Rabu, 13 Januari 2010

Painting Works

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelajar bagi memahami dan mengenalpasti bahan-bahan dan peralatan termasuk menyediakan permukaan untuk kerja-kerja mengecat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan teknik yang betul supaya hasil kerja mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan

PENERANGAN:
Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan meupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukann pada sesebuah bangunan berdasar kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya. Secara am, kebanyakan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat yang terdiri daripada:
a.Cat minyak
b.Cat air
c.Cat distemper
d.Cat kegunaan khas.
e.Kemasan bagi pembinaan kayu pula selain cat, bahan-bahan seperti Sylek, Sempang, Lilin, Lekar plastic dan lekar selulos juga digunakan.

CAT
1.Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalamm perusahan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu bata dan lain-lain lagi.

2.Fungsi cat ialah:
a.Melindungi bahan-bahan perusahan seperti yang tersebut di atas daripada keosakan-kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya.

b.Mencantikkannya pemandangannya.

c.Memudahkan proses pembersihan permukannya.


3.Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi.

4.Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner). Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan.

5.Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentine dan spirit putih.

6.Mutu cat sentaisa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan lain.

7.Jenis-jenis cat yang digunakan ialah:

a.Cat minyak
1)Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengiksidaan.

2)Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan:
a)Lapisan asas – mengandungi cecari minyak l9nsed dan plumbum merah sebagai pewarna.
b)Lapisan alas – mengandungi mnyak linseed, plumbum putih dan minyak pengering yang bermutu.
c)Lapisan kemasan – mengandungi minyak varnish, pewarna dan pelarut yang sesuai sepeprti turpentine.

3)Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah beus dan alat penyembur.

b.Cat air atau cat emulsi:
1)Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air uanuk mencairkannya semasa digunakan.
2)Jenis cat emulisi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat.
3)Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus. Digelek dengan penggelek ataupun disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.

c.Cat Distemper:
1)Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih.
2)Jenis ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadangkala digunakan pada tembok bata dan tembok konkrit.

d.Cat Kegunaan khas:
1)Banyak jenis cat dihasilkan untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:

a)Cat aluminium:
Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering.
Cat ini digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam sepeprti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

b)Cat bitumen:
Cat ini mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen dan ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat sepeprti besi.
Ia Cuma digunakan pada tempt yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan.
Cat ini berharga murah.

c)Cat kalis kulat:
Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat terkandung dalm cat ini.
Kegunaanya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.

d)Cat tahan api:
Cat ini mengandungi ammonium fosft.
Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan terhahdap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahan pembinaan.

e.Syelek:
1)Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Sylek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama ‘lac bugs’ yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tengara.
2)Resin syelek larut di dalam alcohol – ‘methylated spirit’. Sylek digunakan untuk mengilat kayu. Cara mengilat kayu dengan syelek dinamakan ‘French polishing’.
3)Syelek boleh juga digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alcohol untuk digunakan, ataupun secara bancuh siap.
4)Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau cina. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

f.Sampang:
1)Sejenis varnish minyak yang mengandungi resin asli (congo, manila, kauri) atau resin tiruan (phenolics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dengan pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur.
2)Sampang khas digunakan pada kayu, proses pengeringannya mengambil masa selama 12 hingga 24 jam. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air. oleh sebab itu, sesuai digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

g.Kemasan lilin:

1)Ada tiga jenis lilin iaitu::
a)Lilin keras (carnauba dan ceresine)
b)Sederhana (lilin lebah)
c)Lembut (paraflin)

2)Kemasan lilin dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dimasukkan ke dalam ira kayu. Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut.

3)Jika warna diperlukan, pewarna di larutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacaukan serbuk pewarna dalam cecair lilin.

4)Segala kerja hendaklah dibuat jauh daripada api, oleh sebab turpentine digunakan sebagai pelarut dan turpentine ini sangat mudah membakar

h.Lekar plastic:
1)Lekar ini mengandungi resin yang terdiri daripada ‘polyurethane’ alkyd, urea dan lain-lain lagi yang akan mengeras melalui tindak balas kimia dengan bahan pengeras (catalyst).
2)Ada beberapa jenis lekar plastic berupa lutinar, berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan untuk kemasan dalam dan luar.
3)Lekar ini setelah disapu atau disembur mengering dengan cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak dan bersifat merintang bahan kimia,. pelarut api dan sebagainya.

i.Lekar:
1)Lekar yang biaanya digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose). Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering.
2)Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

KEGUNAAN KEMASAN
Pemilihan jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mendapat mutu kemasan yang memuaskan di samping menjimatkan kosnya. Tiap-tiap jenis kemasan mempunyai cirri-ciri yang tersendiri dan Cuma sesuai digunakan untuk jenis-jenis bahan yang tertentu. Jadual yang berikut memberi sebahagian bahan-bahan yang biasa digunakan dan jenis kemasan yang sesuai kepadanya.

JENIS BAHAN JENIS KEMASAN YANG SESUAI
Kayu Cat minyak
Syelek
Sampang
Lekar
Lilin
Lekar plalstik
Keluli Cat minyak
Cat bitumen
Lekar
Lepa simen/gipsum Cat distemper
Cat air/cat emulsi
Cat minyak

CARA MENGECAT
Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut:
a.Persediaan Permukaan – Ini merupakan langkah utama untuk menjamin kejayaan mengecat. Persediaan ini menentukan permukaan yang akan dicat itu licin, besih, kering dan stabil.

b.Bancuhan cat – Kebanyakan cat yang telah lama disimpan mestilah dikacau dengan betul sebelum boleh digunakan. Perhatian hendaklah diambil untuk mengeluarkan lapisan atas yang telah keras sebelum dikacau supaya bahagian yang telah keras tidak bercampur dengan cat. Jika cat itu kotor, ia boleh ditapis dengan kain nipis.

c.Melarut - Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah disapu atau disembur.

d.Keadaan yang sesuai untuk mengecat – Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak berabuk.
e.Mengecat lapisan asas – Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina satu lapisan yang kuat untuk menerima lapisan-lapisan selanjutnya.

f.Penutup – Lubang paku, retak dan tanda-tanda lain hendaklah ditutup selepas cat lapisan asas kerana lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahan-bahan penutup (putty)

g.Mengecat lapisan alas – Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan kemasan.

h.Mengecat lapisan kemasan atau lapisan penghabisan – Memberi lapisan yang berkilat dan licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar, manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurang pemantulan cahaya. Kerja mengecat bleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
1)Disapu dengan berus.
2)Menggunakan penggelek atau rola
3)Dengan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin, tekanan udara, tangki atau bekas sembur dan hos getah.

MENGECAT PERMUKAAN KONKRIT, LEPA DAN BATA
Permukaan konkrit dan lepa bersifat alkali apabila baru dibuat kerana kandungan simen atau kapur di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali ini akan bertindak balas dengan cat dan menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan pengeringannya melalui sejatan mengambil masa yang agak lama. Oleh sebab itu, mencapai kemasan cat yang bermutu, keadaan-keadaan yang berikut mestilah di atasi.

a.Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepa yang berliang, terutamanya penyerapan yang tiak sekata – Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat satu lapisan cat asas dengan menggunakan cat distemper ataupun cat emulsi di cairkan dengan air.

b.Permukaan yang tidak rata – Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak dan lekuk-lekuk ditampalkan dengan lepa.

c.Tumbuhan kulat dan sebagainya – Kejaidan seperti ini mungkin disebabkan oleh kelembapan yang berterusan. Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca kelembapannya, mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan permukaan tembok dengan cara membasuh menggunakan racun kulat, dan tembok tersebut dibiarkan sehingga kering sebelum dict semula.

d.Pemeluwapan – Pemeluwapan berlaku pada permukaan tembok yang keas dan tidak menyerap. Permukaan tembok boleh dibasuh dengan larutan asid cair ataupun larutan campuran 5 bahagian turpentine dengan 1 bahagian minyak linseed. Kesimpulannya, keadaan permukaan yang sempurna untuk mengecat ialah: kering, stabil, besih tanpa cemaran gris, minyak dan habuk.

KEMASAN BAHAN LUTSINAR
Proses mengemas permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut langkah-langkah berikut.

a.Persedian Permukaan – Pembersihan permukaan merupakan satu langkah yang penting yang mesti dilakukan dengan sempurna. Pada dasarnya, permukaan mestilah bersih, licin, tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin boleh dihilangkah d engan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh dibuang dengan kertas pasir ataupun diketam dan ditutup dengan dempul atau kayu plastic.

b.Rawatan pada permukaan – Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan paa permukaan kayu mengikut jenis kayu dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya, langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:
1)Pelunturan (bleaching) – Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika perlu untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok bekas glu, karat dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis yang khas untuk kegunaan pada kayu.

a)Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair kedua ialah hydrogen peroksida pekat.

b)Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua sebelum kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam,kemudian digosok dengan kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.

2)Pelumuran (staining) – Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan arna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya. Pelumur yang digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur minyak.

3)Penutup – Utuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu dengan dempul supaya menghasilkann permukaan yang rata di samping mengurangkan resapan bahan kemasan paa kayu.

4)Mengenaskan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar – Kaedah kemasan berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan lutsinar terdiri draipada syelek, lilin, sempang, lekar selulus dan lekar plastic. Tiap-tiap jenis bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun menyembur. Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan bebeapa lapisan yang tipis. Tiap-tiap lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh dikemaskan.

KESELAMATAN
Lagkah-langkah keselamatan harus diambil semasa melakukan kerja kemasan kerana kebanyakan bahan-bahan kemaan bersifatmudah terbakar dan beracun. Perkara-perkara yang berikut harus diambil perhatian:

a.Bahan-bahan seperti cat, turpentine, spirit, lekar dan lain-lain lagi mestilah disimpan ditempat yang jauh dari punca api.

b.Apabila bekerja dengan bahan-bahan tersebut, pastikan jauh dari punca api.

c.Di dalam kawasan kerja dilarang merokok.

d.Tempat kerja mesti mempuyai pengaliran udara yang baik sebab banyak terdapat wasap dari bahan-bahan kemasan beracun.

e.Jika bekerja di dalam kawasan yang tertutup, kesan buruk mungkin berlaku kepada pekerja.

f.Jangan sengaja menghisap wasap bahan-bahan kemasan.

7 ulasan:

  1. salam,

    cat kapur sama tak dgn cat emulsi?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum....saya ada satu soalan...macam mana untuk hilangkan simen coluar hitam pada permukaan aluminium,bila saya cuba tanggalkan dgn skreper ia akan meninggalkan kesan calar,ini berlaku disebabkan...kerja2 yang dilakukan semasa memasang tile dinding..tidak dibersihkan segera oleh tukang yang berlagak pandai.please tolong saya.

    BalasPadam
  3. Terima kasih,nota ni amat berguna pada saya.....

    BalasPadam
  4. call me 0122563085 hosyin sy dok ampang

    BalasPadam
  5. boleh ke gunakan cat.kemasan glos enamel pada bahagian konkrit? sebab tsalah beli😅

    BalasPadam
  6. Papan acuan untuk buat pagar mcm mana nak kira kalau kawasan itu berbukit

    BalasPadam