Sabtu, 6 Julai 2024
Khamis, 23 Mei 2024
KONTRAKTOR & SUB-KONTRAKTOR
DEFINISI KONTRAKTOR DAN KERJA PEMBINAAN
DEFINISI 'KONTRAKTOR'
Kontraktor merupakan seseorang yang
mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan. Kontraktor yang telah menyempurnakan apa-apa kontrak bagi kerja pembinaan atau telah menjalankan, menguruskan atau menyiapkan kerja-kerja pembinaan adalah disifatkan sebagai seorang kontraktor melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
DEFINISI 'KERJA PEMBINAAN'
Kerja pembinaan merujuk kepada perobohan, pembaharuan, pengubahsuaian, pembaikan, pemasangan, penyambungan, perombakan dan pembinaan.
- Sebarang kerja yang membentuk bahagian yang penting adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (i) hingga (v), termasuklah pemindahan tanah, penyelidikan dan pembaikan tanah, pembersihan tapak, pemulihan, peletakan batu asas dan penggalian.
- Perolehan kelengkapan, bahan binaan atau pekerja, semestinya bagi mana-mana kerja yang dinyatakan dalam peranggan (i) hingga (v).
- bangunan, bangunan besar, binaan, dinding, struktur, pagar, dinding atau cerobong sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya
- menjalankan kerja pelabuhan, laluan kabel, terusan, jalan, atau padang terbang
- kerja pengawalan sungai, saliran atau tali air.
- kerja-kerja elektrik, air, mekanikal, gas, telekomunikasi atau petrokimia
- jejambat, empangan, jambatan, kerja tanah, takungan, salur najis, talian paip, pembentung, akueduk, syaf, terowong, pemacu atau kerja penebusgunaan.
KESIMPULAN
Dalam kesimpulanya, kontraktor adalah individu atau entiti yang bertanggungjawab untuk melaksanakan atau menguruskan pelbagai jenis kerja pembinaan. Mereka menawarkan perkhidmatan seperti pemasangan, pembinaan struktur dan pembaharuan.
SUB KONTRAKTOR
Siapakah Sub Kontraktor?
Sub Kontraktor ialah kontraktor kecil yang dilantik terus oleh kontraktor atau pemborong utama bagi melaksanakan kerja-kerja mengikut tred atau kepakaran masing-masing.
Sebagai contoh, katakan untuk pelaksanaan suatu projek pembinaan sebuah jambatan baru di Gemas, Negeri Sembilan. Kontraktor utama mungkin akan melantik sub kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja seperti memasang 'suspended beam', kerja-kerja menanam cerucuk atau kerja-kerja pembinaan permbukaan jalan di atas jambatan.
Pelantikan sub kontraktor adalah berkemungkinan, kontraktor utama tidak mempunyai kepakaran atau kemahiran untuk bidang-bidang tertentu.
Mengikut kebiasaan, sub kontraktor dilantik melalui penerimaan sebutharga yang terbaik dan mempunyai pengalaman kerja sebelum sesuatu kerja dalam kontrak utama itu dilaksanakan. Setelah sebutharga itu diterima, satu surat setujuterima akan dikeluarkan sendiri oleh kontraktor utama kepada sub kontraktor.
Terma pembayaran untuk sub kontraktor adalah bergantung kepada peratus kerja yang dilaksanakan atau workdone di tapak atau berdasarkan konsep 'back to back' iaitu sub kontraktor akan menerima pembayaran setelah kontraktor utama menerima pembayaran daripada pihak klien.
Walaubagaimanapun, kerap kita dengar pelbagai masalah berkaitan sub
kontraktor antaranya adalah seperti berikut:
- Sub kontraktor tidak mendapat bayaran dari kontraktor utama
- Sub kontraktor lari atau cabut ketika projek sedang berjalan atas masalah-masalah dalaman seperti kewangan atau buruh tidak mencukupi
PENYEDIAAN BATA KEKUNCI (INTERLOCKING BRICK)
01.01 MENGENALPASTI ALAT DAN BAHAN.
01.02 MENGENALPASTI PANDUAN MEMILIHAN TANAH.
01.03 MENGENALPASTI NISBAH CAMPURAN.
01.04 MENGENALPASTI PROSES PEMBUATAN BATA
KEKUNCI.
01.05 MENGENALPASTI PROSES PENYUSUNAN DAN
PENGAWETAN
MODUL INI MENGANDUNGI PROSES PENYEDIAAN BATA KEKUNCI DAN PENGENALAN TERHADAP MESIN UNTUK MENGAHASILKAN BATA KEKUNCI YANG BERKUALITI BAGI MENGIKUT KEHENDAK PIAWAIAN
TUJUAN :
Untuk menerangkan kaedah yang betul pembuataan bata kekunci Selain itu, bagi meningkatkan kefahaman kita kepada setiap bahan dan alat yang digunakan. Laporan ini juga dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan jika menghadapi masalah untuk menghasilkan bata kekunci.
PENGENALAN :
Melakukan proses penyediaan bata kekunci memerlukan kemahiran dan latihan yang berterusan untuk menjadikan kita mahir dalam pengunaan serta pemilihan bahan.Selain daripada itu kemahiran pengunaan mesin untuk menghasikan bata kekunci juga perlu diutamakan bagi mengelakan sebarang kemalangan serta penyalahgunaan mesin.
Untuk menjalankan langkah-langkah penyediaan bata kekunci yang bermutu tinggi ini kita perlu melakukan persediaan bahan yang sesuai untuk digunakan.Contohnya pasir, simen dan tanah merah.Begitu juga dengan peralatan seperti mesin pehancuran,mesin penapis,mesin silo, mesin campuran,mesin tekanan hidraulik. Seterusnya, kita hendaklah mematuhi peraturan dan mementingkan keselamatan diri seperti memastikan tempat yang sesuai untuk melakukan proses penyediaan bata kekunci.Contohnya pastikan kawasan kerja tidak selerak,kawasan terbebas dari benda-benda tajam bagi mengelakkan risiko berlakunya kemalangan dan elakkan daripada terdedah di kawasan yang tidak berbumbung bagi mengelakan kerosakan peralatan sekiranya hujan.
CONTOH BAHAN-BAHAN :
Pasir
Tanah Merah
Simen
CONTOH PERALATAN MESIN :
Mesin Penghancur
Mesin Pengayak
Mesin Silo
Mesin Campuran
Mesin Hidraulik
PANDUAN PEMILIHAN TANAH :
1. MENCARI TANAH YANG BAIK
Kandungan tanah berbeza dengan setiap sumber yang berbeza.
a) Tanah yang mempunyai kandungan tanah liat antara 15% hingga 35%.Jika menggunakan kandungan tanah liat yang sangat tinggi, permukaan luar blok tidak sempurna apabila diberi tekanan akan menyebabkan keratakan permukaan, ini adalah kerana :
· Mampatan dari tanah liat yang mengembang apabila dilepaskan tekanan.
· Kandungan
air dalam campuran
b) Tanah yang bebas dari akar, daun dan rumput (bahan organic yang menghalang penetapan simen
UJIAN VISUAL
a) Menggali lubang sedalam 1meter.
b) Lihat lapisan yang berbeza daripada tanah.
c) Adakah tanah berpasir atau mempunyai ketulan.
d) Sekiranya ia mempunyai ketulan dan keretakan di dalam maka tanah tersebut adalah tanah
liat.
Ujian Visual
UJIAN BASUH
a)
Ambil sedikit tanah di tangan, tuangkan air di
atasnya, kemudian gosokka
b)
Adakah ia berasa cekal atau sabun.
· Jika cekal ia terdapat banyak pasir
·
Jika sabun ia terdapat tanah liat
c) Cuci tangan dengan air, jika mencuci dengan mudah maka ia lebih kepada pasir atau lumpur. Jika ia adalah sukar untuk mencuci dan meninggalkan warna di tangan, maka terdapat banyak tanah liat.
Ujian Basuh
UJIAN PENGECUTAN
a) Isi satu petak 60cm panjang x 4cm dalam x 4cm lebar dengan tanah basah.
b) Mengikis tanah dan biarkan kering di bawah cahaya matahari selama 5 hari
c) Selepas 5 hari kemudian ukur pengecutan
d) Jika pengecutan adalah tidak lebih daripada 10mm maka tanah pasir (mungkin sukar untuk mengendalikan blok semasa pengisian bata).
e) Jika pengecutan melebihi 60mm maka tanah memerlukan banyak tanah liat (Pasir perlu ditambah atau mencari lagi satu sumber tanah)
f) Sebuah tanah sesuai mengecut sekitar 20mm -40mm
Ujian Pengecutan
UJIAN JAR
a) Isikan yang berat sebelah, baling lurus rata berdasar 1/3 dengan tanah.
b)
Isikan kepada 2/3 dengan air.
Ujian JAR
c) Goncangkan selama 1minit Tinggalkan selama 24 jam.
e) Selama 24 jam mengukur lapisan tanah liat dan pasir (tebal)
· Tanah liat dan lodak – lapisan atas
· Pasir dan batu – lapisan bawah.
f) Sebaik-baiknya mesti ada 15% - 35 % kelodak dan tanah liat. Jika kandungan tanah liat dan kelodak lebih daripada 35% keatas bermakna kandungan tanah liat dan kelodak adalah tinggi
UJIAN KANDUNGAN PASIR DALAM TANAH
a) Sediakan balang kaca, tandakan 1 garisan 4mm dan satu garisan 12mm.
b) Masukkan tanah merah sehingga paras garisan 4mm yang ditanda pada balang kaca.
c)
Masukkan air sebanyak 12mm pada garisan yang
ditanda.
d) Goncangkan balang kaca yang di isi dengan campuran tanah merah dan air selama 15 minit.
e) Tinggalkan selama 48 jam.
f) Selepas 48 jam, buat pengukuran peratusan berdasarkan kandungan bahan dalam balang kaca.
j) Air pada lapisan pertama, tanah lapisan kedua, manakala pasir pula lapisan paling bawah iaitu di lapisan ketiga
NISBAH CAMPURAN :
Sukat hasil teori setiap beg simen dan per 3m tanah.Hasil umum untuk bata 01:10 struktur utama adalah 70 hingga 80 biji bata bagi setiap 50kg beg simen dan kirakira 110 bata per 3m tanah yang baru ditapis
1. Tidak melebihi daripada 90 biji bata dari 1 beg simen,disebabkan kandungan simen dan kekuatan bata akan rendah
1 Mpa (Mega Pascal) = 10kg / 2cm = 1000 kpa =145 psi
2. K Kekuatan sekat dan kualiti dipengaruhi oleh kandungan simen, menyembuhkan tempoh
(minimum 7 hari).Garis panduan berdasarkan 42, 5N OPC (simen) pada 28 hari adalah anggaran
sahaja. Faktor-faktor lain boleh mempengaruhi kekuatan bata.
PROSES PEMBUATAN BATA KEKUNCI :
TANAH
a) Memastikan tanah disimpan pada tempat yang kering.
b) Kuantiti campuran tanah adalah berdasarkan jadual bahan yang ditetapkan
PASIR
a) Menggunakan pasir halus.
b) Kuantiti campuran pasir adalah berdasarkan jadual bahan yang ditetapkan
SIMEN
a) Kuantiti simen yang digunakan adalah berdasarkan jadual bahan yang ditetapkan
ALIRAN PERBUATAN
a) Penghancuran
· Langkah pertama, tanah mestilah dimasukan ke dalam mesin penghancur
untuk menghasilkan tanah yang halus.
· Tanah perlu dibawa ke tahap lain oleh penghantaran.
Pengayakan
· Langkah kedua,tanah dimasukan kedalam mesin pengayakan untuk memisahkan batu kecil.
c) Silo
· Langkah ketiga, tanah ini ditempatkan didalam silo bagi proses seterusnya.
d) Campuran
· Langkah keempat daripada silo, tanah dihantar ke mesin pengadun.
· Selepas
mendapat jumlah yang tepat tanah halus, campuran pasir dengan simen dan air.
· Pastikan campuran semuanya tepat sebelum ke peringkat seterusnya.
e)
Mesin
hidraulik.
· Langkah terakhir, campuran dibawa ke mesin hydraulik oleh penghantaran.
· Campuran diletakkan di dalam acuan dan dimampatkan menggunakan hidraulik
· Produk akhir sedang menjalani pemeriksaan visual bagi memastikan ia memenuhi spesifikasi yang sesuai dan dalam keadaan yang baik.
Bata yang telah siap dicetak hendaklah melakukan kerja pengukuran pada setiap bata bagi mendapatkan ukuran yang tepat seperti yang ditetapkan dalam saiz bata
PROSES PENYUSUNAN DAN PENGAWETAN BATA KEKUNCI:
Apa sahaja simen digunakan, ia adalah amat penting untuk merawat dengan betul.Simen memerlukan kelembapan untuk mendapatkan kekuatan (untuk hidrat) .Simen juga memerlukan 28 hari untuk mendapatkan kekuatan penuh ia hanya mencapai kira-kira 65% kekuatan dalam 7 hari pertama, dan kira-kira 85% dalam 14 hari . Pengawetan adalah penting bagi mendapatkan kekuatan maksimal.
1. Membuat dan menyusun bata di mana akan membina, ia lebih murah dan lebih mudah untuk pergerakan bata.
2. Susun bata sebanyak 5 lapisan ataupun 7 lapisan melebar, ianya bergantung kepada saiz pallet.
3. Pada keesokan hari, buka penutup (plastik penutup) untuk proses rawatan.Kebiasaannya dilakukan 2 kali sehari iaitu pada petang dan pagi.Kemudian tutup semula dengan plastik penutup tadi.
4. Bata kekunci yang telah disusun diatas pallet hendaklah ditutup untuk mengelakkan ianya dari pengecutan atau pengeringan yang terlampau cepat yang mengakibatkan keretakan pada bata.
5. Bata tersebut hendaklah sentiasa ditutup dan dilembabkan selama 14 hari.Bata kekunci akan bertambah kuat sekiranya rawatan lebih lama.
6. Pastikan bata yang disusun diatas pallet ditutup supaya ianya tidak mengering.Pada bahagian tepi pallet bata tersebut hendaklah dibalut
7. Kaedah merawat bata boleh dilakukan dengan cara melembabkan dengan menggunakan sembura secara manual atau mesin penyembur.
8. Rawatan ini hendaklah dilindungin daripada hujan, panas dan tiupan angin bagi mengelakkan pera matang berlaku.