Khamis, 14 Januari 2010

PAKAIAN KESELAMATAN

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih/pekerja tentang pentingnya keselamatan diamalkan di tempat kerja. Dengan maklumat dan pengetahuan yang diberikan akan membolehkan pelatih/pekerja menilai dan jenjangkakan akan kemalangan yang mungkin berlaku yang berkemungkinan akan melibatkan nyawa atau kecederaan.

PENERANGAN
1.‘UTAMAKAN KESELAMATAN’. Inilah sikap yang mesti diamalkan setiap masa sebagai asas tindakan-tindakan yang akan diambil mengelakkan sebarang kemalangan di dalam bengkel dan tempat kerja seperti:
a.Kecederaan pekerja yang berkenaan.
b.Kecederaan kepada orang lain.
c.Kerosakan mesin-mesin, alat-alat dan bahan-bahan di dalam bengkel yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kerugian.

2.Kebanyakan kemalangan dalam bengkel boleh dielakkan sekiranya langkah-langkah pengawasan diambil terlebih dahulu untuk mengadakan suasana dan juga teknik atau cara-cara bekerja yang selamat.

3.Perkara-perkara penting yang mesti dipastikan bagi mengadakan suasana bekerja yang selamat adalah seperti berikut:
•Keselamatan individu
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah tidak selamat. Kasut atau but keselamatan yang bahagian hadapannya diperbuat dari keluli adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki. Capal atau sandal tidak seharusnya digunakan.

•Perlindungan mata
Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada mata. Maka cermin mata, cermn mata keselamatan (goggle) atau pelindung muka hendaklah
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah tidak selamat. Kasut atau but keselamatan yang bahagian

4.Perimustahaknya berpakaian sempurna.

a.Pakaian yang paling sesuai ialah ‘overall’ atau pakaian tukang dandang (boiler’s suit). Kenakan semua butang dan lengan baju panjang hendaklah digulung keparas atas siku.
b.Jangan memakai jam tangan atau cincin.
c.Pakai alat perlindungan mata (goggles) jika menggunakan mesin.
d.Pakai kasut yang selamat.
e.Pakai topi keselamatan (safety helmet)

1 ulasan:

  1. saya ingin berbagi dengan Anda semua tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari perusahaan pinjaman yang sangat baik dan jujur ​​​​yang terdaftar di Amerika Serikat, karena saya melamar sebagai pinjaman awal, saya butuh beberapa dokumen untuk memenuhi persyaratan mereka tetapi insya Allah saya lulus dan bekerja dengan lancar sebagai pengusaha. hubungi whatsapp: +18632310632 / pedroloanss@gmail.com untuk semua jenis bantuan keuangan seperti pinjaman dan fasilitas investasi.

    BalasPadam