PENERANGAN
Perlu diketahui kedudukan lapisan kalis lembab adalah dalam keadaan melintang dan menegak dan kadangkala terdapat juga disetengah-setengan tempat dimana lapisan kalis lembab tersebut perlu dibengkokkan atau dibentuk. Oleh itu bahan tersebut mestilah :-
Tidak ditembusi air (kelembapan)
Tidak mudah reput atau rosak
Mudah dibentuk
Tempat-tempat yang biasa mengalami kemasukan air kepada bangunan bangunan ialah :
Dari bawah tanah, meresap masuk kedinding atau tiang
Pada tempat tiap-tiap penutup cavity wall.
Pada bahagian atas dinding atau tiang yang terdedah
Pada lantai yang dibuat di atas tanah
Pada ambang bawah tingkap
Pada tepi dinding – contohnya pada dinding penahan tanah atau dinding yang dibina bawah dari paras tanah (basement)
Pada bahagian-bahagian ini mestilah dipasang lapisan kalis lembab yang sesuai supaya dapat memberi kesan yang memuaskan :
Bagi mengelakkan kemasukan atau penyerapan air ke dalam dinding atau tiang dari bawah tanah, bahan kalis lembab yang sesuai ialah seperti bituminous felt, slates dan sheet lead, bahan-bahan lain seperti engineering brick , veetrifield stoneware blocks juga boleh digunakan. Bahan-bahan lapisan kalis lembab ini hendaklah dipasang 150mm atau dilapisan kedua (dinding batu bata) dari paras bumi.
Pada tiap-tiap penutup cavity wall perlu ditutup, walaupun kemungkinan air meresap ke dalam dinding melalui tepi dinding adalah kurang kerana dinding tersebut mempunyai dua lapisan. Tetapi lapisan kalis lembab dibahagian bawah dinding perlu juga dipasang. Pada penutup dinding cavity perlu juga ditutup dengan lapisan kalis lembab kerana bahagian ini menyambung antara dinding luar dengan dinding dalam . Penutup ini biasanya terdapat pada penghujung dinding dan juga pintu.
Pada bahagian atas dinding atau tiang yang terdedah kepada hujan contohnya dinding “parapet” biasanya dibuat coping bagi melancarkan perjalanan air dan mengelakkan air hujan terus masuk ke dinding. Tetapi adalah tidak memadai dengan coping sahaja, sebaliknya hendaklah dipasang dengan lapisan kalis lembab dibahagian bawah coping tersebut.
Biasanya lantai konkrit yang dibuat di atas tanah akan menghadapi penyerapan terus dari tanah. Adalah menjadi masalah bagi menghalang penyerapan tersebut kerana penyerapan ini akan lebih cepat dan lebih tinggi jika terdapat makin halus atau semakin banyak liang-liang seni dalam konkrit. Untuk mengelakkannya hendaklah meletakkan “hardcore” di bawah konkrit, Pada konkrit tersebut juga perlu dipasang dengan lapisan kalis lembab melintang.
Pada ambang bawah tingkap yang dibuat daripada konkrit atau kayu, pada penyambungannya akan menyebabkan penyerapan air kedalam dinding melaluinya. Pada bahagian ini perlu dipasang dengan lapisan kalis lembab. Penghujung ambang ini hendaklah dilekokkan ( throathed ) supaya mengelakkan air mengalir terus kedinding.
Pada tepi dinding contohnya pada dinding penahan tanah (retaining wall) atau dinding yang dibina bawah dari paras tanah (basement) perlu di pasang dengan lapisan kalis lembab menegak dan juga melintang pada lantainya . Lapisan kalis lembab ini boleh dipasang sama ada ditengah dinding atau diluar dinding . Bahan yang sesuai ialah bituminous felt dan juga mastio asphalt.
Rabu, 13 Januari 2010
MORTAR
PENYEDIAAN MORTAR
OBJEKTIF PENCAPAIAN:
Sedia mortar untuk kerja-kerja batu-bata, sebagai seorang pekerja binaan khasnya penerap batu bata dan pekerja batu amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, jenis-jenis dan kadar bancuhannya bersesuaian dengan sesuatu kerja yang hendak dibuat
TUJUAN PENERANGAN
Mortar adalah bahan yang penting dalam kerja-kerja pembinaan yang menggunakan batu bata ataupun blok. Ianya bertujuan bagi mengikat ataupun bahan pelekat yang mesti diketahui oleh seorang pekerja binaan. Oleh itu sebagai seorang pekerja binaan ianya amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, sifat, jenis dan kadar bancuhan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat
PENERANGAN :
Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dengan pasir pada kadar tertentu. Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan kerja-kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan.
Sifat-sifat mortar yang baik:
Mempunyai kekuatan yang cukup berpadan dengan kerja yang hendak dibuat.
Senang mengerjakannya (workability)
Memberi ikatan yang baik antara mortar dengan batu atau blok
Tahan dari sebarang cuaca dan sebarang tindakan kimia
Jenis-jenis mortar yang biasa digunakan :
Mortar simen
Mortar Kapur
Mortar compo
Mortar warna
Mortar kalis air
Mortar Simen:
Hasil campuran antara simen dan pasir dengan kadar 1:3 atau 1:4. Kadar ca,puran ini boleh diubah mengikut jenis kerjayamh dikehendaki. Mortar simen hendaklah dibancuh berpadan dengan kerja yang hendak dibuat supaya tidak berlebih dan membazir kerana mortar yang keras tidak sesuai digunakan lagi.
Simen dan pasir hendaklah digaul dalam keadaan kering, kemudian air ditiangkan perlahan-lahan dan digaul sehingga sebati. Banyak air diagak dengan melihat mortar iaitu tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.
Mortar Kapur:
Apabila batu kapur , gaumpalan kapur atau kapur tohor (quick lime) hendaklah digunakan untuk membuat mortar ia mestilah direndam didalam air sebelum digunakan supaya menjadi seperti susu pekat. Kapur yang cair ini dacampurkan terus dengan pasir bagi menghasilkan mortar. Adalah menjadi masalah untuk menyukat kandungan kapur yang akan digunakan, biasanya ia dilihat pada warna mortar tersebut. Mortar ini dibiarkan selama 7 hari-10 hari sebelum digunakan
Mortar Compo:
Mortar compo adalah campuran simen, kapur dan pasir dengan nisbah bancuhan 1 bahagian simen, 1 bahagian kapur dan 6 bahagian pasir (1:1:6), atau 1 bahagian simen, 2 bahagian kapur dan 9 bahagian pasir (1:2:9), nisbah campuran ini boleh diubahkan mengikut kekuatan atau jenis kerja yang dikehendaki. Mortar ini dudah digunakan semasa melepa datau diratakan berbanding dengan hanya mortar simen sahaja. Ia juga cepat keras
Mortar Warna:
Mortar warna boleh dibuat dengan cara mencampurkan bahan pewarna (pigment) kepada mortar simen. Bahan pewarna boleh didapati dalam bentuk tepung yang kering dan terdapat dalam berbagai-bagai warna. Pemilihan warna ini adalah bergantung pada tempat yang hendak digunakan. Contohnya warna yang terang untuk mendapatkan suasana yang cerah
Mortar Kalis Air:
Mortar kalis air ini ialah dari mortar jenis biasa juga tetapi ia dicampurkan dengan bahan-bahan kalis air yang mana dijual dalam keadaan tepung, keping dan cair. Tujuannya ialah untuk memenuhi lubang-lubang halus pada mortar bagi mengelakkan air meresap masuk kedalam dinding bangunan. Bahan kalis air sesuai juga digunakan dengan disapukan terus pada dinding.
Kadar campuran bahan kalis air :
Keadaan tepung
Kadar campuran yang sesuai ialah 1 bahagian simen dan 2 @ 4 bahagian pasir bercampur dengan 2% hingga 5% bahan kalis air.
Keadaan keping:
Kadarnya ialah 1 bahagian kepingan bahan kalis air, 10 bahagian air dikacau sehingga sebati yang mana simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering sebelum larutan tadi dicampur dan digaulkan
Keadaan cecair:
Kadar campuran yang biasa 1 litre bahan kalis air kepada setiap 15 litre air. Simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering. Dicampur dengan larutan tadi dan digaulkan sehingga sebati dan sesuai digunakan.

Khamis, 7 Januari 2010
Rabu, 6 Januari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)