Sabtu, 28 Februari 2015
Isnin, 16 Jun 2014
KADAR HARGA
MENGIRA KADARHARGA
¡ Menyaring
kuantiti – ia merupakan satu proses pengukuran kuantiti setiap kerja mengikut
unit-unit ditentukan sebagaimana dalam Standard Method Measurement (SMM) dan
Civil Engineering Standard Method Of measurement (CESMM). Penyaringan kuantiti
mengikut piawai yang digariskan akan memudahkan semua pihak yang terlibat bagi
tujuan menentukan kuantiti, membuat pecahan item seterusnya membuat susunan
yang mudah difahami dan praktikal sama ada dalam bentuk elemen bangunan, tred
atau aktiviti pembinaan. Ia juga bertujuan untuk menyemak kuantiti bagi
menentukan kuantiti sebenar.
MENGANALISIS KADAR HARGA
¡
Ia merupakan satu proses mengira kadar harga
bagi satu unit item, kemudian membuat perbandingan dengan kadar harga sedia-ada
bagi menentukan kemunasabahannya. Penganalisaan kadar Harga mengambil kira kos
bahan ditambah dengan pembaziran, kos upah buruh mengikut angkatapnya, kos sewa
jentera dan mesin juga dalam angkatapnya dan akhirnya kesemua kos sumber di
atas ditambah dengan peratusan untung kasar dan kos pengurusan. Kesemua jumlah Kos ini dipanggil Kadar Harga bagi
satu unit item kerja.
¡
Adalah
menjadi amalan yang baik untuk kontraktor menganalisis kadar harga setiap kali
membuat anggaran projek dan tender. Lokasi lazimnya mempengaruhi kadar harga
sebagai contoh kadar harga kawasan Kuala Lumpur berbeza dengan kadar harga di
Kota Baru.
MEMUKTAMADKAN JUMLAH HARGA TENDER
Memuktamadkan
Jumlah Harga Tender merupakan satu proses menjumlahkan kesemua kos bagi kerja Awalan, Kos Pembinaan, Wang Peruntukan Sementara dan Wang Kos Prima dan
lain-lain kos yang tersenarai dalam Ringkasan Tender. Jumlah ini juga akan
dimasukkan ke dalam Borang Tender dan ianya Muktamad.
Jumlah Harga Tender yang muktamad akan menjadi asas kepada kontrak di
antara kontraktor dan pemilik. Sekiranya berlaku kesilapan tadi perlu
diselaraskan mengikut Jumlah Harga Tender. Ianya
perlu dibuat sebelum kontrak ditandatangani.
Kos
Anggaran Untuk Binaan Rumah
Harga
pembinaan sesebuah rumah dalam kaki persegi bergantung kepada harga pasaran
atau harga dikawasan tempat anda. Kebiasaannya untuk binaan rumah baru anggaran kos sekaki minima Rm 80
(di kampung) dan rm 120 (di bandar) tidak termasuk kos dekorasi dalaman rumah
dan perabut (interior design + furniture), kos mendapatkan keluasan pelan rumah
banglo dan perlantikan konsultan terlibat dalam proses mendapatkan kelulusan
hingga pembinaan selesai
Harga sekaki
persegi bergantung kepada faktor berikut
-Lokasi
rumah banglo di bina (di kampung atau di bandar)
-Keluasan
Rumah, Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian rumah
.
-Rupa
Bentuk Permukaan Tanah (Rata,Cerun,Hutan dll)
-Rekebentuk
pelan dan fesad atau tapak (4 tapak )serta rekabentuk bumbungnya
-Kontraktor yang di pilih berdasarkan pengalaman, kepakaran dan hasil
kualiti binaan banglo dibina
ANGGARAN HARGA
BERDASARKAN KELUASAN LANTAI BINAAN.
Ø RM
80 -RM 100/KP - KUALITI DAN KEMASAN KURANG MEWAH
Ø RM 110 -RM 150/KP - KUALITI DAN KEMASAN SEDERHANA MEWAH
Ø RM 160 -RM 200/KP - KUALITI DAN KEMASAN MEWAH
Ø RM 210 /KP KE ATAS - KUALITI DAN KEMASAN PALING MEWAH
Ahad, 15 Jun 2014
KONTRAK KOS
ØKontrak untuk Binaan Bangunan ada pelbagai kaedah yang selalu digunapakai oleh kontraktor untuk menentukan kos Binaan seperti :
l1) Harga Pukal (Lump Sump)
l2) Senarai Kuantiti (Bill Of Quantities)
l3) Kontrak Kos Campur (Cost Plus Fee)
l4) Sebut Harga
HARGA PUKAL
¡Merupakan kontrak yang berdasarkan kepada lukisan spesifikasi manakala kuantiti bukan sebahagian daripada kontrak. Tawaran harga kontrak adalah berdasarkan jumlah harga pukal. Kontrak ini mempunyai pelbagai implikasi samaada kontraktor mendapat keuntungan yang banyak atau kerugian yang tidak dijangka. Tiada kos tambahan diperuntukan sekiranya berlaku kerja-kerja yang tidak dijangka. Kontraktor akan dibekalkan dengan lukisan spesifikasi dan maklumat penting oleh majikan. Kontraktor perlu menyediakan senarai bahan dan membuat penganggaran sendiri yang lengkap berdasarkan lukisan spesifikasi serta syarat-syarat kontrak
¡Implikasi kontrak jenis ini kepada kontraktor dalam merancang pengurusan tapak adalah seperti berikut:-
§Kontraktor perlu menyaring (Taking Off) sendiri keperluan sumber sesuatu kerja di tapak.
§
§Kuantiti sesuatu bahan yang disaring mungkin bersifat semasa, sekiranya kontraktor ingin membuat pesanan pukal semua saringan kuantiti bagi bahan yang sama perlu dimuktamadkan
SENARAI KUANTITI (BILL OF QUANTITIES)
¡Kontrak berdasarkan senarai kuantiti adalah jenis kontrak dokumen yang mengandungi satu bahagian senarai bahan yang memperincikan butiran item kerja yang disaring dari lukisan, disusun mengikut elemen bagunan atau tred. Kontraktor perlu menghargakan sesuatu kerja degan kadar harga yang sesuai tampa perlu mengukur sendiri kuantiti dari lukisan. Terdapat dua jenis kuantiti iaitu :
§Tetap
Ia adalah perihal senarai kuantiti yang mengandungi kuantiti sesuatu item yang tetap
§
§
§Sementara (Provisional)
§Kuantiti dalam senarai bahan yang dinyatakan sementara akan diukur semula setelah sesuatu kerja disiapkan bagi mendapatkan kuantiti muktamad.
¡Implikasi penggunaan kontrak jenis ini kepada pengurusan tapak adalah :-
§Memudahkan kontraktor untuk merancang kerja-kerja ditapak kerana kuantiti bahan sesuatu item telah disediakan.
§
§Bagi keperluan jentera dan mesin, kontraktor perlu juga mengenalpastinya melalui lukisan.
KONTRAKTOR KOS CAMPUR (COST PLUS FEE)
¡Dalam kontrak ini, kontraktor dibayar semula kos sebenar bahan dan buruh serta dicampur dengan bayaran caj/yuran dan keuntungan . Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan, manakala wang kos prima merupakan kos yang melibatkan perkara-perkara seperti kos bahan, kos perkerja dan kos peralatan/jentera.
¡
¡Kos pengurusan dan keuntungan dipersetujui terlebih dahulu dalam bentuk peratus tambahan keatas tiga kos yang yang telah disebutkan. Sistem kontrak ini sesuai untuk projek yang rumit dengan skop kerja yang sukar ditentukan dan perlu disiapkan dengan segera. Peratus keuntungan akan bertambah sekiranya majikan berpuashati dengan mutu kerja dan masa penyiapan kerja.
¡Implikasi penggunaan kontrak jenis ini kepada pengurusan tapak adalah :-
§Kontraktor perlu sentiasa bersedia untuk menjalankan kerja-kerja sekiranya dilantik.
§
§Masa Menyiapkan kerja perlu dipercepatkan jadi kontraktor perlu merancang semua keperluan kerja seperti penghantaran bahan binaan, pengawalan pekerja dan penggunaan mesin dan jentera dapat dioptimumkan.
SEBUT HARGA
¡Ianya merupakan kontrak yang melibatkan persetujuan menyerahkan kerja kepada kontraktor oleh majikan menggunakan dokumen ringkas. Satu set dokumen kontrak hendaklah ditanda tangani oleh kedua-dua pihak dan salinan asal disimpan oleh pelanggan. Biasanya kontrak ini digunakan bagi kerja-kerja yang memerlukan penyiapan segera dan kontigensi.
¡Implikasi penggunaan kontrak jenis ini kepada pengurusan tapak adalah :-
§
§Kontrak perlu sentiasa bersedia untuk menjalankan kerja sekiranya dilantik.
§
§Masa penyiapan kerja perlu dipercepatkan jadi kontraktor perlu merancang semua keperluan kerja seperti penghantaran bahan binaan, pengawalan pekerja dan penggunaan mesin dan jentera dapat dioptimumkan.
Isnin, 19 Mei 2014
Jumaat, 16 Mei 2014
Rabu, 14 Mei 2014
Rabu, 7 Mei 2014
Langgan:
Catatan (Atom)














































