Rabu, 13 Januari 2010

Pemasangan Lapisan Kalis Lembab dalam kerja-kerja bata

PENERANGAN
Perlu diketahui kedudukan lapisan kalis lembab adalah dalam keadaan melintang dan menegak dan kadangkala terdapat juga disetengah-setengan tempat dimana lapisan kalis lembab tersebut perlu dibengkokkan atau dibentuk. Oleh itu bahan tersebut mestilah :-
Tidak ditembusi air (kelembapan)
Tidak mudah reput atau rosak
Mudah dibentuk

Tempat-tempat yang biasa mengalami kemasukan air kepada bangunan bangunan ialah :
Dari bawah tanah, meresap masuk kedinding atau tiang
Pada tempat tiap-tiap penutup cavity wall.
Pada bahagian atas dinding atau tiang yang terdedah
Pada lantai yang dibuat di atas tanah
Pada ambang bawah tingkap
Pada tepi dinding – contohnya pada dinding penahan tanah atau dinding yang dibina bawah dari paras tanah (basement)

Pada bahagian-bahagian ini mestilah dipasang lapisan kalis lembab yang sesuai supaya dapat memberi kesan yang memuaskan :
Bagi mengelakkan kemasukan atau penyerapan air ke dalam dinding atau tiang dari bawah tanah, bahan kalis lembab yang sesuai ialah seperti bituminous felt, slates dan sheet lead, bahan-bahan lain seperti engineering brick , veetrifield stoneware blocks juga boleh digunakan. Bahan-bahan lapisan kalis lembab ini hendaklah dipasang 150mm atau dilapisan kedua (dinding batu bata) dari paras bumi.
Pada tiap-tiap penutup cavity wall perlu ditutup, walaupun kemungkinan air meresap ke dalam dinding melalui tepi dinding adalah kurang kerana dinding tersebut mempunyai dua lapisan. Tetapi lapisan kalis lembab dibahagian bawah dinding perlu juga dipasang. Pada penutup dinding cavity perlu juga ditutup dengan lapisan kalis lembab kerana bahagian ini menyambung antara dinding luar dengan dinding dalam . Penutup ini biasanya terdapat pada penghujung dinding dan juga pintu.
Pada bahagian atas dinding atau tiang yang terdedah kepada hujan contohnya dinding “parapet” biasanya dibuat coping bagi melancarkan perjalanan air dan mengelakkan air hujan terus masuk ke dinding. Tetapi adalah tidak memadai dengan coping sahaja, sebaliknya hendaklah dipasang dengan lapisan kalis lembab dibahagian bawah coping tersebut.
Biasanya lantai konkrit yang dibuat di atas tanah akan menghadapi penyerapan terus dari tanah. Adalah menjadi masalah bagi menghalang penyerapan tersebut kerana penyerapan ini akan lebih cepat dan lebih tinggi jika terdapat makin halus atau semakin banyak liang-liang seni dalam konkrit. Untuk mengelakkannya hendaklah meletakkan “hardcore” di bawah konkrit, Pada konkrit tersebut juga perlu dipasang dengan lapisan kalis lembab melintang.
Pada ambang bawah tingkap yang dibuat daripada konkrit atau kayu, pada penyambungannya akan menyebabkan penyerapan air kedalam dinding melaluinya. Pada bahagian ini perlu dipasang dengan lapisan kalis lembab. Penghujung ambang ini hendaklah dilekokkan ( throathed ) supaya mengelakkan air mengalir terus kedinding.
Pada tepi dinding contohnya pada dinding penahan tanah (retaining wall) atau dinding yang dibina bawah dari paras tanah (basement) perlu di pasang dengan lapisan kalis lembab menegak dan juga melintang pada lantainya . Lapisan kalis lembab ini boleh dipasang sama ada ditengah dinding atau diluar dinding . Bahan yang sesuai ialah bituminous felt dan juga mastio asphalt.

1 ulasan:

  1. untuk bahagian bumbung bangunan, water proofing jenis apa yang lebih effective penggunaan nya...

    BalasPadam