Isnin, 4 Oktober 2010

UJIAN PENURUNAN

UJIAN PENURUNAN

TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh kenalpasti bahan-bahan dan peralatan serta boleh melakukan kerja-kerja menyukat, membancuh, mengangkut, menempat, memadat, merata dan merawa/mengawet (curing) konkrit dengan menggunakann perkakas dan peralatan supaya hasil kerja menepati piawaian dan standard yang telah ditetapkan.

PENERANGAN:
Konkrit yang bermutu tinggi adalah dihasilkan dengan kawalan rapi mulai daripada pemilihan bahan-bahan batu baur, simen, air sehingga pengawetan. Kawalan yang penting semasa konkrit di bancuhkan ialah ujian penurunan dan ujian mampatan.

Ujian Penurunan
1. Ujian penurunan (Slump test) ialah untuk memastikan ketekalan (consistency) bancuhan konkrit di samping mengawal kekuatannya. Ini merupakan satu ujian kasar yang dilakukan pada sample bancuhan konkrit yang dibancuhkan pada masa yang belainan Untuk menentukan bahawa bancuhan itu mengandungi jumlah air yang lebih kurang sama, tidak terlalu cair atau terlalu kering. Ujian ini dilakukan di tapak bina, tempat bancuhan konkrit dibuat. Sample hendaklah diambil daripada bancuhan yang baru dibuat. Alat-alat yang digunakan Untuk menjalankan ujian ini ialah sebuah acuan (slump cone) yang diperbuat daripada kepingan logam, alat getar atau sebatang besi bulat ber diameter 16mm.


Rajah: Peralatan yang digunakan Untuk ujian penurunan

2. Ujian penurunan hendaklah dilakukan mengikut langkah-langkah seperti berikut.
a. Sediakan peralatan dan konkrit untuk ujian.
b. Acuan diletakkan di atas lantai yang rata dan dibasahkan telebih dahulu sebelum diisikan bancuhan konkrit.
c. Isikan kon dengan konkrit ¼ bahagian ketinggian kon untuk lapisan pertama.
d. Penuhkan acuan dalam masa 2 minit dalam 4 lapisan yang sama
e. Padatkan tiap-tiap lapisan 25 kali menggunakan rod keluli

Rajah: Rod Keluli Ø 16mm

f. Permukaan di atas diparaskan dan segala kebocoran di tapak acuan dibersihkan
g. Dengan tidak membuang masa, acuan diangkat dengan perlahan-lahan dalam keadaan tegak
h. Ukurlah pemendapan 6 mm yang terdekat. Jika pemendapan riceh atau roboh berlaku, ujian hendaklah diulangi menggunakan contoh yang lain
i. Catatkan segala keputusan
j. Bersih acuan dan biarkan kering. Jangan sekali-kali acuan itu disapu minyak


3. Jenis Pemendapan.
a. Pemendapan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja (degree of workability) sesuatu campuran konkrit.
b. Pemendapan Riceh (Shear Slump) - jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Sekiranya pemendapan riceh berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila campuran-campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan.
c. Pemendapan Roboh (Collapse Slump) - campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil.


Jadual Ukuran Penurunan Mengikut Kesesuaian Kerja

Jenis Konkrit Ukuran Penurunan
Konkrit tidak bertetulang 25 – 50 mm
Konkrit bertetulang 75 – 125 mm
Lantai dan jalan 25 – 100 mm
Konkrit Pembinaan jalan 20 – 40 mm

UJIAN MAMPATAN

UJIAN MAMPATAN


TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh kenalpasti bahan-bahan dan peralatan serta boleh melakukan kerja-kerja menyukat, membancuh, mengangkut, menempat, memadat, merata dan merawa/mengawet (curing) konkrit dengan menggunakann perkakas dan peralatan supaya hasil kerja menepati piawaian dan standard yang telah ditetapkan.

PENERANGAN:
Semasa kerja konkrit dilaksanakan, pegawai-pegawai audit harus mempastikan sampel-sampel hendaklah diambil dari konkrit yang sedang dituang. Daripada sampel tersebut ujian-ujian berikut hendaklah dibuat:
a) Ujian Kekuatan
b) Ujian Untuk Konsistensi

Ujian Kekuatan (MAMPATAN)
Ujian ini dibuat setiap hari kerja konkrit dilaksanakan. Pada amnya, enam kiub ujian hendaklah disediakan. Ujian kekuatan pecahan sebanyak tiga kiub hendaklah diuji pada hari ketujuh dan tiga kiub yang lain pada hari ke 28. Keputusan dari ujian-ujian ini akan memberi gambaran bahawa campuran itu adalah betul. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada kekuatan konkrit yang telah dibuat. Peralatan yang digunakan untuk penyediaan ini ialah
a. Acuan keluli kiub berukuran 150mm x 150mm x 150mm.
b. Rodpemadat berukuran 380mm panjang
c. Pelapik peralatan
d. Minyak acuan
e. Sudip keluli
f. Sudip penyodok kecil
g. Guni basah

Cara Membuat Sampel Kiub
1. Sapukan minyak pada permukaan dalam keluli kiub
2. Letakkan keluli kiub diatas pelapik dalam keadaan rata.
3. Konkrit dituang dalam 3 lapisan yang agak sama tebal. Setiap lapisan hendaklah dipadatkan sekurang-kurang 35 kali menggunakan bar pemadat sehingga konkrit kelihatan padat dan sempurna.
4. Ratakan permukaan konkrit

diatas permukaan keluli kiub.
5. Bersihkan lebihan konkrit yang terjatuh di sekeliling Keluli kiub.
6. Kesemua kiub akan ditanda dengan jelas tarikh tuangan dan nombor sirinya dengan cat yang tidak luntur atau menggunakan paku.
7. Satu rekod disediakan bagi mengenalpasti tarikh dan nombor siri setiap kiub yang berkaitan dengan bahagian kerja dari masa kiub tersebut diambil.

Membuat ‘curing’ pada contoh-contoh kiub - Kiub disimpan di dalam acuannya selama 24 jam. Ianya dibuat ‘curing’ dengan meletakkan kain guni yang basah atau yang seumpamanya di atas contoh kiub tersebut. Selepas 24 jam, contoh-contoh kiub itu hendaklah ditanggalkan dari acuannya. Kemudian dengan segera dimasukkan ke dalam air dan disimpan dalam air sehingga tiba tarikh ujiannya.

Foto: Kerja-kerja membuat kiub dengan menggunakan konkrit yang telah dibancuh

Pengujian Konkrit
Pengujian dijalankan di Makmal JKR ataupun makmal swasta yang diluluskan. Jika ujian pada hari ke tujuh tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki, Pegawai Penguasa dikehendaki memberhentikan kerja konkrit sehingga kiub-kiub lebihan yang lain diuji pada hari ke 28.
Jika keputusan ujian pada hari ke 28 tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki, ujian kepada sampel-sampel teras dari bahagian konkrit yang telah keras hendaklah dijalankan bagi ujian kekuatan. Dan jika sekiranya masih gagal lagi maka tindakan harus diambil untuk meroboh terus bahagian-bahagian tersebut.



Foto: Mesin tekanan elekronik yang digunakan di makmal Untuk ujian kiub.



Kekuatan Pengujian
Kekuatan yang dikehendaki untuk campuran norminal hendaklah seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual berikut:-

Nisbah Campuran Norminal Kekuatan Kiub Pada Hari Ke 7 Kekuatan Kiub Pada Hari Ke 28
Ujian Awal Ujian Kerja Ujian Awal Ujian Kerja
N/mm2 N/mm2 N/mm2 N/mm2
1 : 1 : 2 26.7 20 40 30
1 : 1 1/2 : 3 22.7 27 34 25.5
1 : 2 : 4 18.7 14 28 21

Provide Pest Control Services

SEMBUR RACUN ANTI SERANGGA

TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja penyemburan racun anti serangga dengan menggunakan perkakas dan peralatan suapaya hasil kerja menepati dan spesifikasi yang ditetapkan.

PENERANGAN
Dalam keadaan semulajadi, semua bahan-bahan dari kayu yang terdapat di dalam bangunan adalah terdedah kepada serangan seranga dan cuaca. Bahan-bahan kayu yang dapat bertahan adalah kayu yang telah diawet ataupun yang telah diberikan rawatan-rawatan tertentu Untuk mengelakkannya dari serangan musuh-musuhnya dan proses pereputan. Musuh-musuh hidup yang sering menyerang kayu ialah anai-anai, kumbang dan kulat. Sementara musuh-musuh bukan hidup adalah terdiri dari cuaca panas dan sejuk, hujan dan panahan matahari.

TUJUAN
Melindungi struktur bangunan daripada dirosak oleh serangan


Klasifikasi Racun
Kesemua racun serangga yang didaftarkan untuk penggunaan di Malaysia mempunyai pelekat kod warna yang menunjukkan tahap keracunan bahan beracun itu
1. Racun Kelas 1 • Orang awam tidak dibenarkan menggunakannya, ia dikendalikan oleh Kementerian kesihatan.
2. Racun Kelas 11 dan 111 • Dibenarkan penggunaannya pada orang awam tetapi dengan kawalan.

Pelekat Warna Kelas Tahap keracunan
Hitam Ia Sangat beracun
Merah Ib Tahap Keracunan tinggi
Kuning II Tahap keracunan sederhana
Biru III Sedikit beracun
(Tiada warna) IV -

Contoh Bahan
1. PIPERTOX 870 • Untuk kulat. Ia mengandungi 84% Coper Oxycloride bahan enak cemar (pewangi badan) besifat perekat istimewa.
2. MAPA MALATHIAN 84.3 • Racun serangga jenis sentuhan berkesan terhadap kutu, anai-anai, dan lain-lain serangga yang merayap.
3. CHEMICIDE 75+ • Berkesan untuk pijat-pijat, lalat, jejentik, anai-anai, kutu anjing dan lain-lain.

Kesemua racun diatas mudah menyerap, warna yang menarik, tidak merosakkan bahan asal bersifat kalis air dan tidak membantu pembakaran.
Ia diproses dalam bentuk cecair, serbok dan pepejal pihak yang bertanggungjawab dalam mengawalkannya ialah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian. Pihak pengedarnya pula ialah Lembaga Pertubuhan Peladang, kedai Ubat/Farmasi/Kelinik kedai menjual barang-barang binaan (yang diberi kuaa oleh pihak Kerajaan).

Keberkesanan tujuan ataupun ciri-cirinya ialah:
1. Memusnah, membasmi dan menghindar musuh tanaman.
2. Mencegah kemusnahan harta benda yang berpunca dari seangan serangga perosak.
3. Mengurangkan pereputan & kulat.


Penggunaan racun Serangga Dalam Industri Binaan.
1. Ubat awet (diproses untuk tahan lama) – Digunakan Untuk menahan luluhawa kimia dan mekanikal (dihakis oleh agen tertentu seperti air, angina dan glasier/hancuran)
2. Cecair berminyak – Minyak yang biasa digunakan ialah seperti minyak kresot, pentaklorfenal, kuprum nattenat dan zink nattent. Minyak kresot diperolehi daripada arang kayu dan dicampur dengan minyak pembakar, sesuai digunakan pada kayu sepeprti bingkai pintu tingkap dan pile cerucuk, Penggunaan minyak ini membuatkan kayu tersebut kalis air sesuai juga Untuk kerja-kerja perabot.

Kaedah Penggunaan
1. Direndam melalui proses resapan.
2. Disapu
3. Disembur

Pada kebiasannya ia dikendalikan oleh syarikat yang diberi lisen Untuk menjalankan kerja kerja ini. Pihak merekalah yang bertanggungjawab dalam melaksanakannya.

Cara penggunaan
Pada bangunan ia melalui tiga peringkat:
1. Peringkat pertama – Sebelum Foundation dipasang
2. Peringkat kedua – Sebelum kerja-kerja melantai
3. Peringkat ketiga – sebelum kerja-kerja kerangka pintu dipasang.

Anggaran kos penyemburan Untuk satu bangunan bergantung kepada keluasan bangunan tersebut.
Contoh:
Anggaran kos penyemburannya bangunan surau IKK Untuk tiga peringkat ialah RM 3000.00

Keselamatan
1. Bahan-bahan aktif – Untuk keselamatan dan kemudahan, gunalah erosol racun serangga. Jangan cuba campurkan sendiri bahan komia beracun pekat.
2. Simpan dengan Cermat
a. Seperti juga rumusan racun serangga yang lain. Rumusan erosol juga beracun. Ia hendaklah disimpan dan digunakan dengan cermat.
b. Simpan jauh daripada bahan makan dan minuman, ditempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.
c. Sembur dekat dengan sasarannya, seperti yang disyorkan oleh pengilang.
d. Semasa menyembur, jangan lupa memakai baju berlengan panjang dan sepasang sarung tangan. Jika tiada sarung tangan, lapik tangan anda denan beg plastic kosong Untuk melindunginya.
e. Baca label dengan cermat dan patuhi semua arahannya.

3. Tanda-tanda keracunan
a. Mual atau muntah
b. Cirit-birit.
c. Menyebabkan kerosakan system saraf pusat yang menggakibatkan sawan.
d. Koma dan sesak nafas.

4. Bantuan kecemasan
a. Ikhtiarkan suapaya pesakit tersebut muntah dan mengeluarkan semula bahan racun.
b. Sekiranya terkena mata – cuci mata dengan air bersih selam 15 minit.
c. Terkena kulit – menyebabkan melecur, basuh dengan air yang banyak bersama cucian sabun (jarang belaku)

GALI PERPARITAN (Excavate Trench)

GALI PERPARITAN (Excavate Trench)

TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja penggalian, kerja-kerja cerucuk. Kerja-kerja memasang penahan tanah. Kerja-kerja penyemburan racun anti serangga Dan kerja-kerja kepala cerucuk dengan menggunakan perkakas dan peralatan suapaya hasil kerja menepati dan spesifikasi yang ditetapkan.

PENERANGAN
1. Kerja-kerja menggali perparitan dan lubang-lubang adalah menjadi suatu perkara biasa dalam sesuatu kerja binaan. Parit-parit biasanya dibuat untuk pembinaan asas, pemasangan paip-paip saluran sanitasi serta pembinaan parit-parit longkang sementara lubang-lubang pula dibuat untuk pembinaan asas pad, tangki najis, ruang penapis dan sebagainya.

2. Parit-parit atau lubang-lubang yang digali kadang-kadang perlu dibiarkan terbuka Untuk jangka waktu yang lama sebelum ianya ditumbus semula. Oleh sebab itu sebagai langkah keselamatan tebing-tebing penggalian tersebut perlu penyokongan sementara dengan tujuan:
a. Untuk melindungi para pekerja yang bekerja di dalamnya.
b. Untuk menahan tebing perparitan daripada runtuh dan menutup parit atau lubang sebelum kerja-kerja pembinaan siap dijalankan atau tembok bawah tanah yang dibina cukup kuat untuk menahan himpitan tanah jika tebing penggalian itu runtuh.

3. Untuk kerja-kerja yang boleh disiapkan serta-merta biasanya tebing-tebing parit tidak memerlukan penyokongan sementara. Penyokongan tebing juga mungkin tidak diperlukan jika tanah tebing penggalian itu cukup kuat serta dalamnya tidak melebihi 1.0m

4. Kaedah penyokongan tebing perparitan adalah bergantung kepada sifat semulajadi tanah di mana parit itu dibuat. Selain daripada itu factor-faktor seperti dalam parit, keadaan cuaca Dan lama masa sesuatu kerja itu akan dijalankan perlu diambil kira. Ada empat kaedah menahan tebing perparitan iaitu:

a. Untuk tanah keras
b. Untuk tanah yang mampat serta kukuh
c. Untuk tanah gembur
d. Untuk tanah lembik.

PELAN BANGUNAN

MELUKIS LUKISAN

TUJUAN
Sebelum seseorang pelatih itu boleh memahami pelan bangunan, pelatih-pelatih haruslah mengetahui istilah-istilah pelan seperti sudut pertama, ketiga, unjuran garisfiniti, pelan dan lain-lain kertas penerangan ini menerangkan perkara-perkara yang tersebut di atasnya..

PENERANGAN :

(a) Elevation ( Pelan Tegak )

Disetiap lukisan pelan, kita pasti terdapat sesuatu bangunan itu diberikan rupabentuknya dari pandangan hadapan atau pelan tegak ( elevation ). Pelan tegak ini adalah untuk menunjukkan secara keseluruhan bagaimana rupanya bangunan itu dipandang dengan mata kasar. Pelan tegak ini hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu, atau ianya hanya apa yang akan benar-benar kita lihat ditengok dari luar. Rupabentuk disebelah dalam atau dibelakangnya pastilah tidak dapat dilihat kiranya pelan tegak ini diberikan

Pelan tegak selalunya diberikan dalam bentuk:-

(i) Pandangan dari hadapan
(ii) Pandangan dari belakang
(iii) Pandangan dari tepi

(b) Pelan ( Plan ) – dilihat dari atas

Melalui pelan tegak, kita cuma diberi gambaran keseluruhan dari luar bangunan sahaja, untuk mengetahui pula rupabentuk didalamnya, kenalah dibuat pelan agar keadaan didalamnya dapat dilihat. Pelan lukisan bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan dilihat dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan itu serta susunannya

Gunanya Lukisan Pelan

(i) Memberi kedudukan sebenarnya bilik dan pecahan bahagian ( partition )
(ii) Dapat memberi keterangan kemasan lantai ( Floor Finishes )
(iii) Memberi kedudukan kelengkapanpertukangan tanggam ( Joining Fittings ) seperti wardrobe, gerobok ( cabinet ) almari atau gerobok dapur dan lain-lain.
(iv) Menunjukkan tempat dan jenis kelengkapan kebersihan ( sanitary Fittings ) seperti besin cuci, besin keluli di dapur, tandas cangkung, tandas berkaki, tempat buang air kecil, besin mandi dan lain-lain.
(v) Menunjukkan susunan kelengkapan elektrik ( Elektrical layout ) seperti suis, plug, lampu siling, kipas siling dan lain-lain.
(vi) Dapat menunjukkan susunan dan arah perjalanan tali air najis ( Drains Layout ), Lurang ( manhole ) dan tangki najis ( septic tank ) beserta dengan jenis-jenis dan saiz paip yang patut digunakan.



(c) Section ( keratan )

Lukisan keratan adalah merupakan lukisan yang menerangkan butir-butir pada tempat ianya dikeratkan dengan menggunakan simbol garisan keratan ( section line ).
Tanpa lukisan section ini, tak mungkin kita mengetahui butir-butir lanjut tentang keadaan bangunan itu. Katakan kita ingin mengetahui rupabentuk di sebelah dalam buah limau, yang perlu kita buat ialah keratkan dua, akan kelihatanlah isi didalamnya. Begitu juga lukisan section ini umpamanya.

Didalam lukisan pelan, banyak terdapat lukisan section ini untuk melihatkan butir-butir bangunan itu. Seperti yang telah dinyatakan dahulu, lukisan section ini dapat menunjukkan butir-butir yang terdapat di garisan keratan itu dipotong, dan
apa yang akan dapat dilihat dihadapannya. Biasanya, lukisan section ini adalah seperti lukisan tegak, cuma bezanya ia mempunyai butir-butir yang dipotong. Lukisan butir-butir ini pula dapat menampakkan lagi sesuatu butir-butir lukisan itu dengan jelas. Melalui pelan dan lukisan bahagian-bahagian bangunan yang tersembunyi atau kecil ukurannya, lukisan detail adalah diberikan. Lukisan detail ini selalunya mempunyai sekil yang terbesar untuk membesarkan butir-butir itu agar jelas dilihat. Contoh yang dapat dilihat untuk lukisan detail ini ialah seperti dalam rajah (ii) dimana butir-butir bingkai pintu sebelah atasnya diperbesarkan lagi supaya jelas kelihatan.


(d) Site Pelan ( Plan Tapakbina )

Tiap-tiap sesuatu projek atau cadangan untuk membina bangunan, pelan tapakbina mestilah ada untuk kedudukan keseluruhan bangunan itu dipandang dari atas. Melalui pelan tapakbina inilah dapat diketahui kedudukan bangunan itu dimana tempatnya, luas tapakbina, struktur tanah sekelilingnya dan kerja-kerja luar
( External Works )

Pelan tapakbina ini selalunya mempunyai ukuran sekil 1 inci bersamaan 1 rantai. Melalui sekil ini tidak banyak yang dapat dilihat kecuali bentuk pelan bangunan itu dan perkara-perkara lain seperti yang diterangkan dibawah ini :-

Perkara-perkara yang lazim terdapat dalam pelan tapakbina :

(i) Kedudukan tapakbina ( site location ) – nama jalan tapak-bina itu terletak, bangunan-bangunan sekelilingnya yang sedia ada ( existing ) jika terdapat.

(ii) Pelan bangunan yang dicadangkan.

(iii) Contour line atau spot height – penerangan ini adalah untuk kegunaan meratakan tanah ( oversite levelling )

(iv) Susunan dan perjalan paip tali air najis ( drain layout ) “manhole” (lurang) hingga ke tangki najis ( septic tank )

(v) Susunan pagar dan pintu pagar disekeliling tapakbina (fencing layout & gates )

(vi) Tempat meletak kereta ataupun “Hardstanding”

(vii) Kerja-kerja merumput tanah (turfing) – luas kawasan yang perlu ditanam rumput ditunjukkan, juga ditanah rata atau dilereng bukit. Sering juga dinyatakan dalam pelan tapakbina ini, rumput-rumput itu perlu ditanam berjark atau rapat-rapat ( spot & close turfing )

7.04 DIMENSIONING OF DRAWING ( CARA-CARANYA)

Setiap lukisan pelan, ukuran-ukuran yang diberi selalunya sama ada dicatitkan didalamnya ataupun diberi ukuran sekilnya. Keseluruhannya, pelan itu diberikan ukuran sekilnya dan ukuran yang dicatitkan itu juga adalah mengikut sekil yang diberikan.

Untuk ukuran yang dicatitkan, adalah dinasihatkan ukuran itu diambil seperti yang tercatit didalam lukisan itu daripada mengukurnya dengan menggunakan sekil yang diberi. Ini adalah kerana ukuran yang tercatit itu lebih tepat ukurannya dan lebih senang pula diambil tanpa mengukur dengan sekil. Sebab lainnya pula adalah kerana kertas lukisan dimana lukisan pelan itu dilukis, mungkin mengalami penukaran


Site Plan

Ukuran yang dicatitkan itu adalah diberikan dengan tanda garisan sepanjang ukurannya dan diselang dikedua hujung garisan itu.

Disamping ukuran yang tercatit, ukuran-ukuran yang lainnya jika tidak dicatit adalah dimaksudkan supaya diukur dengan “scale rule“ mengikut ukuran sekil yang diberi.

7.05 MENGENAL PENENTUAN ( SPECIFICATION ) DAN KAITANNYA DENGAN LUKISAN

Penentuan adalah merupakan penerangan tentang butir-butir sesuatu kerja yang tidak dapat ditunjukkan di atas lukisan. Penentuan menentukan:-

(i) Cara-cara sebenar dan sempurna menjalankan sesuatu kerja itu;

(ii) Standart bahan-bahan dan jenis yang patut digunakan

(iii) Hasil kerja ( workmanship ) yang dikehendaki.


Segala kerja yang dikehendaki dibuat adalah dikehendaki mengikut penentuan yang diberikan. Selalunya penentuan kerja yang terkandung didalam satu-satu kontrak itu meliputi semua ketukangan ( trademanship ) seperti kerja menggali tanah, parit dan lain- lain, tukang konkrit, tukang batu-bata, tukang tali air najis ( drainlayer ), tukang batu (manson ) tukang bumbung ( roofer ) tukang kayu dan tukang tanggam (carpenter & joiner) tukang peralatan besi (ironmonger) keluli dan kerja besi (steel and ironwoker) pengubin, tukang lepa dan pemasangan genting (pavior, plasterer and tiler fixer, pertukangan paip (plumber) penukangan kaca (glasier) dan tukang cat (painter).

Penentuan yang diberikan dalam kontrak itu akan menerangkan segala butir lanjut mengenai sesuatu pekerja dalam ketukangan yang berkenaan, dan ini adalah menyeluruh penggunaannya. Misal kata dalam kerja tukang konkrit, selalunya akan terdapat jenis-jenis bahan yang patut digunakan seperti simen, pasir, batu-batu kasar dan lain-lain. Dan nyatakan gred atau standard bahan-bahan tadi yang mana mestilah dari jenis yang baik sekali, mutu buatannya mengikut dasar ‘British standard and codes of practice’ ataupun yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Selain dari itu akan diterangkan pula cara sebenar konkrit itu patut dibancuh misalnya, lama masa membancuh dan bagaiamana cara yang sempurna teratur dan memuaskan

Didalam luksian pelan, keterangan dan butir-butir kerja yang diberikan mestilah berpandukan kepada penentuan untuk kerja-kerja yang berkaitan. Dilukiskan pelan itu hanya diberikan penerangan ringkas sahaja tentang kerja-kerja dan bahan-bahan yang dikehendaki. Umpamanya, di lukisan pelan ditunjukkan dinding atau pecahan bahagian yang dibuat dari kayu jenis gred ‘B’ sahaja, tapi cara-cara seterusnya tidak didapati. Di sini kita mestilah berpandu pada penentuannya, yang mana didalam penentuan untuk tukang kayu dan tukang tanggam akan dinyatakan senarai nama-nama kayu untuk kelas B yang boleh digunakan, mutu kayu yang baik yang tidak ada kesilapan-kesilapan ( efect ) yang dinyatakan seperti basah, retak, bergetah dan lain-lain. Juga selalunya dinyatakan bagaimana kayu-kayu itu diawet ( Pressure treated ) atau pun dibubuh ubat ( creosoted ) dan kelegaan-kelegaan ukuran kayu yang diberikan bagi setiap ukuran kayu itu.

Begitu juga kiranya dinding itu di buat dari bata misalnya, penentuannya mestilah dirujukan kepada tukang batu-bata. Didalam lukisan pelan itu mungkin dinyatakan sahaja dinding tadi ialah dinding batu-bata 4 “ tebalnya. Dari lukisan itu kita dapatlah mengetahui tebal dinding itu, melalui penentuannya pula akan dinyatakan cara keseluruhan dinding bata itu patut dibuat. Didalam penentuan tukang batu-bata itu selalunya diterangkan jenis batu-bata yang digunakan, standard saiznya, bagaimana batu-bata itu diikat dengan simen motar dan campuran simen motar itu seperti 1 bahagian simen dan 4 bahagian pasir . Diterangkan juga hasil kerja ( workmaship ) yang patut dibuat untuk mendirikan dinding batu-bata tadi, seperti merendam dahulu batu-bata yang hendak diikat itu setengah jam lamanya. Jenis-jenis ikatan batu-batu seperti English bond, strecther bond dan lain-lain, dan mencakar ( rake-out ) motar diantara sendi ( joint ) untuk cengkaman plaster ( lepa ).

Disinilah kaitanya penentuan tadi dengan lukisan pelan, keseluruhannya lukisan pelan itu menerangkan apa kerja dan bahan yang hendak di buat dan penentuannya pula menerangkan cara-cara, kegunaan bahan-bahan dan hasil kerja yang patut di praktikkan

Didalam luksian pelan, keterangan dan butir-butir kerja yang diberikan mestilah berpandukan kepada penentuan untuk kerja-kerja yang berkaitan. Dilukiskan pelan itu hanya diberikan penerangan ringkas sahaja tentang kerja-kerja dan bahan-bahan yang dikehendaki. Umpamanya, di lukisan pelan ditunjukkan dinding atau pecahan bahagian yang dibuat dari kayu jenis gred ‘B’ sahaja, tapi cara-cara seterusnya tidak didapati. Di sini kita mestilah berpandu pada penentuannya, yang mana didalam penentuan untuk tukang kayu dan tukang tanggam akan dinyatakan senarai nama-nama kayu untuk kelas B yang boleh digunakan, mutu kayu yang baik yang tidak ada kesilapan-kesilapan ( efect ) yang dinyatakan seperti basah, retak, bergetah dan lain-lain. Juga selalunya dinyatakan bagaimana kayu-kayu itu diawet ( Pressure treated ) atau pun dibubuh ubat ( creosoted ) dan kelegaan-kelegaan ukuran kayu yang diberikan bagi setiap ukuran kayu itu.

Rabu, 28 Julai 2010

BLOK PERENGGANG (SPACER)

TUJUAN:
Blok perenggang di gunakan untuk menentukan kedudukan keluli bar utama dengan permukaan konkrit, pada jarak yang dikehendaki dan tidak berubahsemasa kerja pemadatan konkrit di lakukan. Tanpa blok perenggang mutu kerja konkrit berkurangan.

PENERANGAN:
1. Blok perenggang ialah bahan yang digunakan sebagai bahan pengalas tetulang. Terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan diperbuat sama ada dari konkrit pratuang, plastik, besi, batu, motar dan sebagainya. Tujuan utamanya untuk menyangga atau mengalas keluli bar agar sentiasa berada pada kedudukan yang betul serta tidak tersentuh permukaan konkrit.
2. Blok perenggang juga kadang kala disebut concrete cover, bar support dan concrete spacer. Blok perenggang boleh disediakan atau beli dari pembekal, biasanya jika dibeli jenis plastik mengikut saiz yang diperlukan.





Jenis-jenis blok perenggang
Motar / konkrit- Biasa digunakan dan mudah disediakan, ekonomi serta dapat mencapai keteguhan yang di perlukan. Kadar bancuhannya, mengikut kadar bancuhan @ berpandukan kepada dawai yang digunakan. Seperti konkrit tetulang asas 1:3: 6 tetulang tiang 1:2:4. Motar kadar bancuhan 1:2 air yang cukup. Tebal mengikut jarak yang di tentukan. Dawai yang digunakan S.W.G No. 16 – 18 dari jenis tahan karat. Perenggang jenis ini adalah lebih praktikal.

Plastik - Digunakan pada projek yang besar. Sangat kukuh dan dapat menahan daripada patah atau melentur. Terdapat dalam berbagai saiz mengikut kerja yang dijalankan.

Keluli bar - Kurang digunakan kerana persediaannya agak susah. Biasanya di letakkan pada keluli bar utama ( main bar ) sahaja dan jaraknya jauh.

Cara-cara menempatkan blok perenggang
Blok perenggang boleh ditempatkan dengan bebeapa cara berikut:
1. Kedudukan yang berselang seli.
2. Jarak tiap-tiap satu lebih kurang 900mm.
3. Ditempatkan sebelum, semasa atau selepas keluli bar diletakkan.
4. Ikatan diantara keluli bar utama Dan blok perenggang mestilah teguh.
5. Menentukan saiz blok perenggang (plastic) sama dengan saiz keluli bar yang digunakan.

Tujuan Blok Perenggang
1. Menentukan jarak kedudukan tetulang dengan permukaan konkrit.
2. Mengelakkan keluli bar dari melentur.
3. mengelakkan keluli bar terkeluar daripada permukaan konkrit.
4. Sebagai penahan kepada tetulang supaya tidak bergerak atau berubah tempat semasa mencurah Dan memadat konkrit.

Jarak yang setara (Standard distance)
Jarak ini telah ditetapkan di dalam pelan Kejuruteaan Awam (structural plan) atau dokumen penentuan kerja (Specification).

Khamis, 15 Julai 2010

MEMBUAT ANGGARAN KERJA (ESTIMATING)

MEMBUAT ANGGARAN KERJA (ESTIMATING)

PENDAHULUAN
1. Pada lazimnya, cara yang biasa digunakan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan berkanun juga pihak-pihak firma untuk membina satu-satu bangunan ialah dengan memanggil tawaran.
2. Maka patut dinyatakan di sini iaitu sebelum pemborong memasuki satu-satu tawaran beberapa perkara patut diambil perhatian terlebih dahulu.
a. Pemborong mungkin sedang mempunyai banyak kerja-kerja kontrak di dalam tangan yang masih lagi dalam pelaksanaan. Oleh sebab ini, segala tumpuan, wang dan tenaga buruh telah pun ditumpukan di projek-projek ini. Maka sekiranya pemborong ini ingin juga memasuki tawaran lain, besar kemungkinan yang beliau akan gagal sekiranya tawaran itu berjaya.
b. Tenaga buruh di tempat projek itu hendak dilaksanakan patut dikaji sama ada senang diperoleh atau perlu dibawa tenaga buruh dari tempat lain. Ini adalah perlu kerana faktor-faktor ini akan melibatkan perbelanjaan dan harga tawaran pemborong.
c. Bahan yang hendak dan patut digunakan di dalam tawaran ini hendaklah dikaji sama ada mudah diperoleh dan berapa harganya.
d. Lawatan ke cadangan tapak bina perlu dilakukan supaya dapat mengkaji masalah-masalah di tapak bina kelak.
3. Jadi setelah mengkaji perkara-perkara yang tersebut di atas, barulah pemborong boleh membuat keputusan sama ada ingin menyertai tawaran-tawaran tertentu.
4. Pada dasarnya, harga satu-satu bangunan itu ad alah terkandung beberapa faktor iaitu:-
a. Harga buruh.
b. Harga bahan-bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran.\
c. Harga alat dan perkakas.
d. Insurans.
e. Harga pengurusan oleh pemborong.
f. Keuntungan oleh pemborong.
5. Perlu diingatkan iaitu tiada dua bangunan mempunyai sama harga pembinaannya walaupun rupa, rajah dan bentuk bangunan itu serupa./ Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang tersebut di atas. Juga, faktor-faktor seperti perbezaan tempat kerja, kenaikan harga dan lain-;ain juga akan menyebabkan tiada dua bangunan yang serupa mempunyai harga pembinaan yang serupa.


CARA-CARA MEMBUAT ANGGARAN
Terdapat lima (5) cara yang masih digunakan untuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan:
1. Isi padu bangunan (cubic content)
2. Luas lantai bangunan (floor area)
3. Penilaian unit (unit valuation)
4. Kuantiti nilaian hampir (approximate quantities)
5. Senarai kuantiti (bill of quantities)

1. Isi padu bangunan (cubic content)
Ini adalah cara yang paling kasar untuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan itu bagi mendapatkan jumlah harga bangunan tersebut. Cara untuk mendapatkan isi padu bangunan itu ialah dengan mendarabkan panjang, lebar dan tinggi bangunan itu.

Faktor-faktor penting yang mesti diambil perhatian apabila mencari ukuran tinggi sesebuah bangunan itu apabila membuat anggaran dengan cara isi padu.
a. Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung curam (pitch roof), maka jumlah tingginya bangunan itu hendaklah di ukur dari paras permukaan asas (top of foundation) hingga ke paras siling dan ditambah separuh (setengah) tinggi tegak bumbung (vertical height).
b. Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung atau atap rata (flat roof), maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas hingga ke paras permukaan bumbung tambah 610mm tinggi.

Setelah mendapat ukuran panjang, lebar dan tinggi bangunan itu, maka isi padu bangunan itu boleh didapati dengan mendarabkan ketiga-tiga ukuran ini misalnya:
Panjang bangunan = 45 meter
Lebar bangunan = 15 meter
Tinggi bangunan = 20 meter
Jadi isi padu bangunan = panjang x lebar x tinggi tersebut
= 45 x 15 x 20
= 33,750 meter padu

Berdasarkan daripada harga 1 meter padu sebuah bangunan yang sama dalam segi pembinaan dan reka bentuknya, harga bagi 33750 meter padu bangunan yang tersebut di atas boleh di nilai.
Katakan harga bagi 1 meter padu sebuah bangunan yang sama reka bentuknya dari pengalaman yang lepas, sama juga Rm100.00 maka harga bagi 33,750 meter padu bangunan seperti di atas ialah Rm100.00 x 33,750 = Rm3,375,000.00 (Tiga juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu)

2. Luas lantai bangunan (floor area)
Satu lagi cara untuk mendapatkan anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan itu ialah dengan menggunakan cara luas lantai bangunan tersebut. Sebagaimana yang diketahui, luas ialah panjang darab lebar. Oleh yang demikian, sama juga caranya untuk mendapatkan luas sesebuah bangunan itu dengan mendarabkan ukuran panjang bangunan tersebut dengan lebarnya. Ukuran panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya

Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut terlebih dahulu hendaklah diketahui harga satu meter persegi bangunan yang lain di mana cara pembinaan dan reka bentuk bangunan itu sama seperti bangunan yang hendak dianggarkan. Ini hanya boleh diketahui melalui pengalaman-pengalaman yang telah lalu. Katakan, dari pengalaman di masa lampau. Harga bagi satu meter persegi sebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan reka bentuk yang sama ialah Rm100.00 maka harga anggaran bagi bangunan di mana luas lantainya berukuran 90 meter persegi sama juga 100.00 x 90 = Rm9,000.00
Selain dari harga luas lantai bangunan itu, harga beberapa perkara lain hendaklah juga ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut. Perkara-perkara yang dimaksudkan mestilah ada kaitannya dengan pembinaan bangunan tersebut seperti parit-parit, jalan, pagar, tanaman-tanaman rumput dan lain-lain kerja luar. Jadi harga bagi tiap-tiap perkara yang disebutkan itu hendaklah dijumlahkan dengan harga luas lantai bangunan tersebut. Maka jumlah ini ialah harga anggaran luas lantai bangunan yang dimaksudkan.

3. Penilaian unit (unit valuation)
Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah bangunan itu. Kelengkapan-kelengkapan ini memberi makna yang besar kepada sesebuah bangunan itu, sebagai contoh:
Jika sesebuah sekolah itu pernah dinilai kan sebanyak Rm1 juta dan boleh menampung 1,000 orang murid, maka harga untuk menempatkan satu meja murid bagi sekolah tersebut sebanyak ialah sebanyak Rm1 juta bahagi 1,000.00 = Rm1,000.00. maka nilaian ini boleh digunakan untuk mendapatkan nilai anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan sekolah yang lain di mana segi pembinaan dan reka bentuk sekolah itu sama.
Contohnya:
Sesebuah bangunan sekolah hendak dibina dan bangunan itu boleh menampung 2,000 orang murid-murid. Maka dengan menggunakan harga bagi satu meja murid yang diterangkan tadi. Iaitu sebanyak Rm1000.00 maka harga anggaran bagi bangunan sekolah tersebut keseluruhannya ialah Rm1000.00 x 2000 murid = Rm2,000,000.00
Cara-cara ini boleh juga digunakan untuk membina sebuah rumah sakit dengan mengira atau menghitung jumlah katil-katil pesakit, membina sebuah pawagam dengan mengira banyaknya tempat duduk. Penonton-penonton dan lain-lain lagi. Sekali lagi perlu ditegaskan, iaitu cara ini hanya boleh digunakan untuk bangunan-bangunan yang sama cara pembinaan dan reka bentuknya sahaja.

4. Kuantiti nilaian hampir (approximate quantities)
Cara ini adalah yang paling baik atau yang hampir tepat dari cara-cara yang telah disebutkan dahulu untuk mencari nilaian anggaran secara kasar. Dengan cara ini bahan-bahan kerja dikeluarkan dengan secara kasar dari lukisan-lukisan dan dinilai kan harga-harganya mengikut bahan-bahan yang tertentu. Cara-cara untuk mengeluarkan bahan-bahan kerja dan memberi harga-harga ke atasnya adalah seperti berikut:
a. Kerja mengorek parit tidak melebihi 1.5 meter dalam – dihargakan bagi satu meter padu.
b. Konkrit di dalam asas bangunan termasuk kayu dan papan penyokong dan juga keluli penguat – dihargakan bagi satu meter padu.
c. Konkrit untuk lantai tanah (ground floor concrete) termasuk lapisan asas (hardcore) dan hiasan lantai (floor finish) – dihargakan bagi satu meter persegi.
d. Konkrit untuk lantai atas (upper floor) termasuk kayu dan papan penyokong, keluli dan hiasan lantai – dihargakan bagi satu meter persegi.
e. Dinding bata termasuk plaster dan cat pada kedua-dua permukaan – dihargakan bagi satu meter persegi.
f. Kayu-kayu untuk atap atau bumbung dan siling – dihargakan bagi satu meter padu.
g. Penutup bumbung (roof covering) termasuk kayu beroti (battens) – dihargakan bagi satu meter persegi.
h. Tingkap dan pintu termasuk barang-barang besi (ironmongery), gelas, bingkai (frame) dan cat – dihargakan tiap-tiap satu mengikut saiznya.
i. Pertukangan kayu (joinery fittings) seperti almari, papan rak (shelves) dan lain-lain dihargakan tiap-tiap satu yang cukup.
j. Pemasangan paip (sanitary fittings) termasuk harga paip pada tiap perkakas (fittings).
k. Pemasangan alat-alat elektrik – dihargakan bagi tiap-tiap satu point.
l. Pengaliran najis (soil drainage) termasuk harga paip, penggalian parit dan lapisan konkrit di bawah – dihargakan bagi satu meter panjang.
m. Kerja-kerja luar seperti menanam rumput-rumput (turfing) dan memagar (fencing) dan lain-lain.
Jadi bahan-bahan yang telah dikeluarkan dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan mengikut ukuran-ukuran di dalam unit-unit yang tertentu itu kemudiannya dihargakan bagi tiap-tiap satu unit dan jumlah harga bahan-bahan ini menjadi harga anggaran secara kasar ke atas projek tersebut.

5. Senarai kuantiti (bill of quantities)
Membuat anggaran dengan cara ini adalah yang paling baik dan tepat. Senarai-senarai bahan ini disediakan oleh Juruukur bahan yang mahir dan mengeluarkan segala bahan-bahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan tersebut dalam bentuk bilangan di bawah pecahan-pecahan tajuk yang tertentu. Si pemborong hanya dikehendaki mengisi ruangan harga-harga yang disediakan pada tiap-tiap ukurannya. Kemudian di darabkan bilangan bahan-bahan dengan harga-harga yang telah diisi untuk mendapatkan jumlah harga tawaran yang sebenarnya.


HARGA UNIT (UNIT RATES)

MENGENAL HARGA UNIT
Pada dasarnya tiap-tiap harga unit termasuk harga-harga seperti berikut:-
a. Buruh.
b. Harga bahan-bahan
c. Penggunaan jentera atau peralatan.
d. Keuntungan

Tetapi tidak kesemua empat-empat faktor yang tersebut yang mesti digunakan untuk mendapat harga unit. Terkadang-kala, Cuma faktor-faktor seperti buruh dan keuntungan sahaja yang beleh digunakan seperti mencari harga unit bagi satu-satu penggalian dengan tangan. Kedua, Cuma faktor-faktor seperti buruh, bahan-bahan dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan untuk mengatur batu-bata (bricklaying)

a. BURUH
Bayaran harga buruh ialah upahan kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu pekerjaan, sebagai contoh, seseorang pemborong memberi bayaran kepada pekerjanya atau dipanggil upah. Bayaran atau upah buruh ini berbeza dari segi pembayarannya mengikut kemahiran seseorang pekerja itu. Misalnya:-
1) Tukang (craftsmen or mason)
Orang yang mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan dalam segi pertukangan seperti pertukangan kayu (carpentry), tukang mengikat batu-bata (bricklayer), tukang memasang paip (plumber) dan lain-lain lagi. Mereka-mereka ini dibayar atau diupah di antara Rm50.00 hingga Rm80.00 dalam satu hari bagi 8 jam bekerja. Tetapi bayaran ini berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan.

2) Buruh biasa (labourer)
Orang yang separuh mahir atau tidak mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan seperti pembancuh simen, orang yang mengangkat bata-bata, simen atau besi dan lain-lain. Seorang buruh biasa lelaki dibayar lebih kurang Rm45.00 sehari bagi 8 jam bekerja dan buruh biasa perempuan lebih kurang Rm50.00 sehari bagi 8 jam bekerja.

3) Kepala (foreman)
Orang yang ditugaskan untuk mengendalikan atau menyeliakan kerja-kerja di tapak pembinaan bagi pihak pemborong. Semua bayaran baginya selalunya diperuntukkan di dalam jumlah pengurusan syarikat pemborong yang berkenaan.

4) Angkatap buruh (labour constant)
Angkatap buruh ertinya masa yang diambil oleh seorang pekerja untuk membuat sesuatu pekerjaan hingga siap. Angkatap Buruh ini adalah satu faktor yang tidak boleh ditetapkan dengan tepat tetapi ia didapati dengan mencari hitungan panjang masa selepas membuat beberapa kajian. Misalnya, Si Ali boleh menggali satu ela padu tanah dalam masa 2 jam. Tetapi si Ahmad boleh juga membuat kerja yang sama dalam masa 1 ½ jam. Ini bermakna sesuatu pekerjaan itu tidak boleh disiapkan atau dikendalikan oleh pekerja-pekerja dalam masa yang sama atau tertentu. Oleh yang demikian seseorang pemborong boleh mendapat keuntungan lebih jika sekiranya ia menggunakan tenaga si Ahmad dari si Ali. Sebabnya bayaran untuk si Ahmad (boleh bekerja selama 1 ½ jam) adalah kurang daripada bayaran si Ali.

b. KADAR HARGA BAHAN-BAHAN
Faktor-faktor seperti berikut hendaklah diberi perhatian di dalam menentukan harga bahan-bahan
1) Harga asal bahan-bahan (net cost of materials).
2) Bayaran pengangkutan (delivery charge)
3) Harga menyimpan (storage cost)
4) Pembaziran (waste)
Harga asal bahan-bahan di dapati berubah dari masa ke semasa dan juga berubah dari satu tempat ke satu tempat. Oleh sebab itu apabila membuat anggaran hendaklah menggunakan harga pasaran semasa dalam peredaran pada ketika itu. Harga pasaran bahan-bahan ini boleh didapati dari pedagang-pedagang, majalah-majalah dan lain-lain.

c. PENGGUNAAN PERALATAN
Apabila menjalankan sesuatu projek pembangunan yang besar, kebanyakan pemborong-pemborong menggunakan alat-alat yang bersangkutan dengan pekerjaan tersebut. Alat-alat tersebut yang digunakan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1) Alat-alat yang tidak berjentera.
2) Alat-alat yang berjentera.
1) Alat-alat yang tidak berjentera.
a) Perancah (scaffolding)
b) Alat tampang muka (profile)
c) Kain terpal (tarpaulin)
d) Kain penahan (protective clothing)
e) Tongkat pengorek (boring rod)
f) Kotak pengukur (gauge boxes)
g) Tangga (ladders)
h) Kompor atau dapur (stoves0
i) Kereta sorong beroda satu (wheel barrows)
j) Perkakas (tools)
k) Penajam perkakas (re-sharpening tools)
l) Raga atau bakul (baskets)
m) Takal, tali dan alat kerek (pulleys, rope and tackles)
n) Bangku untuk membuat kerja (work branches)
o) Papan untuk menggaul (mixing boards)
p) Baldi (buckets)
q) Tabir (screens)
r) Penyalur paip (hose pipes)
s) Perkakas untuk membengkok (bending machine.
Pada biasanya harga-harga untuk perkara-perkara yang tersebut adalah dimasukkan sebagai harga perbelanjaan harian dan pengurusan.

2) Alat-alat yang berjentera.
a) Lori berjentera (motor lorry)
b) Pengorek tanah (excavator)
c) Bulldozer (bull-dozer)
d) Penggaul konkrit (concrete mixer)
e) Penggaul mortar (mortar mixer)
f) Alat jentera untuk menaikkan sesuatu (hoist)
g) Alat jentera getaran (vibrator)
h) Alat jentera pemampatan (compressor)
i) Penyembur cat (paint sprayer)
j) Alat jentera untuk membuang (dumpers)
k) Penyembur cat (paint sprayer)
l) Alat elektrik pengerek (electric drill)
m) Alat jentera untuk pertukangan tanggam (joinery machines)
n) Alat penggiling (roller)
o) Alat penghancur batu (stone crusher)
p) Alat pelantak (rammers)

Untuk menggunakan alat-alat dan perkakas-perkakas yang tersebut di atas, pemborong-pemborong hendaklah mengadakan wang yang cukup untuk membeli atau menyewa alat-alat dan perkakas-perkakas tersebut. Oleh yang demikian modal untuk membeli atau menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semua untuk mendapatkan kos modal yang telah digunakan. Cara untuk mendapatkan balik wang modal bagi membeli alat-alat tersebut ialah dengan menganalisis harga penggunaan alat-alat iaitu bagi sejam sehari dan jug upah buruh yang mengendalikan alat-alat tersebut. Jadi untuk menganalisis harga penggunaan alat-alat jentera ini bagi sejam sehari, perlulah diambil perhatian beberapa faktor yang penting termasuk:
a) Harga untuk menyewa atau kejatuhan harga bagi alat-alat jentera yang digunakan (cost of hire or depreciation)
b) Harga untuk membaiki kerosakan alat-alat jentera yang digunakan (cost of repair)
c) Kehilangan faedah atau bunga ke atas wang modal untuk menyewa alat jentera tersebut. Jika sekiranya wang modal itu disimpan di dalam bank (loss of bank interest).
d) Penggunaan minyak (petrol dan minyak hitam) dan juga air bagi alat jentera tersebut (fuel and water).
e) Bayaran untuk pemandu dan buruh-buruh yang mengendalikan alat jentera tersebut dan juga harga pengendalian yang berkaitan.

d. KEUNTUNGAN (PROFIT)
Setelah dikira tiap-tiap harga unit untuk bahan-bahan, buruh-buruh dan peralatan, hendaklah juga difikirkan tentang keuntungan yang berpatutan. Keuntungan ini dikira dengan menggunakan peratus (percentage) ke atas jumlah kegunaan bahan-bahan dan upah buruh. Keuntungan yang ditambah ini dipanggil keuntungan kasar gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk:
a) Keuntungan bersih (nett profit)
b) Harga pengurusan syarikat pemborong
Apa yang dikatakan harga pengurusan syarikat pemborong ialah bayaran-bayaran atau gaji yang perlu dibayar kepada kakitangan yang menguruskan atau menyeliakan syarikat tersebut. Harga pengurusan keuntungan kasar (gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk:
a) Keuntungan bersih (nett Profit)
b) Harga pengurusan syarikat pemborong.
Apa yang dikatakan harga pengurusan syarikat pemborong ialah bayaran-bayaran atau gaji yang perlu dibayar kepada kakitangan-kakitangan yang menguruskan atau menyeliakan syarikat tersebut. Harga pengurusan ini termasuk:
a) Gaji dan perbelanjaan pengarah syarikat
b) Bayaran yang di kena oleh Bank ke atas “overdraft’ dan kehilangan faedah.
c) Sewa pejabat, gaji setiausaha, alat-alat pejabat, telefon, insurans, bayaran elektrik dan sebagainya.
d) Cukai-cukai
e) Bayaran untuk mengendalikan bengkel dan untuk perkakas-perkakas yang tidak berjentera.
f) Kejatuhan nilai atau harga semua alt-alat jentera yang sejajar.
g) Elaun-elaun kereta, pengangkutan dan perjalanan dan sebagainya.
h) Perkara-perkara am dan penyeliaan oleh kakitangan, agen dan kepala (foreman)
Nilai peratus ke atas bayaran yang tersebut di atas boleh didapati dengan dibahagikan jumlah wang masuk (turnover) atau wang pembalikan bagi hitungan panjang untuk setahun, dengan jumlah harga pengurusan. Misalnya:
Wang masuk atau wang pembalikan untuk setahun katakan Rm1 juta. Harga pengurusan, katakan Rm50 ribu.

Jadi nilaian peratus = Harga pengurusan
Wang masuk
= Rm50.000.00 X 100
Rm1,000,000.00
= 5%

Oleh yang demikian, sekiranya pemborong di dalam membuat anggaran kerja inginkan keuntungan bersih sebanyak 5%, maka pemborong mestilah menambah 5% lagi ke atas 5% ini untuk pengurusan dan peralatan menjadikan keuntungan kasar sebanyak 10%.

Isnin, 7 Jun 2010

PENDAFTARAN KONTRAKTOR KERJA AWAM


1. CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah mengisi BORANG PERMOHONAN KONTRAKTOR KERJA AWAM DAN ELEKTRIK (PKK NO: 001/05) atau BORANG PEMBAHARUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR KERJA AWAM DAN ELEKTRIK (PKK NO: 002/05) yang berkaitan dengan lengkap.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Pusat ini beserta dengan fee proses (bagi pendaftaran baru sahaja) , bersesuaian dengan kelas yang dipohon, seperti berikut:

AKTA FEE 1951 PERINTAH FEE
(PENDAFTARAN KONTRAKTOR) 1984


KELAS FEE PROSES (RM)
A 100.00
B 100.00
C 100.00
D 5O.00
E 50.00
F 50.00

Bayaran fee ini hendaklah dibuat melalui Deraf Bank, Perintah Juruwang, Kiriman Pos atau Wang Pos, atau Wang Pos Berpalang atas nama PENGARAH PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR. Bayaran dengan wang tunai atau lain-lain cara tidak akan diterima.

Borang permohonan yang tidak disertakan dengan fee proses tidak akan didaftarkan dan akan dikembalikan.


2.TEMPAT MEMOHON

Borang Permohonan peserta dengan fee proses hendaklah dikemukakan ke Pusat ini seperti di alamat berikut:

(i)Untuk pendaftaran Kelas A, B dan C

Pengarah
Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
Aras 5, Lot 2G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
No. Tel :03-8880 5000
No. Fak :03-8880 5472
Email :pkk@mecd.gov.my

(ii)Untuk pendaftaran Kelas D, E dan F

Pengarah
Pusat Khidmat Kontraktor
Cawangan Negeri
dimana pemohon menjalankan operasi perniagaannya.(Sila rujuk Lampiran A untuk alamat penuh Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Negeri)


3.KELAS PENDAFTARAN

Pemohon hendaklah menyatakan Kelas pendaftaran yang hendak dipohon.

Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja.

Pendaftaran Kelas F adalah dikhaskan untuk syarikat perseorangan Bumiputera dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi pegangan saham, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja.

Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang dipelawa bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan.

Had kewangan (iaitu kos kerja) bagi satu-satu kelas pendaftaran adalah seperti berikut:


SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 14 TAHUN 2002

KELAS NILAI PROJEK (RM)
A Melebihi 10,000,000
B 5,000,001 Hingga 10,000,000
C 2,000,001 Hingga 5,000,000
D 500,001 Hingga 2,000,000
E 200,001 Hingga 500,000
F Sehingga 200,000

1. KAWASAN OPERASI

4.1. Kerja Tender

4.1.1 Di Seluruh Negara

Syarikat yang berdaftar dalam kelas-kelas pendaftaran seperti berikut mempunyai kawasan operasi seluruh Negara:

i) Kelas A, B dan C

ii) Kelas D dan E yang bertaraf Bumiputera

iii) Kelas F

4.1.2 Di Negeri Berdaftar Sahaja

Syarikat yang berdaftar dalam kelas-kelas pendaftaran berikut dibenarkan beroperasi di dalam negeri ianya didaftarkan sahaja:

Kelas D dan E

4.2 Kerja Undi, Sebutharga dan Requistion

Kontraktor kerja Kelas F dibenarkan menyertai kerja undi, sebutharga dan requisition hanya di dalam kawasan pentadbiran Daerah atau Wilayah Persekutuan yang ianya didaftarkan oleh PKK.





1. KEPALA DAN SUB-KEPALA (BIDANG KERJA)

Pemohon hendaklah menyatakan Kepala dan Sub-kepala yang hendak dipohon:

Kepala dan Sub-Kepala yang wujud dalam pendaftaran kontraktor kerja awam Pusat ini ialah:

Kepala I - Kerja Kejuruteraan Awam

(Civil Engineering Works)

Kepala II - Kerja Bangunan

(Building Works)

Kepala III - Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan dan

Kejuruteraan Air

(Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works)

Kepala IV - Lain-lain Kerja Pakar Kejuruteraan Awam

(Other Specialist Civil Engineering Works)

Kepala V - Kerja Kuari, Membekal Logam dan

Tanah Kerja Angkut dan Pengangkutan

(Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and Transport)

Kepala VI - Kerja Perhutanan dan Pembangunan Tanah

(Forest and Land Development)

Kepala VIII - Kerja Telekomunikasi

(Telecommunication Works)

Pecahan Kepala (tajuk) dan Sub-Kepala (tajuk kecil) kerja-kerja kontraktor kerja awam adalah seperti Lampiran B.

2. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

6.1 Perbadanan Syarikat Atau Perniagaan (Pendaftaran)

Sesebuah syarikat, koperasi atau perniagaan yang memohon untuk berdaftar dengan Pusat ini hendaklah terlebih dahulu diperbadankan di negara ini, iaitu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pejabat Pendaftar Pembangunan Koperasi yang mana berkenaan.

6.2 Kedudukan Kewangan Syarikat

Pemohon hendaklah menyatakan modal berbayar/modal terkumpul syarikat. Definasi modal berbayar dan modal terkumpul syarikat adalah seperti di Lampiran C.

Sesebuah syarikat hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan bagi kelas yang dipohon;



KELAS

MODAL BERBAYAR/MODAL TERKUMPUL MINIMA (RM)

A

B

C

D

E

F

600,001

400,001

100,001

35,001

17,501

10,000


Bayaran fee ini hendaklah dibuat melalui Deraf Bank, Perintah Juruwang, Kiriman Pos atau Wang Pos, atau Wang Pos Berpalang atas nama PENGARAH PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR. Bayaran dengan wang tunai atau lain-lain cara tidak akan diterima.

Borang permohonan yang tidak disertakan dengan fee proses tidak akan didaftarkan dan akan dikembalikan.

1. TEMPAT MEMOHON

Borang Permohonan peserta dengan fee proses hendaklah dikemukakan ke Pusat ini seperti di alamat berikut:

(i) Untuk pendaftaran Kelas A, B dan C

Pengarah

Pusat Khidmat Kontraktor

Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi

Aras 5, Lot 2G6, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8880 5000

No. Faks : 03-8880 5472

Email : pkk@mecd.gov.my

(ii) Untuk pendaftaran Kelas D, E dan F

Pengarah

Pusat Khidmat Kontraktor

Cawangan Negeri

dimana pemohon menjalankan operasi perniagaannya.

(Sila rujuk Lampiran A untuk alamat penuh Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Negeri)

2. KELAS PENDAFTARAN

Pemohon hendaklah menyatakan Kelas pendaftaran yang hendak dipohon.

Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja.

Pendaftaran Kelas F adalah dikhaskan untuk syarikat perseorangan Bumiputera dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi pegangan saham, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja.

Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang dipelawa bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan.

Had kewangan (iaitu kos kerja) bagi satu-satu kelas pendaftaran adalah seperti berikut:

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 14 TAHUN 2002

KELAS NILAI PROJEK (RM)

A Melebihi 10,000,000

B 5,000,001 Hingga 10,000,000

C 2,000,001 Hingga 5,000,000

D 500,001 Hingga 2,000,000

E 200,001 Hingga 500,000

F Sehingga 200,000

3. KAWASAN OPERASI

4.1. Kerja Tender

4.1.1 Di Seluruh Negara

Syarikat yang berdaftar dalam kelas-kelas pendaftaran seperti berikut mempunyai kawasan operasi seluruh Negara:

i) Kelas A, B dan C

ii) Kelas D dan E yang bertaraf Bumiputera

iii) Kelas F

4.1.2 Di Negeri Berdaftar Sahaja

Syarikat yang berdaftar dalam kelas-kelas pendaftaran berikut dibenarkan beroperasi di dalam negeri ianya didaftarkan sahaja:

Kelas D dan E

4.2 Kerja Undi, Sebutharga dan Requistion

Kontraktor kerja Kelas F dibenarkan menyertai kerja undi, sebutharga dan requisition hanya di dalam kawasan pentadbiran Daerah atau Wilayah Persekutuan yang ianya didaftarkan oleh PKK.

4. KEPALA DAN SUB-KEPALA (BIDANG KERJA)

Pemohon hendaklah menyatakan Kepala dan Sub-kepala yang hendak dipohon:

Kepala dan Sub-Kepala yang wujud dalam pendaftaran kontraktor kerja awam Pusat ini ialah:

Kepala I - Kerja Kejuruteraan Awam

(Civil Engineering Works)

Kepala II - Kerja Bangunan

(Building Works)

Kepala III - Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan dan

Kejuruteraan Air

(Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works)

Kepala IV - Lain-lain Kerja Pakar Kejuruteraan Awam

(Other Specialist Civil Engineering Works)

Kepala V - Kerja Kuari, Membekal Logam dan

Tanah Kerja Angkut dan Pengangkutan

(Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and Transport)

Kepala VI - Kerja Perhutanan dan Pembangunan Tanah

(Forest and Land Development)

Kepala VIII - Kerja Telekomunikasi

(Telecommunication Works)

Pecahan Kepala (tajuk) dan Sub-Kepala (tajuk kecil) kerja-kerja kontraktor kerja awam adalah seperti Lampiran B.

5. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

6.1 Perbadanan Syarikat Atau Perniagaan (Pendaftaran)

Sesebuah syarikat, koperasi atau perniagaan yang memohon untuk berdaftar dengan Pusat ini hendaklah terlebih dahulu diperbadankan di negara ini, iaitu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pejabat Pendaftar Pembangunan Koperasi yang mana berkenaan.

6.2 Kedudukan Kewangan Syarikat

Pemohon hendaklah menyatakan modal berbayar/modal terkumpul syarikat. Definasi modal berbayar dan modal terkumpul syarikat adalah seperti di Lampiran C.

Sesebuah syarikat hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan bagi kelas yang dipohon;

KELAS

MODAL BERBAYAR/MODAL TERKUMPUL MINIMA (RM)

A

B

C

D

E

F

600,001

400,001

100,001

35,001

17,501

10,000

6.3 Kelulusan dan Pengalaman Individu Dalam Syarikat

6.3.1 Kelulusan Individu

Syarikat yang memohon hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang berkelulusan teknikal di dalam syarikat, sama ada sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham atau kakitangan yang dibayar gaji dan dibayar caruman dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kelulusan teknikal yang diwajibkan adalah seperti berikut:

i) Kelas A dan B

Ijazah atau Diploma Lanjutan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kerja yang dipohon.

ii) Kelas C

Diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kerja yang dipohon.

iii) Kelas D, E dan F

Sijil kursus pemborong (seperti Lampiran D) dan/atau pengalaman kerja dalam bidang kerja yang dipohon.

iv) Kelulusan Tambahan

(a) Bagi bidang kerja Telekomunikasi (Kepala VIII), syarikat yang memohon mestilah mempunyai ahli pengurusan atau pekerja yang memiliki Sijil Kelulusan/ Surat Perakuan Kompetensi Kolej Telekom Malaysia sebagai “ Certifying Agency

(b) Bagi bidang kerja tertentu seperti disenaraikan di Lampiran E, syarikat yang memohon mestilah mempunyai ahli pengurusan atau pekerja yang memiliki lesen kerja (working licence) daripada Jabatan atau Agensi kerajaan yang berkenaan.

6.3.2 Pengalaman Individu

Syarikat yang mempunyai Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham dan Ahli Pengurusan Syarikat yang mempunyai pengalaman dalam bidang kerja yang dipohon hendaklah mengemukakan bukti-bukti pengalaman mereka.

6.4 Rekod Kerja Syarikat

Syarikat yang pernah menjalankan kerja dengan sempurna dan baik dalam tempoh masa 5 tahun sebelum mengemukakan permohonan pendaftaran hendaklah mengemukakan bukti kerja seperti berikut:-

(i) Surat tawaran kerja/ Inden kerja.

(ii) Sijil/ Perakuan siap kerja atau baucer bayaran bagi kerja-kerja sebutharga, undi atau requisition.

(iii) Surat perjanjian dengan kontraktor utama yang disetemkan semasa pelaksanaan projek berserta surat penerimaan tawaran tender dan sijil siap kerja yang dikeluarkan oleh pemilik kepada kontraktor utama , bagi kerja-kerja yang dilaksanakan secara sub-kontrak.

6.5 Loji dan Peralatan

(i) Syarikat yang memiliki loji atau peralatan sendiri hendaklah mengemukakan resit belian peralatan, buku daftar kenderaan atau lain-lain dokumen yang membuktikan hak milik loji dan peralatan berkenaan. Sila rujuk para 4 Lampiran F.

(ii) Syarikat yang memperolehi kemudahan sewaan atau sewa pajak loji dan peralatan hendaklah mengemukakan surat pengesahan sewaan atau sewa pajak daripada syarikat yang menyewakan loji atau peralatan berkenaan.

(iii) Surat “agency Right” atau surat sokongan pembekal peralatan mestilah disertakan bagi bidang kerja mekanikal (Kepala III). Sila rujuk LAMPIRAN F.

6.6 Ekuiti Asing

Syarikat yang mempunyai Ekuiti Asing (Ekuiti milikan bukan warganegara Malaysia) boleh berdaftar dengan pusat ini, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

(i) Bagi syarikat perkongsian Bumiputera dan Asing, Ekuiti Asing di dalam syarikat tidak boleh melebih 49% daripada modal berbayar/modal terkumpul syarikat dan majority Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja adalah Warganegara.

(ii) Bagi syarikat perkongsian Bumiputera, Bukan Bumiputera dan dan Bumiputra, Ekuiti Asing tidak boleh melebihi 30% daripada modal berbayar/modal terkumpul syarikat dan Ekuiti Bumiputra pada masa yang sama tidak boleh kurang daripada 30% dari modal berbayar/modal terkumpul syarikat.

(iii) Ahli pengurusan syarikat yang terdiri daripada warganegara asing hendaklah memiliki permit kerja dari Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Imigresen.

(iv) Penyertaan syarikat yang memiliki ekuiti asing dalam tender adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling perbendaharaan Bil.2 Tahun 1995 dan lain-lain arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

6.7 Penglibatan Dalam Syarikat-Syarikat Lain Yang Telah Berdaftar Dengan PKK

(i) Ekuiti

Permohonan pendaftaran tidak akan diberi pertimbangan sekiranya mana-mana pemegang saham melebihi daripada 5% atau RM50,000 ( yang mana terkurang) dalam syarikat yang memohon telah memiliki saham melebihi nilai dan peratusan di atas, dalam mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan PKK sebagai kontraktor kerja awam dalam kepala kerja yang sama seperti dipohon.

(ii) Ahli Lembaga Pengarah

Permohonan Pendaftaran tidak akan diberi pertimbangan sekiranya mana-mana Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang memohon memegang apa-apa jawatan eksekutif dalam mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan PKK sebagai kontraktor kerja awam dalam kepala kerja yang sama seperti dipohon.

(iii) Ahli Pengurusan atau Kakitangan

Permohonan Pendaftaran tidak akan diberi pertimbangan sekiranya mana-mana Ahli Pengurusan atau kakitangan syarikat yang memohon memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan PKK sebagai kontraktor kerja awam dalam kepala kerja yang sama seperti dipohon.

6.8 Perubahan Ekuiti

Sebarang perubahan ekuiti seperti di para 6.8.1 dan 6.8.2, pendaftran syarikat dengan PKK akan terbatal dengan sendiri. Syarikat perlu mengemukakan permohonan pendaftaran baru sekiranya masih berminat untuk berdaftar dengan PKK.

6.8.1 Berlaku perubahan ekuiti ( sama ada melalui pindah milik atau tambahan saham) yang mana jumlah saham yang dimiliki oleh pemegang saham baru adalah melebihi 49% daripada modal berbayar/terkumpul syarikat ATAU

6.8.2 Pemilik saham yang baru ( sama ada perseorangan atau syarikat) telah menjadi pemegang saham individu terbesar di dalam syarikat mengatasi pemegang saham utama (major share holder) sedia ada yang sah semasa pendaftaran syarikat diluluskan oleh PKK.

6. FEE PENDAFTARAN

Syarikat yang permohonannya diluluskan akan dimaklumkan melalui surat tawaran pendaftaran. Di dalam surat ini dinyatakan Kelas Pendaftaran, Kepala dan Sub Kepala yang diluluskan. Juga dimaklumkan adalah jumlah fee pendaftaran yang mesti dijelaskan, bersesuaian dengan kelas pendaftaran yang diluluskan seperti berikut:

AKTA FEE 1951 PERINTAH FEE (PENDAFTARAN KONTRAKTOR)1984

KELAS

FEE PENDAFTARAN (RM)

KELAS

FEE PENDAFTARAN (RM)

A

B

C

5,000

3,000

500

D

E

F

250

150

75

Fee ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tawaran, dibuat melalui Deraf Bank, Perintah Juruwang, Kiriman Pos atau Wang Pos Berpalang atas nama PENGARAH PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR. Bayaran dengan wang tunai atau lain-lain cara tidak akan diterima.

Kegagalan menjelaskan fee ini dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan sendirinya membatalkan kelulusan yang diberi.

7. TEMPOH SAHLAKU PENDAFTARAN

Tempoh sahlaku pendaftaran adalah selama dua (2) tahun sahaja kecuali kelas F (3) tahun. Permohonan Pembaharuan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum luput pendaftaran.

Permohoan Pembaharuan Pendaftaran yang diterima selepas tarikh luput pendaftaran tidak akan dipertimbangkan dan jika syarikat masih berminat untuk berdaftar dengan Pusat ini maka hendaklah mengemukakan permohonan baru pendaftaran.

8. PENGIKTIRAFAN BUMIPUTERA

Syarikat yang memohon Pengiktirafan Bumiputera hendaklah memenuhi syarat-syarat yang tercatat dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995 iaitu:

(i) Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada hakmilik saham dimiliki oleh Bumiputera, di mana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah melebihi saham individu bukan Bumiputera;

(ii) Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah dipegang oleh Bumiputera;

(iii) Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurusan Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera;

(iv) Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja-pekerja terdiri daripada Bumiputera:

(v) Pengurusan kewangan hendaklah dikuasai oleh Bumiputera; dan

(vi) Carta Organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.

Pemberiaan Taraf Bumiputera kepada syarikat yang layak adalah dalam bidang kuasa Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

10. DOKUMEN-DOKUMEN YANG MESTI DIKEMUKAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN PERMOHONAN

10.1 Semua Pemohon

(a) Salinan kad pengenalan (salinan pasport bagi Warganegara Asing) serta tarikh lahir semua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat, Pemegang Saham, ahli Pengurusan, Pegawai dan Kakitangan Syarikat.

(b) Salinan Penyata Caruman KWSP (Borang A) terakhir dengan salinan resit bayaran caruman yang berkenaan.

(c) Salinan sijil-sijil kelulusan Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham, Ahli Pengurusan, Pegawai dan Kakitangan Syarikat yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan) atau Penghulu.

(d) Salinan Permit kerja dari Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Imigresen (yang telah disahkan) bagi ahli pengurusan syarikat yang terdiri daripada Warganegara Asing.

(e) Surat pengesahan pengalaman daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham, Ahli Pengurusan, Pegawai dan Kakitangan Syarikat.

(f) Surat pengesahan bank atau institusi kewangan mengenai kemudahan-kemudahan kewangan yang diperolehi.

(g) Salinan penyata bank bagi Akaun Semasa untuk 3 bulan terakhir.

(h) Salinan pengesahan sewaan alat/loji dan surat pendaftaran kenderaan kepunyaan syarikat.

(i) Surat pengesahan sewaan alat/loji/kenderaan.

(j) Surat pengesahan kemudahan kredit bahan-bahan.

(k) Salinan yang disahkan surat penerimaan Tawaran Tender (Letter Of Acceptance), Works Order dan sebagainya serta salinan yang disahkan Sijil Siap Kerja ATAU Baucer Bayaran Akhir bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan

(l) Salinan yang telah disahkan dan bersetem perjanjian sub-kontrak dengan kontraktor utama (main contractor) bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan cara sub-kontrak, beserta dengan salinan yang telah disahkan surat Penerimaan Tawaran Tender dan Sijil Siap Kerja kepada kontraktor utama.

10.2 Syarikat Sendirian Berhad

(a) Salinan Borang 9 Perakuan Perbadanan dan Memorandum and Articles Of Association.

(b) Salinan yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):

i) Borang ‘Annual Return of A Company Having A Share Capital’ yang terakhir dan Borang 24 ‘Return of Allotment of Shares’ bagi tambahan saham selepas ‘Annual Return’ yang berkenaan, ATAU

ii) Kesemua borang 24 ‘Return of Allotment of Shares’ DAN kesemua salinan Borang 32A ‘Pindah Milik Saham’ yang disetem oleh Pejabat Setem, jika ada berlaku pindah milik saham.

iii) Borang 49 ‘Return Giving Particulars in Registration of Directors, Managers and Secretaries and Changes of Particulars’ yang terakhir.

(c) Jika saham syarikat pemohon dipegang oleh syarikat lain, sertakan salinan borang ‘Annual Return Of A Company Having A Share Capital’ dan salinan Borang 24 syarikat tersebut (untuk tambahan saham selepas ‘Annual Return’ berkenaan, jika ada) yang telah disahkan oleh Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM)) dan nombor kad pengenalan mereka yang namanya tercatat di dalam borang tersebut.

10.3 Perniagaan Perseorangan dan Perkongsian

(a) Salinan Borang D pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sahlaku;

(b) Salinan surat perjanjian perkongsian yang dimeteri sersetem.

10.4 Lain-lain Dokumen

(a) Surat-surat sokongan daripada pengeluar/pembekal dalam bentuk ‘Agency Agreement’ atau ‘Agency Right’ bagi Kepala III yang dipohon seperti Para (1) dan (2) Lampiran F.

(b) Alamat, keluasan dan butir-butir pemilikan syarikat berkaitan:

Bengkel Perabot -jika memohon Kepala II, Sub-kepala 7c, 7d

Bengkel Besi -jika memohon Kepala IV, Sub-kepala 4b

Kuari -jika memohon Kepala V, Sub-kepala 1

Tapak Semaian -jika memohon Kepala VI, Sub-kepala 1

(c) Surat perakuan atau lesen yang berkenaan daripada Jabatan Kerajaan berhubung dengan Kepala dan Sub Kepala yang dipohon seperti di lampiran E.

11. PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KEBENARAN KHAS KONTRAKTOR KERJA

11.1 Jenis Kebenaran Khas yang Dibenarkan

(i) Naik satu kelas lebih tinggi;

(ii) Tambah Kepala/ Sub-kepala dalam kelas pendaftarannya;

11.2 Kriteria Mendapatkan Kebenaran Khas

11.2.1 Naik Satu kelas Lebih Tinggi

(i) Telah menyiapkan sekurang-kurangnya satu projek dalam kelas sedia ada atau;

(iii) Mempunyai modal yang sesuai dengan kelas yang dipohon;

(iv) Mempunyai semua Kepala/Sub-kepala yang diperlukan seperti di dalam tawaran;

(v) Mempunyai kakitangan teknikal untuk kelas ’C’ ke atas dan mencarum dengan KWSP.

11.2.2 Tambah Kepala/Sub-Kepala

(i) Mempunyai Kepala/Sub-Kepala asas yang berkaitan dengan kepala/Sub-Kepala yang dipohon;

(ii) Syarikat/Ahli Lembaga Pengarah/Pengurusan berpengalaman dalam kerja berkaitan;

(iii) Mengemukakan surat perakuan/lesen/’agency right’/surat sokongan pembekal peralatan bagi Kepala atau Sub-kepala yang berkenaan.

11.3 Dokumen-dokumen yang diperlukan

(i) Surat permohonan Kebenaran Khas;

(ii) Keratan Iklan Tawaran ;

(iii) Salinan Sijil Pendaftaran yang masih sah;

(iv) Salinan Sijil Taraf Bumiputera;

(v) Salinan Borang A KWSP berserta resit bayaran; dan

(vi) Senarai kerja yang telah dan sedang dilaksanakan berserta salinan surat Setujuterima dan Sijil Siap Kerja (bagi permohonan Kebenaran Khas Naik Kelas).

11.4 Syarat-syarat Am

(i) Syarikat yang baru berdaftar dan belum ada pengalaman kerja tidak layak memohon. Pertimbangan henya akan diberikan kepada syarikat yang telah berdaftar tidak kurang daripada 6 bulan;

(ii) Syarikat sentiasa aktif menyertai tawaran;

(iii) Rekod kerja yang baik dan tiada cadangan atau tindakan tatatertib diambil ke atas syarikat;

(iv) Kebenaran Khas diberikan sekali sahaja pada suatu masa sehingga keputusan tender diputuskan oleh Lembaga Tender;

(v) Syarikat hendaklah memaklumkan keputusan/kedudukan tender yang dimasuki melalui Kebenaran Khas (kemukakan surat pengesahan daripada Agensi berkenaan);

(vi) Jika syarikat telah berjaya dalam tender yang menggunakan Kebenaran Khas, permohonan selanjutnya ditolak sehingga projek tersebut siap dan syarikat dikehendakki memohon Naik Kelas atau Tambah Kepala secara tetap bagi Kelas atau sub-kepala yang berjaya tersebut; dan

(vii) Semua permohonan hendaklah dihantar awal dan tidak lewat daripada 2 hari sebelum tarikh tutup membeli dokumen atau tarikh tutup tender.


ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON PKK

CAWANGAN NEGERI-NEGERI

IBU PEJABAT MELAKA

Pusat Khidmat Kontraktor, Pusat Khidmat Kontraktor,

Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi, Cawangan Negeri Melaka,

Aras 5 Blok Menara dan Podium, Lot 2G6, Presint 2, Tingkat 3, Bangunan UMNO,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Jalan Hang Tuah,

62100 PUTRAJAYA 75300 MELAKA

Tel : 03-8880 5000 Tel : 06-2848244

Faks : 03-8880 5472 Fax : 06-2823075

Email : pkk@mecd.gov.my

WILAYAH PERSEKUTUAN PERAK

Pusat Khidmat Kontraktor, Pusat Khidmat Kontraktor,

Cawangan Wilayah Persekutuan, Cawangan Negeri Perak,

Aras 5 Blok Podium, Lot 2G6, Presint 2, Tingkat 3, Blok A,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bangunan Persekutuan Ipoh,

62100 PUTRAJAYA Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,

30450 IPOH, PERAK

Tel : 03-8880 5373

Faks : 03-8880 5339 Tel : 05-2539529

Fax : 05-2540367

SELANGOR PERLIS

Pusat Khidmat Kontraktor, Pusat Khidmat Kontraktor,

Cawangan Negeri Selangor, Cawangan Negeri Perlis,

Tingkat 3, Fasa III, Tingkat 9,

Kompleks PKNS, Bangunan Persekutuan,

40000 SHAH ALAM, SELANGOR Persiaran Jubli Emas,

01000 KANGAR, PERLIS

Tel : 03-55102959

Fax : 03-55190097 Tel : 04-9769029

Fax : 04-9768790

NEGERI SEMBILAN KEDAH

Pusat Khidmat Kontraktor, Pusat Khidmat Kontraktor,

Cawangan Negeri Sembilan, Cawangan Negeri Kedah,

Tingkat 3, Tingkat 4,

Wisma Persekutuan, Wisma Persekutuan,

70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Jalan Kampung Baru,

05000 ALOR SETAR, KEDAH

Tel : 06-7651616

Fax : 06-7651618 Tel : 04-7318995

Fax : 04-7306861

PULAU PINANG PAHANG

Pusat Khidmat Kontraktor, Pusat Khidmat Kontraktor,

Cawangan Negeri Pulau Pinang, Cawangan Negeri Pahang,

Tingkat 8, Bangunan Guna Sama Persekutuan Tingkat 2,

Jalan Anson, Plaza Gambut,

10400 GEORGETOWN, PULAU PINANG Jalan Gambut,

25000 KUANTAN, PAHANG

Tel : 04-2264600

Fax : 04-2272500 Tel : 09-5132207

Fax : 09-5131614

KELANTAN JOHOR

Pusat Khidmat Kontraktor, Pusat Khidmat Kontraktor,

Cawangan Negeri Kelantan, Cawangan Negeri Johor,

Tingkat Mezzanine, Tingkat 5, Blok B,

Bangunan Sutera Inn, Wisma Persekutuan,

Jalan Dusun Muda, Off Jalan Bayam, Jalan Air Molek,

15200 KOTA BHARU, KELANTAN 80000 JOHOR BAHRU, JOHOR

Tel : 09-7449223 Tel : 07-2238012

Fax : 09-7487353 Fax : 07-2233839

TERENGGANU

Pusat Khidmat Kontraktor,

Cawangan Negeri Terengganu,

Tingkat 3, Wisma Majlis Agama Islam,

Jalan Banggol,

20100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Tel : 09-6232911

Fax : 09-6225651

SABAH

Pusat Khidmat Kontraktor,

Cawangan Negeri Sabah,

Lot D 6.1, Tingkat 6, Blok D, Bangunan KWSP,

Peti Surat 88,

88598 KOTA KINABALU, SABAH

Tel : 088-267791

Fax : 088-267792

SARAWAK

Pusat Khidmat Kontraktor,

Cawangan Negeri Sarawak,

Tingkat 9, Bangunan Sultan Iskandar,

Jalan Simpang Tiga,

93592 KUCHING, SARAWAK

Tel : 082-424850

Fax : 082-421080



KEPALA DAN SUB KEPALA UNTUK

PENDAFTARAN KONTRAKTOR KERJA AWAM

DENGAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR

KEPALA I

KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM

Sub-Kepala 1

Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam

Sub-Kepala 2

Jambatan, Jeti dan Struktur Kerja Laut

Sub-Kepala 3

(a) Struktur Penahan Air

(b) Empangan

Sub-Kepala 4

Pengorekan

Sub-Kepala 5

Sistem Pembentungan

Sub-Kepala 6

(a) Penerowongan

(b) Dinding Gegendang dan Tambatan pada Tanah

Sub-Kepala 7

Kerja-kerja Pengairan, Penyaliran Kawasan Banjir Dan Kerja-kerja Hidrokuasa

(a) Struktur Hidraulik

(b) Kerja-kerja Tanah

(c) Konduit Kuasa

(d) Rumah Kuasa

Sub-Kepala 8

Kerja-kerja Landasan Keretapi

Sub-Kepala 9

Penanaman Sesalur dan Pembinaan Peti Penyambung dan/atau Lurang Untuk Rangkaian Kabel Telefon

KEPALA II

KERJA-KERJA BANGUNAN

Sub-Kepala 1

Kerja-kerja Pembinaan Tidak Termasuk Struktur Rangka Konkrit Bertetulang

Sub-Kepala 2

(a) Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang Tidak Melebihi (4) Tingkat

(b) Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang Melebihi Empat (4) Tingkat

Sub-Kepala 3

Bangunan Kayu Pasang Siap

Sub-Kepala 4

Bangunan Konkrit Pasang Siap

Sub-Kepala 5

Bangunan Rangka Keluli

Sub-Kepala 6

Kerja-kerja Bumbung Berpaten

Sub-Kepala 7

(a) Lantai Paket dan Blok Kayu

(b) Kemasan Lantai dan Dinding yang lain

(c) Perabot Bina Dalam

(d) Pemasangan Tangga

Sub-Kepala 8

Kerja-kerja Penyelenggaraan

(a) Penyelenggaraan Sistem Kebersihan

(b) Pengecatan Semula dan Pembaikan Am Bangunan

Sub-Kepala 9

Pelbagai (Nyatakan)

KEPALA III

KERJA-KERJA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBERSIHAN DAN AIR (SEMUA SUB-KEPALA TERMASUK BEKALAN PERALATAN)

Sub-Kepala 1

(a) Sistem Penyaman Udara dan Pengalihudara

(b) Bilik Sejuk

Sub-Kepala 2

Lif dan Eskalator

Sub-Kepala 3

Pemasangan Paip dan Alat-alat Kebersihan

Sub-Kepala 4

Pemasangan Alat Pengepaman

Sub-kepala 5

Pemasangan Loji Pembersihan Kumbahan

Sub-Kepala 6

Pemasangan Loji Pembersihan Air

Sub-Kepala 7

Pemasangan Kelengkapan Memasak dan Dapur

Sub-Kepala 8

Pemasangan Kelengkapan Dobi

Sub-Kepala 9

Pemasangan Loji Dandang dan Kebuk Tekanan Tak Berapi

Sub-Kepala 10

Pemasangan Sistem Mencegah Kebakaran

Sub-Kepala 11

Pemasangan Sistem Penyampai

Sub-Kepala 12

(a) Kren Bagan

(b) Kren Workshop

(c) Unit Pengangkat Untuk Penyelenggaraan Bangunan

Sub-Kepala 13

(a) Pemasangan Loji Penghancuran dan Penapisan

(b) Pemasangan Loji Mencampur Asfalt

Sub-Kepala 14

Pemasangan Sistem Kawalan Pencemaran

Sub-Kepala 15

Pemasangan Kelengkapan Jentera Kilang Minyak dan Getah

Sub-Kepala 16

(a) Pembaikan dan Pemulihan Gerabak Keretapi Penumpang dan Gerabak Keretapi Barang

(b) Kerja-kerja Kimpalan Landasan Keretapi

Sub-Kepala 17

Pelbagai

(a) Pemasangan Sistem Pemampatan Udara

(b) Pemasangan Sistem Air Panas

(c) Pemasangan Sistem Gas Petrolium Cecair (LPG)

(d) Pemasangan Pensteril dan Autoklaf

(e) Pemasangan Gas Perubatan

(f) Pemasangan Alat Bakar Sampah

(g) Pemasangan Sistem Automatik untuk Bangunan

(h) Pemasangan Rak Bergerak

(i) Pemasangan Kelengkapan Makmal

(j) Pemasangan Peralatan Kolam Renang

(k) Pemasangan Alat Angkat Pintu Hidraulik

(l) Pemasangan dan Pembaikan Loji Jentera dan Kelengkapan

KEPALA IV

LAIN-LAIN KERJA PAKAR KEJURUTERAAN AWAM

Sub-Kepala 1

Kerja-kerja Tanah

Sub-Kepala 2

Kerja-kerja Cerucuk

(a) Konkrit Di Situ

(b) Konkrit Bertetulang Tuang Dahulu

(c) Konkrit Prategasan atau Pascategasan

(d) Keluli

(e) Kayu

(f) Sistem Berpaten

Sub-Kepala 3

(a) Kerja-kerja Penyalutan Berasfalt

(b) Kerja-kerja Permukaan Jalan Bitumen

(c) Kerja-kerja Membuat Isyarat dan Mengecat Jalan

(d) Kerja-kerja Membuat Pengadang Susur, Sawar, Penanda Batu dan kerja yang lain untuk jalan

Sub-Kepala 4

(a) Kerja-kerja Keluli

(b) Kerja-kerja Keluli Berpaten dan Pasangsiap

Sub-Kepala 5

Penyaliran Bawah Tanah

Sub-Kepala 6

(a) Pemasangan Sesalur Air

(b) Pemasangan Sesalur Minyak dan Gas

Sub-Kepala 7

(a) Pengerudian untuk air bawah tanah

(b) Kerja-kerja penyelidikan tanah

(c) Kerja-kerja kajian Geofizik

Sub-Kepala 8

Konkrit Bertetulang atau Tanpa Tetulang Tuang dahulu untuk Rusuk, Berbendul Jalan Pembetung dan Saliran

Sub-Kepala 9

Pembinaan Konkrit Prategasan atau Pascategangan

Sub-Kepala 10

Pelbagai

(a) Kerja-kerja Penurapan Tekanan

(b) Guniting

(c) Kerja-kerja Ujian yang tidak memberikan kesan pada anggota konkrit

(d) Kerja-kerja Sokong Bawah

(e) Kerja-kerja Serombong Stesen Kuasa

KEPALA V

KERJA-KERJA KUARI, MEMBEKAL LOGAM DAN TANAH, KERJA-KERJA ANGKUT DAN PENGANGKUTAN

Sub-Kepala 1

Kerja-kerja Memecah Batu dan Membekal Logam

Sub-Kepala 2

Kerja-kerja Menggerudi dan Meletupkan Batu Kuari

Sub-Kepala 3

Kerja-kerja Membekal Tanah

Sub-Kepala 4

Kerja-kerja Angkut dan Pengangkutan

KEPALA VI

PEMBANGUNAN HUTAN DAN TANAH

Sub-Kepala 1

Penyediaan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian

Sub-Kepala 2

Kerja-kerja Pembersihan Hutan dan Penyediaan Tanah

Sub-Kepala 3

(a) Kerja-kerja Penanaman dan Penyelenggaraan Pokok

(b) Kerja-kerja Penanaman Semula dan penyelenggaraan Pokok

Sub-Kepala 4

Kerja-kerja Memungut dan Mengangkut Hasil Tanaman

Sub-Kepala 5

Kerja-kerja Pemulihan Hutan

Sub-kepala 6

(a) Kerja-kerja Seni Taman

(b) Kerja-kerja Penanaman Benih Berair

Sub-Kepala 7

Jalan Hutan

Sub-Kepala 8

Kerja-kerja Am Pertanian

Sub-Kepala 9

Pelbagai (Nyatakan)

KEPALA VIII

KERJA-KERJA TELEKOMUNIKASI

Sub-Kepala 1

(a) Penanaman, Penyambungan dan Pengujian Rangkaian kabel Agihan

(b) Penanaman, Penyambungan dan Pengujian Rangkaian Kabel Utama

(c) Penanaman, Penyambungan dan Pengujian Rangkaian Kabel Simpang

Sub-Kepala 2

(a) Pemasangan Penaik Kabel Rangka Agihan Utama Peti Agihan Salur Bawah Lantai dan Kabel Telefon dalam Bangunan

(b) Pemasangan Sepasang Kabel Telefon dalam Bangunan

Sub-Kepala 3

Sistem Semboyan dan Perhubungan Keretapi

(a) Pemasangan Sistem Semboyan yang mengandungi Geganti Berkaitpanca dan Geganti Bongkah Automatik

(b) Pemasangan Sistem Perhubungan untuk Kawalan Pusat dan Laluan Tepi Stesen

(c) Pemasangan Sawar Elektrik Lengkap dengan Isyarat/Susur dan Penggera Lebuhraya


DEFINISI MODAL UNTUK TUJUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR KERJA DENGAN

PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR

1. Bagi syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat seperti Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad maka modal yang diambilkira adalah modal berbayar syarikat.

2. Bagi perniagaan-perniagaan yang berdaftar dengan pendaftar perniagaan sama ada perniagaan perseorangan (Perniagaan Tunggal) atau perniagaan perkongsian maka modal yang diambilkira adalah modal terkumpul perniagaan iaitu salah satu jumlah unsur-unsur berikut:-

2.1 Purata baki terakhir untuk 3 bulan berturut-turut akaun semasa pemohon ,termasuk akaun ahli kongsi (mengikut peratus syer masing-masing)jika pemohon adalah sebuah perniagaan perkongsian. Atau penyata akaun simpanan bank pemohon .

2.2 Simpanan Tetap pemohon termasuk simpanan tetap ahli kongsi) seperti simpanan dalam BSN, Tabung Haji dan Badan Kewangan yang lain yang dilesen oleh kerajaan. Simpanan Tetap hendaklah bebas dari cagaran. Simpanan tetap yang dicagar tidak diambilkira.

2.3 Saham-saham pemohon (termasuk saham ahli kongsi) dalam ASN, ASB, Koperasi dan syarikat yang disenaraikan dalam BSKL. Semua saham-saham ini hendaklah bebas daripada cagaran. Saham yang dicagar tidak diambilkira.

2.4 Kemudahan overdraf yang bercagar kepunyaan pemohon (termasuk kemudahan overdraf ahli kongsi). Dalam keadaan ini hanya baki overdraf yang belum digunakan iaitu baki purata 3 bulan overdraf sahaja diambilkira. Kemudahan overdraf yang tidak bercagar tidak diambilkira.

2.5 Harta-harta tetap kepunyaan pemohon (termasuk harta tetap ahli kongsi) yang bebas daripada cagaran. Harta ini mungkin berupa rumah, tanah, peralatan atau loji. Harta ini hendaklah ditafsir oleh petaksir yang bertauliah. Nilai yang diambilkira ialah harga jualan terpaksa (forced sale value).

KURSUS-KURSUS YANG DIIKTIRAF

1. Anjuran Kementerian Pendidikan

Kursus Politeknik yang ada kaitan dengan bidang kerja yang dipohon.

2. Anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR)

(a) Kursus Asas Pemborong Binaan Bumiputera dan /atau

(b) Kursus Lanjutan Pemborong Binaan Bumiputera

3. Anjuran Kementerian Pertahanan

(a) Kursus Asas Pemborong Binaan Bumiputera dan/atau

(b) Kursus Lanjutan Pemborong Binaan Bumiputera

4. Anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang ada kaitan dengan bidang kerja yang dipohon

5. Anjuran Kementerian Sumber Manusia

Kursus Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan

6. Anjuran Pusat Dana Pengeluaran Negara (PDPN)

(a) Kursus Program Latihan, Penyeliaan dan Pengurusan Binaan, atau

(b) (i) Kursus Program Latihan, Penyeliaan dan Pengurusan Binaan atau

(ii) Kursus memahami Pelan dan Penganggaran serta salah satu dari

Empat Kursus berikut:-

(1) Kursus Pengurusan Kewangan Pembinaan

(2) Kursus Pengurusan Tapak Bina

(3) Kursus Pengurusan Bahan Binaan

(4) Kursus Pengurusan Modal Pusingan Pembinaan

7. Anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(a) Kursus anjuran Pusat Khidmat Kontraktor

(b) Kursus Institut Kemahiran MARA (IKM) yang ada kaitan dengan bidang kerja yang dipohon

(c) Kursus Asas Pemborongan Binaan Bumiputera (MARA)

8. Lain-lain kursus yang diiktiraf oleh PKK dari semasa ke semasa

Nota : Sijil Kehadiran tidak diiktiraf sebagai sijil kelulusan

Lampiran E

SURAT PERAKUAN ATAU LESEN YANG BERKENAAN DARIPADA JABATAN KERJAAN BERHUBUNG DENGAN KEPALA DAN SUB KEPALA BERIKUT

I/4 - Lesen ‘Dredge Master’ daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (untuk ‘dredges’jenis’bucket type’). Untuk jenis ‘suction’ tidak perlu ‘Dredge Master’

II/8 (a) - Lesen ‘Sanitary Plumbing’ daripada Jabatan Pembetungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

III/2 - Surat perakuan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP)

III/3 - Lesen plumbing, sanitary, plumbing daripada Jabatan Bekalan Air Majlis Perbandaran masing-masing

III/7 - Surat perakuan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

III/8 - Surat perakuan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

III/9 - Surat perakuan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

III/10 - Surat perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat

III/12 - Surat perakaun daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(a)(b)(c)

III/17 - Surat perakaun daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(c)

III/17 - Surat perakuan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(d)

III/17 - Surat perakuan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (f)

IV/6 - Surat perakuan daripada Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas

(b)

V/1 - Lesen Pecahan Batu daripada Jabatan Galian

V/2 - Lesen Letupan daripada Polis Di Raja Malaysia

VIII/1 - Surat perakuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

VIII/2 - Surat perakuan daripada suruhanjaya Komunikasi dan multimedia Malaysia