Rabu, 13 Januari 2010

Pembinaan kerja-kerja Tetulang Bata

TUJUAN PENERANGAN
Sekiranya kekuatan diperlukan dalam pembinaan sesebuah dinding atau tiang batu-bata adalah lebih kukuh dinding atau tiang itu didirikan dengan meletakkan tetulang (reinforced)

Peranan tetulang dalam kerja-kerja batu-bata:
Mengelakkan dari berlakunya ketegangan (tension) dan keretakan kepada dinding atau tiang.
Mengelakkan tapak asas batu-bata dari patah atau tergelincir kebawah apabila tapak asas tersebut dibuat di atas tanah yang tidak sama keupayaan (bearing capacity).
Membantu untuk membina dinding batu bata sebagai alang (beam) di atas pembukaan “opening”.

Peranan tetulang dalam kerja-kerja batu-bata:
Untuk membina dinding penahan menggunakan batu-bata untuk lantai yang tidak berapa luas, tetulang akan memberi kesan yang memuaskan apabila digunakan.
Dinding dan tiang batu bata bertetulang memberi kekuatan yang berlipatganda daripada yang tidak bertetulang. Oleh yang demikian luas kawasan lantai dapat diperbesarkan dan juga dinding atau tiang batu-bata dapat dikecilkan . Ia juga murah, tahan lama dan senang mengerjakannya.

Jenis-jenis dan pemasangan tetulang pada kerja-kerja batu-bata:

Mild Steel Bar:
Sejenis tetulang yang berkesan sekali, baik untuk kerja-kerja melintang dan menegak. Pada dinding melintang ia dipasang pada tiap-tiap empat lapisan atau tiap-tiap satu kaki tinggi. Ini hanya digunakan pada dinding yang tebalnya 9 inci atau lebih

Expended Metal Mesh / Exmet / Wire-mesh:
Dinding batu-bata juga boleh ditambah kekuatan dengan menggukan exmet / expended metal mesh iaitu dipasang pada tiap-tiap 4 lapisan. Ia dibekalkan dalam bentuk bergulung 83m (78 ela) panjang atau dalam bentuk bungkusan 5m (4.7 ela) dengan 3 ukuran yang tertentu iaitu 65mm untuk dinding 102.5mm, 178mm untuk dinding 215mm dan 250mm hingga 305mm untuk dinding yang lebih tebal. Untuk mengelakkan dari berlakunya karat, ia disapu dengan minyak.

Hoop Iron:
Hoop iron ialah kepingan besi leper dan nipis berukuran 25mm x 2mm. Cara pemasangannya adalah sama dengan memasang mild steel bar untuk tetulang melintang. Pada tempat-tempat yang memerlukan sambungan hendak dibuat dengan baik iaitu sama ada secara “single hook joint” atau “double hook joint.

Patent Reinforcement:
“Patent reinforcement” ialah kepingan logam leper nipis terdapat dalam bentuk kepingan melintang dan menegak. Kepingan logam yang menegak ini tingginya kurang dari tebal batu-bata dan jaraknya 225mm termasuk sambungan yang mana ia di paterikan kepada kepingan melintang. Biasanya digunakan pada pembukaan (opening). Patent reinforcement ini dilebihkan dari luas pembukaan bagi memperolehi kekuatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan