Rabu, 13 Januari 2010

Construct Hollow Block

PENERANGAN
Blok konkrit ialah blok-blok konkrit tuangan yang dibuat samada berlubang ataupun padu dan digunakan dalam pembinaan bangunan.

Kegunaan blok berongga / berlubang:
Blok berongga / berlubang digunakan dengan meluas dalam binaan bangunan kerana harganya murah dan tahan lama.
-Ianya mudah dicat, dibersihkan dan juga memerlukan perbelanjaan yang sedikit. Membuat binaan dengan blok berongga / berlubang lebih cepat dari bahan lain seperti bata dan sebagainya kerana saiznya lebih besar.
-Blok berongga/ berlubang juga boleh digunakan sebagai bahan sokong kepada tembok bata, genting dan juga batu

-Blok konkrit berongga / berlubang ini mengandungi dua atau tiga lubang yang tembus. Bahagian yang padu adalah 56% hingga 75% dari keseluruhan isipadu konkrit.
-Saiznya yang terdapat pada blok ini ialah 405mm panjang, 75mm -105mm tebal dengan 230mm tingginya

Ciri-ciri dan kandungan blok konkrit :
Tahan lama:
Kebolehan blok untuk menahan beban dan penggunaanya

-Kekuatan
Blok ini boleh menerima beban yang berat, Blok dengan kekuatan yang berbeda boleh digunakan di tempat tempat yang berbeda dalam bangunan.

-Tahan Api
Ujian – ujian yang dijalankan menunjukkan blok konkrit berlubang dapat menahan api dan suhu yang tinggi.

-Rintangan Suara Dan Penyerapan Suara
Blok berlubang merintangi suara dari menembusi. Blok yang berat dan lebih tumpat lebih merintangi suara dari yang lebih ringan dan kurang tumpat

Bentuk – bentuk blok konkrit berlubang / berongga:
Bentuk blok konkrit berongga / berlubang dibuat supaya dapat disesuaikan dengan kehendak akitek dan pembinaannya moden.

Tiada ulasan:

Catat Komen