Khamis, 23 Mei 2024

PENYEDIAAN BATA KEKUNCI (INTERLOCKING BRICK)

 

01.01  MENGENALPASTI ALAT DAN BAHAN.

01.02 MENGENALPASTI PANDUAN MEMILIHAN TANAH.

01.03 MENGENALPASTI NISBAH CAMPURAN.

01.04  MENGENALPASTI PROSES PEMBUATAN BATA  

          KEKUNCI.

01.05  MENGENALPASTI PROSES PENYUSUNAN DAN

          PENGAWETAN

 

MODUL INI MENGANDUNGI PROSES PENYEDIAAN BATA KEKUNCI DAN PENGENALAN TERHADAP MESIN UNTUK MENGAHASILKAN BATA KEKUNCI YANG BERKUALITI BAGI MENGIKUT KEHENDAK PIAWAIAN

 

 

TUJUAN :

         Untuk menerangkan kaedah yang betul pembuataan bata kekunci Selain itu, bagi meningkatkan kefahaman kita kepada setiap bahan dan alat yang digunakan. Laporan ini juga dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan jika menghadapi masalah untuk menghasilkan bata kekunci.

 

 

PENGENALAN :

 

            Melakukan proses penyediaan bata kekunci memerlukan kemahiran dan latihan yang berterusan untuk menjadikan kita mahir dalam pengunaan serta pemilihan bahan.Selain daripada itu kemahiran pengunaan mesin untuk menghasikan bata kekunci  juga perlu diutamakan bagi mengelakan sebarang kemalangan serta penyalahgunaan mesin.

 

            Untuk menjalankan langkah-langkah penyediaan bata kekunci yang bermutu tinggi ini kita perlu melakukan persediaan bahan yang sesuai untuk digunakan.Contohnya pasir, simen dan tanah merah.Begitu juga dengan peralatan seperti mesin pehancuran,mesin penapis,mesin silo, mesin campuran,mesin tekanan hidraulik. Seterusnya, kita hendaklah mematuhi peraturan dan mementingkan keselamatan diri seperti memastikan tempat yang sesuai untuk melakukan proses penyediaan bata kekunci.Contohnya pastikan kawasan kerja tidak selerak,kawasan terbebas dari benda-benda tajam bagi mengelakkan risiko berlakunya kemalangan dan elakkan daripada terdedah di kawasan yang tidak berbumbung bagi mengelakan kerosakan peralatan sekiranya hujan.

 

 CONTOH BAHAN-BAHAN :

 

Pasir