappetrinn Opptrinn 155cm:8=19.4cm 8=19,4 cm 155cm:8 Inntrinn 63cm-38.8cr cm-38.8cm=24.2cm cm- 63 cm= 24,2 cm fornuftigt Enfornuftigtrapp trapp 193,6 CT 155 155cm cm Ùˆ trappetrinn Opptrinn 155cm:9=17,2cm 9=17.2 17.2cm cm 155cm: Inntrinn 63 3cm-34.4=28.6cm cm En bekvem trapp med dype trappetrinn som ogsá er god a sittei. 257,4 cm 2 2x opptrinn inntrinn = 63 cm‎'‎‎ 
 
 
Mungkin imej pelan lantai dan cetakan biru
Mungkin imej cetakan biru
Tiada huraian foto disediakan. 
 
 
Mungkin imej silo 
 
Tiada huraian foto disediakan. 
Tiada huraian foto disediakan. 
 
 
Mungkin imej ‎pelan lantai, cetakan biru dan ‎teks yang berkata '‎Tubu 50x20 2 2 1 +0.20 PLANTA 1 9 10 *0,00 +2,20 Tubo Tulbo75 75 Tuba Tuba5020 50x.20 ونود 10 2,20 8 5T VISTA Tubp Tuop25x25 25x25 3 0.00‎'‎‎ 
 
Tiada huraian foto disediakan.