Isnin, 7 Jun 2010

PERMOHONAN MENDAPATKAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN

Permohonan-permohonan mendapatkan kelulusan pelan bangunan rumah sesebuah atau tambahan / pindaan

Tujuan

Untuk kawalan pembangunan dan perancangan yang teratur di sekitar Majlis Perbandaran bagi jangkamasa panjang. Semua binaan hendaklah mendapat kelulusan majlis. Ia perlu bagi memastikan :

Penyeragaman sebarang kerja pembinaan atau Tambahan/Ubahsuai bagi pemilik-pemilik bangunan di kawasan Majlis Perbandaran.


KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Ya, sekiranya anda

Mempunyai tanah milik sendiri (nama anda tercatat dalam geran tanah berkenaan)

Jika nama anda belum dimasukan ke dalam geran tanah, dokumen perjanjian jualbeli yang disahkan oleh pengamal undang-undang boleh diterima

Syarat nyata tanah adalah bangunan (pemilik tunggal) atau pertanian (milik bersama)

Menyewa tanah orang lain hendaklah mendapat perjanjian persetujuan yang sah dari tuan tanah

Andainya tanah adalah milik bersama, maka persetujuan dari kesemua pemilik hendaklah diperolehi.


BAGAIMANA MEMOHON

Sekiranya anda bercadang membina sebuah rumah pelan, cadangan hendaklah disediakan oleh :

Arkitek berdaftar

atau

Pelukis Pelan Yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran
(Senarai pelukis pelan boleh diperolehi di Majlis Perbandaran)

Had Bangunan tidak melebihi 2 tingkat dan tidak melebihi 300 meter persegi keluasan lantai

Arkitek atau Pelukis Pelan Bangunan Berdaftar ini hendaklah dipilih dan dilantik sendiri oleh pemilik dan akan berurusan dengan Majlis Perbandaran bagi pihak pemilik


DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI

Permohonan boleh dibuat dengan datang sendiri ke Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran serta mengemukakan Borang A yang diisi lengkap beserta kiraan yuran pelan dan dokumen-dokumen seperti berikut :-

Bagi Cadangan Bangunan Baru / Tambahan Dan Pindaan

Salinan resit bayaran Cukai Taksiran terkini

1 salinan geran tanah (atau apa-apa bukti hak milik)

4 set pelan bangunan yang lengkap ditandatangani serta dilipat satu persatu kepada saiz A4 ( 1 set dibuat di atas linen dan 3 set di atas kertas) kesemuanya hendaklah diwarnakan.

Surat persetujuan pemilik bersama tanah dan disahkan oleh pengawal undang-undang, Penghulu atau Pesuruhjaya sumpah.

Mengikut akta 133, Akta Jalan, Parit & Bangunan Di bawah seksyen 42 (1), Kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Majlis Perbandaran hendaklah didapati untuk meletakkan bahan-bahan binaan bangunan.

Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan anda didakwa di bawah seksyen42 (3) yang membawa denda tidak lebihRM 1 000.00 dan denda tambahan tidak lebih dari RM 100.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas 24 jam menerima notis secara bertulis dari Pihak Penguasa Tempatan Majlis Perbandaran, untuk membuang bahan-bahan itu.


Apakah yang dimaksudkan dengan Tambahan Haram?

Mengikut Akta 133, Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 di bawah seksyen 70 Sub- Sek(16)

Yang dimaksudkan dengan bangunan, tambahan dan pindaan haram ialah sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan tanpa mendapat kelulusan secara bertulis dari Majlis Perbandaran

Kegagalan mematuhi syarat boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 10 000.00 dan denda tambahan sebanyak RM 250.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan. Ia adalah mengikut Seksyen 70 (13) Undang-Undang Malaysia Akta Jalan, Parit dan Bangunan Akta 133



DIMANAKAH PERMOHONAN DISERAHKAN

Borang yang telah siap diisi beserta dengan kiraan yuran pelan dan dokumen lengkap boleh diserahkan terus ke Jabatan Pelan Bangunan, Majlis Perbandaran

4 ulasan:

  1. nak tanya tuan utk pelukis pelan yg berdaftar dgn pbt tu adalah yg mempunyai Ar atau hanya pelukis plan biasa saja

    BalasPadam
  2. Bolehkah Saya mendirikan sebuah rumah diatas tanah yang diistilahkan kawasan kampong tanpa memohon kebenaran dari (pbt) mpkj terlebih dahulu adakah is satu kesalahan?

    BalasPadam
  3. Kalau nk mohon epf akaun 2 blh ke?tnah nama isteri lot pembangunan

    BalasPadam