Khamis, 23 Mei 2024

KONTRAKTOR & SUB-KONTRAKTOR

 

DEFINISI KONTRAKTOR DAN KERJA PEMBINAAN

DEFINISI 'KONTRAKTOR'

Kontraktor merupakan seseorang yang

mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan. Kontraktor yang telah menyempurnakan apa-apa kontrak bagi kerja pembinaan atau telah menjalankan, menguruskan atau menyiapkan kerja-kerja pembinaan adalah disifatkan sebagai seorang kontraktor melainkan jika dibuktikan sebaliknya. 

 

DEFINISI 'KERJA PEMBINAAN'

Kerja pembinaan merujuk kepada perobohan, pembaharuan, pengubahsuaian, pembaikan, pemasangan, penyambungan, perombakan dan pembinaan.

 

  • Sebarang kerja yang membentuk bahagian yang penting adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (i) hingga (v), termasuklah pemindahan tanah, penyelidikan dan pembaikan tanah, pembersihan tapak, pemulihan, peletakan batu asas dan penggalian.
  • Perolehan kelengkapan, bahan binaan atau pekerja, semestinya bagi mana-mana kerja yang dinyatakan dalam peranggan (i) hingga (v). 
  1. bangunan, bangunan besar, binaan, dinding, struktur, pagar, dinding atau cerobong sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya 
  2. menjalankan kerja pelabuhan, laluan kabel, terusan, jalan, atau padang terbang
  3. kerja pengawalan sungai, saliran atau tali air.
  4. kerja-kerja elektrik, air, mekanikal, gas, telekomunikasi atau petrokimia
  5. jejambat, empangan, jambatan, kerja tanah, takungan, salur najis, talian paip, pembentung, akueduk, syaf, terowong, pemacu atau kerja penebusgunaan. 

KESIMPULAN

Dalam kesimpulanya, kontraktor adalah individu atau entiti yang bertanggungjawab untuk melaksanakan atau menguruskan pelbagai jenis kerja pembinaan. Mereka menawarkan perkhidmatan seperti pemasangan, pembinaan struktur dan pembaharuan.

 

 

 

 

 

 

 

SUB KONTRAKTOR

Siapakah Sub Kontraktor?

Sub Kontraktor ialah kontraktor kecil yang dilantik terus oleh kontraktor atau pemborong utama bagi melaksanakan kerja-kerja mengikut tred atau kepakaran masing-masing.

Sebagai contoh, katakan untuk pelaksanaan suatu projek pembinaan sebuah jambatan baru di Gemas, Negeri Sembilan. Kontraktor utama mungkin akan melantik sub kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja seperti memasang 'suspended beam', kerja-kerja menanam cerucuk atau kerja-kerja pembinaan permbukaan jalan di atas jambatan.

Pelantikan sub kontraktor adalah berkemungkinan, kontraktor utama tidak mempunyai kepakaran atau kemahiran untuk bidang-bidang tertentu.

Mengikut kebiasaan, sub kontraktor dilantik melalui penerimaan sebutharga yang terbaik dan mempunyai pengalaman kerja sebelum sesuatu kerja dalam kontrak utama itu dilaksanakan. Setelah sebutharga itu diterima, satu surat setujuterima akan dikeluarkan sendiri oleh kontraktor utama kepada sub kontraktor.

Terma pembayaran untuk sub kontraktor adalah bergantung kepada peratus kerja yang dilaksanakan atau workdone di tapak atau berdasarkan konsep 'back to back' iaitu sub kontraktor akan menerima pembayaran setelah kontraktor utama menerima pembayaran daripada pihak klien.


Walaubagaimanapun, kerap kita dengar pelbagai masalah berkaitan sub kontraktor antaranya adalah seperti berikut:

  • Sub kontraktor tidak mendapat bayaran dari kontraktor utama
  • Sub kontraktor lari atau cabut ketika projek sedang berjalan atas masalah-masalah dalaman seperti kewangan atau buruh tidak mencukupi
Oleh yang demikian, peranan sub kontraktor adalah amat penting untuk penyiapan suatu projek, tetapi dengan syarat, perlaksanaan kerja perlu mengikut speksifikasi yang ditetapkan dan kaedah pembayaran oleh kontraktor utama kepada sub kontraktor perlulah konsisten.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan