Khamis, 16 Jun 2011

KERJA-KERJA LEPAAN

TAJUK: KERJA-KERJA LEPAAN

TUJUAN:
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerja-kerja MELEPA mempelajari tentang lukisan kerja akitek, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan.

KERJA-KERJA LEPAAN

Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri.

Tujuan Lepaan

i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.

ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.

iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.

iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak.

v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.

vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.


Jenis-jenis Lepaan

a. Lepa Kapur
b. Lepa Gypsum
c. Lepa Simen


a.Lepa Kapur
Lepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur.


b.Lepa Gypsum
Bahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja.

c.Lepa simen.
Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal (Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.

Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
a. Lepaan bahagian dinding
b. Lepaan bahagian lantai
c. Lepaan bahagian atas / siling


Mortar untuk Lepaan
Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.

a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm.

b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm)

Peralatan kerja Lepa

a. Sudip lepa (Plastering Trowel)
b. Kayu perata (Wooden Float)
c. Pemaras kayu panjang (Darby)
d. Penatang Mortar (Hawk)
e. Sudip Penjuru (Angle Iron)
f. Baldi (Bucket)
g. Alat aras Spirit (Spirit Level)
h. Berus cat
i. Sponge Trowel
j. Rough Cast Machine
k. Penyembur air (Iron Spray)
l. Kotak Penyukat (Gauge Box)


Perkakas dan peralatan Kerja Lepa

Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa
Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak, cat
dan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa.

a. Permukaan bata
Permukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir ataupun blok

b. Permukaan konkrit.
Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja.

Kaedah Lepaan

Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan mesin
lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa boleh
dibahagikan kepada tiga lapisan.

Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan. Permukaan ini dilepa
dan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.

Sementara lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh dibuat dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan
kemasan kerutu.

a. Kemasan Licin (Cement Face)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.

b. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.

c.Kemasan Shanghai

Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.


d. Kemasan Kerutu (Rough Cast Finishing)

Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.


e. Kemasan Skim (Skim Coat Finishing)

Kemasan skim dibuat hampir sama dengan kemasan licin, cuma bahan yang digunakan adalah daripada campuran air dan serbuk skim (skim coat) yang dibancuh menjadi pekat. Seterusnya bancuhan tadi dilepa pada permukaan kering yang telah dilepa untuk menampakkan kerataan dan kecantikan.

Rabu, 15 Jun 2011

SIMEN FERO



































KERJA-KERJA TETULANG

TAJUK: KERJA-KERJA TETULANG

TUJUAN:
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya dapat melakukan kerja-kerja tetulang untuk bangunan dua tingkat termasuk memotong, membengkok, mengikat dan menempat tetulang pada posisinya dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan.

MENGENAL JENIS-JENIS TETULANG

a. Jenis-jenis keluli bar
b. Ukuran garis pusat keluli bar
c. Intisari pelajaran
d. Banyak keluli dalam kiraan tan
e. Berat keluli dalam kilogram pada tiap-tiap satu meter panjang.

MEMBENGKOK BESI TETULANG

a. Sebab-sebab tetulang digunakan dan dibentuk
b. Mengenal, menyelenggara dan menjaga alat-alat berkaitan dengan kerja-kerja tetulang
c. Alat-alat yang lazimnya digunakan dalam kerja-kerja tetulang
d. Membuat jadual bentuk
e. Borang jadual bentuk
f. Kaedah membuat bangku kerja
g. Petua untuk mendapatkan cangkuk dan bengkok
h. Intisari pelajaran
i. Mana-mana keluli bar yang telah dibentuk

MENGENAL JENIS-JENIS IKATAN

a. Alat-alat dan jenis-jenis ikatan
b. Intisari pelajaran

MENEMPAT BESI TETULANG

a. Jenis-jenis bahan dan cara menempat blok perenggang
b. Jadual jarak penempatan antara acuan dengan tetulang
1. Perenggang untuk alang
2. Perenggang untuk lantai
3. Perenggang untuk tiang
c. Intisari pelajaran

SEBAB-SEBAB TETULANG DIGUNAKAN DAN DIBENTUK / BENGKOK

Pendahaluan :

Sektor bangunan di dalam industri binaan memerlukan perbelanjaan yang besar.
Untuk mengurangkan kos perbelanjaan ahli-ahli iktisas membuat perancangan yang positif bagi menjayakan perlaksanakan projek berjalan dengan lancar, terutama dalam memilih atau menggunakan bahan-bahan binaan.

Tetulang adalah suatu bahan yang penting kepada bangunan kerana ia sebagai rangka yang akan menguatkan bangunan tersebut.




Tujuan

Konkrit kuat daya mampatan (compressive strength) tetapi lemah daya tegangan (tensile strength), selain daripada daya mampatan dan tegangan, daya ricih (shear stress) juga berlaku pada bahagian-bahagian bangunan (lihat rajah i)

Keluli Bar Untuk Tetulang (Reinforcement)

Semua jenis keluli bar yang akan digunakan untuk tetulang hendaklah bebas dari karat, minyak, cat, lumpur, tanah atau bahan-bahan yang boleh menghalang kekuatan konkrit pada keluli bar.


Jenis-jenis Keluli Bar

1. Mild Steel Bar / Plain Round Bar (Keluli bar lembut)

Bentuknya bulat dan licin bersimbolkan huruf R. Jenis ini mempunyai saiz dan simbol yang tetap (non standard) bersimbolkan huruf M,MS MR

2. High Yield bar / High tensile bar / Deformed Bar (Keluli Bar Keras/Bunga) - Kod BS 4449

Bentuknya bulat, bulat empat segi bersimbolkan Y. Jenis ini juga mempunyai saiz dan simbol yang tidak tetap (non standard) bersimbolkan huruf-huruf dan tanda berikut; H, HY, HT. Bentuk empat segi dikenali dengan (Square Twisted). Kedua-dua bar ini dicacatkan (bergerutu/Bunga) bagi menyediakan lekatan yang lebih baik dan pegangan yang kemas.


3. Welded Steel Fabric Reinforcement (British Reinforcement Concrete / British Rool Coil (BRC)

Bentuk berjejaring empat segi tepat atau empat segi bujur dalam kepingan. Ia juga disediakan dalam bentuk bergulung kepingan. BRC ini dibuat daripada keluli yang berukuran garispusat 2.5mm hingga 120mm. Panjang kepingan tersebut ialah 4.8 m dan lebarnya 2.4 m. BRC ini dibuat daripada keluli yang sama ukuran garispusat berlainan ukuran garis pusat. BRC juga terdapat jenis yang berbunga/keras ( bersaiz dan simbol A 8, A10 dan lain-lain).


Ukuran Garispusat Keluli Bar

Ukuran yang tetap (Standard)
6,.8,10,12,16, 20, 25, 32, 40 dan 50mm

Ukuran yang tidak tetap (Non Standard)
2, 3, 4, 5 dan 7mm

Ukuran Panjang.
12.19 m (40 ‘) – yang tetap /standard

Untuk menahan tindakan atau tekanan daya-daya tersebut keluli bar digunakan sebagai tetulang atau rangka kepada bahagian-bahagian bangunan tersebut, ini kerana keluli bar mempunyai sifat-sifat yang tertentu seperti berikut :

1. Keluli bar kuat menahan daya tegangan (lihat rajah ii)

2. Boleh menahan berlakunya retak ricih (shear crack) keluli Bend Up Bar dan Stirrup digunakan (lihat rajah iii)

3. Memberi cengkamam yang kuat diantara konkrit dan tetulang rangka serta persamaaan sifat-sifat (charactistic) dalam proses pengembangan dan pengecutan (expansion dan contraction).

4. Mengurangkan kos perbelanjaan atau isipadu (economical).

5. Mengurangkan bilangan penggunaan tiang pada suatu bukaan (span) yang lebar atau luas.

6. Keluli bar tidak mudah terbuka atau kiat (twisted) ketika berada dalam konkrit yang terkena suhu tinggi, contohnya apabila berlaku kebakaran.


SEBAB-SEBAB TETULANG DIBENTUK

Tetulang yang digunakan di dalam bahagia-bahagian bangunan direkabentuk oleh Jurutera bangunan. Tujuan dibentuk tetulang ini diantaranya untuk menyesuaikan dengan rupa bentuk bangunan supaya dapat mengawal kekuatan pada rangka bangunan.

Bentuk-bentuk yang direka ini boleh memberi kesan pada kualiti pembinaan bangunan tersebut.

Mengenal, Menjaga Dan Menyelenggara Alat-Alat Berkaitan Dengan Membengkok Besi Tetulang.

Sebelum kerja-kerja tetulang dilakukan, terlebih dahulu alat-alat kelengkapan ketukangan disediakan supaya menyenangkan kerja-kerja penyelenggaraan.

PENYELENGGARAAN

Alat-alat ketukangan ini hendaklah digunakan dengan betul dan bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan.

Alat-alat perkakas mestilah dijaga dengan baik. Pastikan;

1. Berada ditempat yang sesuai, kemas dan selamat.

2. Alat-alat yang rosak diasingkan serta dibaiki.

3. Alat-alat ini mestilah dibersihkan serta diminyakkan selepas digunakan.

4. Alat-alat tidak bersepah untuk menjaga keselamatannya dan pekerja.


BANGKU KERJA (Workbench)

PENGENALAN

Kerja-kerja membentuk keluli bar untuk digunakan sebagai tetulang atau rangka pada bangunan, terlebih dahulu dipastikan kerja-kerja pemasangan pin di atas bangku kerja dengan mengikut peraturan yang ditentukan.

Kedudukan Bangku Kerja

Bangku kerja untuk membentuk keluli bar hendaklah diletakan pada tempat yang sesuai bagi memudahkabn kerja-kerja pembentukan dan mengikat tetulang. Kebiasaannya bangku kerja ditempatkan di bawah bangsal sementara untuk untuk mengelakkan bangku kerja daripada segala kerosakan. Selain daripada itu kerja-kerja membentuk tetulang dan mengikat juga boleh dijalankan di dalam kawasan yang lapang atau pada kawasan yang berkeadaan cuaca panas.

Bangku Kerja

Bangku kerja biasanya dibuat dengan menggunakan kayu 6m x 200mm x 100mm. Tiang dan tapaknya dibuat dengan menggunakan kayu berukuran 100mm x 50mm sebanyak tiga komponen dan diletakan dengan jarak 300 mm dari kedua-dua hujung bangku kerja; Bahagian tiang tapak serta komponen yang satu lagi diletakan di tengah-tengah diantara kedua-dua tiang tersebut. (lihat rajah Bangku Kerja)

Cara-cara Memasang Pin Di atas Bangku Kerja

Keluli bar yang dibentuk dengan tangan (Hand power) biasanya berukuran garispusat (diameter) dari 6mm hingga 16mm. Terdapat dua ukuran pin yang digunakan bagi mendapatklan bentuk bengkok dan cangkuk keluli bar.


Pin Lompang (Former Pin / Mandrel)

Pin lompang digunakan bagi mendapatlkan bengkok dan cangkuk yang dikehendaki dengan bentuk yang betul. Kedudukan pin lompang hendaklah diletakan ke bahagian tepi sebelah dalam selari di atas garisan lurus yang menyentuh bahagian tepi sebelah luar pin penahan. Kedudukan diantara kedua pin tersebut mestilah berkeadaan sudut tepat 90˚ (lihat rajah kedudukan pin). Ukuran garispusat pin lompang mestilah ditambah 2mm daripada ukuran sebenar keluli bar yang hendak dibentuk. Ini adalah bertujuan bagi mendapakan kesenangan bekerja dan mendapatkan sudut yang tepat serta bulatan cangkuk yang elok


Pin Penahan (Back Stop Pin)

Pin penahan digunakan sebagai panahan keluli bar dan juga memberi ketetapan ketika kerja-kerja membentuk dijalankan. Ukuran pin penahan adalah berpandukan kepada ukuran garispusat keluli bar yang hendak dibentuk. Jarak diantara pin penahan pertama dengan pin lompang mestilah besar garispusat keluli bar serta campur dengan 2 mm untuk memudahkan kerja-kerja bengkokan. Kedudukan pin lompang dan pin penahan mestilah selari (digariskan 90˚) dengan permukaan tepi bahagian luar pin penahan pertama ke permukaan tepi bahagian dalam pin lompang (lihat rajah kedudukan pin lompang dan pin penahan).




PETUA-PETUA UNTUK MENDAPAT CANGKUK DAN BENGKOK KELULI BAR

Di dalam kerja-kerja tetulang terdapat berbagai-bagai bentuk seperti cangkuk dan bengkok untuk tujuan tertentu. Bagi mendapat cangkuk dan bengkok pada keluli bar adalah perlu mengetahui petua-petua membentuk mengikut ukuran dan jenis-jenis keluli bar.


Petua-petua Untuk Mendapatkan Ukuran

Ukuran diberi hendaklah mengikut sukatan dari luar ke luar kecuali bagi link dan stirrup (besi pencekak), ukuran yang mustahak ialah dibahagian dalam yang mana diikatkan kedudukannya kepada keluli bar utama (main bar). Penerangan lengkap menggunakan cangkuk dan bengkok keluli bar boleh didapati dari BS 1478: 1967.

Ukuran jejari bahagian dalam cangkuk atau bengkok bagi keluli bar lembut hendaklah dua kali ukuran garis pusat keluli bar itu kecuali ukuran garispusat bar yang besar adalah ditentukan. Bahagian yang lurus selepas cangkuk dan bengkok itu hendaklah panjang sedikit iaitu tidak kurang daripada empat kali ukuran garis pusat keluli bar itu kecuali garispusat bar yang besar adalah ditentukan. Perkara ini sangat mustahak dijaga seperti mengurangkan kelajuan membengkok atau menambahkan jejari pembengkokan.


Petua Memotong dan Membengkok Keluli Bar

Memotong keluli bar biasanya diberi tambahan beberapa millimeter atau panjang sedikit daripada dikehendaki ( + 5mm ). Tambahan ini hendaklah ditentukan kepada cangkuk dan bengkok tetapi tidak dibenarkan melebihi ukuran panjang keluli bar yang dikehendaki. Dalam perkara ini, sekiranya keluli bar itu dibuat cangkuk atau bengkok dikedua-dua hujung mestilah ditanda panjangnya dari tengah keluli bar ke tiap-tiap hujung. Keluli bar yang hanya mempunyai satu cangkuk dihujung hendaklah ditanda dari hujung yang lurus ke cangkuk dengan itu sebarang perbezaan dilebihkan pada bahagian cangkuk.

Ukuran keluli bar boleh diubah bila ianya “creep” (keluli bergerak ke hadapan). Keluli bar yang pertama hendaklah ditanda mengikut ukuran yang dikehendaki dan diperiksa setelah dibengkok. Ukuran yang seterusnya hendaklah diukur sama dengan yang pertama tadi sebagaiman perubahan yang telah dibuat.


ALAT-ALAT UNTUK MENGIKAT KELULI BAR

PENGENALAN

Tujuan uatama tetulang diikat ialah untuk menentukan keluli bar terletak pada tempat yang betul dan tidak berubah kedudukannya sebelum dan semasa konkrit dituang.

Cara yang iasa mengikat tetulang ialah dengan cara menggunakan dawai yang berukuran (gauge) S.W.G 16-18. Alat yang biasa digunakan untuk mengikat ialah seperti berikut :

a. Spring Loaded Puller
b. Spring Clips
c. Eng Cutting Nips.


a. Spring Loaded Puller

Dawai yang dugunakan untuk mengikat jenis ini kebiasaanya telah disediaskan lubang dikedua-duan hujungnya. Penyangkuk pada ‘puller’ di masukkan di dalam lubang tersebut. Apabila puller ditarik, penyangkuk tadi akan berpusing dan memberikan ikatan yang lebih kukuh.

b. Spring Clips or Stabil Binders

Mengikat keluli bar cara ini biasanya dilakukan untuk kerja-kerja pre-cast dan pressed konkrit kerana tidak menggunakan apa-apa perkakas pengikat. ‘ Spring Clips’ disediakan mengikut ukuran garis pusat keluli yang akan diikat. Keburukannya mengikat cara ini terutamanya pada keluli bar jenis bulat (Mild Steel Bar) kerana mudah berubah kedudukannya bila konkrit dituang.


c. End Cutting Nips or Tower Pincer

Cara ini lebih baik dan ekonomi. Untuk menguatkan ikatan pusing dan tekan dengan mata ragum (nips) pada keluli bar untuk mengukuhkan ikatan .


JENIS-JENIS IKATAN

Terdapat beberapa jenis ikatan untuk mengikat keluli bar

1.SLASH
Jenis ikatan yang paling senang dipraktikan. Ikatan jenis ini digunakan untuk ikatan memenuh dikeluli bar tembok (Wall) dan lantai (Floor slab)


2.RING SLASH
Ikatan jenis ini digunakan pada keluli bar untuk mengelakkan daripada tergelincir pada bahagian menegak dan melintang.

3. HAIR PIN
Sejenis ikatan yang kuat. Digunakan sebagai ikatan pengikat keluli keluli bar sebelum ikatan pemenuh dilakukan. Ikatan ini digunakan sekiranya ikatan jenis slash tidak sesuai untuk diikat. Kebiasaannya digunakan untuk keluli bar tiang (column) dan alang (beam)

4. RING HAIR PIN
Ikatan ini digunakan pada tiang dan alang untuk mengelakan daripada tergelincir sebagaimana juga dengan ikatan ring slash.

5. SPLICE
Ikatan ini digunakan untuk mengikat dua keluli bar yang disambung. Kebiasaannya digunakan pada bahagian selisih keluli bar. Ikatan mestilah dibuat dua peringkat dikedua hujung selisih. Sekiranya garispusat keluli bar lebih besar, hendaklah ditambah ikatan dibahagian tengah selisih.

6. CROWN
Sejenis ikatan yang paling kuat. Ikatan ini digunakan pada tiang, alang, tembok dan lantai serta pada keluli bar yang mudah berubah kedudukannya.



JENIS-JENIS BAHAN DAN CARA MENEMPATKAN BLOK PERENGGANG

Pengenalan :

Blok Perenggang ialah satu bahan yang dugunakan untuk menentukan kedudukan keluli bar utama dengan permukaankonkrit. Blok perenggang juga disebut concrete cover, bar support atau concrete spacer. Blok perenggang boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan jenis. Jika tidak menggunakan blok perenggang dalam kerja-kerja tetulang dan konkrit boleh mengakibatkan kualiti kerja yang tidak baik dan akan mengakibatkan faktor ketidaktahanan atau kekukuhan.

JENIS-JENIS BLOK PERENGGANG

Blok Perenggang Mortar/Konkrit

Blok perenggang jenis ini merupakan suatu bahan yang biasa digunakan kerana ;
a. Mudak disediakan
b. Ekonomi
c. Kukuh


Nisbah bancuhan:

Bancuhan untuk blok perenggang konkrit mestilah mengikut nisbah bancuhan yang ditetapkan atau mengiku piawaian (spesifikasi) pada pelan bangunan atau projek.

Contoh ;
a. Konkrit Tetulang asas, nisbah bancuhan 1:3:6
b. Konkrit Tetulang tiang, nisbah bancuhan 1:2:4

Bancuhan untuk blok perenggang mortar mestilah kadar 1:2 dengan kandungan air yang mencukupi. Ketebalan blok perenggang mortar dibuat mengikut jarak yang ditetapkan. Ianya dilekatkan bersama-sama dawai bersaiz SWG no.16018. Dawai yang digunakan mestilah cukup panjang dan tidak mudah berkarat. Kegunaan dawai ini adalah sebagai pengikat kepada keluli bar utama. Perenggang jenis ini adalah lebih praktikal. Saiz blok perenggang ini adalah 50mm x 50mm x 25mm (tebal tertakluk kepada spesifikasi)


Blok Perenggang Plastik

Jenis blok perenggang ini biasa didapati pada projek-projek pembinaan yang besar. Blok perenggang ini lebih kukuh kerana dapat menahan daripada patah dan melenur. Ia diperolehi dengan berbagai-bahagai bentuk dan saiz mengikut jenis dan tempat kerja yang dijalankan.


Perenggang Keluli Bar

Jenis ini kurang digunakan kerana tidak ekonomi dan susah untuk menjalankan penyediaanya. Kebiasaanya jenis ini diletakan pada keluli bar utama yang besar serta jarak perenggangnya tebal seperti pada bahagian tapak asas yang panjang, lantai dan dinding.

Lain-lain Jenis

Asbestos
Logam
Kayu
Batu Baur (aggregate)

Cara-cara Menempatkan Blok Perenggang

Blok Perenggang boleh ditempatkan dengan beberapa cara berikut

1. Kedudukan yang berselang seli
2. Jarak tiap-tiap satu lebih kurang 900mm
3. Ditempatkan sebelum,, semasa atau selepas keluli bar diletakan.
4. Ikatan diantara keluli bar utama dan blok perenggang mestilah kukuh.
5. Menentukan saiz blok perenggang (plastic) sama dengan saiz keluli bar yang digunakan.


Tujuan Blok Perenggang

1. Menentukan jarak kedudukan tetulang denmgan permukaan konkrit.
2. Mengelakkan keluli bar rdarimelentur
3. Meneglakan keluli bar terkeluar daripada permukaan konkrit.
4. Sebagai penahan kepada tetulang supaya tidak bergerak atau berubah tempat semasa mencurah dan memadat konkrit

Asas Pengiraan Bahan

PENGIRAAN BATA

Formula Pengiraan Bata :
Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok

Contoh 1 Ikatan Stretcher( lihat rajah A) Panjang 5m dan tinggi 3m
= 5 m x 3 m
= 15m²

= 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 60 biji bata untuk ikatan Stretcher)
Jumlah bata = 900 ketul

Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

iBerpandukan bilangan bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³

ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³

Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³

Dalam kiraan beg/kampit = 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag

Pasir = 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³


IKATAN STRETCHER / SISI BATA (1/2 BATA TEBAL)

PENGIRAAN BATA :

Fornula Pengiraan Bata :
Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok

Contoh 2.

Ikatan English ( lihat Rajah B) = Panjang 5m dan tinggi 3m

= 5 m x 3 m
= 15m²

= 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal)

Jumlah bata = 1800 ketul


Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

iBerpandukan bilangan bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90 m³

ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.06 = 0.90 m³

Simen = 1/5 x 0.90m³
= 0.18 m³
Dalam kiraan beg/kampit = 0.18 m³ x 28.25 bag/kampit
= 5 bag
Pasir = 4/5 x 0.90 m³
= 0.72 m³


KERJA-KERJA MELEPA
FORMULA : Panjang x Lebar
25 m x 3 m
75 m²

Ketebalan lepaan 19 mm

= 75 m² x 0.019mm

Jumlah Mortar = 1. 43 M³

Jumlah Simen = 1.43 M³ x 1/5
= 0.286 M³

Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.25
8 beg/kampit

Jumlah Pasir = 1.43 m³ x 4/5
= 1.14m³


KERJA-KERJA JUBIN

FORMULA PENGIRAAN JUBIN : LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN


Contoh 1: Juka saiz jubin 300 mm x 300 mm
Luas Kawasan = panjang x lebar
= 25 m x 3 m
= 75 M²

Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m
= 0.09 m²

Bilangan Jubin = 75 m² ÷ 0.09 m²
= 834 keping


KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED)

FORMULA : Panjang x Lebar
25 m x 3 m
75 m²

Ketebalan mortar 20 mm
= 75 m² x 0.020mm
Jumlah Mortar = 1.5 M³

Jumlah Simen = 1.5 M³ x 1/5
= 0.30 M³

Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25
= 8.5 beg/kampit

Jumlah Pasir = 1.5 m³ x 4/5
= 1.2 m³


KIRAAN PELEKAT ADHESIVE

FORMULA :Panjang x Lebar
= 25 m x 3 m
= 75 m²

Ketebalan adhesive 5 mm
= 75 m² x 0.005m
Jumlah Mortar = 0.37 M³


PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT
FORMULA = Panjang x Lerbar x Tinggi
= 15 m x 5 m x 1 m
Isipadu konkrit = 75 m³

( Nisbah Bancuhan 1:2:4 )

Jumlah simen = 1/7 x 75 m³
= 10.72 m³
Kiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg/kampit
= 303 bag/kampit

Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m³
= 21.43 m³

Jumlah Batu = 2/7 x 75 m³
= 42.86 m³


KAEDAH PENGIRAAN ATAP
Luas kawasan ÷ Luas Atap = Bilangan Atap (keping)

Contoh Pengiraan:

Luas Kawasan = 15m x 5m
= 75 m²
= 75 m² bersamaan 807 k²

Bilangan Atap = 807 k ² ÷1 k²
= 807 keping


Nota:
Anggaran Pingiraan

a) 1m3 simen = 28.25/bag
b) 1 m² bersamaan 10.76 k²)

Khamis, 21 April 2011

Kecacatan Dalam Kerja-kerja Mengecat

TAJUK : KECACATAN PADA PERMUKAAN CAT YANG TERJADI PADA DINDING LUAR BANGUNAN YANG TELAH DICAT.


Blistering @ Pembengkakkan pada Permukaan cat.

Blistering atau pembengkakan cat ini disebabkan oleh perangkap udara, air atau pelarut antara permukaan dalam kandungan cat.

Tindakan:
Cara untuk mengelakkan berlakunya kandungan tidak stabil ialah biarkan dinding benar-benar kering dan mengecat dengan cat yang disarankan. Selain itu elakkan membuat kerja-kerja mengecat dibawah sinar mata hari yang langsung (direct)


Bittiness @ Kotor Pada Permukaan Cat



Bittiness ini disebabkan kerana kotoran dari keadaan cuaca, kotor pada permukaan yang hendak dicat ataupun kotoron pada berus yang tidak dicuci dengan bersih atau kerana “Bit-up” cat kering yang dikacau,

Tindakan:
Cara untuk mengelakkan iannya terjadi pastikan berus yang hendak digunakan betul-betul bersih, permukaan yang hendak dicat dalam keadaan bersih dan kering.


Alga / Kulat

Alga dan kulat boleh tumbuh bila permukaan lembab dan kotor, kurangnya fungisida / algaecide dicat juga boleh memburukkan keadaan permukaan tersebut.


Tindakan:
Cara untuk mengelakkannya terjadi cuci permukaan dengan mengunakan tekanan air pada tahap tinggi supaya ianya betul-betul tertanggal sehingga permukaan tersebut betul-betul bersih, biarkan dinding tersebut kering dahulu sebelum permukaan tersebut dicat semula.


Kesan Berus

Kesan berus disebabkan kerana permukaan tersebut tidak dicuci sepenuhnya atau kerana permukaan tersebut dicat terlalu nipis cat pada permukaan akhir ataupun kualiti berus yang buruk.

Tindakan:
Cara untuk mengelakkan ianya terjadi ialah pastikan cat diterapkan menggunakan viskosita yang tepat dan menggunakan berus yang baik.



Chipping



Chipping permukaan cat (filem cat) adalah kerana penggunaan cat yang berlebihan (dempul) atau kerana terlalu tebal lapisan cat atau disebabkan kecacatan permukaan

Tindakan:
Cara mengelak ianya terjadi ialah mengawal penggunaan cat dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh pengeluar.


Meninggalkan jejak:
Meninggalkan kesan (tanda) terjadi ketika sinar ultraviolet. Hal ini boleh berlaku ketika cat interior digunakan untuk permukaan exterior

Tindakan:
Penyelesaiannya -Padam semua permukaan cat yang tidak stabil. Biarkan dinding benar-benar kering, dan mengecat dengan cat yang disarankan. Pastikan permukaan yang hendak dicat tidak tercemar dengan bahan asing.

Cissing :
Cissing atau kawah kecil yang disebabkan oleh permukaan berminyak atau kerana cat berasaskan air yang diaplikasikan di atas halus enamel cat atau gloosy.

Tindakan:
Penyelesaiannya adalah membersihkan permukaan secara menyeluruh dengan larutan sabun dan air. enamel cat kasar permukaannya dengan Amplas atau menggunakan lapisan penghalang primer matt.


Cracking :



Cracking:
Hal ini disebabkan apabila lapisan cat yang diaplikasikan di atas lapisan dasar elastisitas berbeza jenis cat , cat yang lama belum cukup waktu atau belum kering sepenuhnya untuk menyembuhkan (yang dapat berlangsung hingga sebulan). Sebagai contoh, dua jenama berasingan dari varnis boleh bertindak balas dengan masing-masing dan membentuk retakan.
Tindakan:
Penyelesaiannya adalah kikis permukaan cat yang rosak dan biarkan permukaan yang hendak dicat kering sepenuhnya. Selepas sempurna permukaan tersebut barulah boleh dicat semula dengan yang baru.


Kemekaran:
Efforescence atau pembentukan debu-debu putih pada dinding setelah dicat, ini disebabkan kerana garam yang ada dalam bahan bangunan yang terdapat pada permukaan mortar (lepa)

Tindakan:
Penyelesaiannya adalah dengan membiarkan permukaan lepaan yang hendak dicat kering secukupnya (sekitar 6 bulan termasuk atau musim) sehingga garam yang terdapat pada permukaan lepaan tersebut terhakis sepenuhnya. Barulah boleh dicat permukaan tersebut.


Tepi Lemak/ Lelehan



Cat meleleh dibahagian tepi berus disebabkan oleh banyak cat melekat di berus.

Tindakan:
Penyelesaiannya adalah dengan membuang atau menekan lebihan cat yang terdapat pada berus, bagi mengelakkan lebihan cat yang terdapat pada berus tidak terpalit dan menjadi terkumpul.






Menyeringai:
Jika warna sebelumnya menunjukkan melalui mantle finishing, itu kerana dasar yang terlalu gelap atau cat terlalu tipis atau buruk diterapkan.

Tindakan:
Penyelesaiannya adalah hanya mengecat permukaan tersebut sehingga menampakkan warna yang diinginkan.

Kehilangan gloss:
Kehilangan gloss ini disebabkan kerana persiapan permukaan yang buruk atau kerana adanya minyak atau kerana cat yang disapu terlalu nipis.

Tindakan:
Penyelesaiannya adalah membersihkan permukaan secara menyeluruh dan mengambil semua langkah yang disarankan untuk persiapan permukaan.

Perubahan warna:
Setelah cat di sapu, mungkin memudar atau menukar warna. Hal ini disebabkan oleh zarah di dinding bertindak balas dengan cat semasa pengeringan. Perubahan warna juga boleh disebabkan oleh rembesan air, atau oleh kontaminan dalam logam atau kayu.

Tindakan:
Penyelesaiannya adalah untuk memperbaiki rembesan air. Pastikan permukaan kering sebelum mengecat. Dan menerapkan berasaskan cat alkali.

Mengelupas:
mengelupas-off dari filem cat adalah kerana aplikasi yang tidak betul lapisan primer dan tidak tertutup. Hal ini juga boleh disebabkan oleh aplikasi cat di permukaan kurang kering atau kerana mengecut atau perluasan dari paras yang menyebabkan filem cat bergerak.

Tindakan:
Penyelesaiannya adalah untuk memastikan bahawa tidak ada jurang dalam menutupi dempul dengan lapisan primer. Juga memastikan bahawa permukaan kering dan bersih.
Patchiness


Patchiness:
Patchiness disebabkan kerana sifat penyerap pada permukaan tidak rata .

Tindakan:
Tindakannya adalah melaksanakan lapisan tambahan primer atau menggunakan sealer.


Pengupasan:
Pengupasan disebabkan oleh kelembapan pada dinding, persiapan permukaan yang buruk atau menggunakan sistem mengecat yang. salah. Yang terjadi pada dinding serta atau logam atau permukaan kayu.

Tindakan
Ubat untuk dinding adalah untuk menyemak dan memperbaiki rembesan air. Pastikan dinding kering sebelum mengecat. Dan menggunakan basecoat alkali tahan atau sealer. Patch cacat permukaan dengan dempul. Ubat untuk kayu adalah kayu prima sebelum mengecat, pasir permukaan dan bersih dari debu. Ubat untuk logam adalah untuk memadam semua cat dari logam sebelum dicat. Cat semula permukaan dan-coat dengan cat yang sesuai.








Cat Menurun :
Cat menurun terjadi ketika cat menurun ke bawah setelah disapu di permukaan. Hal ini disebabkan oleh pigmen memisahkan dari cat dan menetap di bahagian bawah bekas dan datang sebagai akibat dari tidak cukup diadun, menyimpan terlalu lama atau cat terlalu panas atau rosak menipis.

Tindakan:
Tindakan adalah mengelakkan menyimpan di lokasi panas, untuk waktu yang lama. Simpan pada tempat yang sesuai seperti yang di cadangkan oleh pengilang.


Kedutan :
Kedutan terjadi ketika cat bentuk filem seperti ombak beralun. Menerapkan terlalu banyak cat, atau pengeringan pada suhu yang tinggi, atau mengecat pada mantle sebelum lapisan sebelumnya belum sempat kering boleh menyebabkan kecacatan ini.

Tindakan:
Tindakannya adalah mengelakkan cat terlalu banyak pada permukaan . Jangan biarkan cat terkumpul, Tunggu sehingga setiap lapisan mengering sebelum anda kembali mengecat pada lapisan seterusnya.


Cat Lambat Kering:
Melambatkan pengeringan cat ini disebabkan kerana kelembapan, peredaran udara yang buruk, suhu rendah atau adanya minyak atau lemak di permukaan atau kerana permukaan beralkali.

Tindakan,
Tindakannya ialah bersihkan permukaan tersebut dengan air dan sabun dan juga melindungi permukaan cat tersebut daripada terkena peredaran suhu serta udara yang buruk.